Saturday, December 17, 2011

SEMINAR KERAMAT EMAS

Salam Kasih Sayang,

Seronok sangat hari ni. belajar sesuatu yang sangat berharga. terfikir sejenak kenapa dari dulu lagi cgu tak pernah nak join belajar ilmu ni. cuma tahu daripada pembacaan je. tu la xde sifu. alhamdulillah Allah gerak kan hati cgu untuk pergi menuntut ilmu emas hari ni daripada mentor cgu yang memang sahih dan tahu selok belok tentang emas. senang citer. tanya je la pasal emas mesti ada jawapannya. pengalaman 30 tahun dalam bidang emas tu... hampir sebaya la dengan umur cgu... boleh caya sangat... ;)

Tak sabar rasanya nak kongsi dengan semua pembaca blog cgu... lepas ni sapa tanya cgu nak buat pelaburan apa... jawapnnya memang simpan emas... nak beli apa semua dengan emas... so far memang cgu dah amalkan memang betul kesahihannya...

baru2 ni mentor cgu suruh closed akaun emas di Maybank... cgu buka awal tahun 2010... kira baru nak masuk 2 tahun... bila dah mentor bgtau, cgu tak ragu2... close je la akaun tu... bak kata mentor cgu... ikut je la apa yg mentor suruh buat... pasti ok... alhamdulillah memang tak rugi apa2... untung... kira boleh beli emas lagi dengan duit untung tu...(dah beli pun... invest lebih besar lagi ... alhamdulillah)

insyaallah dengan izinNya, mulai hari ni cgu akan kongsi dengan semua pasal ilmu emas... agar jangan sampai kita ditipu dan teraniaya tanpa kita sedari... 

nak tau tak mentor cgu? cgu kenalkan mentor cgu kepada semua... jom tengok video ni... lepas tu nilai la sendiri...


tqvm Puan Nadia... 

sesapa nak tanya pasal Hana Gold... tanya je cgu... insyaallah cgu akan share ilmu apa yg cgu dapat... ;)... nak beli emas? nak tempah emas? nak tukar emas? insyaallah mana yang boleh dibantu cgu akan bantu permudahkannya... harga emas ikut harga hari tu berapa... upah buat TIADA... Percayalah ini kenyataan... 

Ya Allah, terima kasih kerana menunjukkan aku satu ilmu yang sangat berharga hari ni dan moga ilmu aku perolehi ini dapat aku kongsikan kepada semua umat muhammad yang lain agar selepas ini kami akan lebih berjaya dan kaya dalam membantu diri sendiri serta orang lain yang memerlukannya.... Amin. 

Wednesday, December 7, 2011

Bye2 SPM 2011...

Alhamdulillah dah selesai...

lega rasa dah selesai untuk tahun 2011… lepas ni bersedia untuk tahun 2012…
alhamdulillah… komen pelajar2 bg cgu secara purata ok… keluar dewan senyum dan gembira… mudahan gembira sbb soalan tak membebankan sangat berbanding subjek2 yg lain... dan cgu rasa mereka gembira juga sebab dah berakhir SPM mereka... hari terakhir...

kekeliruan pelajar pada K1 no 34 dan 38… skang kita berdoa je la moga LPM akan memberikan jawapan yg terbaik utk jawapan yang u all bagi kan... mudahan dapat BONUS!!!

K2 … ada juga yg kata keliru dgn maklumat tambahan yg diberi… apapun yg cgu blh simpulkan kalau  buat semua soalan2 trial keseluruhan negeri pasti u all dapat jawap soalan SPM dengan baik… kl kita tgk soalan…
No 1 … senang… tak mengelirukan pelajar
No 2 … perkongsian … blh kata semua negeri keluarkan bab ni..
No 3 … Akaun Kawalan … pelajar komen… soalan yg paling senang antara semua soalan yg lain…
No 4 … Belanjawan tunai… rasanya bab ni yg paling pelajar suka… ada yg kata kalau keluar soalan ni mmg dapat full mark... nak kata butiran mengelirukan sangat … tak juga berbanding soalan trial penang dll
No 5 … pelarasan… rasanya ramai tak nak jawab… tp kalau buat semua soalan trial… memang senang … sama macam soalan SBP…
No 6 … bab yg mmg tak dijangka.. tp bab ni sangat senang… sebijik soalan terengganu trial spm… sapa yg cuba jawab soalan trial terengganu pasti dapat jawab dengan baik soalan ni…



Monday, December 5, 2011

Good Luck SPM 2011!!!

Salam Kasih Sayang,


Good Luck Balloon





Lagi beberapa jam je semua pelajar2 cgu akan menduduki peperiksaan awam SPM untuk tahun ni 2011.. Cgu rasa semua dah bertungkus lumus utk menghadapi hari esok dan seterusnya. Ni pun cgu baru balik daripada sekolah... belajar di saat2 akhir...


Kepada anak-anak murid yang cikgu ajar ;
  • 5B "hakim m, hakim r, amir hassan, azim, ammar yusri, luqman, luqmanul, khairul adlan, nasaie, muhaimin, hakimie, faris, farid, fadrul, syauqi, zakwan, fakhru, irfan, irfan faiz, ibenu, arif, khairan, faisal dan ilyas"
  • 5C "fairuz, shafiq, firdaus, syarizmi, hasif, azamudin, amirul hazim, amar, azim, arif, faizal, fadzil, zaki, kamal, hariz, ikmal, adham, zafri, zharif, khairul akmal, fahmi, izrul, rizwan, nizam, iqbal, syazrain, dan fuad"  
  • adik, abdul rahman, alep, syaheera, wan, afiq, erleena, nabila, fatin, luqman, afzan, faz, elly, aliff, farisyah, athirah, nik, nurul syahirah, izzati, ashmal, ali, anaz, anas, azim, iman, nazu, farah...
dan semua pelajar 1Malaysia yang akan mengambil Prinsip Perakaunan SPM hari ini... cikgu halalkan segala ilmu yang diberi... cikgu ampunkan segala salah dan silap.. doa cikgu semoga kalian semua berjaya SPM 10 A+.. Amin


ingat pesan cikgu... jawab soalan dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang... senyum selalu... jaga disiplin diri... ingat Allah selalu...


kalau tiba2 blank .. tak ingat apa2.. tenangkan diri.. istighfar + baca alfatihah + selawat... dan ingat guru yang mengajar kita... insyaallah... kalau nk buat alpha.. buat je la.. yg penting kita usaha... positif... ;)












Sunday, December 4, 2011

Cikgu, soalan apa yang keluar dalam SPM?

