Tuesday, January 15, 2008

PERKONGSIAN

Perkongsian

ikatan dua atau lebih pemilik yg menjalankan perniagaan utk mendapatkan keuntungan.

bil minimum ahli perkongsian ialah dua orang dan bil maksimum ialah 20 orang.

Perkongsian yang melibatkan perkhidmatan professional, bil maksimum 50 orang.

Ciri-ciri

Milikan Tunggal

Perkongsian

1. Pemilikan

Seorang sahaja

2 hingga 20 orang

2. Hayat Entiti

Terhad

3. Tanggungan (liabiliti)

Tidak terhad

4. Pengenaan cukai

Taksiran cukai perseorangan

5. Sumbangan modal

Seorang pemilik

Gabungan semua ahli

6. Pembahagian untung rugi

Pemilik sepenuhnya

Semua pekongsi ikut nisbah perjanjian

Akta Perkongsian 1961

Tiada Perjanjian

Ada perjanjian

Untung rugi

Dibahagi sama rata

Ikut perjanjian

Faedah atas modal

Tiada

Ikut perjanjian

Kadar faedah pinjaman daripada pekongsi kepada perniagaan

8% setahun

Ikut perjanjian

Faedah atas ambilan

Tiada

Ikut perjanjian

Gaji, bonus pekongsi

Tiada

Ikut perjanjian

!!! Jika pekongsi tidak membuat sebarang perjanjian atau jika perjanjian dibuat tetapi tidak meliputi perkara-perkara tertentu, peruntukan dalam Akta Perkongsian berkaitan dengan perkara-perkara di atas adalah terpakai.

Ikatan Perkongsian

- satu perjanjian perkongsian di antara pekongsi untuk memulakan perkongsian

- ikatan perkongsian menetapkan;


1. hak setiap pekongsi

2. kewajipan setiap pekongsi

3. tanggungjawab setiap pekongsi


- bertujuan untuk :-

1. mengelakkan drpd salah faham yg mungkin timbul antara pekongsi pada masa depan

2. memastikan setiap pekongsi memainkan peranan seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian

- syarat yg biasa dalam ikatan perkongsian adalah seperti berikut;


1. nama perniagaan perkongsian

2. jangka hayat perkongsian

3. jumlah modal sumbangan

4. cara perkongsian untung rugi

5. bidang kuasa pekongsi

6. gaji, bonus, elaun pekongsi

7. kadar faedah atas modal

8. kadar faedah atas ambilan

9. kadar faedah atas pinjaman


Ekuiti Pemilik

Ø Ekuiti pemilik merupakan tuntutan pemilik ke atas asset bersih perniagaan.

Ø Dalam perkongsian, ekuiti pemilik ialah modal setiap pekongsi terdiri daripada modal awal yang disumbangkan, modal tambahan dan bahagian untung yg dilaburkan semula ke dalam perkongsian.

Ø Setiap ambilan yg dibuat akan mengurangkan ekuiti pemilik

Ø Terdapat dua kaedah utk merekodkan ekuiti pemilik;

1. Kaedah Modal Berubah

o Hanya Akaun Modal bagi setiap pekongsi dibuka tanpa Akaun Semasa

o Menunjukkan jumlah modal yg disumbangkan, ambilan, bahagian untung atau rugi pekongsi dari satu tempoh ke satu tempoh tertentu.



2. Kaedah Modal Tetap

o Akaun Modal dan Akaun Semasa dibuka bg setiap pekongsi.

o Menunjukkan Akaun Modal dengan baki tidak berubah, iaitu sumbangan modal bg setiap pekongsi sebenarnya.

o Ambilan dan bahagian untung atau rugi akan dipindahkan ke Akaun Semasa setiap pekongsi.


ü Hanya menunjukkan modal yg disumbangkan oleh pekongsi. ( Kredit)


ü Butir tuntutan perkongsian terhadap pekongsi (akan mengurangkan modal) – Debit (dt) ; ambilan, faedah atas ambilan dan pembahagian rugi.

ü Butir tuntutan pekongsi terhadap perkongsian (akan menambahkan modal) – Kredit (kt) ; pembahagian untung, gaji/bonus/elaun, faedah atas modal dan pinjaman.

!!!Walaupun terdapat dua kaedah namun HANYA KAEDAH MODAL TETAP sahaja yang akan digunakan dalam merekodkan ekuiti pemilik perniagaan perkongsian.

