Sunday, January 13, 2008

BUKU CATATAN PERTAMA

( Buku Subsidiari / Buku Catatan Asal / Buku Harian )

  1. Terdiri daripada Jurnal, Buku Tunai dan Buku Tunai Runcit.
  2. Semua urus niaga dicatatkan terlebih dahulu ke dalam Buku Catatan Pertama sebelum dipindahkan ke dalam lejar dengan mengikut urutan tarikh urus niaga

JURNAL

- Terbahagi dua iaitu;

a. Jurnal Am dan

b. Jurnal Khas (Jurnal Belian, Jurnal Jualan, Jurnal Pulangan Jualan, Jurnal Pulangan Belian)

- Menunjukkan catatan yang lengkap tentang satu urus niaga mengikut urutan tarikh beserta butir dan keterangan.

- Memudahkan membuat rujukan dan memberi panduan catatan pindahan ke lejar.

- Dapat mengesan kesilapan dengan cepat dan mengelakkan penipuan.


Jurnal Am
(Memo dan Invois : belian / jualan aset bukan semasa)

  1. Catatan permulaan perniagaan

  2. Catatan penutupan dan pemindahan baki-baki akaun

  3. Membeli dan menjual aset bukan semasa secara kredit

  4. Ambilan barang niaga untuk kegunaan peribadi atau perniagaan

  5. Membawa masuk modal tambahan

  6. Catatan pelarasan

  7. Membetulkan kesilapan

  8. Merekodlan pembubaran perniagaan


Jurnal Khas

a. Jurnal Belian (invois asal & nota debit asal)
  • Belian barang niaga secara kredit daripada pembekal.

b. Jurnal Jualan (invois salinan dan nota debit salinan)
  • Jualan barang niaga secara kredit kepada penghutang.

c. Jurnal Pulangan Belian (nota kredit asal)
  • Merekodkan pulangan barang niaga kepada pembekal.

d. Jurnal Pulangan Jualan (nota kredit salinan)
  • Merekodkan pulangan barang niaga daripada pelanggan.


BUKU TUNAI

  • Dikenali juga sebagai Buku Lejar

  • Gabungan Akaun Tunai dan Akaun Bank

  • Merekod semua urus niaga tunai termasuk penerimaan dan pembayaran secara cek.

  • Kebaikan Buku Tunai;

    • Catatan dalam lejar dapat dikurangkan.

    • Peniaga lebih mudah dalam mengawal tunai perniagaannya.

    • Mudah membuat rujukan bagi Akaun Tunai dan Akaun Bank.

Catatan Kontra

Catatan pemindahan wang tunai dari pejabat ke bank atau dari bank ke pejabat.

Melibatkan catatan dalam lajur tunai dan lajur bank Buku Tunai yang sama iaitu satu akaun didebitkan dan satu lagi akaun dikreditkan.

Dua keadaan;

1. Pindahan wang tunai dari pejabat ke bank
  • Dokumen perniagaan – Borang Wang Masuk
  • Dt lajur bank, Kt lajur tunai

2. Pindahan wang tunai dari bank ke pejabat

  • Dokumen perniagaan - keratan cek
  • Dt lajur tunai, Kt lajur bank

***
Tanda ( √ ) atau ( K ) perlu ditunjukkan di lajur folio Buku Tunai.


Buku Tunai sebagai Jurnal

1. Jurnal Penerimaan Tunai

  1. Merekod semua penerimaan tunai dan cek oleh perniagaan
  2. Sama seperti bahagian debit Buku Tunai

2. Jurnal Pembayaran Tunai

  1. Merekod segala pembayaran oleh perniagaan
  2. Sama seperti bahagian kredit Buku Tunai


BUKU TUNAI RUNCIT

  1. Kegunaan Buku Tunai Runcit;
    1. membayar belanja yang kecil
    2. membolehkan pembahagian tugas
    3. mengelakkan daripada banyak catatan
  2. Setiap bayaran tunai runcit mesti disokong dengan baucar tunai runcit tanpa mengambil kira sama ada belanja disertakan dengan resit atau tidak.
  3. Direkod berdasarkan sistem panjar.
  4. Sistem panjar – ketua juruwang akan memberikan sejumlah wang tertentu untuk membiayai semua perbelanjaan runcit bagi satu tempoh tertentu dan pada akhir tempoh, ketua juruwang akan membayar semula jumlah yang dibelanjakan oleh juruwang runcit.
  5. Tunai runcit akan bermula dengan jumlah dana yang sama setiap bulan.




15 comments:

  1. kalau ambilan tunai bagi kegunaan peribadi pemilik, rekod di mana? Jurnal Am atau jurnal khas atau buku tunai ?

    ReplyDelete
  2. kalau ambilan tunai untuk kegunaan sendiri rekod di mana?

    ReplyDelete
  3. Munying: Ambilan utk kegunaan peribadi masuk ke jurnal am.

    dr - Ambilan
    Cr - cash/bank

    Bergantung, kalau amaun kecil pakai cash, kalau amaun besar biasa akan issue cek/trasfer melalui bank.

    ReplyDelete
  4. What is the different between journal am and journal peralasan

    ReplyDelete
  5. Received invoice for office furniture purchased rm2100 from ali baba enterprise..
    Soalan ini duduk dlam jurnal am ka jurnal khas? Mohon pencerahan

    ReplyDelete

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023