Tuesday, December 30, 2008

TAHNIAH!!! PELAJAR SAS PMR 2008

Salam,

Hari ni cgu rasa gembira di atas kejayaan anak2 didik cgu semua... tahniah kepada semua pelajar2 terutama kepada 3C dan 3M di atas kejayaan masing2.... dan untuk mata pelajaran cgu Kemahiran Hidup (100% A) tahniah kalian tidak mengecewakan diri sendiri dan cgu.... cgu bangga dengan kalian satu batch menaikkan semula peratus sekolah... cgu harap batch ni akan terus maju hingga SPM 2010... Jangan terlalu gembira dan leka kerana kalian akan menempuhi alam yang lebih mencabar...

Kepada Mentee Khas cgu... Al-Affiz, Qhairunajmi dan Zakwan... Tahniah!! Impian jadi kenyataan ... 8A... kamu dah buat yang terbaik... kalau berusaha pasti berjaya kan... Yakin pada diri penting untuk kejayaan sendiri... Doa cgu kalian teruskan usaha hingga berjaya hingga mencapai cita2 masing2... all the best...

Kepada SAS, Tahniah buat semua rakan2 seperjuangan atas kejayaan ini... terima kasih di atas semua kerjasama yang diberi bermula daripada proses pendaftaran sehingga hari terakhir peperiksaan PMR 2008... Moga tahun 2009 memberi sinar baru kepada kita semua demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan SAS...

TAHNIAH!!!
Keputusan PMR 2008
8A - 139 orang pelajar (83.73%)

Wednesday, December 24, 2008

Perlaksanaan Format Pentaksiran Baru Bermula 2011

Salam...

Berita terkini yang baru cgu perolehi daripada rakan guru seperjuangan... maklumat berkaitan dengan perlaksanaan format pentaksiran baru yang akan bermula pada tahun 2011... Ini bermakna SPM 2009 hingga 2010 (2 tahun) masih lagi menggunakan format pentaksiran yang lama...

Mesti menggembirakan semua pihak... Apapun sejauhmana kebenarannya tunggu surat hitam putih daripada pihak berkenaan...

Terima kasih yang tak terhingga kepada mana2 pihak yang ambil berat tentang pelaksanaan format pentaksiran baru ini...

Monday, December 22, 2008

Kelas Prinsip Perakaunan 2009

Salam,

Hari ni cgu pergi ke sekolah dan selesaikan kerja utk pengagihan kelas tahun 2009 bersama cgu Aini Farin... alhamdulilla untuk tahun 2009 kelas akaun dan seni ada dalam jadual waktu persekolahan...

Semua pelajar yang mengambil akaun di dalam kelas 5 Bestari seramai 27 orang sahaja... ini semua adalah keputusan daripada pihak pengurusan sekolah yang mana pelajar yang layak mengambil akaun mesti di antara 90 ranking terbaik keseluruhan... terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan di atas peluang yang telah diberikan...

Pelajar2 yang berjaya memasuki kelas perakaunan adalah seperti berikut:-

ABDUL RAHMAN B AHMAD RIDZUAN
AIDIL HAIKAL B. MOHAMAD KASSIM
AZLAN BIN ABDUL RAZAK
AZMAN B. SAMPOL
IRFAN B MAT ROSLY
MOHAMAD AKMA RIDZUWAN B. ARIDI
MOHAMAD MUZAKKIR B ABD GHAFAR
MOHAMAD QAIYYUM HAKIMI B HAMIDI
MOHAMED NABIL BIN MOHAMED NAZRI
MOHD AMIR ASYRAF BIN MOHD HAMZAH
MOHD NAWAWI BIN ABDULLAH
MUHAMAD AFIQ BIN KAMARUDIN
MUHAMAD AMINI B MILATUSAMSHI
MUHAMAD NORFAZLI B. MUHAMAD AMIN
MUHAMAD ZHAHIR BIN JAMILAN
MUHAMMAD ESHADIQ B SAHARUDIN
MUHAMMAD FARHAN BIN SHUHAIMI
MUHAMMAD HAKIMI B HAZIZAN
MUHAMMAD HAZIQ SYAMIN BIN ABDUL HALIM
MUHAMMAD IRFAN BIN ABDUL RAZAK
MUHAMMAD KHALIL B MOKHTI
MUHAMMAD ZUHDI B KAMARDIN
NIK KHAIDIR BIN MOHD SHAURI
NOR ARIFF B MOHD NOOR
SHAHIR YASIN B MOHD. YUSUF
SYED KHAIRUL SYAHMI BIN SYED AHMAD
WAN MOHD FAIZ BIN WAN NAWAWI

Tahniah!!! Semoga dapat bekerjasama dengan cgu... kita jumpa nanti di tahun hadapan...


Kepada mana2 pelajar yang tidak tersenarai rayuan boleh dibuat dengan Pengetua sahaja... cgu tidak layak untuk membuat keputusan... harap semua pelajar memahami peraturan dan syarat terkini yang telah dibuat...


Dan hari ni cgu terkejut bila mendapat tahu Ridhwan Abdullah meninggal dunia... Al fatihah.......

Tuesday, December 9, 2008

Selamat Pengantin Baru My Beloved Sister

Salam,

Buat Kak Yati & suami,

Selamat Pengantin Baru.... Semoga Berbahagia dan bergembira hingga ke akhir hayat...

Masih tak terlambat kan... lagi pun Majlis di rumah abang Unic 09.01.2009 ni... Selamat hingga selamanya... Jangan nakal2 ye esp 2 my sis... :)

Monday, December 1, 2008

01 Disember 2008

Salam,

Alhamdulillah dah berakhir peperiksaan SPM kertas Prinsip Perakaunan tahun ni... cgu yakin anak2 didik cgu semuanya boleh buat... jangan putus asa... soalan 2 dan 3 memang agak berlainan sikit tapi... kalau u all betul2 faham konsep mesti boleh buat... apapun sekarang masanya untuk semua bertawakal dan berdoa agar segala urusan selepas ini berjalan dengan baik dan lancar...

Soalan 1 - Dokumen memulakan perniagaan (28 markah) .. ok... kebanyakan latihan cgu memulakan perniagaan... harapan semua boleh buat...

Soalan 2 - Penyata Kewangan Kelab dan Persatuan (20 markah) ... wow!!! cabaran baru... apapun soalan ini memang bagus... menguji kefahaman dan kebijaksanaan pelajar dalam ilmu perakaunan... pernah dibincangkan tetapi tak pernah buat latihan...

Soalan 3 - Perkongsian (10 markah) .... kena faham betul2 kehendak soalan dan butiran yang diberi... bagi cgu soalan ini agak sukar berbanding dengan latihan2 yang selalu diberikan...

Soalan 4 - Syarikat Berhad (10 markah) ... soalan yang telah dibincangkan... hopefully semua boleh buat dengan baik bg soalan ini...