Salam Kasih Sayang,


Tinggal beberapa jam je lagi ... berdebar menanti hari esok kan... dan rasa tak sabar untuk menanti hari esok... ramai yang tanya cgu... ada tak ramalan soalan untuk esok... cgu pun tak tahu... tp cg ada dapat gak beberapa sms soalan ramalan untuk esok... cgu blh nak kongsi... apapun pendapat cgu... kl nak A+ mesti kena pandai semua bab dari bab 1 tingkatan 4 hingga bab akhir tingkatan 5...


cgu akan share apa yg cgu dapat... cuma nasihat cgu ini hanya lah ramalan bukan kepastian..  buat lah keputusan yang bijak ..

  • ak kawalan, belanjawan tunai, pengasing UR n ak semasa, pengeluaran, pk milikan tunggal... dr johor
  • pk milikan tunggal, perkongsian, pngeluaran hg ak perdagangan, kelab tgk cth 2008, belanjawan tunai, ak kawalan mula dr bcp, pelarasan pd tarikh imbangan .. dr melaka
  • ak kawalan, PK perkongsian bermula UB, belanjawan tunai, kos pengeluaran, kelab, pk milikan tunggal



masih sempat sehingga jam 10.30 pagi esok untuk fokus dengan topik yg lemah... nak A+... nasihat cgu mesti pandai 

  1. dalam menyediakan Penyata Kewangan untuk Milikan Tunggal, Kelab dan Persatuan, Perkongsian, Pengeluaran dan Rekod Tak Lengkap. fahamkan dengan tepat cara penyediaannya yg berbeza dari segi butiran... konsep tetap sama. 
  2. pelarasan... dalam menyediakan Penyata Kewangan mesti soalan akan kaitkan pelarasan... tgk semula cara2 penulisan jawapan... fahamkan setiap pelarasan cara kiraan dan penyediaan lejar.. pindah ke penyata pendapatan dan kunci kira-kira.
  3. bab2 titik pulang modal, syarikat berhad, belanjwan tunai dan varian, tafsiran PK, syarikat berhad, penggajian dan penyata penyesuaian bank mesti buat ulangkaji dan fahamkan. kl tak masuk dalam kertas 2 pasti akan masuk kertas 1... 
  4. bab lain persamaan perakaunan, buku tunai runcit tolong jangan abaikan... mesti pandai... tengok semula buku... ;)
cgu yakin 100%... kl pandai semua topik dan faham dengan tepat kemahiran dan konsep dalam Prinsip Perakaunan pasti kita akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM... Betul kan?





Monday, November 28, 2011

Koleksi Soalan Percubaan SPM 2011


Salam Kasih Sayang...

Semoga semua hari ni sihat dan ceria selalu... kesempatan ni cgu nak ucapkan SALAM MAAL HIJRAH buat semua pembaca blog cgu... moga tahun baru ni memberi satu nur yang baru untuk kita jalani kehidupan sebagai hambanya yang soleh dan solehah... terapkan azam baru...

lagi beberapa hari je paper akaun kan? yg pelajar sains tulen terpaksa harungi lagi 2 paper sebelum akaun kan... yg lain ada masa yg panjang utk mengulangkaji akaun... guna kan masa yg ada ni buat latihan dengan bersungguh2... fahamkan betul2... 

hari ni cgu nak kongsi bahan yang boleh digunakan semasa mengulangkaji... soalan mmg ada tetapi sorry jawapan tak de la pulak... Sesiapa yg download ucapkan terima kasih kepada cikgu Syid Dah... sumbangan daripada cikgu Syid Dah...  cikgu Syid Dah nak cgu kongsikan kepada semua yang mengambil dan mengajar Prinsip Perakaunan seMalaysia... usaha yang sangat murni kan... ;)

Sebelum download... jadilah follower cgu dulu... blh tahu perkembangan terbaru mengenai apa jua yg cgu akan kongsikan ... dunia akaun dan dunia potensi diri dan lain2... boleh kan...

Dah jadi follower... barulah boleh download... tq


Tunggu post cgu seterusnya ye.... 



Wednesday, November 23, 2011

Kelas Pecutan Akhir Prinsip Perakaunan SPM 2011 Bermula


Salam Kasih Sayang,

Alhamdulillah selamat dah cgu tiba di bumi tercinta Malaysia... betul kata orang, negara sendiri lebih best daripada negara lain. Nant cgu cerita pengalaman cgu di Vietnam ye..

Ermmm... kejap sungguh masa berlalu... lagi bbrp hari je lagi paper akaun kan... sepatutnya esk dah mula kelas pecutan akhir bersama cgu tp terpaksa cgu tunda ke 25hb November... ada 2 hari yang cgu akan bw hingga ke petang... amacam ok tak?

Tempat terhad dan telah ditutup. cgu terima 20 orang pelajar je... sebab tempat tak mencukupi... Jadual pembelajaran cgu akan bagi semasa pendaftaran pada 25hb... Tak sabar rasanya nk kongsi ilmu dengan sesiapa saja yg nak belajar dengan cgu...

Wednesday, November 16, 2011

My Best Student Account 2011

Salam Kasih Sayang...

Saje je nak kongsi dengan semua pembaca blog cgu... 
nak bagitau anak2 murid cgu yang terpilih menjadi pelajar terbaik Prinsip Perakaunan tahun ni... 


Sebenarnya semua anak murid cgu terbaik... cuma mesti ada seorang yang menjadi terbaik.. 




