Sunday, November 16, 2014

Good Luck!!! Prinsip Perakaunan SPM 2014

Assalamualaikum dan salam kasih sayang...

Esok ... tinggal beberapa jam je lagi... berakhir satu SKT bagi tahun ni... mudahan tahun ni memberi satu sinar baru buat cgu dan semua... 

PIRATES 1014

 kepada anak2 didik cgu... 
"zharif, danial khalif, aqil, amirul hakim, yusuf, ishraf, amer muhsin, asyraf, firdaus jasri, aqmal farhan, faris, haiqal, adi, azraie, ashman, firdaus azrai, akmal, amir rusyaide, haziq, azlan, yuuri, dzulhelmi aizat,azfar, dan zafir ashman"
buat yang terbaik... buktikan kepada diri sendiri!
Maaf dipohon dan kemaafan diberi... cgu halalkan semua ilmu yang telah diberi... gunalah ilmu yang diberi bukan hanya utk hari esok tetapi gunakan lah dalam harungi kehidupan sebenar...
Doa cgu, moga dapat jawab dengan tenang dan menjawab dengan memberikan jawapan yang terbaik dengan kemahiran yang telah dipelajari...
Moga tahun ni merealisasikan impian kita ... 
semua pasti A+! 
Amin... :)

dan juga kepada semua calon yang menduduki kertas 3756 esok... 
buat la yang terbaik... moga tahun ni memberikan satu peningkatan cemerlang dalam mata pelajaran ini berbanding tahun sebelumnya...

Jangan takut dengan KBAT... hadapi dan harungi nya dengan SENYUMAN... 
ingat pesan cgu... dapat soalan... tengok soalan topik dan kaitan dengan apa...
guna teknik recall... mudahan semua nya akan dipermudahkan...
tahu topik buat seperti biasa... 

"All the Best"




Sunday, November 2, 2014

SPM 2014.. Good Luck!!!

Salam kasih sayang...

Hari yg dinanti dh tiba kan... 
Rasa sekejap je ... 
kepada semua calon SPM 2014 cikgu doakan semoga berjaya.. dapat menjawab setiap soalan dengan betul dan tenang...

SPM mmg bukan lah segalanya tetapi SPM lah titik permulaan utk segalanya.. cgu ingat lagi pesan cikgu cgu dulu.. "SPM ni la tangga pertama utk capai kejayaan dalam impian kita"... dan cgu akui kebenarannya kini. 😄😄😄

All the best!!!


Saturday, October 25, 2014

Salam Maal Hijrah 1436

assalamualaikum dan salam kasih sayang...

sekejap nya masa berlalu kan. hari ni dh masuk tahun baru. +1 lagi.. 😄
moga tahun baru ini membawa kita satu kehidupan yang lebih baik dari tahun sebelumnya. 
cgu doa moga segala impian kita semua diizinkan olehNya utk kita capai.. amin!

Wednesday, August 20, 2014

BADLEH

BADLEH merupakan salah satu elemen yang sangat penting bagi memudahkan pemahaman tentang perakaunan. Pemahaman konsep BADLEH akan memudahkan pelajar mengenalpasti sama ada urus niaga tersebut merupakan belanja / aset / liabiliti / ekuiti pemilik / hasil. Dengan itu pelajar dapat memasukkan nilai urusniaga di ruangan Debit atau Kredit.

Apabila pelajar lemah konsep BADLEH, macamana nak buat penyata kewangan?

Rujuk ms 2-13 buku I Love Akaun untuk keterangan

11 PRINSIP & KONSEP PERAKAUNAN


Rujuk di ms 4-5 buku I Love Akaun untuk keterangan.

KITARAN PERAKAUNAN

Rujuk ms 2-3 Buku I Love Akaun untuk keterangan


Sunday, August 10, 2014

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2014 (Final)

Salam,

Di sini dilampirkan jadual waktu peperiksaan SPM 2014 untuk rujukan semua. Berita baik, Prinsip Perakaunan (17 November 2014) tidak lagi bersama dengan subjek Sejarah.



