Sunday, January 13, 2008

BELANJAWAN TUNAI

- Satu perancangan berangka (kuantitatif) yang menunjukkan penerimaan dan pembayaran tunai yang dijangka serta baki tunai di sepanjang tempoh tertentu.

Ø Belanjawan tunai digunakan oleh perniagaan untuk menguruskan tunai iaitu sebagai alat kawalan dan perancangan tunai.

Ø Belanjawan tunai salah satu cara untuk merancang dan mengawal tunai bagi ;

1. membantu pihak pengurusan mencari sumber tunai sekiranya berlaku kekurangan tunai perniagaan.

2. membolehkan pihak pengurusan merancang penggunaan tunai jika berlaku lebihan tunai perniagaan.

3. membuat perbandingan amaun sebenar dengan amaun belanjawan.



Kepentingan Belanjawan Tunai :-

1. Menunjukkan keupayaan tunai perniagaan bagi menjalankan operasi perniagaan pada masa akan datang.

2. Merancang dan mengawal pembayaran dan penerimaan tunai.

3. Menganggarkan penerimaan tunai agar strategi jualan dan polisi pemberian kredit yg tepat dapat dilaksanakan.

4. Merancang pembelian aset bukan semasa dan merancang pelaburan jika terdapat lebihan tunai.

5. Membolehkan tindakan awal diambil untuk menghadapi kekurangan tunai.

6. Membolehkan pihak bank mendapat panduan untuk mempertimbangkan permohonan pinjaman.

7. Menunjukkan jangkaan punca penerimaan dan jenis pembayaran tunai.



Langkah-langkah bagi penyediaan Belanjawan Tunai ;

1. Fahamkan soalan dengan jelas.

2. Tentukan bilangan lajur bagi Belanjawan Tunai dengan mengikut kehendak soalan.

3. Mulakan dengan Baki Awal.

4. Tambah semua anggaran penerimaan. (hasil jualan, penerimaan daripada penghutang, pinjaman, modal, hasil yuran, caj perkhidmatan)

5. Tolak semua anggaran perbelanjaan. (kadar bayaran, sewa, gaji, belian barang niaga, belian aset, pemiutang, kos pengangkutan, belanja2 lain)

6. Cari lebihan/kurangan

7. Cari Baki Akhir.

8. Baki Akhir bulan semasa dipindah ke awal bulan berikut.


NOTA!!

Ø Baki akhir bulan semasa akan menjadi baki awal bulan berikutnya dan seterusnya.

Ø Butir-butir seperti hutang lapuk, diskaun diberi, susut nilai aset bukan semasa, diskaun diterima, belian kredit dan peruntukan hutang ragu TIDAK DIREKOD ke dalam Belanjawan Tunai. ~ kerana butir-butir tersebut tidak menyebabkan aliran keluar tunai.

Ø Hanya urusniaga yang melibatkan tunai sahaja diambilkira.

Ø Jualan/Belian kredit setiap bulan bukanlah rekod yang perlu dicatatkan dalam belanjawan tunai manakala jumlah penerimaan daripada penghutang/pembayaran kepada pemiutang barulah merupakan rekod yang perlu dicatatkan dalam belanjawan tunai.

12 comments:

  1. assalamualaikum cgu,,,belanjawan tunai...ni yg baki awal2 tu...nak amek kat mna ea....sya confuse la....sya harap cgu bleh tlong.....n tntg rumusan tu nak buat mcm mna ea...sya kurang faham la....sya harap cikgu sudi tolong sya ea...tima kasih

    ReplyDelete
  2. baki awal ade dalam petikan soalan

    ReplyDelete
  3. Cikgu...bagi mana nak catat menerima kemudahan overdraf sebanyak Rm20000.? Di bahagian penerimaan atau pembayaran?

    ReplyDelete
  4. Cikgu...bagi mana nak catat menerima kemudahan overdraf sebanyak Rm20000.? Di bahagian penerimaan atau pembayaran?

    ReplyDelete
  5. Assalamua'laikum cikgu..bagaimana nak mencatat ' mendapat kemudahan overdraf sebanyak 10k' dalam belanjawan tunai? Pada bahagian penerimaan atau pembayaran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sediakan jadual proses penyediaan belanjawan

      Delete
  6. Cikgu jualan tu amik Dari imbangan atau penyata pendapatan(jualan bersih),?

    ReplyDelete
  7. Cg..klau faedah atas pinjaman mcm mne plk.. Nk ambil dkt mne??

    ReplyDelete
  8. Boleh bantu selesaikan soalan ini cikgu... Membuat pinjaman bank RM30000 berkadar faedah 6% setahun selama 60 bulan. Pinjaman dijangka peroleh pada bulan februari.Ansuran dibayar pada bulan seterusnya. Ansuran dibayar pada Mac adalah RM650, boleh ajar cara nak dapatkan RM650 ini..

    ReplyDelete

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023