Pelajar Terbaik Keseluruhan Tingkatan 5


MOHAMMAD HASIF-IRFAN BIN SHAMSIR ADLAN
5 Cita



Pelajar Terbaik Keseluruhan Tingkatan 4


WAN MOHD. AZRIL BIN WAN HASNUDDIN
4 Bestari





Friday, November 11, 2011

Jom Dengar Apa Kata Mereka Tentang Akaun dan CikguSila


Salam Kasih Sayang... Jom dengar apa yg anak murid cikgu komen pasal akaun dan cikgu... best gak dengar... sebenarnya saja je cgu buat semua ni sbb utk menilai prestasi diri cikgu sendiri... mana yg baik cgu teruskan dan yg sebaliknya cgu ambil dengan positif perbaiki diri untuk lebih maju masa akan datang...

Ops!! tapi sebelum tu ... kepada semua pembaca blog cgu terima kasih atas sokongan yg diberi kepada cikgu selama ini... Blog cikgu dah mencecah 'pageview' 1,000,000+++ ... tak sedar pun... bbrp hari ni agak sibuk dengan kerja2 akhir sebelum cuti persekolahan... ;)




cikgu hargai ke semua komen yang diberikan... cikgu sayang kamu semua... semoga semua anak2 didik cikgu menjadi seorang insan yang sangat berguna kepada agama, bangsa dan negara...


Friday, November 4, 2011

MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM SAS 2011

Salam Kasih Sayang,

ikutkan semua orang sedang lena skang ni tapi cgu tak dapat nak lelapkan mata. anak cgu pun tak tdo lagi. ni mesti sebab minum xpower cafe la ni... hehe... dari dok tak tau nk buat apa baik cgu share apa yg cgu dapat semalam (kira semalam la kan... wpun beberapa jam yg lepas)... 
alhamdulillah impian makin jelas... betul mentor cgu cakap... kl positif dan kita tetapkan impian pasti ianya akan datang... mudah2an ianya akan berjalan dengan baik... ;)



3 November 2011 .. hari ni adalah hari bersejarah buat cgu... buat pertama kalinya dalam hidup selama hampir 9 tahun menjadi guru tak pernah pun dapat anugerah kokurikulum... (kl akademik tu dah biasa mmg setiap tahun)...hehe... tak sangka tapi itulah tindakan positif yg cgu buat. dan pasti juga ini disebabkan oleh kepimpinan pelajar itu sendiri... tahniah buat nasaie, syauqi, akmal, muhaimin, syafie, syed azlan dan semua ahli KELAB PENGGUNA SEKOLAH... tidak lupa kepada partner cgu tchr farah yang byk memberi sokongan... tak lupa juga kepada pihak KPDNKK yg byk memberikan kerjasama... terima kasih menghadiahkan cgu "GURU PENASIHAT PASUKAN CEMERLANG" ... yeye... lagi satu tak sangka juga mendapat pengiktirafan sebagai PAPAN KENYATAAN TERBAIK... wow!!! terima kasih kepada semua...



oppss!!! ada lagi kemenangan hari ni.. Tahniah buat Kediaman HALIMI... berjaya kekalkan prestasi menjuarai secara keseluruhan... Tahniah!! Halimi menang 3 anugerah kediaman terbaik 3K, Akademik dan Keseluruhan. cgu bangga dengan kamu semua... tahniah di bawah kepimpinan KGR cgu fadzil dan Kapten faris afiq... semoga tahun depan kita kekalkan kejuaraan ini...

"Ya Allah, 
aku bersyukur di atas segala yg Kau berikan kepada ku dan semua rakan2 ku... Kau permudahkanlah segala urusan kami dalam mendidik anak2 didik kami menjadi seorang insan yang berguna kepada agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia. amin"

~ SAS GOOD TO GREAT ~





Tuesday, November 1, 2011

Kelas Pecutan Akhir Bersama CikguSila

Salam Kasih Sayang,
Lg beberapa hari je SPM... sekarang ni kat sekolah memang sangat sibuk dengan kerja2 akhir sebelum cuti bermula. cikgu pun sama sibuk dengan Majlis Anugerah Kokurikulum pada hari Khamis ni... dua hari ke sekolah tak rasa kerja as a teacher. apa taknyer berkampung di bilik kerja menyiapkan sijil penghargaan yang hampir 1800 nak disediakan. Hari ni kira cepat skit balik berbanding semalam. sempat gak makan nasi lemak kul 10 pagi. smpi sekarang tak makan lagi ni.. Rasa2 ni mesti sebab XPOWER CAFE Afdlin Shauki ni. Seharian tak makan pun tak pe.. rasa kenyang je.. blh kurus ni kalau minum selalu. rasa pun sedap.. ;)

 memang luar biasa!!! cuba dulu baru tahu...

ermmm... iklan la pulak pasal kopi.. hehe...
bila nk SPM ni rasa debar gak sebab tahun ni tahun pertama pentaksiran berbeza dengan tahun sebelumnya... dan ramai yang call cgu nak belajar dengan cikgu.. dan sebab tu la cikgu nak buat Kelas Pecutan Akhir Bersama CikguSila khas untuk pelajar2 yang mengambil Prinsip Perakaunan. yang memang betul2 nak kan cemerlang dalam Prinsip Perakaunan .. senang citer nak A.. rasa adil boleh semua pelajar yang nak belajar dengan cikgu.tapi kena cepat. kelas ini akan dijadualkan pada 24 hingga 30 November 2011.. Sesiapa yang berminat blh la email kepada cikgu di cikgusila@gmail.com. terhad kepada 30 orang pelajar sahaja untuk satu kelas.

Jadual kelas seperti berikut. pelajar boleh kelas mana yang nak diikuti. Bayaran Sejam RM5 / RM10 per kelas. Bayaran untuk bayaran sewa tempat dan bahan2 yang perlu disediakan.