Jadual waktu peperiksaan SPM 2014. KLIK DI SINI untuk download. (Sumber: Portal LPM)



Wednesday, August 6, 2014

Soalan Persamaan Perakaunan

Perkongsian latihan:

 Link jawapan secara video (maaf kualiti video agak kurang baik)

http://www.youtube.com/watch?v=KDfySecwkXg


Admin: CikguSila Dot Com

Thursday, May 15, 2014

aku seorang Guru...

salam kasih sayang,

16 Mei 2014, tahun yang ke 12 dalam dunia perguruan. banyakknya cabaran dan dugaan yg dilalui. terima kasih buat suami dan anak2 yang banyak memberi sokongan dan semangat utk terus bangun mendidik generasi sebelum dan sekarang. 

bukan suatu perkara yg mudah utk mengharungi setiap hari berhadapan dengan pelajar2 yang sememangnya terpilih antara yang terpilih. selalu dikatakan mudahnya mengajar anak2 ini tak kisah lah sesiapa sahaja semuanya akan bercakap perkara yang sama. aku diam dan hanya Dia yang faham. bila aku berada di dalam kelompok ni baru la aku sedar. aku bersyukur dapat team yang sangat bekerjasama dan saling bantu membantu dlm setiap apa yang dianjurkan. susah senang naik turun sedih gembira tawa tawar semuanya diharungi bersama. aku bersyukur... biarlah apa yg nak orang kata aku diam.. aku percaya akan ketentuanNya.. 
selagi aku diperlukan di sini aku tetap di sini... 

entah kenapa tahun ni sangat terharu dgn ucapan2 yang diterima daripada anak2 didik. masih aku ingat setiap kali hari guru pasti hadiah yg aku akan beri ialah sekotak tisu utk guru2 aku...satu ketika dulu.. entahla mungkin masa tu kat kg kotak tisu je la yg aku rasa cantik. nk ke pasaraya mmg la jauh. jauh beza dgn zaman sekarang. 

bila naik sekolah menengah berbeza pula.. masa tu dh dekat dengan pasaraya dan pandai membeli dan memilih.. walaupun kekadang tu hanyalah sekadar kad ucapan. dulu masa belajar mmg susah. kekadang tu mmg tak de duit pun kat tangan, jadi buatlah kad sendiri sebagai tanda ingatan. semua tu dh jadi kenangan.. 

sekarang aku lak jadi cikgu.. tak tau la anak murid cakap pasal aku kat belakang2 kan.. apapun tu semua ketentuannya..

semua ni ketentuanNya. terima kasih tak terhingga buat semua guru yang telah mengajar aku dan menjadikan aku juga seorang guru. betapa ilmu yang dicurahkan sangat bermakna buat aku dulu kini dan selamanya. 
buat cikgu2 dan pensyarah2
Sekolah Kebangsaan Bukit Badong
SRA Bukit Badong
SMA Jeram
SM Seri Tanjung Kuala Selangor
MRSM Jasin
Kolej MARA Kuala Nerang
Universiti Utara Malaysia
Maktab Perguruan Kota Bharu

❤️Selamat Hari Guru 2014❤️

tidak lupa buat rakan2 guru di ..
SMK Selising, Pasir Puteh 
SBPI Rawang
dan SAS

serta rakan2 guru yang mengenali diri ini.. Terima kasih Cikgu❤️
Selamat Hari Guru 2014❤️

Saya sayang semuanya... 😜

"Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi"

tqvm buat cg rozaiman atas perkongsian gambar ni... HOTS!!! ❤️❤️❤️



Monday, April 14, 2014

SALT ... Smart Accounting Learning Tool

Assalamualaikum dan Salam Kasih Sayang...
 
Apa khabar semua? lamanya cgu menyepi kan... kesibukan menyebabkan mendiamkan diri. ni pun ada ruang sedikit untuk sat je nak kongsi satu perkara...
 
Ramai yang suka main Game kan kat luar sana... candy crush la, free fall la, Farmville, Hay day, dan banyak lagi ...
 
tapi hari ni cgu nak kongsi satu Game untuk Prinsip Perakaunan... cuba tau. sangat menarik... cgu dah cuba... sebab cgu pun suka sangat main Game... kalau pandai main game ni akaun lepas ni pasti A+... bermain sambil belajar...
 