Soalan 5 - Rekod Tak Lengkap (12 markah) ... latihan yang diberi kebanyakkan nya dalam bentuk dan kaedah ini... ok

Soalan 6 - Akaun Pengeluaran (12 markah) ... soalan yang paling mudah bagi cgu antara yang lain... butiran yang mudah difahami... harapan semua pelajar pilih soalan ini berbanding soalan 5...

Berakhir sudah tahun 2008... berjumpa lagi di tahun hadapan 2009...

Thursday, November 27, 2008

SPM PRINSIP PERAKAUNAN 2008

Salam...

dh lama cgu tak update blog ni... banyak nyer rasa nk ditulis kali ni...

cuti sekolah pun dah bermula... kepada anak2 didik cgu "Selamat Bercuti".... kepada semua pelajar F4 Akaun... cuti ni jgn cuti saje... buat ulangkaji... nak g tuisyen pun boleh... tahun depan cgu akan buat ujian saringan semula... sapa lulus berjaya masuk kelas akaun.... lulus 70 ke atas...

13 hingga 17 Nov yang lepas cgu menghadiri Kursus Kenegaraan di KIWA Sepang.... ini la pertama kali yg cgu rasa kursus BTN yang paling seronok cgu hadiri berbanding pada tahun 2000... banyak pengalaman dan pengajaran dalam menghadiri kursus ni... cgu mmg galakkan sangat anak2 didik cgu hadirinya suatu hari nant... kita kena sedar sebagai anak Malaysia... pertahankan apa hak kita sebagai rakyat Malaysia... kena tahu Perlembagaan Malaysia....

Lagi beberapa hari je lagi SPM 2008... Isnin ni 01 Disember 2008.... satu hari... pertama kali selepas beberapa tahun Akaun 2 hari... tetapi tahun ni berbeza sikit... so cgu terpaksa tukar strategi.... Kepada 5B akaun... buat semua set soalan yang cgu dah bagi dalam masa 4 hari lagi ni... cuba buat dalam ms yang diperuntukkan... i know u all BOLEH 1A... yakin pada diri sendiri... jangan putus asa... dalam tempoh ni banyakkan senyuman.... senyuman boleh hilangkan tekanan... insyaallah segala nya akan dipermudahkan...

cgu akan tunggu semuanya selesai... hari ni paper EST... mlm ni kita mula buat kelas... belajar bersama2 dengan cgu... Impian dan Harapan cgu cuma satu agar kalian semua berjaya mendapat 1A.... Amin

Wednesday, October 29, 2008

JANGAN SIMPAN DUIT... KERTAS DAN ELEKTRONIK

Salam...

Dah lama cikgu tak baca email... bila hari ni dapat baca, cikgu tertarik dengan email yang cikgu terima dari group AnsaraJasin... tajuk email "Jangan simpan duit... kertas dan elektronic"... cikgu dah lama dengar pasal ni tapi ambil mudah dengan ni semua... tapi bila cikgu baca artikel ni memang betul ada kebenarannya... artikel ni cikgu tak ubah2 seperti mana yang cikgu terima... Cikgu nak kongsi dengan semua dan harapan anak2 didik cikgu generasi akan datang cuba teliti dan fahami betul2...


Jangan simpan duit..kertas and electronic..

"Aku tak baca detail sangat... tapi sejak jadi unit trust consultant ni... aku tahu satu teori yg disebut RULE 72. Org ekonomi tahu benda ni. Kalau nak tahu half value the money... guna rule ni bahagikan dengan inflasi rate. Skrg ni inflasi 4% >, 72/4 = 18. Meaning to say... dlm masa 18 tahun lagi value duit RM100 skrg akan jadi RM 50 18 tahun akan dtg. Oleh itu, saving kita hendaklah cari yg dapat bagi return per year lebih besar drpd interest rate. Kalau saving dlm tbg haji 4.75% dgn interest rate 4%, dalam masa 18 tahun akan dtg, secara teori kita akan hanya ada keuntungan 0.75% shj. OLEH itu juga simpan didalam instrumen yg bolh bagi return yg besar dan selamat."
"pasal financial planning tu, kau kata duit boleh simpan sampai 2nd & 3rd generation. Aku ragu2 sikit sbb apa yg aku tahu, pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi) Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank.
Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930's. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk "FUTURE FASTFOWARD".
Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribupejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan. Dia kata kat aku, org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak Lah memang well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.
Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank. Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal "money creation" oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul tu).
Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis spt Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di access via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kemudian buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam.
Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-
1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya)
2. emas dan perak
Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internet mengenai sejarah dan asal usul bank) Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC "THE DEATH OF MONEY)
Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era "haus kerana tidak ada air" dan "bergelap kerana tiada minyak" menurut kata penganalisis dunia).
Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, "Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear?" Dia jawab, "no comment. You kena tanya menteri." Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US. Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.
Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. 'I don't keep money," macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti. Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu.
Datuk tu kata dia tengah kaji Al- Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).
Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-
MD IMF, Rodrigo de Rato, "We believe such a large imbalance of growing indebtedness by the US is a risk not only for the US economy, but for the world economy. Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas "over time there is only one direction for the dollar to go - lower". Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : "we view them as TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economic system." Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, "we have a 75% chance of a crisis wi! thin 5 years".
Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan pemikiran sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat aku ni, terpulang lah. Wallahualam
Regards, Saiful Ngatmi
-- Rgds, Ahmad Shahril bin Abdul Aziz : Agency Supervisor PUBLIC MUTUAL BERHAD

BENGKEL PENYARINGAN MENGESAN MURID PCB

Salam....

Lega rasanya dah berakhir kursus selama tiga hari dua malam di Hotel Brisdale Kuala Lumpur... Mesyuarat berkenaan dengan PCB - PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT (Gifted & Talented)... Satu program yang baik oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia... Penceramah disampaikan oleh Pn Aliza, Dr Rosadah dan Encik Baharin... Peserta guru-guru daripada sekolah kluster kohot 1 dan 2 sekolah rendah manakala bagi sekolah menengah, sekolah kluster kohot 1... jumlah sekolah semuanya 33 buah sekolah (66 orang guru)...
Mudahan program ini mendapat kerjasama daripada semua pihak...

Pembentangan oleh Pn Roslina - SMK Aminudin Baki
~ enjoy ur presentation fr my group ~
Pengisian mesyuarat lebih kepada penerangan cara mengumpul maklumat dan mengisi borang skala pemarkatan untuk mengesan pelajar pintar cerdas dan berbakat... nampak gayanya bertambah lagi kerja :( ... tapi cikgu akan sahut cabaran ini dengan ikhlas... i'll try my best... :)
Harapan mendapat kerjasama yang baik daripada semua guru yang terlibat...
Sampai sekolah sehingga la ke hari ini masih lagi tak berjalan memandangkan ramai guru yang terlibat tiada di sekolah... Minggu hadapan cikgu akan mula mengumpul maklumat... Sasaran pelajar Tingkatan 2 dan 3 tahun 2008... Program untuk tahun hadapan 2009... insyaallah...

Thursday, October 23, 2008

Peperiksaan Akhir Tahun F4 2008

Salam,

Gud Luck 2 all my account's students F4b,c,d,j,m,u,w....

