Kerja Kursus SPM

TUGASAN PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 5 SPM 2014
****************************************************************
Salam Kasih Sayang semua....

terpanggil malam ni untuk cgu nak kongsi bersama sesiapa sahaja yang nak belajar untuk buat tugasan tahun ni 2014 khas kepada pelajar Tingkatan 5... tingkatan 4 sabar ya ... bulan ogos nanti kita cerita.

ikutkan masa yang ditetapkan lagi beberapa hari je tamat... namun disebabkan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014 cgu percaya ramai yang diberi tambahan masa untuk menyediakan tugasan ini agar dapat disiapkan dengan lebih sempurna... 
'Good Luck for mid term exam...'

macamana soalan tugasan tahun ni? ok kan? 

bab-bab yang terlibat:
1. lejar
2. imbangan duga
3. pelarasan pada tarikh imbangan
4. penyata kewangan perkongsian
5. belanjawan tunai
6. tafsiran penyata kewangan

macam2 komen yang cgu dengar... tu la.. ni la... apapun inilah hakikat nya dalam dunia perniagaan yang sebenar. secara positif cgu ambil tugasan ni sebagai satu cabaran untuk sama-sama cuba kita selesaikan dengan andaian berada dalam dunia perniagaan yang sebenar. jika kita capai andaian tersebut cgu percaya murid2 mesti dapat menjiwai dan memahami satu per satu apa yang cuba dikaitkan dalam perakaunan bagi perniagaan perkongsian. 

Nasihat cgu, ikhlaskan diri... inshaallah tugasan ini membantu untuk mendapatkan gred yang baik dalam Prinsip Perakaunan SPM 2014 ... A+ itu pasti! ... :)

Download dulu mana yang tak ada lagi soalan...


Panduan pelaksanaan tu tolonglah baca... untuk mendapatkan Gred A (4) mesti dipatuhi berdasarkan panduan tersebut.. bila dapat markah sikit marah kat cgu.. kata cgu pilih kasih la cgu itu la cgu ini la... sian cgu2 kan... 


Tugasannya ialah :

Berdasarkan catatan dalam Jurnal Am, Jurnal Khas dan Buku Tunai dalam
Lampiran A, anda dikehendaki menyediakan:

(a) Pengenalan perniagaan 
(b) Profil perniagaan
(c) Catatan dalam lejar
(d) Imbangan duga
(e) Senarai pelarasan pada tarikh imbangan
(f) Catatan pelarasan dalam Jurnal Am (keterangan diperlukan) dan lejar
(g) Akaun Kawalan
(h) Imbangan duga terselaras
(i) Akaun Penamat
(j) Kunci kira-kira
(k) Pengiraan nisbah (bulan semasa dan bulan sebelumnya)
(i) keberuntungan
(ii) kecairan
(iii) kecekapan
 (l) Tafsiran nisbah
(m) Perbandingan analisis nisbah
(n) Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Julai 2014
(o) Mengemukakan cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa dan jangka
panjang serta membuat rumusan




************************************************************************
CIKGU, MACAMANA NAK BUAT PELARASAN?
************************************************************************

Salam Kasih Sayang dan Salam 1Malaysia,

Banyak komen dan pertanyaan yang diajukan kepada cikgu berkenaan dengan pelarasan. Kalau diikutkan dalam jadual kerja.. memang minggu ni pelajar dah kena buat pelarasan berdasarkan kepada soalan yang diberi.. kali ini cikgu akan ajar macamana nak buat pelarasan.. Sebelum tu .. set minda "pelarasan senang dan mudah macam petik jari je.." ... seperti yang dijanjikan kepada anak2 didik cgu.. mlm ni cgu akan bincangkan berkenaan dengan pelarasan.. semak jawapan masing2... jawapan Fadrul, Luqman Wafiy dan Hakim M boleh dijadikan rujukan...

PELARASAN
masa menyediakan pelarasan cikgu harap semua pelajar menyediakan sendiri.. cuba buat ikut kefahaman sendiri.. ini adalah ulangkaji.. pandai buat pelarasan, faham pelarasan semua itu adalah markah.. jadi faham kan betul-betul.. ;).. kita dah bincang dalam kelas kan.. cuma ada beberapa perkara yang cikgu nak u all  ubah... 

cikgu nak semua pelajar sediakan sehelai test pad, sehelai jurnal (JA2) dan 3 helai lejar (ikut penambahan lejar yg baru wujud.. yg lama kekalkan no rujukan) untuk memudahkan penyediaan bagi pelarasan yang dikehendaki soalan.

