Monday, March 8, 2021

GOOD LUCK BOYS PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2020

 



Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang

Allahumma Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 

Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anak2 didikku ... 

izuddin, idlan, abdullah, danial, wajdi, ikhwan, qayyum, ashraf, dzulkarnain, ameer, irish, nik haikal, izhan, mohd haikal, zidane, faris, hadzrul, nu'man, iqbal, furqan, ammar dan azad ...

agar mereka tenang hatinya dan dapat menjawab soalan yang diberikan dengan baik bagi subjek Prinsip Perakaunan Kertas 1 pada jam 8 hingga 9.30 pagi dan Kertas 2 pada pukul 10 pagi hingga 12.30 tgh pada hari ini 8 Mac 2021.

Allahumma Ya zohir 

Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dan tepat dalam minda anak2 didikku ... izuddin, idlan, abdullah, danial, wajdi, ikhwan, qayyum, ashraf, dzulkarnain, ameer, irish, nik haikal, izhan, mohd haikal, zidane, faris, hadzrul, nu'man, iqbal, furqan, ammar dan azad ... kerana Kau Maha Menampakkan  

Allahumma Ya Fatah 

Ya Allah bukakanlah minda anak2 didikku ... izuddin, idlan, abdullah, danial, wajdi, ikhwan, qayyum, ashraf, dzulkarnain, ameer, irish, nik haikal, izhan, mohd haikal, zidane, faris, hadzrul, nu'man, iqbal, furqan, ammar dan azad ... seluas langit dan bumi agar mereka nampak segala jawapan yang betul dan tepat.

Allahumma Ya Baari'. 

Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anak2 didikku ... izuddin, idlan, abdullah, danial, wajdi, ikhwan, qayyum, ashraf, dzulkarnain, ameer, irish, nik haikal, izhan, mohd haikal, zidane, faris, hadzrul, nu'man, iqbal, furqan, ammar dan azad ... hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik2nya sepanjang mereka menjawab soalan Prinsip Perakaunan Kertas 1 dan 2 ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemari mereka utk menjawab dgn pimpinanmu Ya Hadi.

Aku yakin hanya kuasaMu shj Ya Allah.. aku tiada daya.. 

Makbulkan lah permintaan Ku ini Ya Allah 


Sunday, March 7, 2021

ROAD TO SUCCESS SPM 2020 PRINSIP PERAKAUNAN

Assalamualaikum ...

Esok dah harinya ... 8 Mac 2021 (Isnin) 8 pagi hingga 12.30 tengahari ...

Doa cikgu moga semua calon berjaya dapat menjawab soalan dengan baik... banyaknya dugaan kita kan tahun ini... cikgu selalu yakin dan percaya, setiap dugaan yang Allah berikan ini semua ada hikmahnya...

Alhamdulillah, pelbagai alternatif disediakan oleh KPM untuk memastikan semua calon SPM 2020 tahun ini tidak ketinggalan... jadi subjek Prinsip Perakaunan tidak ketinggalan...ambil peluang ini... ada masa untuk lihat lagi... kita usaha sahaja... moga ilmunya sampai dengan izinNya...

Usaha ini semuanya dengan kerjasama semua pihak... terutamanya pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum, yang sentiasa memikirkan yang terbaik untuk kurikulum Prinsip Perakaunan dapat disampaikan kepada semua murid. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan guru otai Prinsip Perakaunan yang sangat berpengalaman luas pengetahuannya... Mereka semua ada di sisi cikgu sepanjang proses ini.

Percayalah usaha ini semua nak kan semua calon Prinsip Perakaunan dapat kejayaan sekurang-kurangnya lulus dalam SPM dan sebaik-baiknya A+ SPM 2020.

Cikgu doakan.

Jom tengok semua video Road to Success SPM 2020 Prinsip Perakaunan.


Road to Success SPM 2020 - Prinsip Perakaunan Pecutan

https://youtu.be/lNLHc0pNOj8



Road to Success SPM 2020 - Prinsip Perakaunan Kertas 1

https://youtu.be/vA-U4mPU2NI



Road to Success SPM 2020 - Prinsip Perakaunan Kertas 2

https://youtu.be/NbVMM9Mb2Xs


Ops... lupa nak share pesanan cikgu ...ingat pesanan cikgu... sebenarnya bukan pesanan cikgu seorang tetapi pesanan ini mesti sama daripada guru2 akaun Malaysia ni..