Tempat : Dewan Putra Perdana
Tarikh : 24.10.2008 (Jumaat)
Masa : 7.45 hingga 10.15 pagi

Kepada semua cikgu harap buat semula latihan2 yang cgu dah beri di dalam kelas dan di dalam modul yang diberi. Semak latihan dengan skema. Download dari blog cgu. Belajar dengan rakan2 yang lain. Buat perbincangan.

Untuk makluman, pada hari tersebut cgu tiada di sekolah. Cgu menghadiri Bengkel Penyaringan Murid Pintar Cerdas dan Berbakat di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur sehingga 25.10.2008... Cgu yakin kalian dapat menjawab soalan2 yang diberi dengan baik... Kelayakan kelas akaun f5 markah 70 ke atas... Belajar rajin2... fahamkan konsep betul2...

Jangan putus asa.. Teruskan perjuangan... Ambil peluang yang dah terbuka di depan mata... Batch u all untung sangat coz " Ingat Akaun Ingat 2 Sijil "... Tak de sapa nak bagi kalau bukan daripada usaha u all sendiri... Wish u all the best...

Monday, October 20, 2008

Koleksi Soalan Percubaan SPM 2008

Salam,

Tak sampai sebulan Peperiksaan SPM bermula. Cgu harap semua pelajar 5b buat soalan2 percubaan SPM yg diberi. Sebarang persoalan harap dapat berjumpa dengan cgu.

Dapatkan koleksi soalan trial di http://perakaunan.wordpress.com/soalan-percubaan-spm/

Saturday, October 18, 2008

Malam Selingkar Kasih 2008



Hotel Equatorial Bangi... 8.00 pm - 12.00 pm

Tahniah kepada semua pelajar f5...
Esp to Arif Zahlan.. 5B... My Dorm Halimi... Table 11... Khairi, Fakhrul, Jauhar, Rahmat, Nazri and Aliff Aizad...

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi...

Friday, October 10, 2008

PMR 2008

Minggu depan dah mula peperiksaan PMR 2008. 13 hingga 17 Oktober 2008.. Semoga anak2 didik cikgu dapat menjawab soalan dengan baik dan tenang sepanjang minggu peperiksaan.. Jaga kesihatan secukupnya...

Kepada mentee khas cikgu, Affiz, Zakwan n Najmi... cikgu sentiasa doakan kejayaan kalian.. cikgu tau kalian boleh dapat 8A... Buktikan kepada kami... Jaga kesihatan...

Kepada semua... cikgu halalkan dan redhakan segala ilmu yang telah diberi.... Semoga kalian dipermudahkan dalam menjawab semua soalan...

Good Luck to all my students f3... i know u can do it.. don't give up.. 100% 8A... SAS Boleh!!!

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB PRINSIP PERAKAUNAN

Assalamualaikum....

Tidak terlambat untuk cikgu ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN...

Pada tarikh 9 Oktober 2008, satu seminar teknik menjawab soalan Prinsip Perakaunan telah diadakan di Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya anjuran JPWPP. Seminar ini telah disampaikan oleh cikgu Kamarudin. (Pengalaman 29 tahun)...

Antara kandungan yang dibincangkan dan cikgu rasa ianya perlu dikongsi oleh semua pihak yang memerlukannya ialah...

Kertas 1 - 40 soalan

Aras rendah 24 soalan

Aras sederhana 12 soalan

Aras tinggi 4 soalan


Topik/ bentuk soalan

1. Konsep / prinsip perakaunan

a. Bentuk penyataan

b. Bentuk lejar – rekod dt/kt, rekodkan akaun, butiran

c. Penyata pendapatan – butiran /contoh

d. Kunci kira-kira – butiran / contoh

2. Dokumen perniagaan

a. Butiran – tarikh / siapa hantar

b. Fungsi/kegunaan

c. Syarat – bayaran, k&k dik (kesilapan dan ketinggalan dikecualikan)

3. Pengiraan – hitung untung kasar, kos jualan, belanja terdahulu/terakru

4. Analisis

a. Ketepatan catatan di lejar, penyata pendapatan

b. Sebab perbezaan

c. Pembetulan kesilapan

d. Penggunaan/fungsi buku catatan pertama

e. Maksud diskaun niaga.



Pembahagian tajuk SPM / LCCI


Kertas 1

Bahagian A

- 2 bentuk SPM

- 2 bentuk LCCI


Bahagian B

2 soalan bentuk SPM – pilih 1


Tajuk anchor LCCI merekod;

1. Akaun kawalan – penghutang/pemiutang

2. Perkongsian – rekod/pembubaran

3. Akaun kelab dan persatuan

4. Rekod tak lengkap

5. Rekod pelarasan lejar

a. Pelupusan aset, peruntukan susut nilai

b. Peruntukan hutang ragu

c. Pembetulan kesilapan

d. Hasil dan belanja terakru dan terdahulu


**tajuk ini pasti 2 soalan dalam bahagian A


Tajuk popular (SPM) merekod kertas2

1. Dokumen *

2. Penyata pendapatan / 3k

3. Penyata Penyesuaian Bank

4. Belanjawan tunai *

5. Titik pulang modal

6. Pengeluaran *

7. Analisis/Taksiran: PP dan 3K *

8. Persamaan perakaunan *

9. Syarikat Berhad


2 soalan bahagian A / 1 soalan bahagian B


Ramalan Kertas 2 2008

1. Rekod dokumen – 50 minit

2. PP / 3K milikan tunggal – 30 minit

3. Pembubaran perkongsian – 20 minit

4. Rekod tak lengkap – kaedah analsis – 20 minit

5. Penyata penyesuaian bank – 20 minit

6. Titik Pulang Modal - 20 minit


Di harap maklumat ini dapat dikongsi kepada semua yang perlukannya. Apa pun yang kita mahukan kita kena mulakan dengan usaha yang gigih.. Tanpa usaha impian tidak akan jadi kenyataan... Dimana ada kemahuan Disitu ada jalan...

Friday, September 19, 2008

SIJIL LCCI LEVEL 2 BOOK-KEEPING AND ACCOUNTS

Salam,

Dua hari yang lepas cgu dpt satu pekeliling berkenaan Sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts.

Butiran adalah seperti berikut;

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/2008
SIJIL LONDON CHAMBERS OF COMMERCE AND INDUSTRY (LCCI) BAGI CALON PRINSIP PERAKAUNAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Penganugerahan sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts ini bukanlah wajib kepada semua calon yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan SPM tetapi sebagai nilai tambah atau value added kepada sijil SPM yang akan dianugerahkan.

Calon yang layak memiliki sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts ;
1. Calon yang mencapai sekurang-kurangnya gred 6C bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan SPM.

2. Calon yang mencapai gred 6C ke atas bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris 1119 layak dianugerahkan sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts terbuka. Calon yang mencapai gred 7C ke bawah bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris 1119 layak dianugerahkan sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts dengan pernyataan Bahasa Melayu diterakan pada sijil berkenaan.

