Sunday, January 20, 2008

SYARIKAT BERHAD

1. Perniagaan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965.

2. “Berhad” bermaksud liabiliti pemegang saham terhad kepada jumlah modal yang disumbangkan.

3. Ciri-ciri;

a. Entiti berasingan – terpisah antara organisasi perniagaan dan pemiliknya dari segi perundangan. Boleh didakwa dan mendakwa, membuat kontrak serta memiliki dan menjual aset atas namanya.

b. Liabiliti terhad – tanggungan seseorang ahli syarikat terhad mengikut jumlah saham yang dipegang. Jika dibubarkan, pemiutang syarikat tidak berhak menuntut aset peribadi pemegang saham.

c. Hayat berterusan – kematian atau penarikan diri salah seorang pemegang saham tidak akan menyebabkan syarikat dibubarkan.

d. Pengasingan Fungsi Pemilikan dan Fungsi Pengurusan – pemegang saham tiada hak mengawal secara langsung operasi syarikat. Satu lembaga pengarah yang akan membentuk polisi keseluruhan syarikat dan melantik pegawai pengurusan untuk menguruskan perjalanan syarikat.

4. Dua jenis iaitu ; a. Syarikat Sendirian Berhad

b. Syarikat Awam Berhad

Perbandingan antara Syarikat Sendirian Berhad dengan Syarikat Awam Berhad

Ciri-ciri

Syarikat Sendirian Berhad

Syarikat Awam Berhad

1. Bilangan ahli

Minimum 2 orang dan maksimum 50 orang.

Minimum 2 orang dan maksimum tiada had.

2. Pemilikan saham

Terhad kepada individu tertentu.

Terbuka kepada orang ramai.

3. Pindah milik saham

Saham tidak boleh dipindah milik tanpa persetujuan daripada pemegang saham yang lain.

Bebas dipindah milik dan mudah dijual beli melalui broker saham di Bursa Saham.

4. Status saham

Saham tidak boleh disenaraikan atau diurus niaga di bursa saham.

Saham boleh disenaraikan dan diniagakan secara bebas di bursa saham.

5. Laporan kewangan

Penyata kewangan tidak perlu didedahkan kepada orang ramai.

Penyata kewangan perlu didedahkan kepada orang awam dalam akhbar.

  • Laporan kewangan dibentang dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat.
  • Laporan kewangan tahunan perlu diserahkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

PEMBENTUKAN SYARIKAT

1. Didaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

2. Dua dokumen penting yang perlu disediakan untuk mendaftar syarikat iaitu;

a. Tatawujud Syarikat

i. Dokumen yang mengandungi perkara penting mengenai penubuhan syarikat berhad.

ii. Butiran dalam Tatawujud Syarikat ialah;

· Nama syarikat dengan diakhiri perkataan ‘Berhad’

· Alamat berdaftar syarikat

· Tujuan syarikat ditubuhkan

· Jenis-jenis perniagaan yang dijalankan dan boleh dijalankan

· Kenyataan liabiliti ahli-ahli adalah terhad

· Modal yang dibenarkan (berdaftar), mengandungi maklumat tentang jenis saham, bilangan dan nilai taranya

b. Tataurus Syarikat

i. Dokumen yang mengandungi peraturan-peraturan pengurusan dalaman dan pengendalian dari segi pengurusan dan pentadbiran sesebuah syarikat.

ii. Butiran dalam Tataurus Syarikat ialah;

· Kuasa, tanggungjawab dan hak lembaga pengarah

· Cara perlantikan lembaga pengarah dan bayaran pengarah

· Pembahagian keuntungan dan cara pembayaran dividen

· Cara penerbitan saham dan pindah milik

· Pengurusan dan pentadbiran

· Atur cara mesyuarat agung tahunan dan hak mengundi

3. Setelah semua dokumen lengkap dan diproses, Sijil Perakuan Penubuhan akan dikeluarkan yang menunjukkan penubuhan syarikat telah secara rasmi diluluskan.

4. Syarikat boleh memulakan operasi perniagaan setelah mendapat sijil tersebut dan mengeluarkan prospektus dan menerbitkan saham bagi mengumpul modal.

MODAL

1. Diperolehi daripada terbitan saham yang terdiri daripada unit-unit saham yang bernilai tetap seperti 10 sen, 20 sen dan lain-lain yang dinyataka dalam tatawujud syarikat.

2. Nilai ini adalah nilai muka sijil saham yang juga dikenali sebagai nilai tara / nilai par / nilai nominal.

3. Terdapat empat jenis modal iaitu;

a. Modal dibenarkan / Modal berdaftar / Modal nominal

i. Modal maksimum yang boleh diterbitkan oleh sesebuah syarikat dan dinyatakan dalam tatawujud syarikat ketika pendaftaran.

ii. Sekiranya syarikat hendak menerbitkan modal melebihi daripada modal dibenarkan hendaklah mendapatkan persetujuan pemegang saham dan mendapat kelulusan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

iii. MODAL DIBENARKAN = BILANGAN SAHAM DIBENARKAN X NILAI TARA

b. Modal diterbitkan

i. Sebahagian daripada modal dibenarkan.

ii. Diterbitkan secara berperingkat mengikut keperluan syarikat.

iii. Had maksimum modal boleh diterbitkan adalah sama dengan modal dibenarkan.

iv. MODAL DITERBITKAN = BILANGAN SAHAM DITERBITKAN X NILAI TARA

c. Modal belum diterbitkan

i. Bahagian modal dibenarkan yang belum diterbitkan kepada pelanggan.

ii. MODAL BELUM DITERBITKAN = MODAL DIBENARKAN – MODAL DITERBITKAN

d. Modal berbayar

i. Amaun yang telah dibayar oleh pemegang saham atau modal yang diterbitkan.

ii. MODAL BERBAYAR = MODAL DITERBITKAN

4. Pemohon yang ingin melanggan atau membeli saham yang diterbitkan oleh sesebuah syarikat perlu membayar sepenuhnya harga terbitan semasa permohonan dibuat.