08.00 am - 10.00 am 11.00 am - 01.00 pm
24/11/2011 PERKONGSIAN PEMBUBARAN PERKONGSIAN
25/11/2011 KELAB DAN PERSATUAN AKAUN KAWALAN
26/11/2011 REKOD TAK LENGKAP BELANJAWAN TUNAI
27/11/2011 AKAUN PENGELUARAN TITIK PULANG MODAL
28/11/2011 PENYATA KEWANGAN MILIKAN TUNGGAL PERSAMAAN PERAKAUNAN
29/11/2011 TAFSIRAN PENYATA KEWANGAN SYARIKAT BERHAD
30/11/2011 PELARASAN PENYATA PENYESUAIAN BANK

Tarikh 01 hingga 04 Disember 2011 cikgu tak dapat nak teruskan Kelas ni sebab cikgu akan bersama dengan anak murid cikgu pula di sekolah... jadi adil kan... semua boleh... ;)




Sunday, October 30, 2011

Terima dengan redha...

Salam Kasih Sayang,

Hari ni hari yang paling bahagia... dalam masa beberapa hari lg cgu akan kongsi dengan semua pembaca blog cgu apa yang cgu perolehi minggu ni... memang best... terima kasih kepadaNya atas izinNya cgu dapat meneruskan kehidupan hingga ke hari ni... (sambil menulis ni muka cgu penuh dengan senyuman... hehe)... 
petang tadi cgu dapat panggilan call daripada adik kesayangan cgu... dia menangis... dalam hati cgu dah agk mesti apa yg selama ini dia plg takut betul2 berlaku hari ni... simpati cgu dengan apa yg terjadi... sebagai kakak, cgu nasihatkan dia... sbb apa yg dia alami cgu pernah alami lebih teruk daripada tu... kl cgu blh harungi semua dugaan yang diberi dengan penuh kesabaran dan ketabahan kenapa pula adik cgu tak boleh nak buat kan? kita sama... semua manusia... ada hati dan perasaan... cuma cara bagaimana kita nak mengawal hati dan perasaan masing2... cgu percaya sangat adik cgu blh hadapi dugaan ni dengan setabah2nya... sebab dia pernah harungi yg lebih teruk daripada ni... doa cgu moga adik cgu akan temui kebahagian yang sebenar selepas ni...amin... 


Satu sebab je kenapa cgu blh rasa diri cgu lebih bahagia, ceria dan aman... lebih mudah memaafkan... lebih mudah melupakan apa yg pernah terjadi... hanya satu... terima dengan penuh keikhlasan dan redha dari fikiran , percakapan dan hati kita... percaya setiap yang berlaku semua dah ditentukan olehNya... insyaallah... kehidupan kita pasti akan berubah... :)


Saturday, October 22, 2011

Komen-komen yang diterima...


Salam Kasih Sayang,

Apa khabar semua? hampir dua minggu cikgu tak update blog ni... peperiksaan akhir tahun jadi banyak lah persediaan yang hendak dibuat... mesyuarat pemurnian soalan selaras je dua hari... dua hari suntuk tu la fokus dengan soalan yang dibina... pengalaman yang tak akan dilupakan... sayang akak semua... :)


Bila tengok surat di pejabat... tak sangka dapat surat... cuba teka??? tak sangka memang betul dapat 1st income daripada NUFFNANG... memang best... target dua bulan sekali nak withdraw... boleh la buat beli baju sepasang... hehehe... anyway tqvm NUFFNANG!!! 

Ni yg plg ... tak tau nk klasifikasikan apa? buka dashboard macam biasa tengok ada 9 comment yang tak di publish lagi... 
terkejut gak bila dapat komen yang mengarut daripada seseorang... 
kalau inilah sikap anak murid semua memang ketara kejayaan tak akan dicapai kerana tiada keberkatan... sebab tu belajar macamana sekalipun tak kan dapat 'nur' daripada guru... 
apapun cgu jadikan komen itu sebagai satu pengajaran dan panduan untuk cikgu teruskan tanggungjawab cikgu sebagai seorang guru...

cikgu minta maaf juga bagi mereka yang cikgu terlepas nak balas komen... terima kasih bg semua pembaca cikgu yang sentiasa memberikan komen membina untuk cikgu teruskan blog cikgusila.com ini... cikgu sayang kamu!!!



Wednesday, October 5, 2011

Kebesaran-Mu Ya Allah...

Alhamdulillah... Hari ni cgu happy dan bersyukur sgt kepadaNya.. Selama beberapa tahun cgu agk menderita dgn sakit yg dialami...hampir 7thn... Lama gak kan... Akhirnya hari ni doktor telah mengesahkan cgu sembuh sepenuhnya... Ms scan td nmpk semua telah kembali kpd sedia kala... Doktor pun terkejut... "apa yg dh cgu buat..." hehe

Semuanya drpd apa yg kita fikir... The power of mind!!!!

Sblm ni doktor mmg dh sahkan cgu trpaksa hidup dgn ubat... Ms dgr tu mmg sedih n rs dh takde harapan...emosi trganggu... Alhamdulillah husband cgu usahakn n sabar sgt kali ni.. Mcm2 dia usahakan... Dan akhirnya kami berjaya... Mindpower!

Cgu baru je blk drpd sekolah... Anak2 murid buat majlis utk cgu... Wpun dh bbrp hari berlalu.. Apapun tima ksih tak tehingga sbb ingat cgu... Selama ni cgu sambut hari kelahiran dgn kesakitan tp tahun ni alhamdulillah... Allah makbulkan doa cikgu.. Betul apa yg cgu belajar.. Apa yg kita nak kita minta je dgn Dia... Insyaallah.. Dengan izinNya kita dpat... ;)

Trima kasih tchr azie, nizam, rizwan, hazwan, fairuz, firdaus, syarizmi, hazim, syafiq, akmal, azim, amar, fadzil, fahmi, arif, faizal, zaki, kamal, hariz, hasif, ikmal, fuad, nazmi, fuad, adham, izrul, azam, syazrain, zarif, zafri, zaweer, akmal, fitri... Cgu dpat handbag.. Suka sgt... Mcm tau2 je cg nk beli. Sayang semua...