1. Stok Akhir : stok akhir dinilai dengan mengambil nilai terendah antara harga kos dan harga pasaran 
(ikut konsep TAKAP : terendah antara kos dan pasaran).. jadi jawapan mesti ambil amaun yang terendah iaitu RM46,800. Amaun ini akan dipindahkan ke dalam Penyata Pendapatan (Kos Barang untuk dijual tolak Stok akhir) dan Kunci Kira-kira (Aset Semasa). Tidak perlu direkod ke dalam Jurnal Am ataupun lejar.

2. Susut nilai : susut nilai akan menjatuhkan/mengurangkan nilai aset bukan semasa. Apabila berlaku susut nilai dua perkara yg perlu direkodkan iaitu Belanja Susut Nilai (Susut Nilai) dan Susut Nilai Terkumpul.

Jadi apabila berlaku susut nilai; di dalam Jurnal Am akan direkodkan seperti berikut;-
Dt   Susut Nilai ABS, Kt   Susut Nilai Terkumpul ABS.

Ada 3 kaedah iaitu penilaian semula, kaedah garis lurus dan kaedah baki berkurangan.

cara pengiraan mengikut formula yg diberi iaitu :-

a)   Kaedah Garis Lurus = % x Kos ABS x Tempoh
b)   Kaedah Baki Berkurangan =   % x (Kos ABS - SNTlama) x Tempoh
c)   Penilaian Semula = lama - baru 

soalan kerja kursus, seperti yg telah kita bincang di dalam kelas... jawapan adalah seperti berikut;

cari dulu kadar susut nilai... ada dua ABS iaitu kenderaan dan lengkapan

Bagaimana dapat kadar susut nilai.. boleh buat kaedah matematik ataupun cuba-cuba.. cikgu guna kaedah cuba-cuba tu yg dapat 20% dan 10%.

Kenderaan (garis lurus).. Kos RM40000. Kdr 20%. kiraan untuk tempoh sebulan. Semak jawapan mesti dapat RM666.66 kita bundarkan kepada RM667. (20% x RM40000 x 1/12)
Dt. Susut Nilai Kenderaan (LA34) rm667, 
Kt. Susut Nilai Terkumpul Kenderaan (LA10) rm667
(...............................)
kmdn pindahkan ke lejar...

Lengkapan (baki berkurangan).. Kos RM15,000 + RM720.. Kadar 10% kiraan untuk tempoh sebulan. Semak jawapan mesti dapat RM107.25 kita bundarkan kepada RM107. (10% x RM15000-2850 x 1/12) + (10% x RM720 - 0 x 1/12)..
Dt. Susut Nilai Lengkapan (LA35) rm107, 
Kt. Susut Nilai Terkumpul Lengkapan (LA11) rm107
(...............................)
kmdn pindahkan ke lejar


3. Peruntukan hutang ragu (PHR)... cgu nak minta maaf terbagi ajaran sesat la pulak.. ikut yg terkini.. kiraan untuk PHR ialah % x Penghutang bersih sahaja. tak perlu kalikan dengan tempoh sebulan.. tu yg cgu dok fikir lama ikutkan PHR atas penghutang je mana ada ikut tempoh2 ni kan.. alhamdulillah terjawab semua kemusykilan tersebut.. jadi betulkan semua jawapan u all kepada kiraan %xpenghutang bersih je.

Jadi buat akaun kawalan penghutang terus atau tambahkan baki akhir yang ada dalam lejar jualan... jawapan RM17,500... Kadar u all tentukan sendiri nak berapa dan darab dengan nilai penghutang bersih... 

Lihat perbezaan antara rm370 (imbangan duga) dan amaun baru yg diperolehi.

jika meningkat maksudnya pertambahan PHR.. ini adalah belanja.. 
Dt   Pertambahan PHR   LA36   XXX ----- nilai beza atra 370 dgn amaun yg dikira
Kt   PHR           LA9 XXX ----- nilai beza atra 370 dgn amaun yg dikira
(......................)
kmdn poskan ke lejar

ATAU

jika menurun maksudnya pengurangan PHR.. ini adalah hasil..