Surat Pekeliling Ikhtisas ini juga bertujuan untuk memaklumkan mengenai bayaran sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts bagi calon Prinsip Perakaunan SPM seperti ketetapan berikut;

a) Calon Prinsip Perakaunan SPM yang tidak berhasrat memiliki sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts tidak dikenakan sebarang bayaran selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/2007: Garis Panduan Pengoperasian Dasar Pemansuhan Yuran Peperiksaan Awam.

b) Calon Prinsip Perakaunan SPM yang berhasrat memiliki sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM25.00 (Ringgit Dua Puluh Lima sahaja).

c) Calon yang berhasrat boleh membuat bayaran tersebut kepada pihak sekolah masing-masing hanya dalam masa sebulan selepas keputusan peperiksaan SPM tahun semasa diumumkan. Pihak Lembaga Peperiksaan akan mengedarkan sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts kepada pihak sekolah.

Mana2 yang dah terima dan baca pekeliling ni boleh kita bincangkan... masih tidak jelas.... tq

Tuesday, September 16, 2008

Perubahan Soalan SPM Prinsip Perakaunan 2009

Salam,

Ckgu dah lama dimaklumkan ada beberapa perubahan dalam peperiksaan SPM tahun ni dan tahun depan... dan mungkin seterusnya...

2008 masih dikekalkan kepada beberapa soalan yang sama cuma perubahan kepada teknik penandaan sahaja... ni pun cikgu masih lagi belajar... tq ckgu narzuki yg banyak memberi tunjuk ajar kepada cikgu...

Kertas 2
Bahagian A (68 markah)
Soalan 1 : dokumen perniagaan (masih dikekalkan)
Soalan 2 dan 3 : daripada soalan 'anchor'

  • Akaun Perkongsian
  • Akaun Kelab dan Persatuan
  • Rekod Tak lengkap
  • Akaun Kawalan
  • Akaun Penamat
Soalan 4 : topik lain

Bahagian B (12 markah)
Soalan 5 dan 6 : topik lain

Perubahan tahun 2009 ;
Kertas 1 (objektif 40 soalan -20%)
Kertas 2 ( 4 soalan -60 %)
Kertas 3 ( projek soalan dokumen- 20 %)

Menarik juga... ada kerja kursus... 20% senang2 nk dapat... tinggal cover 80% lagi... betul la dgn apa yg diberitahu oleh lpm ms cikgu kursus di langkawi awal tahun ni... setiap mata pelajaran mungkin semua ada kerja kursus... pbs...

Apapun semua perubahan ni cikgu terima dengan baik... fikir positif... ada baiknya untuk pelajar... harapan anak didik cikgu tahun ni jgn ada rasa risau... selalu fikir positif... Kejayaan pasti sentiasa bersama...

TUGAS-TUGAS KHAS

Salam,

Mgu ni cikgu banyak bersama dengan pelajar Tingkatan 3.. Mgu exam trial ke-2.. 15 - 19 September 2008... Good luck anak2 didik ku... cikgu ajar Kemahiran Hidup merangkap sup PMR... lepas ni cikgu akan upload pula nota2 kemahiran hidup... tunggu ye...

Semalam seharian di sekolah, kelas akaun dah mula dengan latih tubi... masih banyak yang perlu dibincangkan... ckgu masih tidak puas hati dengan pencapaian beberapa orang pelajar... di harap nama2 yang ckgu kerap sebut di dalam kelas dapat berjumpa ckgu sebelum terlambat...

13.09.08 :
Kelas ICU yang pertama... Pembelajaran fokus kepada soalan dokumen dan penyata kewangan... cikgu dah kenalpasti beberapa orang pelajar yang masih lemah...
program tutor dan tutee (khusus untuk soalan dokumen)... sokongan daripada semua pelajar 5b... tutor dapat membantu tutee...
Tutor blh dapatkan soalan2 daripada ckgu...

Tutor Tutee
Rasyid : Zamri
Kamal : Izzul
Afiq : Iqbal
KN : Haziq
Farid : Amirulamin
Rosman : Izzat
Nizam : Kushairi
Azman : Fahmi
Arif : Syamil
Shukri : Kamal Ezral

Moga semua tutor dapat membantu tutee masing2...Ingat; jika tutee kita berjaya maknanya kita juga berjaya membimbing mereka... biar kita sama2 berjaya...

Matlamat impian harapan 100% 1A GP1.00... Impian tidak akan jadi kenyataan tanpa bantuan kalian semua.... tq

Wednesday, September 10, 2008

KELEBIHAN PRINSIP PERAKAUNAN

Salam,

Hari ni cikgu terserempak dengan pelajar tingkatan 4.. dah lama rasanya tak dapat nak buat kelas bersama2 dengan kalian.. banyak topik yang perlu dipelajari.. insyaallah selepas raya ni cikgu harap kalian dapat beri kerjasama dengan kelas yang cikgu akan buat untuk Peperiksaan Akhir Tahun..

Cikgu harap kalian tidak putus semangat untuk teruskan perjuangan belajar mata pelajaran ini.. banyak kelebihannya... cikgu buka lagi tempat bagi pelajar2 lain yang hendak belajar mata pelajaran ini... tahun depan cikgu akan usulkan kepada pentadbir agar kelas akan dimasukkan dalam jadual... tahun depan banyak gak perubahan... perubahan bukan ke arah yang sukar tetapi lebih mudah... sebab tu cikgu galakkan sangat pelajar2 ambil Prinsip Perakaunan... diiktiraf ke peringkat antarabangsa... cikgu sendiri tak dapat kelebihan ni...

Dapat 2 sijil lagi.... iaitu;

1. Pensijilan Kebangsaan SPM
2. industri professional ACCA (Charted Certified Accountants) dan LCCI (London Chamber of Commerce & Industry).

Dengan syarat;

Pelajar mesti memperolehi 1A atau 2A dalam Prinsip Perakaunan.

1. LCCI
Pelajar dikecualikan Level 1 dan Level 2 LCCI.

2. ACCA
Pelajar dikecualikan Introductry Level-paper 1 & 2 CAT (ACCA Certified Accounting Technician)

Selain digunakan dalam melanjutkan pelajaran , Sijil ni pun boleh digunakan untuk bekerja sama ada di dalam atau luar negeri... seronok kan... ambil la peluang yang ada ni... bukan senang nak dapat peluang macam ni...

Di mana ada kemahuan Di situ ada jalan...............

TARIKH PEPERIKSAAN SPM PRINSIP PERAKAUNAN

Salam,

Jadual peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan seperti berikut;

Tarikh : 01 Disember 2008
Hari : ISNIN

KERTAS 2 - 8.00 - 10.30 am (2 1/2 jam)
KERTAS 1 - 11.10 - 12.25 pm (1 1/4 jam)

Nampak nya tahun ni cikgu cuti lambat... akaun subjek terakhir... apapun cikgu akan bersama kalian selepas 27/11 ... selepas paper EST... tiga hari dapat bersama dan boleh pulun waktu tu... di harap semua pelajar 5b bagi kerjasama dan tumpu sepenuh perhatian dengan ulangkaji yang akan dibuat... Jangan putus asa teruskan perjuangan sehingga selesai...