Thanks Jebat (syafiq)... Sajak disampaikan oleh nazmi... :)

TIADA YANG DUA (dedikasi khas buat CikguSila)
Sejuta bintang langit
Membuka sinar di gelap malam
Jadi hiasan purnama tinggi
Masih, kau yang kejora....

Setaman kesuma mewangi
Mekar seri melur
Indah lagi kirmizi mawar
Jua, kau yang satu

Beranak salju awan
Lukisan di kosong langit
Pukau kami yang saksi
Juga, masih senyummu bak tujuh pelangi
Tiada yang dua

Di atas itu semua
Kami bicara terima kasih buatmu
Masyrik hingga hujung barat
Tinggi langit turun ke bumi
Demi budimu
Tiada yang dua...

Nukilan: Syafiq Mazlan, 5C

Terima kasih semua.........

Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, October 3, 2011

BENGKEL KECEMERLANGAN PRINSIP PERAKAUNAN

Hari ni cgu bw 7 org pelajar cgu ikut ke SMK PP8(1)... syauqi, hazim, ikmal, fairuz, faris, muhaimin n irfan faiz... Penceramah oleh En Nasir Asmaon... Alhamdulillah... Selesai satu perkara... Harapan cgu bengkel ini membantu semua pelajar lebih mendalami n memahami dgn baik dlm perakaunan....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, September 25, 2011

KURSUS PROFESIONALISME GURU SAS 2011

Salam Kasih Sayang,

23 hingga 24 September cgu menghadiri Kursus Profesionalisme Guru SAS 2011 di Selesa Beach Resort, Port Dickson. mmm.. memang best sangat kali ni... rasa happy... mgkn dah lama tak rehatkan diri. tumpuan asyik dengan p&p je... sesekali rehat ok gak... tp hari ni dah mula semula aktiviti seperti sedia kala... ;)

 sempat sebelum nak mulakan perkongsian... thanks kak nora!!!

aktiviti kursus bermula dengan slot Kolokium SAS MGC... cgu dipilih sebagai pembentang ke2... terima kasih kepada MGC kerana memilih cgu utk diberi kepercayaan dalam perkongsian ilmu apa yg telah cgu buat... tqvm to tchr Azie, pn khoo n kak nora yg berkongsi pandangan tajuk apa yg perlu cgu bentangkan...

cgu diberi peluang untuk berkongsi apa yg cgu usahakan selama hampir 4 tahun ni tentang blog cgu...
Intai di Alam Maya... menarik gak... terharu .. sebak... gembira... dan macam2 bermain dalam fikiran... namun cgu rasa lega rakan2 guru memberikan sokongan yg sangat baik... kl ada yg tak suka tu biarlah... moga satu hari nanti allah akan membuka hatinya untuk berubah lebih kepada positif...
Perkongsian ini bukanlah untuk membanggakan diri cgu namun kl kita bersikap positif perkongsian ini akan diterima dengan hati terbuka... yang baik blh diikut... yang buruk buang jauh2... ;)



selepas kolokium... Telematch pulak... ni yg mmg best... rasa dah lama tak bersukan... tahun ni mmg cgu dapat lakukan apa yg cgu nak... terima kasih kepada tuhan yang sentiasa memberi peluang kepada cgu untuk meneruskan kehidupan... amin. cgu satu kumpulan dengan tn pengetua, cgu naza, pn khoo, kho, kak azlina dan tchr yati... walaupun mendapat tempat ke 4 secara keseluruhan tp cgu rasa happy sbb kami sepakat dan kerjasama dengan tidak mengira pangkat... we are the best!!! ... ;)

Malamnya... Majlis Makan Malam bersama VIP jemputan Tan Sri Isa Samad... kira ok lah majlis ni.. meriah juga... ramai yang turut serta membawa keluarga masing2... makanan pun sedap... tak rugi la buat kat Selesa Beach Resort... ;) ... cabutan bertuah... yg cgu mmg nak beli.. tp hajat tak kesampaian sebab suami cgu tak bagi... akhirnya tak yah beli cgu dah dapat... yeye... cadar baru... ;)

 rakan sebilik ni... twin cgu... best fren lagi... ;)

24 September 2011... memang best slot kali ni... Grooming bersama Pn Yasmin Siddik... wow!!! power dressing... blh gak kongsi kat sini... utk semua pendidik...
1. kl cgu2 suka guna brooch yg mcm janggut tu lepas ni kl blh tak yah guna lagi sebab blh mengganggu perhatian murid2... dan ianya bukan untuk majlis rasmi.. tp kl nk kuar jalan2 ke yang tidak ada kaitan dengan kerja blh guna...

2. kasut mesti bertutup... tak boleh nmpk jari kaki... guna stokin warna hitam (mmg nmpk cantik!!!.. cgu selalu tgk cgu hanim.. admire cara pemakaian dia... ;)...

3. baju jgn guna yg byk warna (ranggoli)... ni sesuai untuk g majlis je sebenarnya... rasmi kerja guna warna yg gelap... tapi jgn satu badan nmpk gelap... formula light >>>>> dark or dark >>>>> light... maknanya kl nk guna jubah hitam... jgn guna serba hitam.... at least tudung tu guna la warna yg light... ;)

4. handbag pun sama... cara bw.. cara pegang semua ada cara...

5. cara jalan... berhadapan dengan murid2...

6. dan banyak lagi.............

Wednesday, September 21, 2011

Benchmarking : MRSM Taiping dan STAR, Ipoh

Salam Kasih Sayang,

Terima kasih kepada Cgu Khazanah dan pihak sekolah kerana memberi peluang kepada cgu untuk mengikuti lawatan ke MARESMART dan STAR pada 19 hingga 20 September 2011. Sekurang2nya cgu dapat menimba ilmu daripada rakan2 guru yang lain. Seronok dapat merehatkan diri buat seketika.