Dt   PHR   LA96   XXX ----- nilai beza atra 370 dgn amaun yg dikira
Kt   Pengurangan PHR           LA36 XXX ----- nilai beza atra 370 dgn amaun yg dikira
(......................)
kmdn poskan ke lejar


4. Belanja Terakru : belanja yang sepatutnya dibayar tetapi tak bayar lagi. belanja terakru ialah liabiliti semasa. jadi dalam jurnal am mesti  ...

Dt    Belanja XXX
Kt   Belanja Terakru XXX
(................................)
kmdn poskan ke lejar

baca soalan betul2 bagi butiran gaji dan faedah atas pinjaman... 

contoh gaji yang sepatutnya dibayar kepada pekerja ialah minimum RM1200, sedangkan dalam buku tunai amaun gaji yang telah dibayar kepada pekerja ialah RM1000.. memang jelas berlaku satu keadaan yang mana perniagaan tidak membayar gaji pekerja dengan cukup. 

kalau baca komen cgu n post yg sebelum ini cikgu ada bagitau kaitan dengan butiran (h).. cgu setuju yg butiran ini untuk penyediaan belanjawan tunai cuma cgu membuat satu ukuran sendiri yg mana ianya boleh dijadikan garis panduan untuk meningkatkan amaun gaji yang telah dibayar setakat rm1000 tu... cgu harap pelajar2 jelas dengan penjelasan ini.

Lagi satu belanja cari sendiri...

5. Belanja Terdahulu : Belanja yang sepatutnya tidak dibayar lagi tetapi telah dibayar. jadi bel terdahulu ialah aset semasa. dalam jurnal am
Dt   Belanja Terdahulu XXX
Kt   Belanja XXX
(...................)
kmdn poskan ke lejar

cgu nk cadangkan kalau boleh jgn ambil butiran yg sama dengan belanja terakru.. ambil yg lain contohnya pengiklanan, promosi, insurans dan belanja am.

6. Hasil Terakru : hasil yang sepatutnya dah diterima tetapi tidak diterima lagi. hasil terakru ialah aset semasa. jadi catatan dalam jurnal am
Dt   Hasil terakru XXX
Kt   Hasil XXX
( ................)
kmdn poskan ke lejar

tengok butiran dalam buku tunai sebelah debit... ada dua butiran yg boleh dijadikan jawapan sama ada sewa ruang niaga atau komisen... pilih la mana satu asalkan ianya jadi hasil terakru..

7. Pembetulan kesilapan: kesilapan2 yg mungkin berlaku pada akhir tempoh perakaunan selesai.. baru sedar ada beberapa perkara yg tertinggal.

bagi dua keadaan iaitu ketinggalan catatan dan kesilapan prinsip...

yg pasti bg bahagian ini cgu nak semua pelajar cgu buat pembetulan bagi kadar bayaran seperti yg telah dibincangkan di dalam kelas.. yg ni cgu wajibkan... yg lagi satu tak kisah apa2 pun yg u all nk buat janji tak lari konsep... ;)


Ni je dulu berkenaan dengan pelarasan... ingat isnin ni cgu nak tengok mesti dah siap hingga ke penyata kewangan..., cuba buat yg terbaik.. pengorbanan yg kita buat hari ini akan menghasilkan keputusan yg sangat baik untuk masa akan datang.. percaya lah... 
Law of Believe 
"whatever u believe, it becomes ur truth"

i Love Account!!!     
i Love U!!!




Mulai 01 April hingga 31 Mei 2011
*************************************
KERJA KURSUS SPM 2011
*************************************
Salam 1Malaysia,

Lima hari telah berlalu dalam penyediaan kerja kursus SPM Tugasan 2 Tingkatan 5. Dalam beberapa hari ini cgu banyak mendengar beberapa perkara mengenai pekeliling yang menyatakan kertas 3 tidak wajib. Namun demikian, pekeliling tersebut masih lagi cgu tidak terima sehingga ke hari ini. Jadi cgu dan beberapa rakan guru terus membuat keputusan yang sama meneruskan apa yang tertulis di dalam soalan tugasan yang diberi oleh LPM baru-baru ini.

Makluman kepada Calon
1. Calon WAJIB melaksana dan menyelesaikan tugasan projek Prinsip Perakaunan 3756/3 secara individu. 

