Blog ini ditujukan khas kepada pelajar-pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 dan 5 sebagai rujukan khususnya pelajar-pelajar Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
Sunday, May 18, 2014
Thursday, May 15, 2014
aku seorang Guru...
salam kasih sayang,
16 Mei 2014, tahun yang ke 12 dalam dunia perguruan. banyakknya cabaran dan dugaan yg dilalui. terima kasih buat suami dan anak2 yang banyak memberi sokongan dan semangat utk terus bangun mendidik generasi sebelum dan sekarang.
bukan suatu perkara yg mudah utk mengharungi setiap hari berhadapan dengan pelajar2 yang sememangnya terpilih antara yang terpilih. selalu dikatakan mudahnya mengajar anak2 ini tak kisah lah sesiapa sahaja semuanya akan bercakap perkara yang sama. aku diam dan hanya Dia yang faham. bila aku berada di dalam kelompok ni baru la aku sedar. aku bersyukur dapat team yang sangat bekerjasama dan saling bantu membantu dlm setiap apa yang dianjurkan. susah senang naik turun sedih gembira tawa tawar semuanya diharungi bersama. aku bersyukur... biarlah apa yg nak orang kata aku diam.. aku percaya akan ketentuanNya..
selagi aku diperlukan di sini aku tetap di sini...
entah kenapa tahun ni sangat terharu dgn ucapan2 yang diterima daripada anak2 didik. masih aku ingat setiap kali hari guru pasti hadiah yg aku akan beri ialah sekotak tisu utk guru2 aku...satu ketika dulu.. entahla mungkin masa tu kat kg kotak tisu je la yg aku rasa cantik. nk ke pasaraya mmg la jauh. jauh beza dgn zaman sekarang.
bila naik sekolah menengah berbeza pula.. masa tu dh dekat dengan pasaraya dan pandai membeli dan memilih.. walaupun kekadang tu hanyalah sekadar kad ucapan. dulu masa belajar mmg susah. kekadang tu mmg tak de duit pun kat tangan, jadi buatlah kad sendiri sebagai tanda ingatan. semua tu dh jadi kenangan..
sekarang aku lak jadi cikgu.. tak tau la anak murid cakap pasal aku kat belakang2 kan.. apapun tu semua ketentuannya..
semua ni ketentuanNya. terima kasih tak terhingga buat semua guru yang telah mengajar aku dan menjadikan aku juga seorang guru. betapa ilmu yang dicurahkan sangat bermakna buat aku dulu kini dan selamanya.
buat cikgu2 dan pensyarah2
Sekolah Kebangsaan Bukit Badong
SRA Bukit Badong
SMA Jeram
SM Seri Tanjung Kuala Selangor
MRSM Jasin
Kolej MARA Kuala Nerang
Universiti Utara Malaysia
Maktab Perguruan Kota Bharu
❤️Selamat Hari Guru 2014❤️
tidak lupa buat rakan2 guru di ..
SMK Selising, Pasir Puteh
SBPI Rawang
dan SAS
serta rakan2 guru yang mengenali diri ini.. Terima kasih Cikgu❤️
Selamat Hari Guru 2014❤️
Saya sayang semuanya... 😜
"Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi"
tqvm buat cg rozaiman atas perkongsian gambar ni... HOTS!!! ❤️❤️❤️
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
PENGERTIAN DAN PENGELASAN ASET Harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan. ...
-
Tugasan KerjaKursus Tingkatan 4 - 2014 Terbaru!!! klik di hyperlink *********************************************************************...
-
1. TUJUAN AKAUN KAWALAN a. Memudahkan jabatan kredit memperoleh jumlah baki keseluruhan penghutang dan pemiutang. b. ...
-
Buku akaun yang digunakan untuk merekodkan urus niaga perniagaan. Akaun berbentuk T. Lajur tarikh - Mencatat tarikh urus niaga Lajur but...
-
( Buku Subsidiari / Buku Catatan Asal / Buku Harian ) Terdiri daripada Jurnal, Buku Tunai dan Buku Tunai Runcit. Semua urus niaga di...