Moga perkongsian ini membantu kepada semua yang memerlukan.


Love.

CikguSila

Saturday, February 20, 2021

Good Luck SPM 2020

 Salam Kasih Sayang buat anak-anak 5 Usaha 2020....

Harinya telah sampai kan ... hanya doa yang mampu cikgu berikan buat semua ... apa yang diimpikan menjadi kenyataan ...



Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang


Allahumma Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 

Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anak2 didikku ... 

izuddin, idlan, abdullah, danial, wajdi, ikhwan, qayyum, ashraf, dzulkarnain, ameer, irish, nik haikal, izhan, mohd haikal, zidane, faris, hadzrul, nu'man, iqbal, furqan, ammar dan azad ...

agar mereka dapat menjawab soalan yang diberikan dengan baik bagi semua mata pelajaran yang diambil iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik Tambahan, Sains, Prinsip Perakaunan dan Ekonomi.


Allahumma Ya zohir 

Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda anak2 didikku ... izuddin, idlan, abdullah, danial, wajdi, ikhwan, qayyum, ashraf, dzulkarnain, ameer, irish, nik haikal, izhan, mohd haikal, zidane, faris, hadzrul, nu'man, iqbal, furqan, ammar dan azad ... kerana Kau Maha Menampakkan  


Allahumma Ya Fatah 

Ya Allah bukakanlah minda anak2 didikku ... izuddin, idlan, abdullah, danial, wajdi, ikhwan, qayyum, ashraf, dzulkarnain, ameer, irish, nik haikal, izhan, mohd haikal, zidane, faris, hadzrul, nu'man, iqbal, furqan, ammar dan azad ... seluas langit dan bumi agar mereka nampak segala jawapan yang betul. 


Allahumma Ya Baari'. 

Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anak2 didikku ... izuddin, idlan, abdullah, danial, wajdi, ikhwan, qayyum, ashraf, dzulkarnain, ameer, irish, nik haikal, izhan, mohd haikal, zidane, faris, hadzrul, nu'man, iqbal, furqan, ammar dan azad ... hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik2nya sepanjang mereka menjawab soalan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik Tambahan, Sains, Prinsip Perakaunan dan Ekonomi ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemari mereka utk menjawab dgn pimpinanmu Ya Hadi.

Aku yakin hanya kuasaMu shj Ya Allah.. aku tiada daya.. 


Makbulkan lah permintaan Ku ini Ya Allah 

😌😌😌


💖CS


Saturday, January 2, 2021

Perkongsian Ilmu secara atas talian 2020

Assalamualaikum ...

Alhamdulillah dapat melaksanakan beberapa perkongsian secara alam maya dengan beberapa pihak. Paling mencabar semasa menguruskan perkongsian untuk calon SPM Putrajaya... dengan kelengkapan yang ada kami cuba laksanakan dengan yang terbaik ... dalam hati hanya Tuhan yang tahu... harap2 tidak berlaku seperti hari-hari sebelumnya yang terpaksa dibatalkan perkongsian buat semua guru akaun Malaysia. Minta maaf sangat... mmg jika tiada izinNya maka tiada lah... dari pagi hingga ke masa kejadian en suami tetap berusaha bersama-sama untuk betulkan keadaan tetapi tak dapat juga... bukannya cgu tak nak pergi ke tempat2 yang ada wifi... tetapi keselesaan untuk bercakap itu yang cgu fikirkan... adakalanya idea itu datang masa dan saat kita sedang berkongsi... selepas perbincangan dengan en suami terbaik terpaksa untuk dibatalkan... bukannya tak pernah jadi masalah teknikal ini... pernah beberapa kali terjadi sebelum ini... sampai minta pinjam wifi jiran sebelah... tetapi tak sama... masa guna tu pun ada sat masuk sat keluar... kebetulan hari tu jiran sebelah dah pindah ke Cyberjaya... redha dengan ketentuanNya...