Boleh download tugasan 2 di sini :


(cgu cadangkan pelajar download dan cuba baca dan fahamkan kriteria untuk mendapatkan markah A)

Berdasarkan catatan dalam Jurnal dan Buku Tunai anda dikehendaki menyediakan :

  1. Pengenalan Perniagaan (buat seperti kerja kursus tingkatan 4. Baca soalan dengan teliti latar belakang perniagaan. Menjual Perabot, mula pada 1 januari 2009 dengan modal RM60,000)
  2. Profil Perniagaan (buat seperti dalam panduan jadual yg diberi)
  3. Catatan dalam lejar : merujuk kepada jurnal dan buku tunai yang diberi. 
  4. Imbangan duga : pindahkan baki2 akhir daripada lejar ke imbangan duga. Jawapan mesti seimbang. RM331,106.
  5. Senarai pelarasan pada tarikh imbangan : rujuk maklumat 3 dalam soalan
  6. Catatan pelarasan dalam jurnal dan lejar : (ulangi langkah yang sama (3), ikut konsep yang sama pindahkan jurnal ke dalam lejar)
  7. Akaun Kawalan : sediakan akaun kawalan penghutang dan akaun kawalan pemiutang (maklumat semua ada dalam jurnal dan buku tunai yang diberi)
  8. Imbangan Duga Terlaras :  ambilkira semua lejar yang ada pelarasan di langkah 5,6,7.
  9. Penyata Pendapatan (berdasarkan ID terlaras)
  10. Kunci Kira-kira (berdasarkan ID terlaras)
  11. Pengiraan Nisbah (nisbah keberuntungan, kecairan dan kecekapan) : hitung semua nisbah yang dipelajari ; keberuntungan (4), kecairan (3), kecekapan (3)
  12. Tafsiran nisbah (buat tafsiran bagi setiap jawapan yang diperolehi dalam menghitung nisbah)
  13. Belanjawan tunai untuk empat tahun
  14. Mengemukakan cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa dan jangka panjang perniagaan. (bagi 3 atau lebih cadangan utk tingkatkan prestasi semasa dan jangka panjang)
  15. Rumusan (buat rumusan daripada jawapan yang kita dapat)

PELARASAN
Senarai pelarasan pada tarikh imbangan : rujuk maklumat 3 dalam soalan

  1. Stok akhir : ikut TAKAP (Terendah antara Kos dan Pasaran)
  2. Susut nilai kenderaan ikut kaedah garis lurus & susut nilai lengkapan ikut kaedah baki berkurangan (kiraan untuk sebulan. kalau dapat nilai sen, bundarkan)
  3. Peruntukan hutang ragu diselaraskan atas penghutang bersih. kadar yang bersesuaian. (kiraan untuk sebulan. kalau dapat nilai sen, bundarkan)
  4. Dua item belanja terakru. (gaji, faedah atas pinjaman dll)
  5. Satu item belanja terdahulu. (insurans, promosi dll)
  6. Satu item hasil terakru. (komisen, sewa ruang niaga... )
  7. Pembetulan kesilapan ; satu ketinggalan catatan (binalah apa2 contoh asalkan memberi maksud ketinggalan catatan)... kata kunci "... tidak direkod dalam mana2 buku"
  8. Pembetulan kesilapan ; kesilapan prinsip (binalah apa2 contoh asalkan memberi maksud kesilapan prinsip)
  9. Kiraan gaji adalah akan dinaikkan berdasarkan wilayah/kawasan; (bandar 20%, luar bandar 15% dan pedalaman 10%)
Nasihat cgu kepada semua, cuba buat kerja kursus ini dengan penuh penghayatan mendalami dan menguasai ilmu perakaunan dengan baik dan tepat. cgu percaya sapa yang buat sendiri dapat membantu dalam menjawab soalan SPM yang akan diduduki pada hujung tahun ini. Kerja Kursus ini membantu pelajar mengulangkaji silibus tingkatan 4 dan 5. Ambil peluang ini dengan positif.  Yakin Boleh! Pasti Boleh!

I LOVE Account
I LOVE U


***************************************************************************

Salam 1Malaysia,

alhamdulillah hari ni sempat cgu upload satu bahan untuk semua anak2 didik cgu khususnya.. cgu tunjukkan di sini berkenaan dengan satu per satu elemen yang perlu ada di dalam kerja kursus yang sedang dibina oleh semua pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan satu Malaysia...


