Sunday, January 20, 2008

AKAUN KELAB DAN PERSATUAN

Akta Pertubuhan 1966 ;

- Definisi kelab dan persatuan merupakan entiti bukan perniagaan yang didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

- Bukan bertujuan untuk mencari keuntungan tetapi untuk menjaga kepentingan dan kebajikan ahli-ahlinya serta menyediakan kemudahan dan mengadakan perkhidmatan sosial, kebudayaan, rekreasi dan sukan.

- Memperuntukkan semua kelab dan persatuan supaya;

1. menyimpan rekod kewangan.

2. melaporkan penyata kewangan kepada semua ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

3. memilih dan melantik ahli jawatankuasa untuk menjalankan aktiviti kelab dan persatuan semasa Mesyuarat Agung Tahunan.

4. menghantar laporan kewangan dan senarai nama ahli jawatankuasa kepada Pendaftar Pertubuhan.

Sumber Hasil


1. Yuran tahunan ahli

2. Yuran pertandingan

3. Kutipan pesta ria

4. Sewa laci almari

5. Derma dari agensi swasta

6. Faedah dari simpanan tetap

7. Sewa alatan sukan

8. Jualan bola tenis terpakai


Jenis Belanja


1. Sewa rumah kelab

2. Belian surat khabar dan majalah

3. Belian alatan sukan

4. Pembinaan gelanggang tenis

5. Elaun kehormat

6. Belanja mesyuarat

7. Latihan dan kursus

8. Lawatan

PERBELANJAAN HASIL DAN PERBELANJAAN MODAL

Perbelanjaan Hasil

- Bayaran untuk membeli aset semasa atau belanja pengurusan dan pentadbiran organisasi kelab atau persatuan.

- Contoh;

a. Belian barang niaga untuk dijual semula.

b. Belian alat tulis, setem, akhbar dan majalah untuk kegunaan kelab.

c. Susut nilai aset bukan semasa.

d. Elaun kehormat (honorarium) kepada pengerusi atau ahli jawatan kuasa kelab dan persatuan.

e. Belanja untuk menjalankan urusan pentadbiran kelab dan bayaran perkhidmatan seperti gaji, insurans, belanja am, sewa rumah kelab dan kadar bayaran.

Perbelanjaan Modal

- Perbelanjaan ke atas belian aset bukan semasa atau perbelanjaan yang menambahkan nilai aset bukan semasa.

- Contoh;

  1. Belanja ubahsuai bangunan/membesarkan rumah kelab
  2. Pembinaan gelanggang permainan atau tempat letak kereta
  3. Pembelian aset bukan semasa
  4. Bayaran guaman dan duti setem pembelian aset bukan semasa
  5. Kos pemasangan sistem hawa dingin

PENDAPATAN HASIL DAN PENDAPATAN MODAL

Pendapatan Hasil

- Pendapatan yang diterima daripada aktiviti dan kegiatan kelab dan persatuan.

- Contoh;

  1. Yuran tahunan ahli / yuran bulanan
  2. Yuran pertandingan
  3. Kutipan jualan pesta ria
  4. Sewa diterima kerana penyewaan kemudahan kelab.
  5. Faedah atas pelaburan.
  6. Keuntungan perniagaan yang dikendalikan oleh kelab dan persatuan itu sendiri.
  7. Wang yang diperuntukkan oleh badan induk atau agensi tertentu.
  8. Penerimaan lain yang tidak dianggap sebagai pendapatan modal.
  9. Derma yang bukan bertujuan untuk membiayai sesuatu projek

Pendapatan Modal

- Wang yang diterima bukan daripada operasi biasa kelab dan persatuan berkenaan.

- Contoh;

  1. Jualan aset bukan semasa
  2. Derma khas bertujuan untuk membiayai sesuatu projek yang boleh menambahkan nilai aset bukan semasa
  3. Yuran masuk atau pendaftaran
  4. Peruntukkan daripada agensi kerajaan

PERBANDINGAN PERAKAUNAN

Akaun Kelab dan Persatuan

Entiti Perniagaan

- Mempunyai Akaun Yuran

- Tiada Akaun Yuran

Penerimaan dan Pembayaran

- Aliran masuk tunai dan aliran keluar tunai yang direkodkan dalam Buku Tunai diringkaskan dalam Akaun Penerimaan dan Pembayaran.

Penerimaan dan Pembayaran

- Aliran masuk tunai dan aliran keluar tunai yang direkodkan dalam Buku Tunai.