Berbalik dengan program Putrajaya tadi... cgu dan rakan2 setup breakout room ... 5 room semuanya tapi yang dapat digunakan semasa kejadian hanya 3 dan 4 room sahaja dan penuh setiap room hampir 100 orang. Kehadiran juga alhamdulillah. Teknikal di awal tu mmg la tak tau nak kata macamana tapi pengalaman itu berharga... dari tak tau jadi tau... sebab tu nak pandai kena belajar dan usaha ... konsep yang sama kan ...

Program Kecemerlangan Prinsip Perakaunan Putrajaya. 16 dan 17 Disember 2020. 

Masa 2.00 hingga 4.30 petang










Perkongsian atas talian yang lain juga bersama PPD Petaling Perdana, SGS, Sharodz, SMK PP8(1), SMK PP16(1), SMK PP18(1), PPD Petaling Utama, SMI Hira Jeram, dan Miri (SMK Saint Columba, SMK Dato Permaisuri, SMK Bakong, SMK Baru, SMKA, SMK Chung Hua, SMK Pujut). 















Sempat juga cgu melaksanakan beberapa perkongsian dengan beberapa sekolah sebelum PKP. Antaranya SMK BTHO2, SMKA Putrajaya, SMI Al Amin Gombak, Sekolah Setiabudi dan lain-lain lagi tak ingat.

Ada beberapa yang terpaksa dibatalkan disebabkan kekangan yang sedang melanda sekarang ni... Maaf sangat... inshaallah ada izinNya nanti pasti akan jadi... 

Terima kasih kepada semua pihak. Moga setiap perkongsian ini memberi manfaat kepada semua seterusnya meningkatkan prestasi sekolah masing-masing. Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan... Terima kasih...







Class Online 2020




 Assalamualaikum semua ...

Follow cgu dulu sebelum baca seterusnya ya... mudahan dapat ilmu yang akan dikongsi bersama kelak... tak susah pun... klik je button follow warna biru kat tepi tu... terima kasih 

Satu cabaran yang baru bila cgu nak tak nak melaksanakan PdP secara atas talian... PDPR bermula tahun 2020 ... bukan mudah pada awalnya... satu tekanan di awal permulaannya sebab terlalu banyak perkara yang perlu di pelajari... tak tau nak mula yang mana satu ... setiap hari cgu mesti masuk kelas online yang dianjurkan oleh mana-mana pihak contohnya Digital Classroom,  Teacher Community, Kelab Guru Malaysia, eDidik dan banyak lagi... mana yang boleh dapat input cgu masuk kelasnya... banyaknya ilmu yang mmg boleh kita dapat di hujung jari. semuanya atas kemahuan kita sendiri. 

PKPB yang dilaksanakan pada bulan Oktober 2020... 2 minggu cgu tak boleh bangun kerana terlalu memikirkan kaedah apa yang terbaik untuk anak2 didik cgu... cgu off dulu semua gadget yang ada termasuk hp... menenangkan diri seketika... merehatkan mata dan minda daripada memikirkan hal-hal yang berkaitan... cgu perlu OFF demi kebaikan... alhamdulillah, Allah izinkan untuk terus cgu berhadapan semula dengan gadget yang ada... 

Apa yang cgu gunakan sepanjang PDPR? Macbook, Notebook, Iphone dan Ipad. satu lagi Telegram tempat utk beri maklumat kepada anak2 murid... Alhamdulillah penggunaan yang semakin jelas. kalau suruh guna yang lain mmg cgu tak mahir. boleh guna cuma tak serasi dengan jiwa cgu... cgu pengguna ... alhamdulillah dapat dah certificate  Teacher.

boleh lah nak guna apps apa yang  ada ... nak tak nak cgu kena belajar sebab sekolah cgu mmg semua murid kena guna ipad.

cgu kongsikan biar gambar-gambar yang berbicara ... :)

ni masa cgu menuntut ilmu ... tak perasan rupanya en suami ambil gambar masa tengah belajar ... macam ni la keadaannya setiap hari... mmg tiada istilah cuti pun masa PKP pertama tu... rehat sekejap sambung semula... buat bahan untuk mengajar atau masuk kelas untuk belajar























banyak sangat gambar kalau nk upload di sini ... tak pe ni pun dah memadai untuk cgu simpan dalam blog ini... Terima kasih semua ...