Wednesday, August 13, 2008

PERCUBAAN SPM SAS

Assalamualaikum...



Alhamdulillah... dah selesai Peperiksaan Percubaan PMR dan SPM SBP... sekarang ni sibuk dengan menanda kertas jawapan pelajar... Kertas 1 kira ok la gak... Kertas 2 mencabar skit... risau gak dengan keputusan pelajar semua... tengok macam ada yang ok dan ada yang tak ok...


Nampak gayanya kena lebih bekerja keras untuk pastikan kejayaan semua anak didik cgu kali ini... kelas tambahan, latih tubi, kelas malam... di harap pelajar2 dapat beri kerjasama yang baik dalam aktiviti yang akan dijalankan selepas ni... takut gak cikgu yang beriya2 tapi anak didik tak begitu... tapi cikgu yakin dengan semua anak didik cikgu... mereka pasti akan peroleh kejayaan yang diimpikan...

Di sini cikgu sertakan soalan trial SPM bagi sekolah cikgu... SBP tak selaras coz hanya beberapa SBP je yang tawarkan subjek ni... maklum la lebih menekan kan kepada sains tulen... apapun cikgu akan perjuangkan subjek ni ke mana pun cikgu pergi... kerana subjek ni penting sebenarnya dalam kehidupan seharian kita tak kira di hari muda atau pun tua...



Tuesday, July 22, 2008

Peperiksaan Percubaan SPM 2008

Salam...

Dah beberapa hari cikgu tak dapat nak update blog ini disebabkan masalah server yang tak dapat dielakkan... Maaf pada semua anak murid cikgu... cikgu masih tak sempat nak upload semua skema latihan bab titik pulang modal, akaun pengeluaran, akaun kelab dan persatuan, akaun kawalan, buku tunai runcit dan syarikat berhad... insyaallah semua tu cikgu akan upload sebelum peperiksaan percubaan yang bakal ditempuhi mulai 4 Ogos ni....

Harapan cikgu agar semua pelajar 5B sudah bersedia... tumpukan perhatian dalam tempoh 2 minggu ni agar semua dapat menjawab dengan baik... Mana2 pelajar yang cikgu sebut namanya di dalam kelas harap dapat berjumpa dengan cikgu sebelum peperiksaan pada 8 Ogos ini....

Doa cikgu semoga semua anak murid cikgu 5B dapat A dalam peperiksaan percubaan ini... Good Luck!!!

Thursday, July 3, 2008

Dugaan dan Cabaran

Salam,

Beberapa hari yang lepas cikgu mendapat berita mengenai teguran ibubapa yang mengatakan cikgu tidak masuk ke kelas mengajar selama 3 minggu... mmm.. terkejut juga.. kenapa mesti tanya guru yang lain... kenapa tak jumpa cikgu sendiri... sekurang2nya cikgu boleh jelaskan perkara yang sebenar... di sini cikgu jelaskan... diharap semua pihak yang terlibat puas hati dan menerima dengan baik... tiada sebab cikgu tidak mahu mengajar kecuali dengan sebab2 yang tidak dapat dielakkan...

19.5.08 - cikgu tak hadir kerana menjaga anak masuk wad dari 16 hingga 23.5.08...
26.5.08 - cuti sekolah
2.6.08 - cuti sekolah
9.6.08 - cikgu masuk kelas dan mengajar bab pembubaran perkongsian
16.6.08 - cikgu tidak hadir kerana menghadiri Mesyuarat Projek Khas di Tiara Beach Resort, PD
23.6.08 - cikgu tidak hadir kerana menjaga anak masuk wad dari 20 hingga 26.6.08
30.6.08 - cuti sekolah

memang sedih kerana prinsip perakaunan hanya satu mata pelajaran elektif tambahan sahaja dan dipandang tidak penting di sekolah cikgu... semua nya atas usaha sendiri untuk membuat kelas tambahan dan sebagainya... pengorbanan memang penting untuk ambil mata pelajaran ini... cikgu akui hingga ke hari ini masih tiada slot untuk subjek ini... nak ambik slot malam pun tak dapat... semua penuh dengan subjek yang lain... jika diikutkan memang tak cukup masa kerana seminggu sekali sahaja cikgu dapat masuk kelas dan berjumpa dengan pelajar... dan kerana itu juga cikgu selalu ingatkan pelajar2 cikgu untuk berkorban jika ambil mata pelajaran ini... kena kuat berusaha walaupun cikgu tiada... rajin bertanya dan jumpa cikgu di luar kelas...

Sabtu ini 5.7.08 cikgu dapat satu slot kelas i see u 2 hingga 3.30 petang... itupun cikgu merayu untuk dapatkan slot ini... terima kasih kepada guru2 yang lain yang memberi sokongan kepada cikgu selama ini... cikgu harap semua pelajar hadir... cikgu nak ajar bab seterusnya... jangan risau cikgu tak kenakan apa2 bayaran... Bersedia untuk bab rekod tak lengkap dan akaun kelab dan persatuan....

cikgu gembira dan seronok dapat mencurahkan ilmu yang cikgu ada kepada semua pelajar... dalam diri cikgu hanya mengimpikan semua anak didik cikgu mendapat 1A... ini matlamat cikgu... sebab itu cikgu nak semua pelajar banyak kan usaha... jangan jadikan alasan cikgu tak masuk ke kelas faktor kegagalan... kejayaan boleh diperolehi dengan banyak cara... ingat balik pesanan cikgu di awal tahun... cikgu tak pernah memaksa pelajar untuk ambil subjek ini tetapi cikgu memang galakkan pelajar ambil kerana banyak kelebihan nya... bukan untuk diri cikgu tetapi untuk diri pelajar sendiri... sebab itu juga cikgu redha dengan apa jua dugaan yang cikgu hadapi...

harapan cikgu agar semua pelajar tidak mudah putus asa... dalam masa yang singkat ini cikgu harap semua pelajar ikut segala apa yang diajar oleh cikgu... luahan cikgu di atas hanyalah untuk memberitahu perkara yang sebenar agar semua pihak yang terlibat memahami apa yang sebenar terjadi... tiada tuduhan kepada mana2 pihak... semoga semua pihak berfikiran positif dan ambil sebagai iktibar dan panduan... apapun yang berlaku semua ada hikmahnya... cikgu redha dan setiap ilmu yang cikgu curahkan kepada semua pelajar adalah ikhlas dari hati cikgu sendiri...

Cikgu minta maaf jika ada mana2 pihak yang tersinggung atau terasa hati... jangan fikir yang bukan2... dalam masa singkat ini 3 bulan sahaja ... cikgu harap semua pelajar fokus....
Selamat Maju Jaya...

Monday, June 30, 2008

Penyata Kewangan Perkongsian

Salam....

Berjumpa lagi... alhamdulillah hari ni cuti di SAS.. cuti berganti selepas dua program dijalankan hari Sabtu 28 Jun 2008 yang lepas... Majlis Anugerah Cemerlang dan Hari Akademik... selesai semua dalam pukul 5.00 petang... ramai juga ibu bapa yang datang dan berjumpa cikgu bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan Kemahiran Hidup...