Pendapatan dan Perbelanjaan

- Semua pendapatan dan perbelanjaan direkod dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan untuk mengira lebihan atau kurangan bagi satu tempoh perakaunan.

- Lebihan = pendapatan hasil melebihi perbelanjaan hasil

- Kurangan = perbelanjaan hasil melebihi pendapatan hasil

- Akaun Penerimaan dan Pembayaran digunakan sebagai sumber untuk menyediakan Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan.

- Imbangan Duga tidak disediakan.

Pendapatan dan Perbelanjaan

- Semua pendapatan dan perbelanjaan direkod dalam Akaun Perdagangan dan Untung Rugi untuk mengira untung bersih atau rugi bersih bagi satu tempoh perakaunan.

- Untung bersih = pendapatan melebihi perbelanjaan

- Rugi bersih = perbelanjaan melebihi pendapatan

- Imbangan Duga disediakan sebagai sumber untuk menyediakan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi.

Kunci Kira-Kira

- Lebihan aset daripada liabiliti dikenal sebagai Dana erkumpul atau Kumpulan Wang Terkumpul.

- Dana Terkumpul = Jumlah aset tolak jumlah liabiliti.

Kunci Kira-Kira

- Lebihan aset daripada liabiliti dikenal sebagai Ekuiti Pemilik atau Modal.

- Ekuiti Pemilik = Jumlah aset tolak jumlah liabiliti.

AKAUN YURAN

· Yuran kelab terdiri daripada;

o Yuran masuk – boleh dianggap sebagai pendapatan modal atau pendapatan hasil.

o Yuran bulanan/tahunan – pendapatan hasil

o Yuran pertandingan – pendapatan hasil

Pendapatan Modal – Kunci Kira-kira ; Dana Terkumpul

Pendapatan Hasil – Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan (kredit)


AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN

· Ringkasan penerimaan dan pembayaran tunai pada akhir tempoh perakaunan.

· Perbelanjaan hasil dan perbelanjaan modal dicatat sebelah kredit manakala pendapatan hasil dan pendapatan modal dicatat sebelah debit.

· Baki debit menunjukkan terdapat lebihan tunai – aset semasa.

· Baki kredit menunjukkan terdapat kurangan tunai – liabiliti semasa.


AKAUN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

· Untuk mencari lebihan atau kurangan antara pendapatan dengan perbelanjaan hasil.

· Lebihan – ditambah kepada dana terkumpul.

· Kurangan – ditolak daripada dana terkumpul.

AKAUN PERDAGANGAN BAGI AKTIVITI DAGANGAN KELAB

· Untuk mengira untung atau rugi operasi perniagaan (perniagaan yang dijalankan bertujuan untuk menambah tabungan kelab dan persatuan).

· Untung atau rugi dipindahkan ke Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan.

· Untung operasi – kredit.

· Rugi operasi – debit.


KUNCI KIRA-KIRA

· Menunjukkan kedudukan aset, liabiliti dan dana terkumpul.

· Dana Terkumpul = Jumlah Aset – Jumlah Liabiliti

· Dana Terkumpul Awal = Jumlah Aset Awal – Jumlah Liabiliti Awal

· Dana Terkumpul Akhir = Jumlah Aset Akhir – Jumlah Liabiliti Akhir

· Dana Terkumpul Akhir = Dana Terkumpul Awal + Lebihan (Kurangan) + Pendapatan Modal

3 comments:

  1. saya amat gembira dengan adanya
    bantuan cikgu dalam akaun ini.
    Sila tanya bolehkah cikgu email
    saya jawapan bagi latihan gerak
    gempur SPM 2009? dan juga latihan tubi T5 punya??Latihan di situ
    telah saya lengkapan tetapi
    hanya kekurangan jawapan yg lengkap
    untuk saya semak.Jika cikgu ada masa,
    bolehkah cikgu bagi saya jawapan??
    Email saya:eelynn92@hotmail.com.
    Terima Kasih banyak-banyak!!
    eelynn

    ReplyDelete
  2. blh cikgu emailkan jawapan gerak gempur spm 2009 ? terima kasih .

    baby.nanaa@gmail.com

    ReplyDelete
  3. salam..
    cikgu..sy nk tnya ttg buku catatan pertama (jurnal khas & jurnal am)..adakah buku catatan pertama tu still kena ada gak utk akaun kelab n yuran ni?

    ReplyDelete

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023