Skip to main content

PEMBETULAN KESILAPAN

ü Pada akhir tahun kewangan, sebelum Akaun Penamat dan Kunci Kira-Kira disediakan, satu Imbangan Duga (ID) perlu disediakan dengan tujuan untuk menentukan ketepatan sistem catatan bergu dalam lejar am.

ü Imbangan duga yang tidak seimbang menunjukkan kesilapan telah berlaku dan perlu diingatkan juga Imbangan Duga yang seimbang TIDAK semestinya menunjukkan TIADA kesilapan.

ü Kesilapan apabila berlaku perlu dibetulkan dengan melalui catatan jurnal.

ü Pembetulan mesti dilakukan sebelum Akaun Penamat dan Kunci Kira-Kira disediakan.

ü Pembetulan tidak akan melibatkan Akaun Tergantung dan Pelarasan Untung Bersih.

ü Terbahagi kepada dua jenis iaitu Kesilapan Ketara dan Kesilapan Tidak Ketara.

KESILAPAN KETARA

o Imbangan Duga tidak akan seimbang

o Jumlah debit TIDAK AKAN SAMA dengan jumlah kredit

1) Kesilapan Ketinggalan Salah Satu Catatan

Ø Catatan bergu tidak lengkap disebabkan ketinggalan catatan debit atau kreditt. Ini bermakna sesuatu urus niaga hanya dicatat sekali sahaja.

2) Kesilapan Catatan Di Sebelah Yang Sama

Ø Dalam sesuatu urus niaga, kedua-dua akaun yang terlibat dicatatkan di sebelah yang sama.

3) Kesilapan Catatan Amaun

Ø Walaupun prinsip catatan bergu betul, tetapi angka atau jumlah dari jurnal telah salah dicatatkan ke lejar kerana salah kiraan.

4) Kesilapan Pengiraan

Ø Pengiraan yang salah semasa penyediaan jurnal, lejar atau ID.

5) Kesilapan Dalam Imbangan Duga

Ø Jumlah dalam ID tersalah tambah.

Ø Tersilap menyenaraikan baki sama ada sebelah debit atau kredit.

Cara pembetulan;

ü Dibetulkan dengan membatalkan angka yang salah dan kemudian menurunkan tandatangan ringkas di tepinya.

KESILAPAN TIDAK KETARA

o Imbangan Duga tidak akan seimbang

o Jumlah debit MASIH SAMA dengan jumlah kredit

1) Kesilapan Ketinggalan Satu Urus Niaga

Ø Sesuatu urus niaga tertinggal terus daripada catatan, di mana tidak direkodkan dalam mana-mana buku.

2) Kesilapan Amaun

Ø Satu urus niaga telah direkodkan di sebelah debit dan kredit dengan amaun yang salah. Ia boleh berlaku semasa catatan dibuat dalam buku catatan pertama.

3) Kesilapan Terbalik

Ø Catatan bergu dibuat dalam akaun yang betul tetapi di sebelah yang salah.

4) Kesilapan Prinsip

Ø Pembukuan dibuat mengikut prinsip bergu yang betul tetapi catatan debit atau kredit direkodkan dalam akaun yang salah.

5) Kesilapan Komisen

Ø Ikut prinsip catatan bergu dalam amaun yang betul tetapi catatan debit dan kredit direkodkan dalam akaun perorangan yang salah.

6) Kesilapan Saling Mengimbangi

Ø Suatu kesilapan urus niaga yang salah direkodkan telah dimbangi oleh kesilapan yang lain.

Ø Ia diperbetulkan melalui cara pembetulan sahaja (tandatangan).

Ø Kesilapan sebelah debit sahaja, kesilapan sebelah kredit sahaja dan kesilapan sebelah kredit dan debit.

Cara pembetulan;

ü Dibetulkan melalui Jurnal Am dan diposkan ke lejar berkaitan.

CARTA ALIRAN KAEDAH MENGESAN KESILAPAN

Langkah 1 : Adakah semua catatan debit dan kredit telah dimasukkan dlm ID.

Langkah 2 : Kira selisih antara jumlah debit dengan kredit dlm ID. Semak semula akaun lejar bagi mengesan jumlah yang sama yang mungkin tertinggal.

Langkah 3 : Bahagikan selisih tadi dengan 2. Cari hasil bahagi tadi sama ada tersalah catat dalam lejar yang sama. Jika ada, betulkan.

Langkah 4 : Semak semula pengiraan dalam lejar dan pastikan bakinya diposkan ke ID. Jika ada kesilapan, betulkan dan turunkan tandatangan ditepinya.

Langkah 5 : Semak pengeposan Buku Catatan Pertama ke lejar. Jika ada kesilapan, betulkan.

Langkah 6 : Semak semua pengiraan di Buku Catatan Pertama. Jika ada kesilapan, betulkan dan turunkan tandatangan.