Kali ni cikgu akan upload skema bagi latihan Penyata Kewangan Perkongsian... Klik di sini. "Skema"

Lega hati cikgu kerana pelajar telah didedahkan dengan semua tajuk yang penting... cikgu harap semua pelajar 5b dapat membuat latihan diberi. Buat sehingga faham...

Skema Jawapan Pembubaran Perkongsian

Salam,

Maaf kan cikgu sebab lambat upload skema Pembubaran Perkongsian seperti mana yang telah dijanjikan... Husna masuk wad lagi.. cikgu terpaksa cuti selama seminggu lebih untuk jaga Husna.. Sepanjang di hospital cikgu tidak sempat untuk buat apa2 memandangkan keadaaan Husna yang agak tidak stabil mulai 13 hingga 18 Jun 2008... Alhamdulillah sekarang Husna dah kembali pulih. Cikgu berdoa sangat moga Husna sembuh seperti sedia kala.. Cikgu redha dengan dugaan semua ini... Cekal dan tabah di samping sabar yang berterusan... insyaallah...

Selepas keluar wad cikgu pula yang hadapi masalah kesihatan.. apapun cikgu mampu menahannya... mungkin terlalu lama di dalam tempat yang sejuk menyebabkan badan tidak sihat.. tapi sekarang sudah pulih sedikit.. yang penting anak2 cikgu sihat...

Beberapa hari yang lepas PK1 dah jumpa dengan cikgu... Emmmm kenapa ada 7D? Cikgu kena berusaha lagi... untuk pastikan kejayaan anak2 didik cikgu.. beberapa masalah cikgu telah bincang dengan En Roslan... insyaallah apapun jua keputusannya cikgu akan cuba korbankan masa demi kejayaan kalian...
Banyak perkara yang dirancang selepas ini... dan cikgu harap semua pelajar 5B memberi kerjasama yang baik dan positif demi kejayaan kalian...

Di harap pelajar download skema jawapan pembubaran perkongsian "Skema" dan semak dengan jawapan dan skema.. buat pembetulan mana yang salah... buat sehingga faham.. banyakkan latihan yang lain... sebarang masalah jumpa dengan cikgu...

Kolokium Kecemerlangan Pelajar Projek Khas



Salam,

Dh lama cikgu tak update blog ni.. tidak kesempatan disebabkan beberapa perkara...

15 hingga 17 Jun yang lepas cikgu dengan 4 orang pelajar Projek Khas telah pergi ke Tiara Beach Resort, Port Dickson. Semua 54 buah SBP menghantar wakil dalam Kolokium Kecemerlangan Projek Khas yang pertama kali diadakan.

Harapan cikgu, pelajar2 yang pergi dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi.. jadi role model kepada pelajar Projek Khas yang lain. Cekal, kuat semangat dan tabah hadapi segala rintangan dan cabaran hidup yang bakal ditempuhi.

Satu perkara yang cikgu pegang sesusaha mana kita sekalipun ada orang lain lagi yang lebih susah.. Kesusahan bukan faktor kegagalan.. Kesusahan yang menyebabkan kita boleh berjaya.. Fikir positif....

Cikgu bangga wakil Projek Khas memberi kerjasama yang baik sepanjang kolokium.. Aktif dan masing2 menunjukkan bakat kepimpinan yang baik.. Terima kasih buat Fareez, Zulhasri, Nawawi dan Kamal... Semoga kejayaan mengiringi semua pelajar Projek Khas SAS...

Sunday, June 15, 2008

Latihan Di Dalam Kelas

Salam,
Esok 16.6.2008... cikgu tidak dapat hadir ke sekolah kerana menghadiri Mesyuarat Guru Projek Khas di Tiara Beach Resort... tika dan saat ini cikgu sudah berada di sini... Seronok gak.. tapi rasa susah hati tu ada sebab tak dapat nak teruskan p&p untuk tajuk yang baru iaitu Rekod Tak Lengkap..

Kepada pelajar 5B, esok masa kelas akaun tlg siapkan latihan pembubaran perkongsian.. bagi cikgu masa untuk upload skema... Blh berbincang dengan kawan2 yang lain...Sesiapa yang sudah siap tlg buat persediaan untuk tajuk seterusnya... Rekod Tak Lengkap...

Sebarang persoalan sila jumpa dengan cikgu.. Amin

Monday, June 2, 2008

Analisis SPM Prinsip Perakaunan

Salam...

Di sini cikgu upload Analisis SPM bagi Prinsip Perakaunan. Di harap dengan adanya analisis ini pelajar boleh membuat persediaan yang lebih baik.

Perbincangan lebih lanjut selepas cuti persekolahan.

Friday, May 30, 2008

Pembetulan Skema Jawapan

Salam,

Cikgu upload semula skema jawapan terkini bagi Tingkatan 5. Di harap semua pelajar Tingakatan 5b membuat ulangkaji semula. Amat mendukacitakan keputusan peperiksaan pertengahan tahun. Cikgu percaya dengan usaha yang gigih dan latihan yang berterusan sehingga ke hari peperiksaan semua pelajar akan berjaya mendapat 1A.. Jangan putus asa. Teruskan perjuangan....

Dapatkan skema terbaru di sini.

Wednesday, May 28, 2008

Alat Tulis Perakaunan

Salam...

Pagi tadi cikgu ke hospital Darul Ehsan Medical Centre.. Amin... anak cikgu dah sihat.. pengambilan ubat pun dah dikurangkan. Seronok tengok Husna dah kembali ceria dan bermain dengan abangnya Hakim.. Semoga Husna cepat sembuh..

Alhamdulillah petang ni cikgu dapat menyediakan alat tulis perakaunan bagi memudahkan semua pelajar membuat latihan terutamanya untuk soalan satu dokumen perniagaan. Cikgu harap dengan adanya alat tulis perakaunan ini pelajar lebih rajin untuk membuat ulangkaji. Ingat untuk mendapat kejayaan mesti kena berusaha dengan sungguh-sungguh, tekun di samping bertawakkal.

Kepada pelajar f5b,
buat latihan soalan satu dan dua setiap hari sekurang-kurangnya satu soalan sehari... buat sehingga faham.. jangan menghafal... fahamkan konsep... ingat pesan cikgu.. selagi tak faham konsep selagi itu jawap soalan tak tepat (maksudnya mesti nak rujuk buku rujukan....)... sebab tu cikgu pentingkan pemahaman konsep asas perakaunan..

Biasakan menjawab soalan dokumen dalam masa 30 hingga 45 minit sahaja.. sebab itu jika banyak latihan insyaallah lama2 boleh buat dalam masa 20 minit... Jawab sepertimana teknik menjawab yang cikgu dah tunjuk..

Dapatkan alat tulis perakaunan di sini :-
LEJER, JURNAL, BUKU TUNAI dan LEMBARAN KERJA

Selamat Bercuti....

