Sunday, January 20, 2008

PEMBUBARAN PERKONGSIAN

SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA PEMBUBARAN PERKONGSIAN


1. Kematian pekongsi

2. Ditukarkan kepada syarikat

3. Perintah mahkamah

4. Kekurangan pokongsi

5. Persetujuan sesame pekongsi

6. Tempoh perkongsian tamat

7. Tiada potensi untuk maju

8. Pekongsi tidak siuman

9. Tujuan penibuhan tercapai


TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL

1. Semua aset perkongsian dilupus iaitu dijual atau diambil alih oleh rakan kongsi (penjelasan amaun yg perlu dibayar kepadanya).

2. Semua liabiliti dijelaskan; liabiliti kepada pihak luar/pemiutang luar dijelaskan terlebih dahulu.

3. Bayar balik pinjaman pekongsi.

4. Menjelaskan hutang bagi baki Akaun Modal dan Akaun Semasa pekongsi.

5. Pemberhentian operasi atau urus niaga perniagaan. Nama perkongsian dibatalkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

DUA KAEDAH YANG BIASA DIGUNAKAN

1. Aset perkongsian dijual dan liabiliti dijelaskan.

2. Aset dan liabiliti diambil alih oleh pekongsi.

AKAUN REALISASI

- Akaun sementara untuk menutup dan menyempurnakan urusan pembubaran apabila berlaku pembubaran sepenuhnya dalam sesuatu perkongsian.

- Dibuka untuk :-

1) merekod semua aset yang dijual atau diambil alih termasuk penerimaan tunai dari jualan asset, diskaun diterima dan pembayaran pembubaran (belanja realisasi).

2) menghitung sama ada pembubaran mendapat keuntungan atau kerugian.

3) membahagikan keuntungan atau kerugian antara pekongsi mengikut nisbah pembahagian untung rugi yang telah ditetapkan.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEREKODKAN PEMBUBARAN PERKONGSIAN

Bil

Butir

Catatan Jurnal

Debit

Kredit

1)

Menutup akaun-akaun aset

Akaun Realisasi

Akaun-akaun Aset (kecuali Akaun Bank/Tunai)

2)

Merekod penjualan aset

Akaun Bank/Tunai

Akaun Realisasi

3)

Pengambilan aset oleh pekongsi

Akaun Modal Pekongsi (yang ambil alih aset)

Akaun Realisasi

4)

Membayar belanja realisasi

Akaun Realisasi

Akaun Bank/Tunai

5)

Menjelaskan pemiutang/liabiliti

Akaun Pemiutang

Akaun Bank/Tunai

6)

Jika diskaun diterima daripada pemiutang

Akaun Pemiutang

Akaun Realisasi (jumlah diskaun diterima)

7)

Pemiutang/liabiliti yang diambil alih oleh pekongsi

Akaun Pemiutang

Akaun Modal Pekongsi

Akaun Realisasi (jumlah diskaun diterima)

8)

Menjelaskan pinjaman dan pendahuluan daripada pekongsi

Akaun Pinjaman / Akaun Pendahuluan

Akaun Bank/Tunai

9)

Baki kredit Akaun Realisasi (Untung)

Baki debit Akaun Realisasi (Rugi)

Akaun Realisasi

Akaun Modal Pekongsi

Akaun Modal Pekongsi

Akaun Realisasi

10)

Menutup Akaun Semasa Pekongsi dan dipindah ke Akaun Modal:

Baki kredit Akaun Semasa

Baki debit akaun Semasa

Akaun Semasa Pekongsi

Akaun Modal Pekongsi

Akaun Modal Pekongsi

Akaun Semasa Pekongsi

11)

Pembayaran balik kurangan modal

Akaun Bank/Tunai

Akaun Modal Pekongsi

12)

Membayar balik modal pekongsi

Akaun Modal Pekongsi

Akaun Bank/Tunai

- Selepas catatan jurnal disediakan ia akan diposkan ke Akaun Realisasi dan akaun-akaun lain yang terlibat.

- Akaun Realisasi akan diimbangkan untuk menentukan untung atau rugi realisasi yg akan dibahagikan antara pekongsi mengikut nisbah untung atau rugi yg telah dipersetujui.

- Baki akhir Akaun Semasa perlu dipindahkan ke Akaun Modal Pekongsi dan menutup akaun Bank untuk membayar balik balik baki modal pekongsi.

Kurangan dalam Akaun Modal Pekongsi

Ø Dalam Akaun Modal; untung realisasi (kt) manakala rugi realisasi (dt)

Ø Kurangan disebabkan oleh;

  1. rugi realisasi yg besar.
  2. nilai aset yg diambil alih terlalu tinggi.
  3. baki kredit Akaun Semasa sedikit atau debit Akaun Semasa yg besar.
  4. jumlah ambilan yg banyak.
  5. sumbangan modal yg rendah.

Ø Pekongsi yg mengalami kurangan dalam Akaun Modal perlu membayar balik kurangan tersebut kepada perkongsian.

Ø Jika pekongsi tersebut tidak mampu membayar kurang modal itu, beliau tidak patut mengambil alih aset lama. Kekurangan modal beliau perlu ditanggung oleh pekongsi-pekongsi lain mengikut nisbah modal tetap.

3 comments:

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023