Sunday, November 8, 2020

Alfatihah-2 tahun


8-11-2018 - 8-11-2020 
Genap 2 tahun... 
alfatihah buat arwah mak... 
rindu yg tak terkata... 
moga arwah mak tenang di sana ... dan bersama dgn org2 yg beriman... 
teringat pesan mak... 
“kalau adik dah ada anak nanti adik akan faham kenapa mak suruh adik buat macam ni”... 
“Biar org buat jangan kita buat”...
“Sabar je”...
“Jaga anak2 adik elok2”...
Dan banyak lagi pesanan mak... simpan dalam2..

Ya allah... Kau kuatkan semangat ketabahan dan kesabaran aku dlm harungi hari2 seterusnya tanpa mak di sisi... 

PKPB masih lagi diteruskan... jika tidak hari ni mesti dah ke kubur mak... tenang rasa bila dpt ke kubur mak... dah sebulan tak g kubur... cepatlah berakhir PKPB... sabar menanti... 





Thursday, September 3, 2020

Bilangan akauntan Bumiputera masih rendah. BH Online.

Oleh Noor Atiqah Sulaiman

Harian Metro: Mahu gaji tinggi? pelajar Bumiputera wajar pilih akauntan. 1 September 2020.

Assalamualaikum ... 

Belajar la rajin-rajin ... ada kebenarannya anak-anak ...

https://www.facebook.com/211591442051/posts/10158936968002052/?sfnsn=mo&extid=SvVdclPZklae64A0

Noor Atiqah Sulaiman
am@hmetro.com.my


PENYERTAAN pelajar Bumiputera dalam sektor pekerjaan berkemahiran dan berpendapatan tinggi seperti akauntan profesional dilihat masih rendah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, perakaunan adalah satu bidang utama yang kurang diberi perhatian di negara ini.

"Atas sebab itu sektor awam dan swasta perlu bekerjasama bagi memastikan permintaan yang didorong oleh pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh dan stabil dapat dipenuhi.

"Inisiatif ini sejajar dengan usaha kerajaan untuk memupuk dan mengembangkan bakat baru untuk memacu Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi dan juga meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor pekerjaan berpendapaan tinggi," katanya dalam ucapan ketika Majlis Memperbaharui Memorandum Persefahaman (MOU) Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) dengan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) di Putrajaya tadi.

Mohd Redzuan menyaksikan majlis menandatangani MOU itu menerusi platform maya memandangkan Covid-19 di negara ini masih belum ditangani sepenuhnya.

Tambah Mohd Redzuan, jalinan kerjasama itu sangat penting dalam mempersiapkan pelajar untuk membina kerjaya cemerlang di bidang perakaunan dan kewangan seterusnya membantu membuka jalan ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi sejajar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (SPV2030).

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Mohd Ariff Ithnin berkata, perakaunan adalah salah satu bidang yang menjadi tumpuan pihaknya membabitkan pelaburan besar sejak 2012.

"Jalinan kerjasama dengan ACCA selama ini menyaksikan pelbagai usaha yang kami jayakan bersama untuk meningkatkan bilangan akauntan profesional Bumiputera di Malaysia.

"Sejajar peredaran masa, kami menyedari bahawa ramai pelajar Malaysia yang memiliki potensi di bidang akademik tetapi mereka menghadapi kesukaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi disebabkan oleh pelbagai faktor terutamanya kekangan kewangan.

"Pembiayaan pendidikan seperti ini dilihat sebagai agen perubahan yang mampu memberikan peluang pendidikan yang dapat membantu mewujudkan masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang,"katanya.

Mengenai pembaharuan MOU itu, ia adalah kesinambungan daripada kerjasama sejak tiga tahun lalu bertujuan untuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan keberkesanan bakat Bumiputera di Malaysia melalui program pensijilan perakaunan profesional.

Di bawah kerjasama sebelum ini, seramai 1,639 pelajar menerima tajaan untuk mengikuti kelayakan ACCA dan program berkenaan membuahkan hasil membanggakan dan sudah memenangi 37 Hadiah Dunia ACCA dan 11 pemenang Hadiah No1 Dunia ACCA.

Pembaharuan perjanjian ini menyaksikan 1,000 lagi pelajar akan ditaja untuk memenuhi impian mereka menjadi akauntan profesional pada masa akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2020 @ 6:09 PM






Permulaan Sesi Akademik 2022/2023