Wednesday, May 27, 2009

Selamat Bercuti

Salam....

seronoknya hari ni sekolah cgu dah mula cuti sekolah... bg cgu wpun cuti tp tetap sama... tak cuti juga... banyaknye keje nak buat... masih ada yang tidak selesai...

kepada semua anak didik cgu... pesan cgu... cuti cuti gak tapi jangan lupa buat ulangkaji... form 4 dan 5 exam masih tak selesai lagi... kita jumpa selepas cuti...

di sini cgu upload beberapa soalan yang boleh semua pelajar buat sebagai ulangkaji... mana tau ada soalan yang seakan sama seperti soalan peperiksaan.... sila rujuk bahagian "Latih tubi
2009"...

skema jawapan cgu akan upload kemudian...

Thursday, May 7, 2009

Kerjaya Bidang Perakaunan

AKAUNTAN

Bidang Perakaunan dipercayai profession kedua tertua di dunia. Semua organisasi daripada perniagaan keluarga yang kecil hingga Syarikat Multinational memerlukan Akauntan bertauliah untuk menyediakan Akaun Syarikat. Akauntan dan Juruaudit merancang dan memberikan perkhidmatan perakaunan, memberi nasihat mengenai hal ehwal perakaunan serta merancang dan melaksanakan audit kewangan ke atas akaun Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pertubuhan Perniagaan dan Perindustrian.

KETERANGAN TUGAS

1. Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;

2. Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain;

3. Menyediakan penyata cukai, memberi nasihat mengenai masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai;

4. Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan;

5. Menyediakan kos projek dan analisis risiko;

6. Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah-langkah penjimatan kawalan kos;

7. Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;

8. Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian;

9. Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;

10. Menyelia pekerja lain.

PEKERJAAN YANG DIKELASKAN DIBIDANG INI, DIANTARANYA:

1. Akauntan
2. Juruaudit
3. Akauntan, Kos
4. Akauntan, Cukai
5. Bendahari
6. Setiausaha Syarikat
7. Juru Perunding
8. Penolong Akauntan
9. Kerani Akaun

CIRI-CIRI PERIBADI

Mereka yang merancang kerjaya dalam bidang perakaunan mesti memiliki kebolehan dalam perhitungan serta boleh menganalisa, membandingkan dan mentafsir fakta serta nombor lalu membuat keputusan yang kukuh berdasarkan pengetahuannya. Mereka harus sentiasa bertanya bagaimana dan mengapa sesuatu perkara itu dijalankan dan menyampaikan hasil kerja mereka dengan berkesan dalam bentuk penulisan dan pertuturan kepada klien dan pihak pengurusan.

Akauntan dan juruaudit mesti bersikap sabar dan boleh menumpukan sepenuh perhatian untuk jangka waktu yang lama. Ketepatan dan kebolehan memikul tanggungjawab dengan penyeliaan yang sedikit sangat diperlukan. Yang paling utama, kerana berjuta-juta pengguna penyata kira-kira bergantung pada perkhidmatan akauntan dan juruaudit, orang awam mengharapkan agar mereka memiliki standard etika yang amat tinggi serta integriti. Selain itu mereka harus minat dalam perniagaan dan perdagangan, boleh bekerja dalam kumpulan dan tidak lekas putus asa oleh kerana kerja-kerja yang banyak melibatkan dokumentasi dan duduk di meja pejabat.

KELULUSAN

1. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
2. Malaysian Association of Certified Public Accountants (MACPA)
3. Association of Certified Accountants (U.K)
4. Institute of Cost and Management Accountants (U.K)
5. The Chartered Associations of Certified Accountants (CACA)
6. The Institute of Chartered Secretaries and Administration (ICSA)
7. The Institute of Cost and Management Accountants (ICMA)
8. Ahli Penuh Malaysia Institut of Accountans (MIA)
9. Lain-lain kelulusan (keupayaan mengendalikan software perakaunan)

PROSPEK KERJAYA

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan-jabatan Kerajaan, badan-badan berkanun dan penguasa-penguasa tempatan.

Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di badan-badan perdagangan dan perindustrian, bank, syarikat insuran dan firma perakaunan.


Lebih lanjut di MNY Online

Wednesday, May 6, 2009

Cemerlang Dokumen

Salam...

Rasanya dah lama cgu tak upload apa2 bahan dalam blog ni... kekangan masa... yang tak dapat dielakkan... sibuk sangat dengan kerja2 harian...

kesibukan diri menyebabkan cgu selalu terfikir cara mudah untuk anak didik cgu bagaimana untuk cemerlang dokumen memandangkan soalan ini bocor setiap tahun sehingga tahun hadapan... setiap tahun cgu tukar cara penerangan dan pendekatan... tapi kali ni cgu rasa inilah tips yang terbaik untuk anak didik cgu... dengan cara mudah untuk difahami...

apapun terpulang kepada semua sama ada ianya boleh digunakan ataupun tidak... pemahaman pada diri masing2...

Jika ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh email cgu... tq.

Tips 1 : Cemerlang Dokumen.... Klik di sini

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023