Kenali dulu apa itu SALT. bukan garam tau...
tetapi ...
 
 
 
 
ikuti langkah2 di bawah ya...
 
1. Klik gambar ni ...

http://saltacc.com/

atau
 
 
* paparan seperti di atas akan tertera... boleh pilih nak Bahasa Melayu atau English.. ikut kita sendiri...
 
kemudian .. paparan kedua ni pula yang muncul
 

 Syaratnya mesti letak dulu Nama Perniagaan kita... reka je sendiri yang menarik2 .. yang kita suka... kalau tak masukkan nama perniagaan tak boleh teruskan permainan SALT ni..
 
lepas tu klik LET'S START..
 
paparan seterusnya seperti di bawah... menunjukkan urus niaga kita...
bermula lah game ini...
diberi modal lagi untuk kita....
ikuti je langkahnya satu per satu... pasti akan Berjaya...
 


 
Selamat Mencuba... kita lihat sapa yang pandai berniaga ...
Good luck !!!
 
 


Saturday, February 8, 2014

Monday, January 6, 2014

Permulaan perkongsian...

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia, 

Dah lama nak kongsi perkara ni tetapi masih tak berkesempatan nak share.. 
Sebenarnya dh lama menggunakan nya tapi caya tak caya.. Tak caya sebenarnya tetapi teruja sebab produknya yang menjadi sebutan kini. Apa lagi kalau bukan Shaklee. Baru sekarang faham kenapa ramai pengguna shaklee setia pada shaklee. Tak guna mmg tak kan tahu macamana hasilnya.. 

Cgu guna semula secara serius 10 nov 2013. Dlm tempoh br nk masuk 2 bulan byk perubahan yg cg rasa. Esp kulit n berat badan... Yg pasti seluar dh longgar.. Agk2 brp kg turun? ... Emmm 3kg tak sampai 2 bln pun lg. Kira best la kan... Pas tu yg plg best kulit lbh halus dan tak kering sprt sblm ni.. Alhamdulillah.. 

Sebelum ni mmg cgu byk mencuba.. Tp kali ni cgu nekad nk teruskan hg dpt apa yg diimpikan n dihajati. Kenapa nak berhenti jika kita dh rasa yg ianya serasi dengan kita kan... 

Apa yg cg makan ialah ni je.. Tgk gambar tu.. Harga berpatutan dan rasanya semua mampu. Yang penting sihat...


Jom sama2 kita cuba.. Yg mana ada mslh kesihatan cuba la dulu mana tau ini la yg selama ni kita cari.. 

Nanti cg share kebaikan set ni ye... Baru lepas makan alfalfa n lechitin... Nak tdo dl.. In sha allah esok kita sambung lagi...

Nak! Apa lagi sms/pm/wsapp laju2 ye.. 

Tq

Wednesday, January 1, 2014

Kenangan terindah 2013 ... Seterusnya ... 2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

2013 dah tutup tirai... sekarang menjelma 2014... azam baru dah ditanam sejak awal muharram... masih sama. Moga tahun 2014 lebih baik dalam serba serbi yang dilakukan sama ada sebagai seorang isteri, ibu dan guru berbanding tahun 2013...

imbas kembali kejayaan-kejayaan tahun 2013...
1. dapat surat makluman status Guru Cemerlang Perakaunan.
2. dapat berkongsi ilmu dan teknik i love akaun lebih daripada 20 buah sekolah.
3. tempat kedua anugerah inovasi sempena hari guru JPWPP.
4. saguhati KIK 2013.
5. menerima anugerah emas Prinsip Perakaunan dan Kemahiran Hidup.
5. menerima anugerah guru penasihat cemerlang Kelab Pengguna Sekolah - naib johan CIPKPS Kebangsaan.
6. keputusan kemahiran hidup PMR2013 100% A...
7. dan banyak lagi....

Alhamdulillah Allah izinkan untuk cgu terima semuanya... 
moga kejayaan2 ini memberi semangat yang tinggi dalam melaksanakan tugasan yang diterima tahun 2014... tugasan baru? masih jawatan yang sama untuk dimurnikan...

Selamat Tinggal 2013
Selamat Datang 2014!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...