Monday, March 8, 2021

GOOD LUCK BOYS PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2020

 



Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang

Allahumma Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 

Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anak2 didikku ... 

izuddin, idlan, abdullah, danial, wajdi, ikhwan, qayyum, ashraf, dzulkarnain, ameer, irish, nik haikal, izhan, mohd haikal, zidane, faris, hadzrul, nu'man, iqbal, furqan, ammar dan azad ...

agar mereka tenang hatinya dan dapat menjawab soalan yang diberikan dengan baik bagi subjek Prinsip Perakaunan Kertas 1 pada jam 8 hingga 9.30 pagi dan Kertas 2 pada pukul 10 pagi hingga 12.30 tgh pada hari ini 8 Mac 2021.

Allahumma Ya zohir 

Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dan tepat dalam minda anak2 didikku ... izuddin, idlan, abdullah, danial, wajdi, ikhwan, qayyum, ashraf, dzulkarnain, ameer, irish, nik haikal, izhan, mohd haikal, zidane, faris, hadzrul, nu'man, iqbal, furqan, ammar dan azad ... kerana Kau Maha Menampakkan  

Allahumma Ya Fatah 

Ya Allah bukakanlah minda anak2 didikku ... izuddin, idlan, abdullah, danial, wajdi, ikhwan, qayyum, ashraf, dzulkarnain, ameer, irish, nik haikal, izhan, mohd haikal, zidane, faris, hadzrul, nu'man, iqbal, furqan, ammar dan azad ... seluas langit dan bumi agar mereka nampak segala jawapan yang betul dan tepat.

Allahumma Ya Baari'. 

Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anak2 didikku ... izuddin, idlan, abdullah, danial, wajdi, ikhwan, qayyum, ashraf, dzulkarnain, ameer, irish, nik haikal, izhan, mohd haikal, zidane, faris, hadzrul, nu'man, iqbal, furqan, ammar dan azad ... hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik2nya sepanjang mereka menjawab soalan Prinsip Perakaunan Kertas 1 dan 2 ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemari mereka utk menjawab dgn pimpinanmu Ya Hadi.

Aku yakin hanya kuasaMu shj Ya Allah.. aku tiada daya.. 

Makbulkan lah permintaan Ku ini Ya Allah 


Sunday, March 7, 2021

ROAD TO SUCCESS SPM 2020 PRINSIP PERAKAUNAN

Assalamualaikum ...

Esok dah harinya ... 8 Mac 2021 (Isnin) 8 pagi hingga 12.30 tengahari ...

Doa cikgu moga semua calon berjaya dapat menjawab soalan dengan baik... banyaknya dugaan kita kan tahun ini... cikgu selalu yakin dan percaya, setiap dugaan yang Allah berikan ini semua ada hikmahnya...

Alhamdulillah, pelbagai alternatif disediakan oleh KPM untuk memastikan semua calon SPM 2020 tahun ini tidak ketinggalan... jadi subjek Prinsip Perakaunan tidak ketinggalan...ambil peluang ini... ada masa untuk lihat lagi... kita usaha sahaja... moga ilmunya sampai dengan izinNya...

Usaha ini semuanya dengan kerjasama semua pihak... terutamanya pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum, yang sentiasa memikirkan yang terbaik untuk kurikulum Prinsip Perakaunan dapat disampaikan kepada semua murid. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan guru otai Prinsip Perakaunan yang sangat berpengalaman luas pengetahuannya... Mereka semua ada di sisi cikgu sepanjang proses ini.

Percayalah usaha ini semua nak kan semua calon Prinsip Perakaunan dapat kejayaan sekurang-kurangnya lulus dalam SPM dan sebaik-baiknya A+ SPM 2020.

Cikgu doakan.

Jom tengok semua video Road to Success SPM 2020 Prinsip Perakaunan.


Road to Success SPM 2020 - Prinsip Perakaunan Pecutan

https://youtu.be/lNLHc0pNOj8



Road to Success SPM 2020 - Prinsip Perakaunan Kertas 1

https://youtu.be/vA-U4mPU2NI



Road to Success SPM 2020 - Prinsip Perakaunan Kertas 2

https://youtu.be/NbVMM9Mb2Xs


Ops... lupa nak share pesanan cikgu ...ingat pesanan cikgu... sebenarnya bukan pesanan cikgu seorang tetapi pesanan ini mesti sama daripada guru2 akaun Malaysia ni..



Moga perkongsian ini membantu kepada semua yang memerlukan.


Love.

CikguSila

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023