1. TUJUAN AKAUN KAWALAN
a. Memudahkan jabatan kredit memperoleh jumlah baki keseluruhan penghutang dan pemiutang.
b. Kesilapan dan kesalahan Imbangan Duga mudah dan cepat dikesan.
c. Dapat menentukan ketepatan dan kesahihan catatan di dalam lejar.
d. Penipuan atau pemalsuan dapat dikesan dan dicegah.
2. AKAUN KAWALAN PENGHUTANG
· Akaun Belum Terima / Akaun Kawalan Lejar Jualan / Akaun Pelbagai Penghutang
· Menunjukkan jumlah penghutang yang terdapat di dalam Lejar Jualan bagi satu tempoh tertentu.
· Format Akaun Kawalan Penghutang
(Tambah Hutang) aset tambah (Kurang Hutang) aset kurang
Akaun Kawalan Penghutang
Baki b/b Jualan (kredit) Bank (cek tak layan) Diskaun diberi (dibatalkan) Faedah Angkutan keluar Baki h/b | XX XX XX XX XX XX XX | Baki b/b (kredit) Bank (Penerimaan) Diskaun diberi Pulangan Jualan Hutang Lapuk Kontra (Pindahan ke Lejar Belian) Kontra (Pindahan dari Lejar Belian) Baki h/b | XX XX XX XX XX (a) (b) XX |
| XXX | | XXX |
Baki b/b | XX | Baki b/b (kredit) | XX |
NOTA!!! Hutang lapuk terpulih tidak direkod dalam Akaun Kawalan Penghutang dan perlu ditolak daripada jumlah penerimaan tunai daripada penghutang.
Sumber Rujukan;
a. Jurnal Am - Baki b/b, diskaun diberi (dibatalkan), faedah, hutang lapuk, angkutan keluar dan kontra/pindahan.
b. Jurnal Jualan - Jualan (kredit).
c. Jurnal Pulangan Jualan - pulangan jualan.
d. Buku Tunai - bank (cek tak laku), bank (penerimaan), dan diskaun diberi.
3. AKAUN KAWALAN PEMIUTANG
· Akaun Belum Bayar / Akaun Kawalan Lejar Belian / Akaun Pelbagai Pemiutang
· Menunjukkan jumlah pemiutang yang terdapat di dalam Lejar Belian bagi satu tempoh tertentu.
· Format Akaun Kawalan Pemiutang
(Kurang Hutang) liabiliti kurang (Tambah Hutang) liabiliti tambah
Akaun Kawalan Pemiutang
Baki b/b (debit) Bank (Pembayaran) Diskaun di Terima Pulangan Belian Kontra (Pindahan dari Lejar Jualan) Kontra (Pindahan ke Lejar Jualan) Baki h/b | XX XX XX XX (a) (b) XX | Baki b/b Belian (kredit) Faedah Angkutan masuk Baki h/b | XX XX XX XX XX |
| XXX | | XXX |
Baki b/b (debit) | XX | Baki b/b | XX |
Sumber Rujukan;
a. Jurnal Am - baki b/b, kontra, faedah, kontra/pindahan dan angkutan masuk.
b. Jurnal Belian - belian (kredit).
c. Jurnal Pulangan Belian - pulangan belian.
d. Buku Tunai - bank (pembayaran), dan diskaun diterima.
Nota :
* Kedua-dua Pindahan (a) dan (b) mesti disebelah yang mengurangkan.
* Hanya jualan kredit barang niaga dan belian kredit sahaja direkodkan. Jualan
tunai dan belian tunai hendaklah diabaikan.
* Butiran mestilah nama akaun.
4. CATATAN KONTRA
· Berlaku apabila sesebuah perniagaan menjual secara kredit dan juga membeli secara kredit daripada pihak yang sama.
· Peniaga adalah penghutang dan pemiutang kepada perniagaan pada masa yang sama.
· Hutang di antara penghutang dengan pemiutang diselaraskan pembayarannya melalui catatan kontra.
· Dengan cara memindahkan baki akaun yang mempunyai baki yang lebih kecil ke akaun yang mempunyai baki yang lebih besar.
· Hanya satu amaun sahaja yang wujud dan perlu dibayar atau diterima oleh perniagaan.
· Terdapat 2 jenis Catatan Kontra :
i) Dari Lejar Jualan ke Lejar Belian.
- debit Akaun Pemiutang dan kredit Akaun Penghutang
ii) Dari Lejar Belian ke Lejar Jualan.
- debit Akaun Pemiutang dan kredit Akaun Penghutang
5. BAKI KREDIT (AKAUN KAWALAN PENGHUTANG)
· Penghutang terlebih bayar kepada perniagaan.
· Penghutang memulangkan barang (pulangan jualan) selepas akaunnya dijelaskan.
· Pemberian elaun kepada penghutang atau potongan harga selepas akaunnya dijelaskan.
7. BAKI DEBIT (AKAUN KAWALAN PEMIUTANG)
- Perniagaan terlebih bayar kepada pemiutang.
- Peniaga memulangkan barang (pulangan belian) selepas akaunnya dijelaskan.
- Pemiutang memberi elaun atau potongan harga ke atas barang yang dibeli dan telah dibayar.
nak amik peksa jabatan gomen, kena belajar balik akaun kawalan ni.
ReplyDeleteotak pon dah berkarat dan beku, nasib ade blog ni boleh recall balik.
Bad apakah akaun kawalan lejar belian/jualan?
ReplyDeleteapa lah format 2010 da tukar ,
ReplyDeletekne balaja akaun kawalan
form 4 .
dokumen ta masuk
:p
ermmmm.....ada isi2 dlm blog ny kurang jelas.
ReplyDeletetlg kemukakn isi2 yg lengkap..
this post is very usefull thx!
ReplyDeletecgu kalo diskaun dbri n dterima dlm ak kwalan xpyh rkod ke dlm ak prdgangn...
ReplyDeleteangkutan keluar kena masuk gak ek? bkn angkutan je? sbb lec kami kata angkutan sahaja ~
ReplyDeletecikgu kata kena nyatakan angkutan masuk /keluar ( 2010 ) tak tahulah kalau format dah tukar *saje menyelit
Deleteckgu..sy nie kurang ckit lw akaun kwaln nie..urmm..cmnew nk ingt f0rmat nie dgn mdah?
ReplyDeleteThanks. Sangat membantu :)
ReplyDeleteCikgu , kalau jualan tunai dan belian tunai nak kena rekod ke ?
ReplyDeleteX perlu, coz ini akaun pnghutang dn akaun pemiutang, hnya jualan dn belian scara hutang drekodkn, jualan dn belian tunai brlaku scara tunai dn bkn nya hutang.
DeleteAda tak formula bagi akaun kawalan supaya dapat dingati dgn mudah?
ReplyDeleteCikgu ada tak formula utk ingat sebab nak Ingat Dengan
ReplyDeletesenang
Ini banyak membantu ^_^
ReplyDeleteCikgu kalau non fol kat jurnal jualan bgi pemiutang kena tulis berdasarkan apa. Nom fol ditulis berdasarkan nom lejer ke cikgu ? Mohon pencerahan
ReplyDeleteNOTA INI PALSU.
ReplyDeleteCikgu, untuk catatan kontra di akaun kawalan,bolehkah saya tulis "pindahan" sahaja? atau mesti tulis "kontra"? Terima kasih.
ReplyDelete