Saturday, January 19, 2008

ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL DAN BELANJA

PENGERTIAN DAN PENGELASAN

ASET

  • Harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.
  • Terbahagi kepada dua iaitu;
1. Aset Bukan Semasa (Aset Tetap)
      • Digunakan untuk menjalankan perniagaan dan bukan untuk tujuan jualan semula.
      • Aset yang tahan lama dan kekal untuk beberapa tempoh perniagaan.
      • Contoh; Mesin, Kenderaan (Kereta, Van, Motorsikal, Bas), Premis, Lekapan dan Lengkapan / Kelengkapan, Perabot (almari, kerusi, meja) dan Alatan Pejabat (komputer, mesin taip, mesin kira, mesin fotostat).

2. Aset Semasa

      • Harta yang senang berubah bentuk dan nilai dalam satu tempoh perakaunan.
      • Aset yang boleh bertukar menjadi wang tunai dalam tempoh yang cepat atau digunakan dalam satu tempoh perakaunan.
      • Contoh; SPBT - Stok akhir, Penghutang, Bank, Tunai, Hasil belum terima, Belanja Terdahulu.

LIABILITI

  • Tanggungan hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan dengan wang tunai, barang atau perkhidmatan.
  • Terbahagi kepada dua iaitu;
1. Liabiliti Bukan Semasa (Liabiliti Jangka Panjang)
      • Tanggungan hutang yang perlu dibayar balik dalam tempoh masa yang lebih panjang iaitu lebih daripada satu tahun.
      • Contoh; pinjaman bank, gadai janji.
2. Liabiliti Semasa (Liabiliti Jangka Pendek)
      • Tanggungan hutang yang boleh dijelaskan dalam jangka masa pendek iaitu dalam satu tempoh perakaunan atau setahun.
      • Contoh; pemiutang, overdraf bank, belanja terakru, hasil terdahulu.

EKUITI PEMILIK

  • Pelaburan pemilik dalam perniagaan.
  • Tanggungan perniagaan kepada pemilik; jumlah modal yang dilaburkan oleh pemilik dalam perniagaan dan untung yang diperolehi daripada aktiviti perniagaan.
  • Keuntungan akan menambahkan ekuiti pemilik.
  • Kerugian akan mengurangkan ekuiti pemilik.
  • Ambilan akan mengurangkan ekuiti pemilik.
  • MODAL AKHIR = MODAL AWAL + MODAL TAMBAHAN + UNTUNG BERSIH - RUGI BERSIH - AMBILAN

HASIL

  • Pendapatan yang diterima atau yang akan diterima oleh perniagaan pada suatu tarikh daripada aktiviti jualan barang niaga atau perkhidmatan yang diberikan.
  • Terbahagi kepada dua iaitu;
1. Hasil Kendalian

      • Pendapatan yang diterima secara langsung daripada aktiviti utama sesuatu perniagaan.
      • Contoh; klinik, firma audit : hasil daipada perkhidmatan yang diberi, kedai jam : hasil diperolehi daripada hasil jualan jam.

2. Hasil Bukan Kendalian
      • Pendapatan yang diterima secara tidak langsung atau tidak berkaitan dengan aktiviti utama sesuatu perniagaan.
      • Contoh; sewa diterima, faedah atas simpanan bank, dividen pelaburan, untung pelupusan aset bukan semasa.

BELANJA

  • Wang yang dibayar atau akan dibayar oleh sesebuah perniagaan.
  • Kos perkhidmatan atau barangan yang digunakan untuk mendapatkan hasil.
  • Terbahagi kepada dua iaitu;
1. Belanja Kendalian
      • Belanja yang terlibat secara langsung dalam operasi urus niaga harian.
      • Contoh; sewa kedai, gaji pekerja, promosi, insurans, alat tulis dan sebagainya.
2. Belanja Bukan Kendalian
      • Belanja yang tidak terlibat secara langsung dalam operasi urus niaga harian.
      • Contoh; belanja faedah pinjaman bank, rugi jualan aset bukan semasa, rugi daripada risiko banjir, kerosakan, kecurian dan sebagainya.

Link Video eCeramah 2016


Video eCeramah 2016 01/30 - Konsep Asas Perakaunan (Hand of BADLEH - HoB)

Video eCeramah 2016 02/30 - Pelarasan


Video eCeramah 2016 03/30 - Penyata Kewangan Milikan Tunggal


Video eCeramah 2016 04/30 - Penyata Kewangan Perkongsian


44 comments:

  1. Salam cikgu. Kalau dia beri terima diskaun rm240 macam mana?

    ReplyDelete
  2. Salam cikgu. Kalau dia beri terima diskaun rm240 macam mana?