Saturday, August 20, 2011

Soalan Percubaan SPM SBP Prinsip Perakaunan 2011

Salam Kasih Sayang dan Salam 1Malaysia,

Alhamdulillah dah selesai peperiksaan percubaan SPM 2011... keputusan pun dah ada... dah siap menanda... cepat kan... nak gak siapkan sebelum cuti raya... raya ni nak buat kerja lain pula... 

di sini cgu kongsikan soalan SBP  Prinsip Perakaunan untuk semua yang nak... cuba jawab... 
TIPS Exam!!! fikir mudah dan senang ... pasti menjawab soalan dengan mudah dan senang... ;)





dan boleh dapatkan juga semua koleksi soalan percubaan Prinsip Perakaunan di
CgNarzuki Online...
Jd member dulu baru blh download... RM10 je ...


Friday, August 5, 2011

SOALAN LATIH TUBI BERFOKUS SPM 2011 (SOLAF) JPN PERAK

Salam Kasih Sayang,

Hari ni memang hari yang sangat letih... semalaman tak tidur menyediakan bahan yang masih belum siap... apapun alhamdulillah berakhir satu penantian... terima kasih atas kerjasama dan sokongan pihak pentadbir, semua rakan guru dan pelajar2 cgu... terima kasih juga buat en kamaruddin dan en zahari... moga Allah mengizinkannya...

baru je terima daripada rakan guru.. perkongsian ilmu daripada JPN Perak... SOALAN LATIH TUBI BERFOKUS SPM 2011 (SOLAF)... yg best nyer ada mata pelajaran Prinsip Perakaunan... kepada anak2 didik cgu... download soalan ni dan cuba selesaikan... latihan yg banyak beserta teknik yg betul membantu kejayaan yg cemerlang dalam peperiksaan di samping keredhaan dan keberkatan seorang guru dan ibubapa...


Download di sini... Klik la... http://pelajaranperak.gov.my/v2/modules/news/article.php?storyid=683

Tuesday, August 2, 2011

TUGASAN TERKINI : KERJA KURSUS PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4 SPM 2012

Salam kasih sayang,

baru je cgu balik daripada bank islam... menyelesaikan urusan projek khas... alhamdulillah... sebelum pergi ke  bank cgu dah semak di laman web lpm tapi tak de lagi... sampai je tgk dah ada info terbaru... maknanya kerja kursus tingkatan 4 prinsip perakaunan tetap akan dilaksanakan... cgu menurut perintah... yang penting anak2 didik cgu mesti buat... dgr arahan cgu... hehe...

blh dapatkan soalan tugasan dan panduan serta pelaksanaan tugasan di bawah ini :

Soalan (wajib di print oleh semua pelajar)

Panduan dan Pelaksanaan (nak print boleh tak nak print pun boleh... ;) )

Selamat mencuba dan melaksanakan tugasan yang diberi dengan penuh tanggungjawab, jujur dan amanah... ;) 

Thursday, July 28, 2011

di SMK (P) Sri Aman...

Salam Kasih Sayang,

alhamdulillah perkongsian ilmu dilaksanakan seperti yang diharapkan... seronok rasa hati berhadapan dengan pelajar2 perempuan... selama ni sentiasa berhadapan dengan pelajar lelaki... 
perjalanan semasa ke sana pun alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... 
apa yang penting positifkan diri.. insyaallah semuanya berjalan dengan baik... ;)



Monday, July 25, 2011

Bahan-bahan Terkini...

Salam Kasih Sayang...
Bahan-bahan terbaru yang baru cgu dapat sediakan utk pelajar2 cgu... persediaan menghadapi Percubaan SPM 2011... harapan cgu semoga kalian semua berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan percubaan kali ini...

  • soalan-soalan LCCI (yang ini cgu dapat drpd LCCI... soalan2 tahun lepas... blh dijadikan rujukan bentuk soalan yang mungkin akan dikeluarkan dalam SPM).. translate sendiri ye ke BM... ;)
  • Modul Ingat Akaun Ingat A+ ... (ni soalan2 tahun2 sebelumnya yg cgu dapat daripada LPM dan mana2 soalan yg tlh cgu gubal .. klon SPM... )
Selamat Mencuba... skema menyusul kemudian... 

skema dah siap... boleh download di sini... "Jawapan Modul Ingat Akaun Ingat A+



Wednesday, July 20, 2011

TAHNIAH! LIGA KREATIF REMAJA .... SAS JUARA

Salam kasih sayang...

Selepas beberapa hari tidak ke sekolah (bukannya cuti tetapi meeting), alhamdulillah berakhir sudah satu tanggungjawab yang cgu rasa ianya agak berat. apapun keputusan ok atau tidak kita tunggu selepas bulan Ogos ni... harapan cgu ianya dapat membantu anak2 didik cgu...

dah lama gak tak buka web SAS... dah lama gak cgu tak update... cgu salah sorang admin utk web sekolah cgu... memang seronok dgn tanggungjawab ni tetapi disebabkan kekangan masa mmg  kekadang tu tak dapat nak update gak... sama la dgn blog cgu ni.. hehe... ni pun ada masa sekejap sblm masuk kelas... lepas buat buku rekod mengajar... sambung semula... lepas buka web SAS .. baru cgu tahu SAS menjuarai LIGA KREATIF REMAJA anjuran bersama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Pelajaran, Filem Negara Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Radio Televisyen Malaysia. Tahniah cgu ucapkan... cgu mmg sangat yakin yang u all mmg akan menang...

Sapa tak tengok lagi... jom kita tengok...


"Segenggam Janji Seerat Ikatan"

Wednesday, July 6, 2011

"Cikgu Sila dan 4 Comey"

Salam Kasih Sayang,

Habis kelas, cgu membaca semua penilaian pelajar terhadap cgu tentang p&p dan apa jua yg stud nak bagitau tentang diri cgu... cgu ambil semua apa yg dinyatakan sebagai satu panduan untuk cgu memperbaiki kelemahan yang ada pada diri cgu... terima kasih buat semua pelajar cgu... i love u!!!

ada satu penilaian yang pelajar buat untuk cgu... yang cgu rasa nak kongsi dengan semua... cgu memang puji pelajar ni... seorang yang pandai berkarya... cuba baca ni ye... kalau best... Like ye.. ;)

Pagi itu dengan jelas tampak tidak ada bezanya dengan pagi-pagi lampau. Guru-guru silih berganti menyampai bicara. Dakwat merah, biru dan hitam "marker pen" masih lagi bersisa kabur di papan putih. Fahmi memulakan bicara.