Monday, May 26, 2008

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2008

Alhamdulillah... selesai sudah Peperiksaan Pertengahan Tahun.... tapi cikgu masih tak sempat nak tengok kertas jawapan semua pelajar.. Insyaallah kalau tak de halangan esok cikgu akan ke sekolah.

Di sini cikgu upload soalan beserta skema untuk rujukan pelajar. Mana2 jawapan yang salah di harap pelajar dapat membuat ulangkaji semula semasa cuti.

Soalan : -
Tingkatan 4
Tingkatan 5

Skema Jawapan :-
Tingkatan 4
Tingkatan 5

"Skema jawapan bagi tingkatan 5 telah dibetulkan. Terima kasih kepada ucop beritahu cikgu kesilapan skema tersebut".

Selamat Bercuti.

Friday, May 23, 2008

Kerja Rumah Semasa Cuti

Salam...

Hari ni Jumaat (23 Mei 2008).. maknanya seminggu cikgu cuti awal dari semua.. semua pelajar pun dah balik bercuti.. tak sempat cikgu nak jumpa semua.. kita jumpa lepas cuti.. anak cikgu "husna" masih lagi tidak sembuh sepenuhnya.. ni pun cikgu sedar lepas bagi ubat tapi tak blh nak lelapkan mata.. kesian tengok husna kecil lagi dahn banyak dugaan terpaksa diharungi.. doa cikgu moga dia cepat sembuh... mmm... teringat kerja rumah semasa cuti kepada pelajar2 yang tak sempat cikgu nak bagi.. di harap semua pelajar f4 dan f5b dapat message ni.. mana2 pelajar yang dah dapat maklumat ni tolong sampaikan kepada pelajar2 yang lain..


Pelajar f5b,

Buat latihan dokumen dan penyata kewangan dalam modul satu (buku pink).. buat semua dengan baik dan kemas.. jawapan tepat seperti mana skema yang diberi.. Jangan tiru skema lak.. buat dulu baru semak.. Penyata kewangan buat bagi semua bentuk.. penyata dan lembaran kerja.. cikgu akan upload jurnal, lejer, buku tunai dan lembaran kerja dalam masa beberapa hari lagi.. di harap pelajar download bagi memudahkan buat latihan tersebut..

Bagi pelajar yang dah siap semua latihan cikgu nak kamu cuba soalan Penyata Kewangan Perkongsian. Gabungan Penyata Kewangan dan Perkongsian.

Pelajar f4,

Cikgu nak setiap pelajar dapatkan 5 salinan dokumen perniagaan mana2 syarikat.. contoh dokumen :- resit rasmi, invois, memo, keratan cek, nota debit, nota kredit dll (rujuk dalam modul tajuk 'dokumen sumber").. Jika tidak dapat salinan cikgu beri keizinan untuk pelajar cipta sendiri dokumen perniagaan.. yang penting cikgu nak dokumen yang berbeza antara setiap orang pelajar.. buat di kertas A4..

Diharap semua pelajar memahami kerja rumah semasa cuti ni.. Sebarang masalah email kepada cikgu rusilawatimoin@yahoo.com.

Monday, May 19, 2008

Perubahan Tempat Peperiksaan

salam..

Hari ni hari ketiga cikgu di hospital Darul Ehsan Medical Centre... anak cikgu sakit darah jangkitan kuman... Cikgu memang tak dapat nak hadir ke sekolah hari esok. Doa cikgu semoga kalian semua berjaya menjawab soalan dengan baik. Buat semua latihan yang cikgu bagi semasa kelas dari awal tahun hingga akhir kelas.

Bagi pelajar yang tiada di dalam kelas, tolong belajar dengan rakan2 yang hadir.

Cikgu nak maklumkan yang tempat peperiksaan bagi Prinsip Perakaunan akan diadakan seperti berikut:-

Tingkatan 5B - Kelas 5B
Tingkatan 4 - Kelas 4B dan 4C seperti berikut;

- 4B - Pelajar2 daripada kelas 4W, 4J, 4M
- 4C - Pelajar2 daripada kelas 4D, 4U

Kepada pelajar tingkatan 5B, semua soalan jawab di kertas jawapan yang diberi. Cikgu tidak sempat hendak menyediakan alatan prinsip perakaunan iaitu jurnal, lejar dan buku tunai. Jadi cikgu izinkan semua pelajar menggunakan kertas sendiri (kertas jawapan yang diberi).

Bagi pelajar tingkatan 4, Bahagian A jawab di kertas OMR.. Bahagian B jawab di kertas jawapan yang diberi manakala Bahagian C jawab di kertas soalan.

Cikgu ingatkan semula, pelajar yang mendapat 3B dan ke bawah akan didenda.


Harap maklum...

Semoga berjaya..

Wednesday, May 14, 2008

Skema Jawapan : Perkongsian

Salam....

Kepada semua pelajar Tingkatan 5,

sila rujuk jawapan latihan perkongsian di sini.

Pastikan sekiranya jawapan pelajar salah, buat pembetulan dan fahamkan sehingga dapat jawapan seperti jawapan yang diberi.

Mana2 pelajar yang masih lagi tidak faham sila berjumpa dengan cikgu sebelum tarikh peperiksaan pertengahan tahun tiba.

Usaha, tangga kejayaan.

Tuesday, May 13, 2008

GOOD LUCK!!!!

20 Mei 2008.... SELASA

Diharap semua pelajar tingkatan 4 dan 5B tidak lupa tarikh Peperiksaan Pertengahan Tahun 2008 bagi Prinsip Perakaunan.

Masa menjawab soalan selama 3 jam. (11.00 hingga 2.00 petang)

Tingkatan 5 :- Tempat di Dewan Putra
Bahagian A : Soalan Objektif - 20 soalan
Bahagian B : Soalan 1 - dokumen perniagaan
Soalan 2 - penyata kewangan
Soalan 3 - persamaan perakaunan
Soalan 4 - perkongsian

Tingkatan 4 :- Tempat di Kelas 4B dan 4C
Bahagian A : Soalan Objektif - 40 soalan
Bahagian B : Soalan 1 - imbangan duga
Soalan 2 - persamaan perakaunan
Bahagian C : Soalan Struktur pendek

Mana-mana pelajar yang mendapat 3B dan ke bawah akan didenda.. Diharap pelajar membuat semua latihan yang diberi dan faham konsep sebenar dalam Prinsip Perakaunan. Usaha Tangga KEJAYAAN......

Saturday, May 10, 2008

Skema Jawapan : Persamaan Perakaunan

Rujukan pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5. Jawapan bagi latihan persamaan perakaunan.

Dapatkan jawapan di sini. Sebarang kemusykilan rujuk kepada cikgu sama ada berjumpa di bilik guru atau email ke rusilawatimoin@yahoo.com.

