Skip to main content

DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER REKOD PERAKAUNAN

Fungsi Dokumen Perniagaan

  1. sebagai sumber maklumat perakaunan
  2. memberi maklumat tentang sesuatu urus niaga
  3. dijadikan bukti bagi sesuatu urus niaga
  4. mengingatkan peniaga tentang hutang dalam urus niaga
  5. sebagai rujukan pada masa hadapan

Terbahagi kepada dua jenis iaitu;

1. Dokumen untuk rujukan – tidak perlu dicatat dalam buku perakaunan.

a. Surat tanya
b. Sebut harga
c. Katalog
d. Nota pesanan / Pesanan belian
e. Nota serahan
f. Penyata akaun



2. Dokumen sebagai sumber maklumat – perlu dicatat dalam buku perakaunan.

a. Invois
b. Nota kredit
c. Nota debit
d. Resit
e. Cek atau keratan cek
f. Baucar
g. Bil tunai
h. Makluman debit
i. Makluman kredit
j. Memo
k. Borang wang masuk

Dokumen Perniagaan dan fungsinya

Jenis Dokumen

Urus niaga

Surat tanya

  • Dihantar oleh pembeli kepada penjual untuk mendapatkan maklumat barang-barang yang hendak dibeli.

  • Maklumat yang diperlukan; harga barang, cara pembekalan, diskaun dan cara pembayaran.


Sebut Harga

  • Dihantar oleh penjual kepada pembeli sebagai jawapan kepada surat tanya.

  • Maklumat yang diberi; harga barang yang hendak dibeli, syarat penghantaran dan pembayaran.


Katalog

  • Penjual hantar bersama dengan sebut harga.

  • Senarai harga bagi semua barang yang dibekalkan oleh penjual.

Nota pesanan atau Pesanan belian

  • Dihantar oleh pembeli kepada penjual yang mengandungi maklumat tentang barang yang hendak dibeli.

  • Maklumat yang perlu ada; jenis barang, jenama, kuantiti, harga, syarat serahan, syarat pembayaran dan kadar diskaun.

Nota serahan

  • Dihantar oleh penjual kepada pembeli bersama-sama dengan barang.

  • Membolehkan pembeli menyemak barang-barang yang dihantar dan sebagai perakuan bahawa barang-barang telah dihantar dengan selamat.

  • Jenis barang dan kuantiti sahaja disenaraikan. Harga barang tidak dinyatakan.

Penyata Akaun

  • Dihantar oleh penjual kepada pembeli.

  • Nota makluman dan peringatan kepada penghutang yang dihantar setiap akhir bulan.

  • Maklumat terdiri daripada baki hutang pada awal bulan, jumlah jualan, pulangan, bayaran dan baki hutang akhir bulan yang perlu dijelaskan.

Invois

  • Dihantar oleh penjual kepada pembeli apabila penjual membenarkan pembeli membeli barang niaga atau aset secara kredit.

  • Maklumat yang ada; nama dan alamat pembeli dan penjual, tarikh urus niaga, nombor invois, kuantiti dan harga, jumlah belian, syarat serahan dan bayaran dan K. & K. di K.

  • Disediakan dalam tiga salinan. Salinan asal dihantar kepada pembeli dan salinan pendua disimpan oleh penjual

Nota Kredit

  • Dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk memberitahu pembeli bahawa hutangnya akan dikurangkan (akaun dikreditkan)

  • dihantar disebabkan oleh;

  1. terdapat pulangan barang yang rosak, salah jenama atau tidak berkualiti.

  2. bayaran yang dikenakan terlebih daripada harga sepatutnya.

  3. terdapat pulangan bekas kosong yang telah dikenakan bayaran dalam invois.

  4. jumlah hutang terlebih kerana salah pengiraan.

  5. pembeli diberi elaun atau komisen.

Nota Debit (Invois tambahan)

  • Dihantar oleh penjual kepada pembeli apabila bayaran yang dikenakan dalam invois terkurang.

  • Akaun pembeli akan didebitkan untuk menambahkan harga pada invois (hutang bertambah).

  • Digunakan apabila;

    1. Ada ketinggalan catatan dalam invois (kos angkutan)

    2. Bayaran yang dikenakan terkurang

    3. Faedah dikenakan ke atas bayaran lewat oleh pembeli

    4. Jumlah hutang terkurang (kesilapan pengiraan)

    5. Bayaran tambahan (pertukaran barang)

Resit

  • Dikeluarkan oleh penjual apabila menerima bayaran daripada pembeli.

  • Bukti penerimaan dan pembayaran yang telah dibuat.

Cek atau keratan cek


  • Cek digunakan untuk membuat pembayaran.

  • Keratan cek digunakan sebagai rujukan dan sumber rekod.

Baucar

  • Dokumen dalaman yang disediakan oleh peniaga untuk merekodkan segala jenis pembayaran.

  • Bukti pembayran telah dibuat.

Bil Tunai / Slip Daftar Tunai


  • Dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli bagi pembayaran untuk belian barang niaga dengan wang tunai atau cek.