"sapa tak bayar duit kelas RM10?"

"aku..."

aku!!!"

"Aku dah bayar..."

Friday, July 1, 2011

HARI AKADEMIK SAS 2011

Salam kasih sayang,

alhamdulillah selesai satu lagi program sekolah hari interaksi antara guru dan ibubapa pelajar.. tahun ni ramai gak ibubapa yg hadir berbanding dengan tahun sebelumnya. rasanya setiap tahun cgu akan kongsi dalam blog cgu ni... 

Bermula jam 8.30 pagi hingga 1.15 petang barulah cgu selesai.. tak henti2 seorang demi seorang. apapun cgu puas hati kerana pelajar dan ibubapa memberikan kerjasama yg sangat baik untuk kecemerlangan pelajar2..

Terima kasih kepada pelajar2 dan ibubapa yang sanggup menunggu untuk berbincang akademik dengan cgu..

ibubapa dan pelajar2 yang datang jumpa cgu ialah... 

Kelas 3 Jaya 
(amar, aulia shamel, faris danial, i'zz, ikhwan, shah, shaiful, naqib dan yazid)
Kelas 4 cita 
(zhafran, akmal, azhad, afif, azmin, dan ridzwan)
Kelas 4 Bestari 
(zareeq, aizat, dan amin firdaus)
Kelas 5 Bestari 
(hakim M, ammar, azim, dan zakwan)
Kelas 5 Cita 
(amirul hazim, fuad, hariz, kamal, rizwan, azamuddin, zaki, zharif, syazrain, dan azim)

Semoga perjumpaan ini mendatangkan banyak manfaat kepada semua pihak terutama pelajar2 dalam meningkatkan prestasi akademik masing2... ingat pesan cgu... ;)


Thursday, June 23, 2011

BENGKEL KECEMERLANGAN PRINSIP PERAKAUNAN

Salam Kasih Sayang dan Salam 1Malaysia,

Hari ni seharian cgu berada di SMKPP9(1) mengendalikan satu program kecemerlangan bersama2 dengan calon SPM Prinsip Perakaunan 2011. Alhamdulillah akhirnya program ini dapat dijalankan. Rasa puas. Terima kasih kepada pihak PPWPP Pn Jamaliah Yaakob yang banyak memberi sokongan sepenuhnya dalam melaksanakan program ini. Rakan-rakan guru ; kak nor, kak midah, kak laili, kak ton, syela, fiza, fazila, wani, amira yang sentiasa menyokong dan memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan program ini.
Program dibahagikan kepada 3 perkara.. kira 3 in 1 la ni... Seminar LCCI oleh Ms Vicky Wong n En Hisham, Ceramah Cemerlang Penyata Kewangan oleh Cikgu Sila dan Bengkel Genggam Penyata dikendalikan bersama dengan Fasilitator terpilih.. banyak juga input pelajar hari ini. Harapan pelajar-pelajar mengambil peluang yang diberi ini dengan positif dan digunakan dalam meningkatkan prestasi masing2 dalam Prinsip Perakaunan... ;) .. kehadiran pun memuaskan.

Gambar-gambar sepanjang program... Jom tengok...





tahniah buat semua... doa cgu semua anak2 didik cgu mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2011... Good Luck!!!


Friday, June 3, 2011

PERKAMPUNGAN ILMU : 30 MEI 2011


Salam Kasih Sayang,
Alhamdulillah program kecemerlangan seterusnya dapat dilaksanakan pada 30 Mei 2011 (Isnin)...
Kemahiran Hidup Tingkatan 3 di Auditorium 11.00 hg 1.00 ... 
Penceramah daripada KPDNKK En Zul Al Rashid membincangkan bab Kepenggunaan... 

 Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 :  di Bilik Tutorial... masa 8.30 hg 10.30 mlm...
Kehadiran : 42/51... pelajar yg tidak hadir terlibat dengan program sekolah di Singapura dll..
Pengisian ilmu membincangkan Bab akhir iaitu Maklumat untuk Membuat Keputusan... Pengiraan dan Tafsiran Nisbah... seterusnya membincangkan Kerja Kursus Tingkatan 5 SPM...


Wednesday, June 1, 2011

Hakim Berkhatan... 01 Jun 2011

Salam Kasih Sayang...

alhamdulillah hari ni anak cgu yg sulung Hakim 7 tahun dah selamat berkhatan. tertunai dah janji selepas beberapa bulan asyik nak sunat je... pengalaman pertama cgu menjaga anak berkhatan... kelakar pun ada... takut pun ada... ;)

Terima kasih kepada Dr Sahril... Klinik Sahril di Balakong... sepanjang di klinik memang cgu seorang yg temankan anak cgu berkhatan... daddy hakim mmg tak berani.. tgk darah mesti pengsan... apa nak buat... alhamdulillah cgu ni ok je.. maklum lah pengalaman 'operation' beberapa kali menyebabkan cgu berani tengok semasa prosedur berkhatan dilaksanakan...

sepanjang prosedur dilaksanakan asyik nak tergelak je tgk gelagat Hakim... memang anak mama... berani... Dr pun cakap hakim berani... dah la badan besar... tak macam Darjah 1... ;)... hakim berani tanya dr... macam2 dia tanya... yang itu lah yang ini lah... tak menangis pun... guna Laser... memang nampak senang je... darah terus kering... kira ok la tu.. masa jahit pun dia ok lagi.. boleh tengok lagi Dr buat apa... sampai Dr dah tak kisah yang penting dia berani... hakim kena 10 jahitan... kira banyak la tu..Dr kata biasa 4 hingga 6 jahitan...hehe...