Kepada semua pelajar yang download bahan ini adalah diingatkan ini adalah contoh yang tidak boleh ditiru bulat2 oleh mana2 pelajar.. 

Dapatkan Elemen 1 di sini. KLIK SINI.


Tambahan seterusnya... kerja kursus yang mengikut lengkap... cgu buat mengikut elemen yang diberikan... Sesiapa nak boleh dapatkan di bawah ini... sebagai rujukan dan panduan kepada semua pelajar dan sesiapa sahaja... cgu pun buat sepertimana yang dibincangkan semasa kursus penataran yang lalu... mudahan betul dan diterima ... sekurang2nya pelajar2 ada idea untuk membuatnya dalam masa yang singkat ini...


download ketiga2 elemen.. elemen 1 berkaitan dengan pengenalan perniagaan... elemen 2 ni yang paling penting... inila isi kandungan kerja kursus kita...urusniaga, dokumen, buku catatan pertama, lejar, penyata kewangan dan kad stok.. elemen 3 rumusan...




Elemen 4 dan elemen 5... mengikut guru masing2...dinilai daripada mula membuat kerja kursus hingga akhir...


Download yang ni pun blh juga.. semua ada... ;) PBS



75 comments:

  1. cikgu,


    Pinjaman 6 % (Tarikh matang 30 Jun 2015)
    Pinjaman 4 % (Tarikh matang 31 Mac 2011)

    yang pinjaman macam mana nak kira cikgu??

    Kadar bayaran terakru
    Peruntukan Hutang Ragu
    Susut nilai terkumpul kenderaan
    Susut nilai terkumpul lengkapan

    yang ni kene letak dalam imbangan duga ke?

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum cikgu...... terima kasih kerana membantu kami yang mengambil perinsip perakaunan... dan saya doakan cikgu sentiasa panjang umur dan murah rezeki...boleh la cikgu bantu kami lagi... hehehehe ;0... doa kan kami berjaya ye cikgu...

    ReplyDelete
  3. muiz loda : kedua2 pinjaman perlu diambilkira.. tak boleh diasingkan.

    apa yg tercatat dalam lejar dan ada baki akhir semuanya perlu dipindahkan ke imbangan duga.

    luqman : u r wlcm.. wish u all the best ;)

    ReplyDelete
  4. Cikgu apakah yang dimaksudkan dengan solan 3 ?

    ReplyDelete
  5. tapi macam mana nak kira pinjaman tu? perlu darab dengan peratus yang dibagi atau terus poskan ke lejar seterusnya ke imbangan dgn jumlah yang telah diberi?

    ReplyDelete
  6. cikgu contoh kerja kursus tingatan 5 2011 ade x/saya ingin wat sbg rujukan

    ReplyDelete
  7. bukan ke kedua2 pinjaman ni perlu buat dlm lajer yg berasingan

    PINJAMAN PERTAMA
    Pinjaman 4 % (Tarikh matang 31 Mac 2011

    PINJAMAN KEDUA
    Pinjaman 6 % (Tarikh matang 30 Jun 2015)

    ReplyDelete
  8. haris : soalan 3 tu apa? yg cgu faham dan maksudkan ialah kertas 3 utk kerja kursus prinsip perakaunan spm 2011.

    muiz loda : pinjaman dan faedah atas pinjaman adalah berbeza.. fahamkan kedua2nya dengan baik...
    pinjaman ada 2 iaitu pinjaman6% dan pinjaman4%.. dan setiap pinjaman faedah dia adalah berbeza..

    contoh sepenuhnya tugasan 2 masih tidak ada.. sebab masih lagi dlm proses menyediakannya.. ;)

    syuhada : betul la tu.. ;)

    ReplyDelete
  9. cikgu , yg ABS tu apa ??
    hehehe .

    ReplyDelete
  10. ehh . cikgu .. yg ikut kaedah baki berkurangan tuu mcmana ?? xdpt nii .