  • Bukti bagi aset yang dibeli secara tunai atau perkhidmatan yang dibuat secara tunai.

Makluman Debit

  • Satu penyata yang dikeluarkan oleh pihak bank.

  • Memaklumkan akaun pemilik telah didebitkan (dikurangkan) dengan satu jumlah tertentu berserta dengan sebab.

Makluman Kredit

  • Satu penyata yang dikeluarkan oleh pihak bank.

  • Memaklumkan akaun pemilik telah dikreditkan (ditambahkan) dengan satu jumlah tertentu berserta dengan sebab.

Memo

  • Digunakan untuk merekod pengeluaran barang niaga atau wang untuk kegunaan peribadi atau kegunaan perniagaan atau memasukkan modal tambahan dalam perniagaan.

Borang Wang Masuk / Slip Bank

  • Borang yang dikeluarkan oleh bank untuk merekod urus niaga menyimpan atau mengeluarkan wang oleh pelanggan.


DISKAUN NIAGA

- Potongan harga ke atas harga senarai atau harga katalog.

- Diberi oleh penjual kepada pembeli dalam bentuk peratus.

- Untuk menggalakkan pembeli membeli dengan banyak. (belian secara pukal)

- Diskaun Niaga = Harga Senarai X Kadar Diskaun




Comments

  1. Salam cg,thanks 4 the information about business document..but i'll be grateful if cg srtakan skali translation in b.i..coz nk bli bku, mahal sgt n several x same ngan syllabus yg lec ajar.nway, thanks n slamat berusaha..fighting!!

    ReplyDelete
  2. cg..sy skali lagi..em..sushnye sy nk cari contoh bg setiap dokumen perniagaan..boleh x klu cg tlg lampirkn?? i appreciate it..

    xtually i'm not ur student but i'm student in politeknik sabak bernam..n insyallah akn lanjutkan pngajian ke uitm shah alam..next year..

    ReplyDelete
  3. salam...cg sila...
    thanks sgt2 coz wat blog nie...
    coz memudahkn sye cri soaln tntg akaun....
    pljr skolah menengah kebangsaan agama lati

    ReplyDelete
  4. salam cikgu Sila..i'm student of SMK SYED SIRAJUDDIN,PERLIS.thanks a lot coz help me in prinsip akaun..

    ReplyDelete
  5. Salam. Thanks for the info. It's very useful and made it easier to understand

    ReplyDelete
  6. salam ckg sila,sya ada mslh ckit...ckg mtapljrn prinsip Akaun mnyuruh kelas sya untuk mencri contoh-contoh dokumen sumber,sya sudah mencri kesemua dokumen t'sebut kecuali nota serhan...so sya memerlukan dokumen t'sebut....(qiela-SMK Ayer Baloi)

    ReplyDelete
  7. salam ckgu...saya shah...boleh tlg terangkn x makna 'cek'..kegunaan,persamaan dgn dokumen lain,keburukan dan kepentingn cek...tq

    ReplyDelete
  8. SITI NUR ALLIYYA KHAIRUNISA BT HISHAMUDDINAugust 8, 2010 at 3:19 PM

    salam..saya alya..cikgu boleh tunjuk x contoh dokumen perniagaan yang da siap..kami nak wat rujukan..xreti nak mulakan camne..sgt2 memerlukannya..thanks!

    ReplyDelete
  9. kenape tulisan die warna kuning susah la nak baca

    ReplyDelete
  10. Ya, mungkin karena itu

    ReplyDelete
  11. cikgu, tulisan warna kuning tu tak boleh n susah nak baca!

    ReplyDelete
  12. apakah definisi bagi nota serahan dan fungi/tujuan nya..bersama contonya..sila e-mail ke facebook saya..(mcfredexionjuslee@ymail.com)

    ReplyDelete
  13. jenis dokumen tu yg sperti invois n nota2 len harap update sbb x nampak la..warne kunig.x ley nk baca..harap dapat update utk memudahkan pembaca.

    ReplyDelete
  14. fungsi nota maklumat apa cikgu ?

    ReplyDelete
  15. Ambilan dan komisen diterima pakai dokumen apa..?

    ReplyDelete
  16. Urus niaga catatan kontra mcm mana erk?

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum cikgu , izinkan sya copy ye

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL DAN BELANJA

PENGERTIAN DAN PENGELASAN

ASET
Harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.Terbahagi kepada dua iaitu;1. Aset Bukan Semasa (Aset Tetap)
Digunakan untuk menjalankan perniagaan dan bukan untuk tujuan jualan semula.Aset yang tahan lama dan kekal untuk beberapa tempoh perniagaan.Contoh; Mesin, Kenderaan (Kereta, Van, Motorsikal, Bas), Premis, Lekapan dan Lengkapan / Kelengkapan, Perabot (almari, kerusi, meja) dan Alatan Pejabat (komputer, mesin taip, mesin kira, mesin fotostat).
2. Aset Semasa
Harta yang senang berubah bentuk dan nilai dalam satu tempoh perakaunan.Aset yang boleh bertukar menjadi wang tunai dalam tempoh yang cepat atau digunakan dalam satu tempoh perakaunan.Contoh; SPBT - Stok akhir, Penghutang, Bank, Tunai, Hasil belum terima, Belanja Terdahulu.
LIABILITI
Tanggungan hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan dengan wang tunai, barang atau perkhidmatan.Terbahagi kepada dua iaitu; 1. Liabiliti B…

