Saturday, January 2, 2021

Perkongsian Ilmu secara atas talian 2020

Assalamualaikum ...

Alhamdulillah dapat melaksanakan beberapa perkongsian secara alam maya dengan beberapa pihak. Paling mencabar semasa menguruskan perkongsian untuk calon SPM Putrajaya... dengan kelengkapan yang ada kami cuba laksanakan dengan yang terbaik ... dalam hati hanya Tuhan yang tahu... harap2 tidak berlaku seperti hari-hari sebelumnya yang terpaksa dibatalkan perkongsian buat semua guru akaun Malaysia. Minta maaf sangat... mmg jika tiada izinNya maka tiada lah... dari pagi hingga ke masa kejadian en suami tetap berusaha bersama-sama untuk betulkan keadaan tetapi tak dapat juga... bukannya cgu tak nak pergi ke tempat2 yang ada wifi... tetapi keselesaan untuk bercakap itu yang cgu fikirkan... adakalanya idea itu datang masa dan saat kita sedang berkongsi... selepas perbincangan dengan en suami terbaik terpaksa untuk dibatalkan... bukannya tak pernah jadi masalah teknikal ini... pernah beberapa kali terjadi sebelum ini... sampai minta pinjam wifi jiran sebelah... tetapi tak sama... masa guna tu pun ada sat masuk sat keluar... kebetulan hari tu jiran sebelah dah pindah ke Cyberjaya... redha dengan ketentuanNya...

Berbalik dengan program Putrajaya tadi... cgu dan rakan2 setup breakout room ... 5 room semuanya tapi yang dapat digunakan semasa kejadian hanya 3 dan 4 room sahaja dan penuh setiap room hampir 100 orang. Kehadiran juga alhamdulillah. Teknikal di awal tu mmg la tak tau nak kata macamana tapi pengalaman itu berharga... dari tak tau jadi tau... sebab tu nak pandai kena belajar dan usaha ... konsep yang sama kan ...

Program Kecemerlangan Prinsip Perakaunan Putrajaya. 16 dan 17 Disember 2020. 

Masa 2.00 hingga 4.30 petang










Perkongsian atas talian yang lain juga bersama PPD Petaling Perdana, SGS, Sharodz, SMK PP8(1), SMK PP16(1), SMK PP18(1), PPD Petaling Utama, SMI Hira Jeram, dan Miri (SMK Saint Columba, SMK Dato Permaisuri, SMK Bakong, SMK Baru, SMKA, SMK Chung Hua, SMK Pujut). 















Sempat juga cgu melaksanakan beberapa perkongsian dengan beberapa sekolah sebelum PKP. Antaranya SMK BTHO2, SMKA Putrajaya, SMI Al Amin Gombak, Sekolah Setiabudi dan lain-lain lagi tak ingat.

Ada beberapa yang terpaksa dibatalkan disebabkan kekangan yang sedang melanda sekarang ni... Maaf sangat... inshaallah ada izinNya nanti pasti akan jadi... 

Terima kasih kepada semua pihak. Moga setiap perkongsian ini memberi manfaat kepada semua seterusnya meningkatkan prestasi sekolah masing-masing. Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan... Terima kasih...







Class Online 2020




 Assalamualaikum semua ...

Follow cgu dulu sebelum baca seterusnya ya... mudahan dapat ilmu yang akan dikongsi bersama kelak... tak susah pun... klik je button follow warna biru kat tepi tu... terima kasih 

Satu cabaran yang baru bila cgu nak tak nak melaksanakan PdP secara atas talian... PDPR bermula tahun 2020 ... bukan mudah pada awalnya... satu tekanan di awal permulaannya sebab terlalu banyak perkara yang perlu di pelajari... tak tau nak mula yang mana satu ... setiap hari cgu mesti masuk kelas online yang dianjurkan oleh mana-mana pihak contohnya Digital Classroom,  Teacher Community, Kelab Guru Malaysia, eDidik dan banyak lagi... mana yang boleh dapat input cgu masuk kelasnya... banyaknya ilmu yang mmg boleh kita dapat di hujung jari. semuanya atas kemahuan kita sendiri. 