    ReplyDelete
  11. dayah, ABS tu Aset Bukan Semasa.. ;)

    kl baki berkurangan formula
    % x (Kos - SNT lama)

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. salam. cikgu, adakah kesalahan prinsip tu kita yang reka ataupun memang telah ada kesalahan dalam penyediaan buku catatan pertama?

    cikgu, ada contoh kertas 3 tingkatan 5 yang dah siap ke? saya masih keliru lagi mengenai pelarasan sampai ke bawah.

    kalau ada boleh emailkan ke saya cikgu,
    binaizza@yahoo.co.id

    terima kasih cikgu :)

    ReplyDelete
  14. ckg,
    selain ambilan ngn angktn kluar..
    ap lg item yg bleh kta ltk dkt solan (g):pmbtulan kslpn tu??

    ReplyDelete
  15. salam....betul ke jumlah imbngan duge tu?

    ReplyDelete
  16. salam cikgu, soalan hanya bagi tahu bhw belanjawantunai sepanjang 4 tahun. bolehkan saya buat dari tahun 2011 hingga 2014? atau soalan dah tetap tahun?

    ReplyDelete
  17. tralala,
    kesilapan prinsip memang kena reka sendiri.. itu yg terbaik.. sekurang2nya nanti kita akan lebih mudah faham kan..

    jumlah ID... betul ..

    Mei xuan, blh

    ReplyDelete
  18. Cikgu, apa pandangan cikgu mengenai cadangan semasa dan cadangan jangka panjang?

    Untuk cadangan semasa saya buat mengenai kadar pusing ganti stok yang terlalu lama, jadi perlu untuk dibuat promosi untuk menghabiskan stok.

    Sedangkan untuk jangka panjang pula, apa yang boleh dibuat?

    terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  19. cikgu,
    macam mana nak buat cadangan semasa dan jangka panjang?

    untuk cadangan semasa saya buat mengenai kadar pusing ganti stok yang terlalu lama, jadi perlu diadakan promosi untuk menghabiskan stok.

    untuk cadangan jangka panjang pula macam mana? apa yang boleh dijadikan cadangan?

    terima kasih cikgu :)

    ReplyDelete
  20. kadar bayaran dan kadar byrn terakru perlu gabung ke? kalau kena macammana sebab cikgu saya suruh gabung dalam lembaran kerja dan hapuskan catatan dalam jurnal dan imbangan duga?

    ReplyDelete
  21. salam..
    cikgu,macam mana nak buat cadangan utk meningkatkan prestasi semasa dgn jangka panjang perniagaan?

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. salam ckg...yg dlm jurnal am dlm krungan 2 nak tlis ap ek utk Susut nilai kenderaan
    Susut nilai terkumpul kenderaan
    (kenderaan disusutnilaikan 25% setahun mengikut kaedah garis lurus)

    Susut nilai lengkapan
    Susut nilai terkumpul lengkapan
    (

    Peruntukan hutang ragu
    Untung rugi
    (

    Faedah atas pinjaman
    Faedah atas pinjaman terakru
    (

    Gaji
    Gaji terakru
    (

    Insurans terdahulu
    Insurans
    (

    Komisen terakru
    Komisen
    (

    Ambilan
    Belian
    (

    Angkutan keluar
    Angkutan masuk
    (

    tlg gtaw ckg...sye yg lain dah siap cma ini je,.

    ReplyDelete
  24. cikgu..i mau minta ajar...
    yg kadar pusing ganti stok guna bilangan kali atau hari??? if gua bilangan hari perlu darap 31 hari je??

    ReplyDelete
  25. cgu ,
    dri mna nak dpt stok awal

    ReplyDelete
  26. Cgu , ,
    dri mana nak dpat stok awal untk pindah ke penyata pndptan

    ReplyDelete
  27. cgu ,
    dari mana nak dapt stok awal untk pindah ke pnyata perdagangan

    ReplyDelete
  28. cgu ,
    dari mana nak dapt stok awal untk pindah ke pnyata perdagangan

    ReplyDelete
  29. cikgu, selalunya belanjawan tunai dibuat dalam bentuk 3 bulan. tapi macam mana nak buat dalam bentuk 4 tahun?

    terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  30. smekom cikgu, saya nak tumpang tanya. untuk kira kedua-dua pinjaman tuh mcm mana ? saya dah kira tapi macam kurg faham. boleh tak cikgu jelaskan

    ReplyDelete
  31. cikgu. baki awal utk belanjawan mane nk dapat?