Tugasan Kerja Kursus Tingkatan 4 SPM 2011

Tugasan KerjaKursus Tingkatan 4 - 2014 Terbaru!!! klik di hyperlink

***************************************************************************

salam 1Malaysia,

alhamdulillah cgu masih diberi peluang untuk meneruskan tanggungjawab yg diberi olehNya...
tinggal beberapa hari je lagi kerja kursus perlu dihantar oleh semua pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM.... tenang kan fikiran untuk dapatkan hasil yang baik...

ramai yang minta cgu contoh kerja kursus... kali ni cgu akan upload CONTOH KERJA KURSUS TINGKATAN 4.... harapan cgu cuma satu agar contoh ini dijadikan sebagai panduan dan rujukan semata2... tidak boleh ditiru oleh mana2 pelajar mahupun guru atau sesiapa sahaja...

terima kasih kepada adik cgu "aliaa" yg turut memberi sumbangan dalam penghasilan contoh kerja kursus ini... :)

CONTOH KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010... setiap pelajar mesti ada ketiga-ketiga elemen..

Elemen 1 (pengenalan perniagaan)Elemen 2 (urusniaga, dokumen, buku catatan pertama, lejar, imbangan d…

LEJAR

Buku akaun yang digunakan untuk merekodkan urus niaga perniagaan.
Akaun berbentuk T.

Lajur tarikh - Mencatat tarikh urus niagaLajur butir – mencatat nama akaun Lajur folio – mencatat nombor rujukan Buku Catatan Pertama (mengesan catatan dalam akaun)Lajur jumlah – mencatat nilai wang sesuatu urus niaga
Cara merekod urus niaga adalah berasaskan prinsip catatan bergu.Akaun terbahagi dua iaitu;Akaun Perorangan – penghutang, pemiutang, ambilan dan modalAkaun Bukan Perorangan – akaun nyata (akaun aset) dan akaun nominal (akaun hasil dan belanja).
Mengimbang dan Menutup Akaun
Untuk mengetahui baki setiap akaun di akhir suatu tempoh.Mengimbang akaun – mencari perbezaan di antara jumlah debit dan jumlah kredit dalam akaun.Menutup akaun hasil dan belanja dengan memindahkannya ke Akaun Perdagangan atau Akaun Untung Rugi.Tujuan menutup akaun untuk ;memulakan akaun hasil dan belanja dengan baki sifar pada suatu tempoh perakaunan.mengemaskini Akaun Modal; hasil menambahkan ekuiti…

TUGASAN TERKINI : KERJA KURSUS PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4 SPM 2012

Salam kasih sayang,
baru je cgu balik daripada bank islam... menyelesaikan urusan projek khas... alhamdulillah... sebelum pergi ke  bank cgu dah semak di laman web lpm tapi tak de lagi... sampai je tgk dah ada info terbaru... maknanya kerja kursus tingkatan 4 prinsip perakaunan tetap akan dilaksanakan... cgu menurut perintah... yang penting anak2 didik cgu mesti buat... dgr arahan cgu... hehe...
blh dapatkan soalan tugasan dan panduan serta pelaksanaan tugasan di bawah ini :
Soalan (wajib di print oleh semua pelajar)
Panduan dan Pelaksanaan (nak print boleh tak nak print pun boleh... ;) )
Selamat mencuba dan melaksanakan tugasan yang diberi dengan penuh tanggungjawab, jujur dan amanah... ;)

AKAUN KAWALAN

1.TUJUAN AKAUN KAWALANa.Memudahkan jabatan kredit memperoleh jumlah baki keseluruhan penghutang dan pemiutang.b.Kesilapan dan kesalahan Imbangan Duga mudah dan cepat dikesan. c.Dapat menentukan ketepatan dan kesahihan catatan di dalam lejar.d.Penipuan atau pemalsuan dapat dikesan dan dicegah.2.AKAUN KAWALAN PENGHUTANG·Akaun Belum Terima / Akaun Kawalan Lejar Jualan / Akaun Pelbagai Penghutang·Menunjukkan jumlah penghutang yang terdapat di dalam Lejar Jualan bagi satu tempoh tertentu.·Format Akaun Kawalan Penghutang(Tambah Hutang) aset tambah (Kurang Hutang) aset kurang Akaun Kawalan PenghutangBaki b/b Jualan (kredit)Bank (cek tak layan)Diskaun diberi (dibatalkan)FaedahAngkutan keluarBaki h/bXXXXXXXXXXXXXXBakib/b (kredit)Bank (Penerimaan)Diskaun diberiPulangan JualanHutang LapukKontra (Pindahan ke LejarBelian)Kontra (Pindahan dari Lejar Belian)Bakih/bXXXXXXXX XX(a)(b)XX
XXX