Tuesday, November 1, 2011

Kelas Pecutan Akhir Bersama CikguSila

Salam Kasih Sayang,
Lg beberapa hari je SPM... sekarang ni kat sekolah memang sangat sibuk dengan kerja2 akhir sebelum cuti bermula. cikgu pun sama sibuk dengan Majlis Anugerah Kokurikulum pada hari Khamis ni... dua hari ke sekolah tak rasa kerja as a teacher. apa taknyer berkampung di bilik kerja menyiapkan sijil penghargaan yang hampir 1800 nak disediakan. Hari ni kira cepat skit balik berbanding semalam. sempat gak makan nasi lemak kul 10 pagi. smpi sekarang tak makan lagi ni.. Rasa2 ni mesti sebab XPOWER CAFE Afdlin Shauki ni. Seharian tak makan pun tak pe.. rasa kenyang je.. blh kurus ni kalau minum selalu. rasa pun sedap.. ;)

 memang luar biasa!!! cuba dulu baru tahu...

ermmm... iklan la pulak pasal kopi.. hehe...
bila nk SPM ni rasa debar gak sebab tahun ni tahun pertama pentaksiran berbeza dengan tahun sebelumnya... dan ramai yang call cgu nak belajar dengan cikgu.. dan sebab tu la cikgu nak buat Kelas Pecutan Akhir Bersama CikguSila khas untuk pelajar2 yang mengambil Prinsip Perakaunan. yang memang betul2 nak kan cemerlang dalam Prinsip Perakaunan .. senang citer nak A.. rasa adil boleh semua pelajar yang nak belajar dengan cikgu.tapi kena cepat. kelas ini akan dijadualkan pada 24 hingga 30 November 2011.. Sesiapa yang berminat blh la email kepada cikgu di cikgusila@gmail.com. terhad kepada 30 orang pelajar sahaja untuk satu kelas.

Jadual kelas seperti berikut. pelajar boleh kelas mana yang nak diikuti. Bayaran Sejam RM5 / RM10 per kelas. Bayaran untuk bayaran sewa tempat dan bahan2 yang perlu disediakan.


08.00 am - 10.00 am 11.00 am - 01.00 pm
24/11/2011 PERKONGSIAN PEMBUBARAN PERKONGSIAN
25/11/2011 KELAB DAN PERSATUAN AKAUN KAWALAN
26/11/2011 REKOD TAK LENGKAP BELANJAWAN TUNAI
27/11/2011 AKAUN PENGELUARAN TITIK PULANG MODAL
28/11/2011 PENYATA KEWANGAN MILIKAN TUNGGAL PERSAMAAN PERAKAUNAN
29/11/2011 TAFSIRAN PENYATA KEWANGAN SYARIKAT BERHAD
30/11/2011 PELARASAN PENYATA PENYESUAIAN BANK

Tarikh 01 hingga 04 Disember 2011 cikgu tak dapat nak teruskan Kelas ni sebab cikgu akan bersama dengan anak murid cikgu pula di sekolah... jadi adil kan... semua boleh... ;)




No comments:

Post a Comment

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023