PKPB yang dilaksanakan pada bulan Oktober 2020... 2 minggu cgu tak boleh bangun kerana terlalu memikirkan kaedah apa yang terbaik untuk anak2 didik cgu... cgu off dulu semua gadget yang ada termasuk hp... menenangkan diri seketika... merehatkan mata dan minda daripada memikirkan hal-hal yang berkaitan... cgu perlu OFF demi kebaikan... alhamdulillah, Allah izinkan untuk terus cgu berhadapan semula dengan gadget yang ada... 

Apa yang cgu gunakan sepanjang PDPR? Macbook, Notebook, Iphone dan Ipad. satu lagi Telegram tempat utk beri maklumat kepada anak2 murid... Alhamdulillah penggunaan yang semakin jelas. kalau suruh guna yang lain mmg cgu tak mahir. boleh guna cuma tak serasi dengan jiwa cgu... cgu pengguna ... alhamdulillah dapat dah certificate  Teacher.

boleh lah nak guna apps apa yang  ada ... nak tak nak cgu kena belajar sebab sekolah cgu mmg semua murid kena guna ipad.

cgu kongsikan biar gambar-gambar yang berbicara ... :)

ni masa cgu menuntut ilmu ... tak perasan rupanya en suami ambil gambar masa tengah belajar ... macam ni la keadaannya setiap hari... mmg tiada istilah cuti pun masa PKP pertama tu... rehat sekejap sambung semula... buat bahan untuk mengajar atau masuk kelas untuk belajar























banyak sangat gambar kalau nk upload di sini ... tak pe ni pun dah memadai untuk cgu simpan dalam blog ini... Terima kasih semua ...



Friday, January 1, 2021

Pengalaman PKP_TV Pendidikan 2020

 Assalamualaikum semua ...

Cgu kongsikan semasa rakaman bagi TV Pendidikan bagi subjek Prinsip Perakaunan oleh BSTP, Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2020. Satu pengalaman yang sangat bermakna dan berharga. Paling tak lupa terpaksa keluar rumah semasa PKP yang pertama. Kena tahan polis dan macam2 tapi kerana demi negara agama dan bangsa cgu kuatkan semangat untuk melangkah teruskan perjuangan.

Sangat terharu dan berbesar hati semasa perbincangan menyiapkan skrip dan pembentangan, Datuk Dr Habibah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) melihat kami seketika di BSTP. Sempat bergambar sebagai semangat kenangan bersama KPPM kami.

Rakaman melibatkan semua pihak daripada BPK, LPM dan JPN yang terlibat untuk membuat penilaian daripada aspek skrip yang disampaikan mengikut Standard Kandungan Kurikulum. Alhamdulillah satu kenangan yang sangat berharga bekerja dengan pihak yang terlibat.

Rakaman pada 3 Mei 2020. Topik Kelab dan Persatuan. Studio rakaman di BSTP, Kuala Lumpur.







Rakaman pada 10 Julai 2020 ... Topik Belanjawan Tunai






Rakaman pada 4 dan 6 Ogos 2020 ... Studio rakaman di Radius One, Keramat, Kuala Lumpur.
Topik:
1. Hutang lapuk, Hutang lapuk terpulih dan Peruntukan hutang ragu
2. Susut nilai dan Susut nilai terkumpul
3. Penyata Kewangan Milikan Tunggal
4. Analisis Titik Pulang Modal











Selesai sudah rakaman bagi tahun 2020.
Alhamdulillah ... Terima kasih kepada semua yang mendoakan urusan ini dimudahkan... sebenarnya bukan mudah untuk menyelesaikan satu rakaman... pengorbanan masa dan tenaga... Terima kasih tak terhingga buat suami cgu yang sentiasa memberikan sokongan dalam perjalanan cgu sebagai seorang guru. Terima kasih buat anak2 mama ... sentiasa memahami apa yang mamanya lakukan ... Terima kasih buat semua sifu dan sahabat yang sangat memahami dan sentiasa memberi sokongan kepada diri cgu ... 
... Terima kasih semuanya ... 

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023