Sunday, January 20, 2008

TITIK PULANG MODAL

1. Analisis tentang perhubungan antara kos, volum (kuantiti jualan) dan untung bagi sesuatu aktiviti atau operasi pengeluaran sesebuah syarikat.

2. Penting bagi perniagaan dalam membuat perancangan dan kawalan kos supaya matlamat yang ditetapkan dapat dicapai.

3. Perubahan unit jualan dapat memberi kesan ke atas jumlah kos dan untung.

4. Beberapa andaian perlu dibuat dalam analisis ini iaitu;

a. Jumlah kos terdiri daripada kos tetap dan kos berubah.

b. Perubahandalam hasil dan kos hanya berlaku disebabkan perubahan dalam bilangan unit produk yang dijual.

c. Harga jualan seunit, kos berubah seunit dan kos tetap adalah malar.

d. Hanya sejenis produk dikeluarkan dan kesemuanya dijual.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untung / (Rugi) = Hasil Jualan – Jumlah Kos

Jumlah Kos = Kos Tetap + Kos Berubah

Kos Berubah = Bilangan Unit Dijual X Kos Berubah Seunit

Hasil Jualan = Bilangan Unit Dijual X Harga Jualan Seunit

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TITIK PULANG MODAL

Ø Satu tahap kuantiti pengeluaran apabila jumlah hasil jualan sama dengan jumlah kos.

Ø Volum pengeluran yang tidak memberi sebarang untung atau rugi. Untung adalah sifar.

Ø Jumlah hasil hanya cukup untuk menampung jumlah kos.

Jumlah Hasil Jualan – Jumlah Kos = 0

Jumlah Hasil Jualan = Jumlah Kos

Kegunaan Titik Pulang Modal

1. Menentukan tahap volum jualan yang perlu dikeluarkan bagi mengelak kerugian.

2. Mengetahui jumlah keuntungan atau kerugian pada tahap pengeluaran tertentu.

3. Merancang pengeluaran untuk memperoleh untung yang disasarkan.

4. Merancang pengeluaran dan jualan dengan mengkaji kesan ke atas titik pulang modal jika perubahan dibuat ke atas kos tetap, kos berubah seunit atau harga jualan seunit.

· merendahkan titik pulang modal dengan;

i. Meningkatkan harga jualan.

ii. Mengurangkan kos tetap.

iii. Mengurangkan kos berubah seunit.

Kaedah Menghitung Titik Pulang Modal

1. Kaedah Margin Sumbangan

· Margin caruman / margin sumbangan ialah perbezaan antara jumlah hasil jualan dengan jumlah kos berubah.

Margin Caruman = Jumlah Hasil Jualan – Jumlah Kos Berubah

· Margin caruman seunit ialah perbezaan antara hasil jualan seunit dengan kos berubah seunit.

Margin Caruman Seunit = Harga Jualan Seunit – Kos Berubah Seunit

· Rumus titik pulang modal;

Kos Tetap

TPM = --------------------------------

(dalam unit) Margin Caruman Seunit

Kos Tetap

TPM = -------------------------------- X Harga jualan seunit

(dalam RM) Margin Caruman Seunit

2. Kaedah Graf

· Graf titik pulang modal menunjukkan perhubungan antara kos, hasil dan untung/rugi bagi setiap tingkat pengeluaran atau jualan.

· Dilukis dengan menggunakan paksi mendatar dan paksi menegak.

· Paksi mendatar (paksi-x) mewakili bilangan unit keluaran/volum.

· Paksi menegak (paksi-y) mewakili jumlah hasil/jumlah jualan dan jumlah kos dalam unit ringgit.

· Titik Pulang Modal ialah titik persilangan antara garis jumlah kos dengan garis jumlah hasil.

Merancang Pengeluaran dengan Menggunakan Titik Pulang Modal

a. Kesan ke atas TPM jika;

i. Kos tetap berubah

· Kos tetap bertambah, TPM bertambah dan sebaliknya.

· TPM berubah secara langsung dengan kos tetap.

ii. Kos berubah seunit berubah

· Kos berubah seunit bertambah, margin caruman seunit akan berkurang dan TPM akan bertambah dan sebaliknya.

iii. Harga jualan seunit berubah

· Harga jualan seunit bertambah, margin caruman seunit akan bertambah dan TPM akan berkurang dan sebaliknya.

b. Menentukan kuantiti jualan bagi mencapai sasaran untung yang dikehendaki.

· Dengan menggunakan rumus;

Kuantiti Jualan = Kos Tetap + Untung Sasaran

Margin Caruman Seunit

12 comments:

  1. adakan mesin ialah Kos Tetap??

    ReplyDelete
  2. mesin ialah kos tetap

    ReplyDelete
  3. perghh..3 tahun nk menjawap soalan kt ats tu..mmg sush...hehe..

    ReplyDelete
  4. Sewa kedai kos tetap?

    ReplyDelete
  5. hahahahaahahahahahahahahahhahahahaha AnonymousMarch 30, 2014 at 1:24 AM dia baru dapat tu

    ReplyDelete
  6. titik pulang modal tu maksud ye ape eh?

    ReplyDelete
  7. titik pulang modal tu maksudye ape ye?

    ReplyDelete
  8. Boleh tunjukkan contoh rajah graf?

    ReplyDelete
  9. aku nk buat kertas kerja nie. ade plak tajuk titik pulang modal dia nk.. mati la nak... x paham..haha

    ReplyDelete

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023