Baru rasa boleh nak bangun. gagah kan juga diri cgu untuk coret gak sesuatu dalam blog yang dah lama sangat tak update. kuatkan semangat. percaya dengan setiap yang berlaku hari ini dan seterusnya semuanya ada sebabnya. Dia Maha Kuasa. cgu ikhlas dan pasrah.
Hari ni memang cgu dikejutkan dengan perginya cucu sedara pertama yang menjadi kebanggaan semua dalam keluarga cgu. Selepas hari ke 31... Allah lebih sayangkan Hafiy... Nenek terima dengan hati terbuka. tersentuuh sangat hati bila melihat wajah2 seorang demi seorang masa kat kampung tadi. Kelahirannya sungguh dinantikan. Banyak kali mak cgu cerita td seronok sangat sebab dah dapat cicit. buyut merasa 2 hari sentiasa bersama dengannya. mak bapak cgu puji satu per satu tentang cicitnya tu. tp semua tu sekelip mata berubah.
bapak cakap tadi jadikan ini sebagai pengajaran. mungkin ada yag Allah nk tunjuk dengan kita sekeluarga. setiap amanah yang diberi jangan sesekali kita mengeluh. terima dan cuba menjaganya dengan seikhlasnya hati kita seadanya. insyaallah Dia akan lindungi kita sentiasa. tersemat dalam sanubari.
hari ni gak... bapak cgu dah turunkan wasiat. cakap dengan cgu dan adik beradik yang lain satu per satu apa yg dia hajatkan buat masa sekarang. tersentuh hati jiwa dan perasaan. apapun semua tu urusan Dia. cgu cuba jadi anak yang terbaik selagi hayat mereka masih ada. dan cgu bersyukur mendapat seorang suami yang sangat memahami apa yang cgu sedang alami sekarang ni.
Blog ini ditujukan khas kepada pelajar-pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 dan 5 sebagai rujukan khususnya pelajar-pelajar Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
Tuesday, January 17, 2012
Monday, January 2, 2012
Peraduan... Testimonial... Belajar Dengan CikguSila...
Salam Kasih Sayang,
Dah 3 hari berlalu... ikutkan 30 Disember 2011 cgu nak umumkan peraduan khas untuk bekas pelajar2 cgu... sempena blog cgu ni yang dah berusia 4 tahun... hari ni genap 4 tahun 3 hari... ;).. wlaupun terlewat tp cgu tetap akan teruskan niat cgu... boleh kan... ;)
Syarat Penyertaan adalah seperti berikut :-
1. Terbuka kepada semua bekas pelajar2 cgu tak kisah sama ada bekas pelajar SAS atau pun tuisyen.
2. Lelaki atau pun perempuan.
3. Kandungan yang hendak disampaikan mesti dalam bentuk cerita yang menarik. video pun boleh juga. mesti ada gambar... kreatif dan menarik. dengan kata lain tak kisah lah dalam apa jua bentuk...
Dah ada syarat mesti ada hadiah kan...
Hadiah yang menarik menanti kepada semua yang menyertai peraduan ini... sapa nak bagi kan... bukan senang cgu nak bagi hadiah kan... bukan kedekut tetapi cgu mmg bukan dididik untuk kebendaan... hehe...
Tapi kali ni... tahun ni, cgu nak beri penghargaan kepada anak2 murid yang memberikan sokongan dan semangat kepada cgu sepanjg cgu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru...
HADIAH
Tempat Pertama : RM200
Tempat Kedua : RM150
Tempat Ketiga : RM100
10 hadiah saguhati : apa2 je yang cgu rasa cgu nak bagi... yg penting ianya berguna.
Menarik kan? bila nak dihantar ni? tarikh tamat ialah pada 31 Mei 2012... lama kan masa yang cgu bagi... boleh buat yang terbaik... 5 bulan...
Butiran yang mesti ada :
Nama, No Kad Pengenalan, No HP, Alamat, Kerjaya, Nyatakan batch bila cgu mengajar, Keputusan SPM yang diperoleh.
Cara penghataran :
1. POS ke alamat sekolah. Sekolah Sultan Alam Shah, Parcel G, Presint 1, 62520 Putrajaya.
2. Email ke cikgusila@gmail.com
Segala perbelanjaan yang digunakan adalah tanggungan sendiri. Peraduan ini hanyalah suka2 yang saja cgu nak anjurkan. tidak terlibat dengan mana-mana pihak. Rasanya jelas kan semua maklumat yang diperlukan...
itu je... ;)
Millionnaire Mind Power... Pembuka Tirai 2012
Salam Kasih Sayang,
tak terlewat untuk cgu ucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua... Semalam seharian cgu pergi ke Kuala Lumpur... menambahkan ilmu di dada... hehe... memang best... lama tak g n jumpa sifu cgu Dato' dan Datin... program yang dianjurkan telah mengubah kehidupan cgu. alhamdulillah dengan izinNya...
wt Datin Ira Ghani...
juz nk share sesapa nak rasa berubah dalam kehidupan sama ada kewangan, kesihatan dan apa jua... blh bgtau cgu... cgu blh share... semua tu ada caranya... yang penting dengan izin-Nya kita akan dapat semua ni... ikhlas dalam apa jua yang kita buat... ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
PENGERTIAN DAN PENGELASAN ASET Harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan. ...
-
Tugasan KerjaKursus Tingkatan 4 - 2014 Terbaru!!! klik di hyperlink *********************************************************************...
-
1. TUJUAN AKAUN KAWALAN a. Memudahkan jabatan kredit memperoleh jumlah baki keseluruhan penghutang dan pemiutang. b. ...
-
Buku akaun yang digunakan untuk merekodkan urus niaga perniagaan. Akaun berbentuk T. Lajur tarikh - Mencatat tarikh urus niaga Lajur but...
-
( Buku Subsidiari / Buku Catatan Asal / Buku Harian ) Terdiri daripada Jurnal, Buku Tunai dan Buku Tunai Runcit. Semua urus niaga di...