Wednesday, July 6, 2011

"Cikgu Sila dan 4 Comey"

Salam Kasih Sayang,

Habis kelas, cgu membaca semua penilaian pelajar terhadap cgu tentang p&p dan apa jua yg stud nak bagitau tentang diri cgu... cgu ambil semua apa yg dinyatakan sebagai satu panduan untuk cgu memperbaiki kelemahan yang ada pada diri cgu... terima kasih buat semua pelajar cgu... i love u!!!

ada satu penilaian yang pelajar buat untuk cgu... yang cgu rasa nak kongsi dengan semua... cgu memang puji pelajar ni... seorang yang pandai berkarya... cuba baca ni ye... kalau best... Like ye.. ;)

Pagi itu dengan jelas tampak tidak ada bezanya dengan pagi-pagi lampau. Guru-guru silih berganti menyampai bicara. Dakwat merah, biru dan hitam "marker pen" masih lagi bersisa kabur di papan putih. Fahmi memulakan bicara.

"sapa tak bayar duit kelas RM10?"

"aku..."

aku!!!"

"Aku dah bayar..."


Rizwan kelihatan sibuk menelaah ilmu yang baru sahaja dipelajari. Satu demi satu formula dari Cikgu Asiah dititipkan ke dalam nota. Arif kelihatan sedang cuba berjenaka. Sumbang dan hambar sekali bicaranya. Mamu menghilang entah ke mana. syarizmi, Adham dan Hariz kusyuk memerah minda dalam permainan "Scrabble" di belakang kelas. Kamal sibuk mempromosi gadjet-gadjet menarik kepada kelas. Tiba-tiba, bicara Fitri mengontaminasikan bingit kelas.

"Bangun semua!!!Assalamualaikum, cikgu!!!"

"ASSALAMUALAIKUM, CIKGU!!!" sahut seluruh pelajar 4Cita.

Tampilnya Cikgu Sila di hadapan kelas mematikan riuh kelas itu. Bahasa kesepian menyelubungi seisi bilik berisi 32 insan remaja itu. Segaris senyuman manis menghiasi bibir Cikgu Sila. comel. Senyuman itu sentiasa beliau zahirkan. Buku-buku nota dikeluarkan oleh Shafiq, diikuti pelajar lain. Pembelajaran Prinsip Perakaunan bermula.

"Cikgu, slip bank tu camne?"
"cikgu, folio pelanggan tu menda?"

cikgu, camne nak kira ni?"
"cikgu..."

Satu per satu soalan dijawab ikhlas oleh beliau. Beliau terus membicarakan perihal tugasan yang diberi dengan harapan pelajar mampu menghasilkan produk yang baik. Meskipun tampak kepenatan, tidak pernah sekelumit jemu pun ujud di hati beliau.
Tentu sukar menjadi sang pendidik, monolog shafiq bersendiri. Melihat ketabahan dan usaha cikgu Sila semacam menimbulkan kekaguman dalam diri Shafiq. Meskipun sakit, itu tidak menjadi aral. Mampukah aku menjadi beliau, bicara Shafiq pada hatinya.


..................................................................

3 comments:

  1. Cuma sedikit komen utk penambahbaikan. Pemerian suasana kelas sebelum Cikgu Sila masuk ke kelas patut diubah kepada suasana yang menampakkan kebingungan pelajar dengan subjek Prinsip Perakaunan.

    Anyhow, saya dan rakan-rakan mengakui kehadiran Cikgu Sila sangat ditunggu-tunggu. 5 tahun belajar dengan cikgu, saya berpendapat tahun 2010 merupakan yang terbaiiik!

    Terima kasih, cikgu. All this while, you're not just a good teacher. Instead, you're the bright sunny sun during sunrise, enlightening us with your warm rays, guiding us through the darkness. Terima kasih cikgu =)

    ReplyDelete
  2. ini idea dari raeliti... sekadar merakam suasana dalam penulisan.. x perlu serius.. poetic license..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...