Calon SPM

Cuba faham kan ...

TINGKATAN 4

MODUL 1 : PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
    • Sejarah perakaunan - tahu perkembangan
    • Bentuk organisasi - ingat jenis dan ciri-cirinya.
    • Perakaunan dan Simpan kira - tahu perbezaannya
    • Badan Perakaunan [MIA, MICPA, MASB, ... ] - tahu nama dan fungsinya
    • Andaian, Prinsip dan Batasan - mesti faham dengan jelas.
    • Kitaran perakaunan - pandai lakar dan ingat beserta faham ikut turutannya.
MODUL 2 : KLASIFIKASI AKAUN - WAJIB FAHAM!!! Kuncinya ada disini.
    • Maksud, jenis dan contoh bg aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja mesti faham dengan betul.
    • Catatan Kontra - ada 5 iaitu PJ/M, PB/K, A, SNT, PHR.
    • Carta akaun - kod item yang digunakan - pemfailan/berkomputer
    • Persamaan Perakaunan - satu cara untuk menyediakan Kunci Kira-kira. - guna rumus ASET=LIABILITI + EKUITI PEMILIK
    • Sistem Catatan Bergu - mesti faham dengan baik ... guna konsep Belanja Aset (Dt +, Kt -), Liabiliti Ekuiti Hasil (Kt +, Dt -). 
MODUL 3 : DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT
    • Fungsi dan jenis dokumen yang digunakan.
    • Aliran dokumen antara pembeli dengan penjual.
    • Fahamkan dokumen ini sebenarnya bukti urus niaga kita iaitu aktiviti perniagaan kita - jual, beli, pinjam, bayar, pulangan dll.
MODUL 4 : JURNAL SEBAGAI BUKU CATATAN PERTAMA
    • Fungsi dan jenis Jurnal - Jurnal Am, Jurnal Khas, Jurnal Penerimaan Tunai, Jurnal Pembayaran Tunai, Buku Tunai, Buku Tunai Runcit.
    • Ingat Format setiap jurnal.
MODUL 5 : LEJAR - patuhi prinsip catatan bergu!
    • Fungsi dan jenis lejar - Lejar am [selain lejar subsidiari], Lejar subsidiari [lejar belian dan lejar jualan]
    • Lejar belian = Ak Belum Bayar, Lejar jualan = Ak Belum Terima
    • Dalam lejar ada akaun iaitu 
      • akaun perorangan [Ak. Blm Terima, Ak. Blm Bayar, Ak. Modal, Ak. Ambilan] dan akaun bukan perorangan - akaun Nyata [akaun aset] dan akaun Nominal [akaun belanja dan hasil]
    • Akaun Kawalan - mesti pandai buat. Ingat untuk urus niaga kredit sahaja melibatkan penghutang dan pemiutang. Biasanya untuk cari jualan/belian kredit. Boleh juga untuk tentukan jumlah Ak Belum Terima/Ak Belum Bayar akhir.
MODUL 6 : IMBANGAN DUGA
    • Senarai baki Dt dan Kt drpd lejar. Mesti seimbang bhgn Debit dan Kredit. Patuhi konsep BA Dt dan LEH Kt.
    • Tahu fungsi dan kekangan ID.

MODUL 7 : PENYATA KEWANGAN MT TANPA PELARASAN
    • INGAT Format Ak Perdagangan dan Untung Rugi [J-KJ=UK+H-B=UB] dan Penyata Kedudukan Kewangan [Btk T, ABS+AS=EP+LBS+LS] dan [penyata, tunjukkan Modal Kerja. [ABS+MK=EP+LBS]
    • Penutupan akaun - Hasil Belanja pindah ke Ak Perdagangan daN Ak Untung Rugi. Manakala aset, liabiliti dan ekuiti ada baki yang perlu dibawa ke tahun berikutnya. 
MODUL 8 : PELARASAN PADA TARIKH IMBANGAN DAN PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN MILIKAN TUNGGAL
    • INGAT pelarasan bukan nominal (HBT, HBTo, BP, BBB), HL/HLT/PHR, SN/SNT, Pelupusan ABS secara tunai.
    • Penyata Pendapatan / Akaun Perdagangan dan Untung Rugi - untuk cari untung/rugi bersih. berkaitan dengan hasil dan belanja sahaja. Mesti ingat dan kuasai format penyata.
    • Penyata Kedudukan Kewangan - untuk mengetahui kedudukan kewangan iaitu aset, liabiliti dan ekuiti sesebuah perniagaan.
MODUL 9 : PEMBETULAN KESILAPAN
    • Kesilapan ketara dan Kesilapan tidak ketara
    • Catat dalam Jurnal Am dan pindah ke Lejar.
    • Mahirkan sedia PK dengan ambilkira penguasaan Modul 789. PK yang lengkap selepas pelarasan dan pembetulan kesilapan.