Monday, May 5, 2008

JAWAPAN SOALAN LATIHAN : PENYATA KEWANGAN

Berikut ialah jawapan bagi latihan Penyata Kewangan Milikan Tunggal. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan sila berjumpa dengan cikgu atau email rusilawatimoin@yahoo.com

Penyata Kewangan Milikan Tunggal Sebelum Pelarasan

Latihan 1 - Nurseri Al-Jannah

Penyata Kewangan Milikan Tunggal Selepas Pelarasan

Latihan 1 - Perniagaan Mega

Latihan 2 - Kedai Sri Emas

Latihan 3 - Farmasi SIHAT

Latihan 4 - Kedai Wawasan

Latihan 5 - Pustaka Intelek

Latihan 6 - Perniagaan Cempaka

Latihan 7 - Perniagaan Lili

Latihan 8 - Stor Saga

Latihan 9 - Perniagaan Sri Kenanga

Latihan 10 - Kedai Jujur

Semua pelajar dikehendaki menyediakan jawapan dalam bentuk penyata dan lembaran kerja bagi semua soalan yang diberi.

Saturday, May 3, 2008

Nota Rujukan

Pelajar-pelajar boleh mendapatkan nota rujukan cikgu dengan cara mendownload nota pada bahagian "Bahan Rujukan Pelajar". Terdapat dua bahan iaitu;

Nota Tingkatan 4
1. Sejarah Perakaunan
2. Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Belanja dan Hasil
3. Persamaan Perakaunan
4. Dokumen Perniagaan
5. Buku Catatan Pertama
6. Lejar
7. Imbangan Duga
8. Penutupan Akaun dan Penyediaan Penyata Kewangan

Nota Tingkatan 5
1. Perkongsian
2. Pembubaran Perkongsian
3. Rekod Tak Lengkap
4. Akaun Kelab dan Persatuan
5. Penyata Penyesuaian Bank
6. Belanjawan Tunai
7. Akaun Pengeluaran
8. Syarikat Berhad
9. Akaun Kawalan
10. Pembetulan Kesilapan

Semoga nota rujukan ini dapat membantu pelajar-pelajar lebih memahami dalam mempelajari mata pelajaran ini.

Skema Jawapan

Tajuk : Dokumen Perniagaan

Skema Jawapan

Latihan :

1. Cie Cie Taste

2. Kedai Kasut Effy

3. Kedai Perabot Zabri

4. Perniagaan Jernih

5. Rozi Enterprise

6. Pusat Telekomunikasi Sabak Bernam

7. Perniagaan IZ

Sebarang pertanyaan, diharap pelajar dapat berjumpa dengan cikgu atau email ke rusilawatimoin@yahoo.com.

Sunday, January 20, 2008

TAFSIRAN PENYATA KEWANGAN

1. Bermaksud menganalisa Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.

2. Bertujuan untuk mengukur prestasi dan kedudukan kewangan perniagaan antara tempoh perakaunan atau antara perniagaan yang sama jenis.

3. Dapat merancang dan mengawal aktiviti yang dijalankan.

4. Pihak pengurusan dapat mengetahui;

  1. Kadar keuntungan atas jualan.
  2. Kadar pulangan atas modal yang etlah dilaburkan.
  3. Kedudukan aset berbanding liabiliti yang perlu dilangsaikan.
  4. Kecekapan pengurusan dalam mengendalikan perniagaan.

5. Pihak pemiutang / pemberi pinjaman dapat ;

a. Mengetahui kemampuan perniagaan menjelaskan hutang atau pinjamannya.

b. Membantu membuat keputusan untuk memberi kredit atau pinjaman.

6. Pihak pelabur / bakal pelabur dapat ;

a. Membuat keputusan melabur.

b. Menambah pelaburan atau menjual pelaburan.

c. Mengetahui kedudukan sesebuah perniagaan sama ada kukuh atau sebaliknya.

d. Mengetahui kadar pulangan atas setiap ringgit yang dilaburkan.

ANALISIS NISBAH

Ø Proses mengira dan mentafsir nisbah-nisbah yang telah dikenal pasti untuk mendapatkan petunjuk berkenaan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan.

Ø Menilai kaitan antara satu angka perakaunan dengan satu angka perakaunan yang lain.

1. Nisbah Untung

Menunjukkan kadar untung /pulangan yang diperoleh.

a. Peratus Untung Kasar atas Kos Jualan (Tokokan)

- Mengira peratus penambahan kepada kos jualan dalam menentukan harga jualan.

- Dinyatakan dalam bentuk peratus.

- Tokokan = Untung Kasar x 100

Kos Jualan

b. Peratus Untung Kasar atas Jualan (Margin Untung Kasar)

- Mengukur untung kasar yang diperoleh daripada setiap ringgit jualan.

- Mengukur keuntungan daripada jualan barang sebelum mengambil kira lain-lain belanja.

- Peratus untung kasar kepada jualan bersih.

- Dinyatakan dalam bentuk peratus; nilai yang tinggi lebih bagus.

- Margin Untung Kasar = Untung Kasar x 100

Jualan

c. Peratus Untung Bersih atas Jualan (Margin Untung Bersih)

- Mengukur untung bersih yang diperoleh daripada setiap ringgit jualan.

- Mengukur keuntungan keseluruhan perniagaan.

- Peratus untung bersih kepada jualan bersih.

- Dinyatakan dalam bentuk peratus; nilai yang tinggi lebih bagus

- Margin Untung Bersih = Untung Bersih x 100

Jualan

d. Pulangan atas Modal (Pulangan atas Pelaburan)

- Mengukur kadar pulangan atas setiap ringgit modal yang dilaburkan.

- Mengukur pulangan pada pelaburan modal untuk satu tempoh tertentu.

- Dinyatakan dalam bentuk peratus; nilai yang tinggi lebih bagus (perniagaan berupaya menguruskan modal dengan lebih cekap).

- Pulangan atas Modal = Untung Bersih x 100

Modal

2. Nisbah Kecairan

Mengukur kemampuan perniagaan dalam membiayai tuntutan hutang jangka pendek dan menyediakan tunai apabila diperlukan.

a. Nisbah Semasa

- Membandingkan aset semasa dengan liabiliti semasa.

- Mengukur kemampuan firma menjelaskan hutang jangka pendek (liabiiti semasa)

- Dinyatakan dalam bentuk pecahan atau nisbah; lebih dari 1 bagus (bermakna pemiutang bagi menilai kemampuan bayar balik hutang sesebuah perniagaan).

- Nisbah Semasa = Aset Semasa

Liabiliti Semasa

3. Nisbah Kecekapan

Menunjukkan kecekapan pihak pengurusan dari segi pengurusan stok.

a. Kadar Pusing Ganti Stok

- Mengukur kecekapan pihak pengurusan mengendalikan stok iaitu berapa kali stok digantikan setelah habis dijual dalam sesuatu tempoh.

- Kiraan kali, bulan dan hari; nilai yang tinggi lebih bagus (apabila pusing ganti stok tinggi, tempoh simpanan stok berkurang dan sebaliknya).

- Jika stok awal tiada, maka stok akhir menjadi stok purata.

- Stok Purata = Stok Awal + Stok Akhir

2

- Kadar Pusing Ganti Stok = Kos Jualan

(bilangan kali) Stok Purata

- Kadar Pusing Ganti Stok 365

(hari) = ------------------------------------------

Bilangan kali Pusing Ganti Stok

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023