semalam di kampung buat kenduri doa selamat semoga Hakim selamat dan cepat sembuh... alhamdulillah dan buat pertama kali selepas beberapa tahun cgu tak 'rewang' tapi kali ni cgu rasa happy sangat sebab blh tolong mak cgu... cgu yakin 100% cgu dah sihat sepenuhnya... dah tak sakit lagi macam dulu... alhamdulillah...

 kenduri doa selamat...

 budaya orang jawa... nasi ambeng... kl sesapa nak buat tempahan boleh... email je cgu...

 selepas selesai bacaan doa... baru lah boleh makan.. itu pun tak makan di rumah kenduri... dibungkus dan bawa balik ke rumah masing2... namanya "berkat"
 masa menunggu... hakim giliran kedua..

 menenangkan hakim... 

 debaran penantian...

 dalam bilik prosedur... takut gak awalnya... 

 kira ok la tu... Dr suruh hakim baca alfatihah...

 alhamdulillah ... selesai... ok je..

dah selesai... ambil ubat.. dan balik ke Putrajaya....

Semoga hakim cepat sembuh... Sayang anak mama... 



Monday, May 16, 2011

"Selamat Hari Guru, Cikgu Sila"

Salam Kasih Sayang dan Salam 1Malaysia,

Hari ini memang hari yang diraikan. blh dikatakan setiap minit mendapat ucapan menghargai diri.. terasa segala usaha selama ini berbaloi bila tibanya hari ini.. tahun ini berbeza dengan tehun sebelumnya.. sampai sekolah pagi tadi mmg dah disambut dgn ucapan daripada pelajar2 yg ada di foyer. dan terasa gak awal2 pelajar2 hari ni berada di foyer sekolah. terkejut gak bl tgk dgn keadaan foyer yg penuh dgn kad-kad ucapan daripada pelajar. satu inisiatif yg sangat baik menunjukkan penghargaan kepada guru-guru SAS. :)

terima kasih kepada semua pelajar atas ucapan yang diberi... email, sms, dan facebook... 

Ambil kesempatan bergambar dgn kad ucapan daripada pelajar2 5Bestari... ;)


 kad-kad ucapan yang tertampal depan pintu bilik guru... ;)

 
 ada banner lagi... usaha yg baik..

 sebahagian hadiah2 dan kad ucapan daripada pelajar2..  esp pelajar2 5Cita, pelajar tingkatan 3, zarul, hariz, firman,shafiq mazlan, fuad, hasif, syazrain, zafri, munqeez, iddin, amin, zakwan, faris danial, rizwan, azim, luqman hakim, faizal, fadhil, zharif, fadrul, fakhru, hakim M, faiz mubin, firdaus, idham, fahmi anis, luqman wafiy, ikmal, kamal aliq, adham, faisal, ilyas... tqvm... cgu sayang kamu semua... doa cgu semoga kamu semua menjadi insan yang berguna.. tahu membezakan mana yang baik dan mana yg buruk.. cekal dan tabah mengharungi segala rintangan dan dugaan yg dihadapi.. :)

 ni kad daripada zaki hilmi 5c... tqvm.. atas penghargaan yang diberi.. selagi cgu berdaya dan mampu utk membantu dan mendidik... cgu akan cuba yang terbaik kerana agama bangsa dan negara... :)

thanks azri aizat.. stud tahun lepas... ingatan dan hadiah sungguh dihargai.. ;)

 hari ni mmg tak mengajar seharian... aktiviti untuk guru2 di dewan putra perdana sas.. karaoke.. indoor games.. tu yg cgu main congkak.. nak menyanyi segan la pulak... ;)


 hadiah yg bermakna buat cgu.. tq faisal.. tq ilyas.. tq hakim M.. i like... ;)

sebelum balik terima kad daripada kelas 4C... tq anak2.. ingatan yang diberi sungguh bermakna.. :)

akhir kata, sms terbaru yg cgu terima hari ini "slm ckgu happy teachers day sori lmbt wish btw thanks for everything that you teach me until i bcome a scsful prsn now"... tqvm.. cgu hargainya... ;)



Saturday, May 14, 2011

SELAMAT HARI GURU 2011...



Salam Kasih Sayang dan Salam 1Malaysia..

Buat semua rakan-rakan guru Selamat Hari Guru... 
Semoga hari ini memberi seribu makna yg lebih memotivasikan kita ke arah yang lebih cemerlang dan berfikiran positif.. 

kali ni cgu nak kongsi dengan blog yg selalu cgu follow.. iaitu cikgu shida dari Parit.. sapa yg tak kenal lagi.. meh jom tengok blog Cikgu Shida..(klik je) 
 pasti menghiburkan... bagi cgu hanya orang yang kuat, positif, tabah, sabar yg blh buat macam dia.. cgu mmg suka dengan cikgu Shida.. seorang guru yang sangat berwawasan dan berfikiran positif..(mcm cgu juga la kan... ;)..hehehe) 

agak2 tahun ni byk tak cgu dapat ucapan terima kasih dan hadiah daripada pelajar2? ermm.. tak mengharap.. stud lelaki.. apapun yg penting ank2 doakan cgu sihat selalu... ;)

LAGU UTK SEMUA RAKAN2.... terima lah... 
(ops!! terima kasih cikgu shida.. Selamat Hari Guru.)




GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

BERSATU KITA MENUJU

PARADIGMA YANG BAHARU

SATU TEKAD DAN HARAPAN 

MENYAHUT CABARAN DUNIA
PENDIDIK BERKUALITI 
DEMI MENCAPAI VISI
DENGAN AZAM YANG MURNI 
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI



GURU 
MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI

MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA



PENDIDIK BERINOVASI 

MENGHASILKAN KREATIVITI

BERSEDIA HADAPI CABARAN

ARUS TANPA SEMPADAN
PENDIDIK YANG BERKUALITI
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
MENGIMBANGKAN ROHANI
JATI DIRI DAN JASMANI



GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI

MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
SATU MALAYSIA… SATU MALAYSIA



Permulaan Sesi Akademik 2022/2023