Saturday, July 21, 2012

Ramadhan 1433

Salam Kasih Sayang...

Rasulullah saw bersabda :
"Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang lalu telah diampuni (oleh Allah)."
- Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahih al-Buhari, Kitab al-Iman no. 38 -

Hari ini hari pertama kita semua umat Muhammad saw menunaikan kewajiban berpuasa di bulan Ramadhan... Alhamdulillah cgu dapat melaksanakan nya setakat ni dengan jayanya... ;)
Harapan cgu tahun ni dapat menjadi lebih cemerlang sebagai umat Muhammad saw... buat anak-anak mama Hariss Hakim dan Hamiza Husna... moga puasa tahun ni dapat PENUH 100%... A+... 

Buat semua pembaca setia blog cgu... 
Selamat Berpuasa... moga tahun ni menggunakan masa yang ada peluang yang diberi dengan perkara2 kebaikan... jaga tingkah laku, jaga percakapan, jaga pandangan, jaga pemikiran, jaga pendengaran, dan jaga semuanya... moga tahun ni adalah tahun terbaik daripada tahun sebelumnya... 
makan kurma sentiasa... sedap... :)

moga ianya boleh dijadikan amalan seterusnya...

cgu ambil kata2 mentor cgu...
Hidup perlu ada MISI (Apa yang nak dicapai) & VISI (Kenapa mahu mencapainya)! Kerana tidak Tuhan jadikan manusia itu sia-sia melainkan kita yang mensia-siakannya! Mudah-mudahan berpuasanya kita bukan setakat menahan lapar dan dahaga tetapi menahan diri, menahan apa yang kita fikir, rasa, cakap, dengar, lihat dan buat apa sahaja yang mengurangkan pahala dan keberkatan puasa kita! Hidup pasti mati dan mati pasti ditanya dan diberi penentuan tentang setiap apa yang kita buat hari ini! Ingatan utk diriku yg selalu lupa! Ya Allah, Kau jadikanlah kami semua ini mendapat keampunan, rahmat dan kasih sayangMu Ya Rabbi! -AzizanOsman-





Wednesday, July 4, 2012

Sambutan Isra' dan Mikraj SAS 2012

Salam kasih sayang...

hari ni sambutan isra' mikraj di sekolah... alhamdulillah Allah memberi peluang kepada cgu untuk menimba ilmu daripada Imam Muda kedua Ustaz Hassan Adli. Betul apa yang ustaz kongsikan tadi. memang Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengasihani. Satu perkara benar2 berlaku dalam hidup cgu hari ini... 

Menitis air mata bila bercerita dengan hubby tadi... sambil menulis di blog ni pun sebak terasa. Selama ni ramai rakan2 guru bgtau dan dengar cerita orang sana sini. ikutkan hari ni sepatutnya cgu ke sekolah anak cgu untuk Karnival Prasekolah Peringkat WP Putrajaya. Husna masuk pertandingan mengeja bahasa inggeris. tetapi disebabkan sekolah cgu ada juga program kelas tambahan jadi cgu tak pergi sekolah husna. dalam hati memikirkan anak2 didik yang tak siap lagi kerja kursus. dah bulan julai tapi masih tak murnikan lagi... balik sekolah terus g ambil husna di sekolah. tapi masih tak keluar lagi masih di dewan. cgu terus ke dewan. sampai dewan tercari2 anak cgu... nmpk wajahnya sangat gembira... "mama, husna johan"... terkedu cgu... hanya tuhan yang tahu perasaan cgu waktu tu. jumpa cgu norhizan... "sian anak ko, naik pentas ambil hadiah sorang2 je tadi"... tersentuh gak... masuk dewan memang ramai ibu bapa yang datang... jumpa teacher husna pun dia cakap... "oooo ini lah mama husna... tak kenal" n bla bla bla.... waaaaaa

bila kita jaga anak orang dengan baik insyaallah Allah akan jaga anak kita juga dengan baik. mengajar cgu kepada satu perkara. Berserah kepadaNya sentiasa. moga anak2 mama hakim dan husna faham apa yang mama buat... 

ceramah ustaz hassan adli memang menyedarkan dan memotivasikan diri cgu untuk terus positif dalam apa jua yang dilakukan. terima kasih ustaz... apa yang ustaz kongsikan berkaitan dengan peristiwa isra' dan mikraj... nampak bersahaja dan sangat menyeronokkan... aura yang sangat cantik...

  • anak dilahirkan bersih. ibu bapa yang mencorakkan hidup anak.
  • berkawan dengan orang yang baik, baik lah kita... kalau sebaliknya.... maka sebaliknya lah...
  • solat tiang agama.... solat yang pertama akan dihitung... dan tak perlukan modal untuk melakukannya.
  • apa yang kita cakap, apa yang kita makan, apa yang kita fikirkan akan membentuk diri kita.... dan mencerminkan kematian kita.
terima kasih ustaz... moga rusilawati moin menjadi muslimah yang baik dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu dan guru, diberi kekuatan fizikal, mental dan emosi dalam setiap dugaan yang diberi, sentiasa positif dan sentiasa diberkati... amin....






Sunday, July 1, 2012

01 Julai 2012 : Kelas Konsep Asas Akaun

Salam kasih sayang...

baru je selesai makan tengahari bersama anak2... alhamdulillah... selesai program hari ni.. cgu buat kelas konsep akaun hari ni... semua stud tuisyen cgu datang kecuali 2 orang arham dan nazmi... 
aura yang sangat cantik... seronok sepanjang melaksanakan kelas tadi... 



doa cgu semoga kalian semua memahami dan jelas selepas ni dalam menjawab soalan2 yang dikemukakan dalam prinsip perakaunan... 
cgu dah kongsikan ada 3 perkara yang mesti pelajar pandai untuk mendapatkan akaun A+ iaitu... 
  • konsep
  • formula / format
  • teknik menjawab
 




cgu sangat percaya bila pelajar kuasai ketiga2 dalam mempelajari akaun pasti SPM A+.











Permulaan Sesi Akademik 2022/2023