Blog ini ditujukan khas kepada pelajar-pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 dan 5 sebagai rujukan khususnya pelajar-pelajar Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
Kasihkan Rasulullah membawa ke syurga... Muaz Hassan Ad-Dimasyqu
Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan lagi utk cgu menghadiri majlis ilmu agama yg dianjurkan oleh sekolah. Pengisian rohani... 💕💕💕
Nak tunjukkan rasa cinta kepada Rasullullah...
"org yg bukan islam membuat kajian tentang peribadi Rasullullah dan kehidupannya. tetapi malangnya umat islam sendiri yg tidak mengenali sirah nabi bahkan ada kalangan mereka yang meremehkan sunnah baginda dan meninggalkannya... fikir2kan lah..
mengapa menyambut Maulidur Rasul???
1. taqlid/ikutan
2. adat melayu
3. cintakan rasul
adakah kita benar2 menjadi umat Nabi?
siapakah idola kita????
adakah sunnah nabi sudah dilaksanakan di dalam kehidupan kita seharian?
terkesima .. blh dihitung dgn jari.. masih ada yg kosong.. moga selepas ini akan jadi lebih baik.. ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
buat amalan disukai nabi... jaga pelihara dan raikan anak yatim, beri makan org yg susah, bantu org kesempitan, sampaikan hajat muslimin, menasihati org yg lupa, hindari perkara yg nabi benci-syirik, menentang sunnahnya, berbohong atas namanya.
berdoa
mendampingi penggantinya
menyampaikan dari nabi kepada orang lain
Jadikan lah Nabi saw sebagai idola kita..
nabi tidak pernah makan yg disembelih oleh org kafir...
nabi tidak pernah minum arak
nabi tidak pernah berbohong, berkata kasar dan bercakap yg tidak elok
Dr. Ismail Zain (depan, empat dari kiri) bersama para peserta Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) yang juga warga pendidik Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Putrajaya yang terlibat menyertai program pendedahan mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di sekolah itu, baru-baru ini.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan satu satu elemen yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) selain merupakan salah satu ciri-ciri pembelajaran Abad Ke-21.
Ia seiring dengan keperluan sistem pembelajaran negara pada masa ini yang menitikberatkan elemen tersebut malah dalam sistem penilaian di mana KBAT menjadi fokus terhadap pembinaan item soalan.
Menyedari hakikat ini, pihak pentadbiran Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) Putrajaya telah mengambil inisiatif mengadakan program latihan pendedahan KBAT kepada semua guru-gurunya melalui Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP).
Ia dibimbing bekas Pensyarah Cemerlang Gred Khas Jusa B Institut Pendidikan Guru, (IPG) Ipoh yang juga merupakan penasihat Unit Pendidikan Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain.
Menurut Dr. Ismail, KBAT bukan hanya difokuskan pada pembinaan soalan semata-mata tetapi ia melibatkan keseluruhan proses pembelajaran dan pengajaran itu sendiri.
“Soalan-soalan KBAT tidak sepatutnya diulang sepertimana yang berlaku pada soalan yang bercorak tradisional tetapi harus mempunyai ciri-cirinya sendiri yang berasaskan konsep KBAT.
“Oleh itu, murid tidak sepatututnya ‘menjangka’ apakah bentuk soalan yang akan keluar sepertimana yang berlaku terhadap bentuk soalan tradisional, tetapi memikir dan mengkaji setiap sudut perspektif berpandukan aras-aras pemikiran yang dicadangkan oleh Blooms,’’ katanya.
Mengenai penganjuran program latihan pendedahan KBAT dengan pihak SAS, ia memberi pendedahan kepada guru mengenai konsep KBAT yang mudah dan konsep asas mengenainya termasuk kaitannya dengan proses pembelajaran.
Sementara itu, Pengetua SAS, Haidzir Hussin berkata, KBAT perlu dihayati oleh guru dan ianya merupakan elemen penting yang harus diberi perhatian yang utama dan diaplikasikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
“Melalui program ini segala aktiviti dan penerangan yang diberikan oleh Dr. Ismail amat membantu dan merupakan satu bentuk nilai tambah ilmu dan kemahiran buat guru-guru dalam proses melaksanakan KBAT,’’ katanya.