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum Cikgu Sila,
    Sekolah saya ada mengadakan pertandingan pameran panitia.Saya minta izin dari cikgu untuk gunakan sebahagian contoh elemen 2 untuk panitia Akaun. Terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  33. untuk membuat dokumen menggunakan microsoft apa???

    ReplyDelete
  34. cikgu, saya tak dapat buat imbangan duga, pd pandangan cikgu apakah kesilapan yg mungkin tlh dilakukan oleh saya...harap cikgu blh membantu...

    ReplyDelete
  35. salam... saya nak tanya skit... macam mana caara nak buat lejar dan jurnal untuk kerja kursus akaun tingkatan 4 2011????

    ReplyDelete
  36. wht is kunci kunci kira kira???????????????????

    ReplyDelete
  37. assalam.,cg..
    btol x.,angktn msuk & upah ats blian.,d0kumen ye baucr pmbyrn?

    ReplyDelete
  38. betul... selain baucer pembayaran... resit rasmi / cek / keratan cek pun blh...

    ReplyDelete
  39. t'cher,my school everybody do d perniagaan peralatan sukan tapi bolehkah saya buat yang perniagaan perkhemahan?

    ReplyDelete
  40. salam cikgu sila...
    cikgu saya nak tanya satu perkara...
    kenapa pentingnya kertas kerja khusus akaun ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. KALAU TAK ADE KERTAS KHUSUS AKAUN NI....MARKAH SPM ANDA AKAN DAPAT SIKIT....

      Delete
  41. cgu ! tlong emailkan cth folio kt email ne : 2kpoker100@gmail.com
    need ur help..plizzz

    ReplyDelete
  42. salam cikgu..ble tlong emailkan conth kerja krusus f4 2011...email sye : 2kpoker100@gmail.com..plizzzz

    ReplyDelete
  43. cikgu contoh kerja khusus akaun tingkatan 5 2012 tak de ke ? saya nk buat rujukan .

    ReplyDelete
  44. cikgu...imbangan duga yang belum diselaras perlu jumlah debit dan kredit sama?

    ReplyDelete
  45. dalam ID mesti jumlah dt dan kt sentiasa sama

    ReplyDelete
  46. ckg buku tunai thn 2011 ckg betulkan kpd 2012 ker? kertas 3 akaun t5 2012

    ReplyDelete
  47. cikgu. kenapa kunci kira-kira saya x seimbang?

    ReplyDelete
  48. cikgu,macam mana imbangan duga terlaras tidak imbang ?

    ReplyDelete
  49. cikgu,kalau imbangan duga terlaras kita tidak imbang macam mana ?

    ReplyDelete
  50. salam,cikgu cadangan utk meningktkn prestasi smasa dan jngka pnjng prniagaan nk wat cmna ?

    ReplyDelete
  51. cikgu..macam mana nak post lejar ke imbangan duga?..

    plezz respond...

    ReplyDelete
  52. cikgu..macam mana nak post lejar ke imbangan duga?..

    plezz respond...

    ReplyDelete
  53. pindah rekod daripada lejar ke imbangan duga dengan cara :

    1. imbang dan tutup setiap akaun yang disediakan.

    2. ikut pindahan b/b setiap akaun yg disediakan..

    3. jika lejar dt maka ID pun dt dan sebaliknya

    ReplyDelete
  54. salam cikgu.. i need to know something.. kalau kerja kursus dihantar lebih dari tempoh yang diperuntukkan, so will that give any affect on account paper in spm? i mean adakah pelajar yang lewat hantar dikira failed for subjek akaun?

    -buntu-
    need ur reply as soon as possible..

    ReplyDelete
  55. Salam cikgu sila. ada tak contoh bagi kertas projek t5 2012 khususnya (pengiraan nisbah, belanjawan tunai, cadangan) ?

    moga cikgu dan keluarga dlm keadaan sihat walafiat.

    pls respond secepat mngkn ya cikgu

    ReplyDelete
  56. lewat hantar kerja kursus bergantung kepada guru mata pelajaran... ikut kan tarikh akhir ialah 31 mei 2012... kl dah key in markah ke LPM ... kl x hantar kerja kursus dianggap tidak membuat kerja kursus. Pemberian markah ikut paper 1 & 2 je... apapun nasihat cgu bincang dengan guru mata pelajaran masing2...

    contoh tahun ni cgu tak dapat nk upload lagi sbb masa diperuntukkan tak habis lagi kan... kl cgu dh upload ramai la nanti yg tiru daripada cgu nya contoh kan... cuba buat dl... nk tgk contoh tahun lepas... sama je dgn tahun ni ... <3

    ReplyDelete
  57. Cikgu mcm mane nak buat imbangan duga terlaras ?

