Friday, November 4, 2011

MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM SAS 2011

Salam Kasih Sayang,

ikutkan semua orang sedang lena skang ni tapi cgu tak dapat nak lelapkan mata. anak cgu pun tak tdo lagi. ni mesti sebab minum xpower cafe la ni... hehe... dari dok tak tau nk buat apa baik cgu share apa yg cgu dapat semalam (kira semalam la kan... wpun beberapa jam yg lepas)... 
alhamdulillah impian makin jelas... betul mentor cgu cakap... kl positif dan kita tetapkan impian pasti ianya akan datang... mudah2an ianya akan berjalan dengan baik... ;)



3 November 2011 .. hari ni adalah hari bersejarah buat cgu... buat pertama kalinya dalam hidup selama hampir 9 tahun menjadi guru tak pernah pun dapat anugerah kokurikulum... (kl akademik tu dah biasa mmg setiap tahun)...hehe... tak sangka tapi itulah tindakan positif yg cgu buat. dan pasti juga ini disebabkan oleh kepimpinan pelajar itu sendiri... tahniah buat nasaie, syauqi, akmal, muhaimin, syafie, syed azlan dan semua ahli KELAB PENGGUNA SEKOLAH... tidak lupa kepada partner cgu tchr farah yang byk memberi sokongan... tak lupa juga kepada pihak KPDNKK yg byk memberikan kerjasama... terima kasih menghadiahkan cgu "GURU PENASIHAT PASUKAN CEMERLANG" ... yeye... lagi satu tak sangka juga mendapat pengiktirafan sebagai PAPAN KENYATAAN TERBAIK... wow!!! terima kasih kepada semua...



oppss!!! ada lagi kemenangan hari ni.. Tahniah buat Kediaman HALIMI... berjaya kekalkan prestasi menjuarai secara keseluruhan... Tahniah!! Halimi menang 3 anugerah kediaman terbaik 3K, Akademik dan Keseluruhan. cgu bangga dengan kamu semua... tahniah di bawah kepimpinan KGR cgu fadzil dan Kapten faris afiq... semoga tahun depan kita kekalkan kejuaraan ini...

"Ya Allah, 
aku bersyukur di atas segala yg Kau berikan kepada ku dan semua rakan2 ku... Kau permudahkanlah segala urusan kami dalam mendidik anak2 didik kami menjadi seorang insan yang berguna kepada agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia. amin"

~ SAS GOOD TO GREAT ~





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...