5. Jika berlaku lebihan langganan iaitu permohonan melebihi modal diterbitkan, bayaran yang diterima atas langganan ini hendaklah dipulangkan semula kepada pemohon.

6. Manakala jika berlaku kurangan langganan iaitu permohonan kurang daripada modal diterbitkan maka pihak penaja jamin (firma broker/bank saudagar/tabung amanah saham/agensi kewangan yang lain) akan menanggung jumlah kurangan tersebut.

SAHAM

1. Akta Syarikat 1965 membenarkan syarikat berhad mengeluarkan dua jenis saham bertujuan mendapatkan modal iaitu;

a. Saham biasa

b. Saham keutamaan

2. Perbezaan di antara saham biasa dan saham keutamaan ialah;

Ciri-ciri

Saham Biasa

Saham Keutamaan

1. Kadar dividen

Tidak tetap bergantung kepada keuntungan syarikat.

Tetap.

2. Pembayaran dividen

Diterima selepas pembayaran kepada pemegang saham keutamaan.

Dibayar dahulu sebelum pemegang saham biasa.

3. Hak mengundi dan mengawal syarikat

Mempunyai hak mengundi dan berpeluang mengawal syarikat.

Tiada hak mengundi dan tidak berpeluang mengawal syarikat.

4. Tuntutan atas aset syarikat jika syarikat dibubarkan

Tuntutan boleh dibuat selepas tuntutan pemegang saham keutamaan.

Diberi keutamaan sebelum tuntutan pemegang saham biasa.

5. Tunggakan dividen

Pemegang saham biasa tidak berhak ke atas dividen tahun-tahun lepas yang tidak dibayar oleh syarikat.

Pemegang saham keutamaan berhak menerima dividen tertunggak.

TERBITAN SAHAM

1. Kebenaran Suruhanjaya Sekuriti mesti diperolehi dahulu sebelum menerbitkan saham.

2. Setelah syarat terbitan dipenuhi, syarikat akan menghebahkan kepada awam melalui prospektus bertujuan untuk memberi gambaran kepada bakal pelabur mengenai prestasi syarikat.

3. Syarikat berhad boleh menerbitkan sahamnya pada nilai tara, premium (nilai yang melebihi nilai tara) atau diskaun (nilai yang kurang daripada nilai tara).

4. Akaun yang terlibat dalam terbitan saham ialah;

a. Akaun Bank

b. Akaun Permohonan

c. Akaun Modal Saham Biasa / Akaun Modal Saham Keutamaan

DIVIDEN

1. Dividen adalah sebahagian keuntungan yang diagihkan oleh syarikat kepada para pemegang saham.

2. Dibayar sekiranya syarikat memperolehi keuntungan.

3. Boleh diagihkan kepada pemegang saham dalam bentuk tunai (dividen tunai) atau dalam bentuk pemberian saham (dividen saham).

4. Dibayar ke atas modal berbayar dan bukan atas modal dibenarkan.

5. Kadar dividen diberi dalam bentuk peratus ke atas nilai tara dan bukan atas nilai pasaran atau dalam bentuk ringgit sesaham.

6. Jika keuntungan bagi sesuatu tempoh hanya mencukupi bagi membayar dividen saham keutamaan, pemegang saham biasa tidak akan menerima apa-apa dividen.

7. Dividen saham keutamaan kumulatif bermaksud dividen tertunggak tahun lepas akan dibayar pada tahun keuntungan semasa.

8. DIVIDEN SAHAM KEUTAMAAN = MODAL BERBAYAR SAHAM KEUTAMAAN X PERATUS DIVIDEN DITETAPKAN

9. DIVIDEN SAHAM BIASA = MODAL BERBAYAR SAHAM BIASA X PERATUS DIVIDEN DIISYTIHARKAN

10. DIVIDEN SAHAM BIASA = BILANGAN UNIT MODAL BERBAYAR SAHAM BIASA X NILAI RINGGIT SESAHAM SAHAM BIASA

Dividen Interim

· Dividen yang dibayar dalam tempoh perakaunan semasa.

· Pembayaran dividen interim dibuat berdasarkan prestari keuntungan syarikat sebelum tempoh perakaunan berakhir.

Dividen Akhir

· Diisytiharkan selepas keuntungan syarikat diketahui.

· Pembayaran dibuat selepas tempoh perakaunan semasa.

EKUITI PEMILIK DALAM KUNCI KIRA-KIRA

1. Kunci kira-kira yang disediakan adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan dalam Akta Syarikat 1965.

2. Butiran yang ditunjukkan di dalam Kunci Kira-kira terdiri daripada

a. Modal dibenarkan

b. Modal diterbitkan dan berbayar

3. Modal dibenarkan tidak diambil kira dalam menentukan angka pengimbang.

Syarikat Berhad

Kunci Kira-kira pada ……………….

EKUITI PEMILIK

Modal dibenarkan

800,000 unit 5% saham keutamaan RM1 sesaham

1,000,000 unit saham biasa RM1 sesaham

Modal diterbitkan dan berbayar penuh

400,000 unit 5% saham keutamaan RM1 sesaham

500,000 unit saham biasa RM1 sesaham

RM

800,000

1,000,000

1,800,000

400,000

500,000

900,000

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Copyright 2013 Reserved to ILoveAkaun l Design by DayangDeno