    ReplyDelete
  58. cikgu mcm mane nak buat imbangan duga ? y lame uh kena salin jugak ke ?

    ReplyDelete
  59. salam cikgu sila... saya ada problem skit dgn folio akaun form5.. imgbn duga sebelum buat pelarasan, ID tu nilai debit kredit seimbang x? coz ada kwn saya ckap sblum & slps buat pelarasan dua2 seimbang... so mcm mane ni cgu... saya belum ada peluang nak refer pd cikgu saya memandangkan skrg dia dpt cuti.

    hope sgt2 cgu dpt bg respond dgn kadar yg segera....

    ReplyDelete
  60. salam cikgu.. apa syarat2 utk daptkan sijil LCCI? ad kaitan ke dgn cra mjwb soalan Akaun?

    ReplyDelete
  61. salam cikgu.. macam mana ea nak buat rumusan untuk folio form 5 nie ?? nak contoh boleh tak ??

    ReplyDelete
  62. ckgu,panduan kerja kursus spm kertas 3 2012 ada tak??.

    ReplyDelete
  63. salam cikgu sila.. npe dh lme x update?? hope sgt cikgu boleh continue gn blog niey...

    ReplyDelete
  64. masih lagi tak reti cikgu..

    ReplyDelete
  65. Assalamualaikum cikgu saya pelajar ting 4...Saya nak tanya mcm mne nak dpatkan 'kos jualan' dan 'untung kasar'

    ReplyDelete
  66. assalamualaikum cikgu.. saya mrupakn plajar alirn sains tulen dan berminat utk mgambil prinsip perakaunan.permasalahnny ialah saya brada d t.5 pd thun ini (2014).saya dfhamkan prinsip perakaunn mmpnyai krja krsus eversince in f0rm 4(adakh ia trmsuk dlm mrkh spm dan plajar wjib mnjlanknnya..??)..adakh sdah trlewat utk sya mngambil sbjek ini walau cba utk c0ver all of it while in f0rm 5...??

    ReplyDelete
  67. salam..cikgu,..tahun ini saya akan menduduki SPM ...saya nak tanya ..tajuk perkongsian tu kalau tersalah format macam mana ye..

    ReplyDelete
  68. cikgu, ada tak kerja kursus prinsip perakaunan tingkatan 5 ??

    ReplyDelete
  69. assalamualaikum . cg .pelarasan utk ja kursus akaun 2014 mcm mn ?? sy dh bt imbgn duga dn imbang ttp mslhny dm urusniaga dia perlulan hasil terakru ttp sy hny ad jualan . bgmna iti cg ?? adlh sy perlu mgunakn mgunakn jualan??

    ReplyDelete
  70. cikgu macam mana nak tentukan gaji setiap pekongsi yang mengambil insurans perjalanan??

    ReplyDelete
  71. jangan risau .. kalau tersalah format kita boleh rujuk kepada cikgu setiap kelas untuk bantuan lebih lanjut keyh?

    ReplyDelete
  72. cikgu, untuk nisbah kn, kna buat perbandingan kn?

    ReplyDelete
  73. Cikgu i) dalam pembandingan tafsiran, guna bulan Mac dan April atau April dan Mei ?
    ii) Apakah maksud Perniagaan mengamalkan polisi kredit 30 hari dalam belanjawan dan cara pengiraan die mcmne? terima kash

    ReplyDelete
  74. Cadangan cgu..

    untuk nisbah perlu dibuat perbandingan ...

    boleh guna Mac dan April utk tafsiran...
    penggunaan polisi kredit 30 hari bermaksud berhutang selama 30 hari/sebulan... barang dapat dulu dan bayar dalam tempoh 30 hari...
    contoh bulan jan buat belian kredit rm15000... jadi bayaran kepada pemiutang akan dibuat pada bulan feb.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Copyright 2013 Reserved to ILoveAkaun l Design by DayangDeno