TINGKATAN 5

MODUL 10 : ANALISIS DAN TAFSIRAN PENYATA KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN
    • Tahu kepentingan maklumat pengurusan.
    • Analisis Penyata Kewangan dan Analisis Nisbah - ada 3 iaitu nisbah keberuntungan, nisbah kecairan dan nisbah kecekapan. Ingat Formula setiap nisbah. 
    • Mentafsirkan nisbah - ingat formula mesti pandai buat tafsiran dan perbandingan antara firma/tahun yang terbaik.
MODUL 11 : REKOD TAK LENGKAP
    • Tahu punca rekod tak lengkap - banjir, kebakaran, catatan tunggal dll.
    • Kesan RTL kpd APUR/PKK: ID tidak dpt disediakan, rekod diragui, untung rugi, PKK sukar ditentukan, prestasi tidak boleh dibandingkan.
    • Penentuan Pendapatan - ada 2 kaedah; kaedah perbandingan (persamaan perakaunan) dan kaedah analisis. Kaedah analisis - mesti buat analisis jualan dan belian, analisis buku tunai, analisis hasil dan belanja, hitung modal awal dan modal akhir.
MODUL 12 : PERAKAUNAN UNTUK KAWALAN DALAMAN 
    • untuk urus niaga tunai sahaja! ada aliran wang masuk dan wang keluar. Mesti fahamkan.
    • Kawalan tunai - tahu kenapa mesti ada kawalan tunai?Kaedah?
    • Penyata Penyesuaian Bank - ada 2 kaedah iaitu kemaskini buku tunai atau tanpa kemaskini buku tunai. Ingat Format PPB.
    • Belanjawan Tunai - ingat Format Belanjawan. ada 5 perkara.
MODUL 13 : PERAKAUNAN UNTUK PERKONGSIAN
    • Penubuhan perniagaan - ingat ciri2, Akta/Ikatan Perkongsian.
    • Ekuiti Pemilik dalam Perkongsian - ingat MS [Akaun Modal dan Akaun Semasa] - mesti pandai buat Akaun Semasa (beruangan)
    • Akaun Penamat - Akaun Perdagangan + Akaun Untung Rugi +  Pengasingan Untung Rugi. Ingat Format samada gabung atau tidak.
    • Penyata Kedudukan Kewangan - ingat Format (Beza bahagian EP).
    • PEMBUBARAN PERKONGSIAN - Ak Realisasi, Ak Modal dan Ak Bank atau catatan di Jurnal Am. Fokus Kaedah Langsung.
MODUL 14 : PERAKAUNAN UNTUK SYARIKAT BERHAD MENURUT SYER
    • Penubuhan Syarikat Berhad - tahu beza Sy Persendirian & Sy Awam.
    • Jenis Modal dan Terbitan Syer- Jenis Modal Syer iaitu Syer Biasa dan Syer Keutamaan. Tahu ciri-cirinya.
    • Kira Modal diterbitkan dan Berbayar Penuh dan rekod ke JA & Lejar.
    • Dividen - div. interima / div. akhir. 
    • Ekuiti Pemilik - nyatakan modal diterbitkan dan berbayar sahaja.
    • Kira Div. syer untuk bbrp tahun dan div tertunggak (pemegang syer keutamaan bersifat kumulatif)
MODUL 15 : PERAKAUNAN UNTUK KELAB DAN PERSATUAN
    • Penubuhan Kelab - faham tujuan kelab bukan untuk keuntungan.
    • Faham beza kelab dan milikan tunggal, perkongsian dan syarikat.
    • Kutipan utama kelab ialah yuran - mesti pandai buat Ak. Yuran
    • Penyata Penerimaan dan Pembayaran = Rumusan Ak Tunai/Bank
    • Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan = Ak Untung Rugi
    • Penyata Kedudukan Kewangan - beza hanya pada bahagian Ekuiti Pemilik tukar kepada Dana Terkumpul.
MODUL 16 : PERAKAUNAN KOS
    • Jenis Kos - kos tetap dan kos berubah
    • Tahu Komponen Kos Pengeluaran - Ingat Format Ak. Pengeluaran [BL+BrL+BelLg=KPr+KO+KDPaw-KDPak=KP]
    • Analisis Titik Pulang Modal - ada 2 kaedah; kaedah margin caruman atau kaedah graf. Kira Titik Pulang Modal. Ingat Formula.
    • Pandai buat analisis TPM dengan ambilkira perubahan salah satu komponen kos dan harga jualan.


T4 + T5 = 16 BAB KUASAI SEPENUHNYA PASTI A+!!! dengan syarat KONSEPNYA DIKUASAI DENGAN BETUL DAN TEPAT!!!

*****************


SENARAI SEMAK ULANGKAJI 100% PRINSIP PERAKAUNAN A+ SPM


BIL
TOPIK
YA (/) / TIDAK (X)

TINGKATAN 4

1
Pengenalan kepada perakaunan (konsep, prinsip, batasan)

2
Persamaan Perakaunan (Jad persamaan/ PKK)

3
Dokumen Perniagaan (D-BCP-L-ID)

4
Buku Tunai/ Buku Tunai Runcit

5
Lejar/Imbangan Duga

6
Akaun Kawalan (ABT/ABB)

7
Akaun-akaun Pelarasan (ak. nominal/  snt/  phr/ lupus ABS)

8
Pembetulan Kesilapan (JA-LP-IDT)

9
*(PK) Milikan Tunggal


TINGKATAN 5

1
Maklumat Untuk  Membuat Keputusan

2
Penyata Penyesuaian Bank

3
Belanjawan Tunai

4
*(PK) Rekod Tak Lengkap – Perbandingan

5
*(PK) Rekod Tak Lengkap - Analisis

6
*(PK) Perkongsian

7
Realisasi

8
Syarikat Berhad

9
*(PK) Kelab dan Persatuan

10
*(PK) Akaun Pengeluaran

11
Analisis Kos Volum Untung (TPM)


*Wajib 100% kuasai dengan cemerlang.
**Pastikan awal bulan September sudah kuasai semua topik di atas bagi memastikan gred A+ SPM.

"Ya Allah, Kau mudahkan lah urusan anak2 muridku ini untuk memahami setiap yang dipelajari ini dan dapat menulis jawapan yang lengkap dan betul semasa peperiksaan berlangsung. Tenangkan lah hati anak2 ku ini agar dapat menjawab dengan tepat setiap soalan yang diberi. Moga juga Kau capaikan lah impian anak2 muridku ini mendapat keputusan cemerlang 100% A+. Amin"


Love.. CikguSila


No comments:

Post a Comment

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023