    ReplyDelete
  3. Think logic. Untuk soalan adik liyazaty tu begini, adik membeli barang niaga drpd pembekal dengan harga RM1000. Maka pihak pembekal ataupun pemiutang memberi diskaun RM240. So, RM240 tu tolak dgn RM1000 sebab dia yg bagi diskaun, adik yg terima diskaun.

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum cikgu ~ duti atas belian dan derma klasifikasi yang mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belanja - Belanja Bukan Kendalian
      Wallahua'lam

      Delete
    2. Belanja - Belanja Bukan Kendalian
      Wallahua'lam

      Delete
  5. Saya nak tnya... Dividen masuk aset semasa atau liabiliti bukan semasa????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dividen hadir daripada Hasil Bukan Kendalian dan menjadi Aset Semasa. Wallahua'lam

      Delete
  6. Nak tanya, apa maksud faedah terakru, sewa terakru dan sewa diterima terakru ? :O

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terakru bermaksud tertunggak.. so, faedah yg tertunggak , sewa yg tertunggak dan sewa diterima tertunggak.

      Delete
  7. Salam... Sewa terakru dok kat liabiliti kan? Liabiliti bs atau s?Tapi knapa? Why??
    Kalau hasil dan belanja terakru pula?

    ReplyDelete
  8. Khairu: Faedah terakru maknanya faedah yg sepatutnya sudah dapat tp masih belum diterima. Cthnya pelaburan. 8% diterima setiap tahun. Kalau nak tutup akaun 31hb Dis tp faedah utk tahun tu bank masih belum bg so kita declare sebagai faedah terakru.

    Sama juga dengan kes sewa diterima terakru. Jika penyewa masih belum bayar kita akan rekod sebagai sewa diterima terakru.

    ReplyDelete
  9. Shafiqah : dividen diterima masuk hasil, dividen dibayar masuk belanja.

    ReplyDelete
  10. Salam cikgu,Tanah aset semasa atau aset bukan semasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aset bkn semasa la bos . tanah sng cair ka? dak kn. pk logic

      Delete
  11. Insurans terakru it is belanja,insurans terdahulu aset. . Am i right???

    ReplyDelete
  12. salam cg , saya nak tanya duti atas belian tu mcam mne ? untuk dokumen kita kena guna apa ?

    ReplyDelete
  13. nak tanya gaji terdahulu sama ke dengan hasil terdahulu ? cth gaji RM 30 000, soalan tanye kira jumlah gaji terdahulu? macam mane ye? harap boleh bantu :)

    ReplyDelete
  14. Ckgu... mcm mna nk tau modal utk perniagaan perkongsian

    ReplyDelete
  15. Kalau faedah terakru dan sewa terakru

    ReplyDelete
  16. salam cikgu overdraft bank tu belanja ke?

    ReplyDelete
  17. Nak Tanya, apa sinonim untuk pinjaman bank?

    ReplyDelete
  18. cikgu... nak tanya ade ke faedah atas pinjaman sama dgn faedah atas pinjaman terakru?

    ReplyDelete
  19. assalam,nk tnye...ini tntng persamaan perakaunn
    klo pulngn jualan dan pulangan belian nk tulis kt butir mne ye?
    mohon penjelasan dri cikgu

    ReplyDelete
  20. adakah baucar pembayaran digunakan dalam urus niaga tunai? kenapa?

    ReplyDelete
  21. Thanks so much for this Cikgu Sila! It seriously helped me! :D Keep it up Cikgu!

    ReplyDelete
  22. Mcm mna nk kira modal bgi krja kursus akaun ting 4 2016??

    ReplyDelete
  23. Cikgu apa contoh penghutang dan pemiutang bagi perniagaan jenis klinik?

    ReplyDelete
  24. selamat sejahtera cikgu boleh saya tanya apakah aset bukan semasa bagi kedai foto

    ReplyDelete
  25. nak tanya, modal berbayar ngan ekuiti sama maksud ka?

    ReplyDelete
  26. bagus blog nihh... bnyk membantu. teruskn menjawab persoalan 😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nak Tanya tentang ASET di sekolah rendah agama negeri.. apa yg patut saya fokus kan sebab ini pertamakali saya jadi guru aset sepenuh ya. MOHON SHARE STEP BY STEP

      Delete
  27. apa contoh rasuah dan seleweng duit tu cikgu?
    ada tak contoh dalam negara?

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum cikgu, saya just curious kenapa perlu ada 3 elemen
    dalam persamaan perakaunan? iaitu aset=liabiliti+ ekuiti pemilik

    ReplyDelete
  29. Salam cikgu nak tanya kalau dia kata mahu dua jenis aset dan liabiliti ...Macam mana boleh tunjuk ajar tak ...Salam saya kurang faham tajuk itu ... THANKS YOU CIKGU .selamat menjawab

    ReplyDelete

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023