1. FAEDAH ATAS AMBILAN

ü Akaun Semasa (dt) – tuntutan perkongsian terhadap pekongsi.

ü Akaun Pengasingan Untung Rugi (kt) – hasil kepada perkongsian.


2. FAEDAH ATAS MODAL

ü Akaun Semasa (kt) – tuntutan pekongsi terhadap perkongsian.

ü Akaun Pengasingan Untung Rugi (dt) – belanja kepada perkongsian.


3. FAEDAH ATAS PINJAMAN

ü Pinjaman yg diberikan oleh pekongsi kepada perkongsian dikenakan faedah. Begitu juga dgn pinjaman yg dibuat dgn pihak luar; bank.

ü Akaun Semasa (kt) – tuntutan pekongsi terhadap perkongsian.

ü Akaun Untung Rugi (dt) – belanja perniagaan

ü Tidak direkodkan ke dlm Akaun Pengasingan Untung Rugi.

ü Faedah atas pinjaman daripada pekongsi yang belum dibayar oleh perkongsian (faedah terakru) sahaja yang direkodkan dalam Akaun Semasa kerana menunjukkan tuntutan pekongsi terhadap perkongsian.


4. GAJI, BONUS, DAN ELAUN PEKONGSI

ü Sekiranya pekongsi mempunyai tanggungjawab atau tugas yg tidak dilakukan oleh pekongsi lain, gaji yg sewajarnya patut dibayar kepadanya.

ü Merupakan belanja kepada perniagaan.

ü Jumlah bayaran gaji bergantung kepada persetujuan dalam Ikatan Perkongsian.

ü Gaji pekongsi boleh dibayar secara tunai;

a. Akaun Tunai (kt)

b. Akaun Gaji Pekongsi (dt)

ü Jika gaji pekongsi tidak dituntut atau terdapat gaji yang belum dibayar (terakru); menunjukkan tuntutan pekongsi kepada perkongsian

a. Akaun Gaji Pekongsi (dt)

b. Akaun Semasa Pekongsi (kt)


5. KONGSI UNTUNG ATAU RUGI

ü Pembahagian untung atau rugi antara pekongsi ditentukan setelah faedah atas modal, faedah atas ambilan dan gaji pekongsi diambil kira.

ü Faedah atas pinjaman tidak diambil kira dalam Akaun Pengasingan Untung Rugi.

ü Nisbah pembahagian untung rugi bergantung kepada persetujuan dlm Ikatan Perkongsian. Jika tidak Akta Perkongsian 1961 terpakai; sama rata.


AKAUN PENAMAT

Ø Akaun Penamat disediakan pada setiap akhir tahun perakaunan.

AKAUN PENAMAT

MILIKAN TUNGGAL

PERKONGSIAN

Ø Akaun Perdagangan

Ø Akaun Untung Rugi

Ø Akaun Perdagangan

Ø Akaun Untung Rugi

Ø Akaun Pengasingan Untung Rugi


NOTA TAMBAHAN!!!

TIP SPM

1. Akaun Semasa boleh berbaki debit (Aset Semasa) atau berbaki kredit (Ekuiti Pemilik).

2. Jika soalan dikehendaki menyediakan Kunci Kira-kira, maka anda hendaklah menyediakan Akaun Semasa. (dalam Kunci Kira-kira baki sahaja dikehendaki, kecuali tidak dinyatakan sebaliknya.)

3. Ikut jawapan anda walaupun dirasakan salah.

4. Perhatikan tempoh masa untuk kiraan faedah

5. Akaun Untung Rugi : Akaun Penasingan Untung Rugi : Akaun Semasa : Kunci Kira-kira.

6. Pengkelasan :

Ø Belanja/Hasil --- operasi perniagaan : Akaun Untung Rugi

Ø Belanja/Hasil --- melibatkan pekongsi : Akaun Pengasingan Untung Rugi

4 comments:

  1. tak faham cikgu

    ReplyDelete
  2. sy ingin mohon copy..boleh tak..tq

    ReplyDelete
  3. Cikgu.. Kalau pencen masuk tak bawah gaji

    ReplyDelete
  4. Cikgu .. Kalau pencen masuk tak bawah gaji

    ReplyDelete

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023