-------------------------------- IMBANGAN DUGA TERSELARAS (Jika ID SEIMBANG terus ke ID Terselaras, jika ID TIDAK SEIMBANG ulangi langkah-langkah di atas satu per satu)


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL DAN BELANJA

PENGERTIAN DAN PENGELASAN

ASET
Harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.Terbahagi kepada dua iaitu;1. Aset Bukan Semasa (Aset Tetap)
Digunakan untuk menjalankan perniagaan dan bukan untuk tujuan jualan semula.Aset yang tahan lama dan kekal untuk beberapa tempoh perniagaan.Contoh; Mesin, Kenderaan (Kereta, Van, Motorsikal, Bas), Premis, Lekapan dan Lengkapan / Kelengkapan, Perabot (almari, kerusi, meja) dan Alatan Pejabat (komputer, mesin taip, mesin kira, mesin fotostat).
2. Aset Semasa
Harta yang senang berubah bentuk dan nilai dalam satu tempoh perakaunan.Aset yang boleh bertukar menjadi wang tunai dalam tempoh yang cepat atau digunakan dalam satu tempoh perakaunan.Contoh; SPBT - Stok akhir, Penghutang, Bank, Tunai, Hasil belum terima, Belanja Terdahulu.
LIABILITI
Tanggungan hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan dengan wang tunai, barang atau perkhidmatan.Terbahagi kepada dua iaitu; 1. Liabiliti B…

Tugasan Kerja Kursus Tingkatan 4 SPM 2011

Tugasan KerjaKursus Tingkatan 4 - 2014 Terbaru!!! klik di hyperlink

***************************************************************************

salam 1Malaysia,

alhamdulillah cgu masih diberi peluang untuk meneruskan tanggungjawab yg diberi olehNya...
tinggal beberapa hari je lagi kerja kursus perlu dihantar oleh semua pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM.... tenang kan fikiran untuk dapatkan hasil yang baik...

ramai yang minta cgu contoh kerja kursus... kali ni cgu akan upload CONTOH KERJA KURSUS TINGKATAN 4.... harapan cgu cuma satu agar contoh ini dijadikan sebagai panduan dan rujukan semata2... tidak boleh ditiru oleh mana2 pelajar mahupun guru atau sesiapa sahaja...

terima kasih kepada adik cgu "aliaa" yg turut memberi sumbangan dalam penghasilan contoh kerja kursus ini... :)

CONTOH KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010... setiap pelajar mesti ada ketiga-ketiga elemen..

Elemen 1 (pengenalan perniagaan)Elemen 2 (urusniaga, dokumen, buku catatan pertama, lejar, imbangan d…

LEJAR

Buku akaun yang digunakan untuk merekodkan urus niaga perniagaan.
Akaun berbentuk T.

Lajur tarikh - Mencatat tarikh urus niagaLajur butir – mencatat nama akaun Lajur folio – mencatat nombor rujukan Buku Catatan Pertama (mengesan catatan dalam akaun)Lajur jumlah – mencatat nilai wang sesuatu urus niaga
Cara merekod urus niaga adalah berasaskan prinsip catatan bergu.Akaun terbahagi dua iaitu;Akaun Perorangan – penghutang, pemiutang, ambilan dan modalAkaun Bukan Perorangan – akaun nyata (akaun aset) dan akaun nominal (akaun hasil dan belanja).
Mengimbang dan Menutup Akaun
Untuk mengetahui baki setiap akaun di akhir suatu tempoh.Mengimbang akaun – mencari perbezaan di antara jumlah debit dan jumlah kredit dalam akaun.Menutup akaun hasil dan belanja dengan memindahkannya ke Akaun Perdagangan atau Akaun Untung Rugi.Tujuan menutup akaun untuk ;memulakan akaun hasil dan belanja dengan baki sifar pada suatu tempoh perakaunan.mengemaskini Akaun Modal; hasil menambahkan ekuiti…

TUGASAN TERKINI : KERJA KURSUS PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4 SPM 2012

Salam kasih sayang,
baru je cgu balik daripada bank islam... menyelesaikan urusan projek khas... alhamdulillah... sebelum pergi ke  bank cgu dah semak di laman web lpm tapi tak de lagi... sampai je tgk dah ada info terbaru... maknanya kerja kursus tingkatan 4 prinsip perakaunan tetap akan dilaksanakan... cgu menurut perintah... yang penting anak2 didik cgu mesti buat... dgr arahan cgu... hehe...
blh dapatkan soalan tugasan dan panduan serta pelaksanaan tugasan di bawah ini :
Soalan (wajib di print oleh semua pelajar)
Panduan dan Pelaksanaan (nak print boleh tak nak print pun boleh... ;) )
Selamat mencuba dan melaksanakan tugasan yang diberi dengan penuh tanggungjawab, jujur dan amanah... ;)

AKAUN KAWALAN

1.TUJUAN AKAUN KAWALANa.Memudahkan jabatan kredit memperoleh jumlah baki keseluruhan penghutang dan pemiutang.b.Kesilapan dan kesalahan Imbangan Duga mudah dan cepat dikesan. c.Dapat menentukan ketepatan dan kesahihan catatan di dalam lejar.d.Penipuan atau pemalsuan dapat dikesan dan dicegah.2.AKAUN KAWALAN PENGHUTANG·Akaun Belum Terima / Akaun Kawalan Lejar Jualan / Akaun Pelbagai Penghutang·Menunjukkan jumlah penghutang yang terdapat di dalam Lejar Jualan bagi satu tempoh tertentu.·Format Akaun Kawalan Penghutang(Tambah Hutang) aset tambah (Kurang Hutang) aset kurang Akaun Kawalan PenghutangBaki b/b Jualan (kredit)Bank (cek tak layan)Diskaun diberi (dibatalkan)FaedahAngkutan keluarBaki h/bXXXXXXXXXXXXXXBakib/b (kredit)Bank (Penerimaan)Diskaun diberiPulangan JualanHutang LapukKontra (Pindahan ke LejarBelian)Kontra (Pindahan dari Lejar Belian)Bakih/bXXXXXXXX XX(a)(b)XX
XXX