Bagi guru kanan Kemanusiaan dan guru mata pelajaran Geografi, Masni Khamis, menganggap program itu mampu membantunya mencungkil kreativiti pelajar daripada perspektif yang berbeza.
“Kursus yang sangat berinformasi, sangat bermanfaat kepada guru malah lebih baik dijalankan secara berkala sebagai peneguhan kepada input sedia ada,’’ katanya.
Guru kanan Matematik dan Sains, Zaini Razak berkata, KBAT sepatutnya digunakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran kerana dapat memahirkan pelajar berfikir lebih jauh dan berpandangan luas atau luar dari kotak.
Beliau yang mengajar mata pelajaran Biologi berkata, program itu membantu melahirkan pelajar yang pintar dan berpengetahuan luas.Selain itu, kata Ketua Panitia Matematik, Norasiah Ambia, program itu sangat bermanfaat dalam memberi pemahaman sebenar berkaitan KBAT kerana elemennya sangat penting dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi membolehkan para pelajar bersaing di peringkat global.
Program tersebut direka dalam bentuk khas berkatian dengan pengaplikasian KBAT dalam kalangan guru iaitu P.E.N.D.I.T.A (Program Enhancing, Developing, Improving, Integrative Teaching Abilities) - Program untuk Peningkatan, Pembangunan & Penambahbaikan Kebolehan- Kebolehan Pengajaran Secara Integratif.
Manakala Ke.M.A.S (Knowledge Management & Application Skills) – Mengurus Pengetahuan & Aplikasi Kemahiran – model khas untuk murid menggunakan pengetahuan dan mengapliaksi kemahiran terutama KBAT dalam proses pembelajaran terutama mereka yang terlibat dalam kerja projek PT3. Hubungi 019-5713745 atau layari www.tutor.com.my/motivasi untuk maklumat lanjut.
*****************************
Pelaksanaan PdP dalam dan luar bilik darjah ... guru hanya sebagai fasilitator ... :)
sekadar perkongsian pelaksanaan PdP minggu ke 2 hingga 4.... :)
mesti latih anak murid supaya berfikir... kemahiran berfikir aras tinggi... apa lagi aktiviti nak buat ya... :):):)
Lama gak cgu tak pok pek pok pek dalam blog ni... malam ni terdetik nak update blog ni... banyak perkara yang nak dikongsikan bersama... hanya untuk satu tujuan ... ilmu ni diperpanjangkan kepada yang memerlukan...
banyak komen yang cgu tak balas cgu minta maaf ... mmg kekangan kerja... jadi terpaksa lah tak ber blogging macam dolu2... huhu...
rasa tahun ni nak aktifkan lagi blog ni... tahun ni cgu nak fokus dengan bahan2 yang baru untuk rujukan sama2... azam baru tahun ni... :)
Kepada semua yang baru naik ke Tingkatan 5, tahniah cgu ucapkan... teruskan dengan kecemerlangan. Jangan putus asa mempelajari ilmu ini. Doa sentiasa moga dipermudahkan segala apa yang dipelajari. Silibus tingkatan 5 mudah dipelajari... walau bagaimanapun kesinambungan daripada tingkatan 4 itu tetap ada...
Tahniah juga kepada pelajar tingkatan 4 yang terpilih masuk ke dalam kelas Prinsip Perakaunan. mungkin bagi mereka yang tidak ambil KH pilihan 4, subjek ini adalah perkara baru yang dipelajari. Sebaliknya dengan pelajar yg dah ambil KH pilihan 4, asas simpan kira tu dah ada... bagi mereka yang berada di tingkatan 4 teruskan minat untuk mempelajari ilmu ini... betapa indah nya ilmu ni sebenarnya... fahamkan betul2 konsep nya.. semuanya dipelajari semasa tingkatan 4.
Terapkan sentiasa dalam diri... 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan... akaun dan perniagaan x boleh dipisahkan... cuba fahami apa maksud ni... Masyaallah... indahnya... cintai guru yg mengajar, cintai ilmu yang diberi... inshaallah ilmu diberkati... :)
Hari ni cgu nak kongsi sukatan dan rancangan pengajaran bagi Prinsip Perakaunan dan KH untuk tahun ni... walaupun lambat cgu upload tetapi ianya boleh digunakan sebagai rujukan sebelum masuk ke dalam kelas. Sekurang2nya boleh tau apa yang akan dipelajari untuk topik tersebut....