Skip to main content

AKAUN KAWALAN

1. TUJUAN AKAUN KAWALAN

a. Memudahkan jabatan kredit memperoleh jumlah baki keseluruhan penghutang dan pemiutang.

b. Kesilapan dan kesalahan Imbangan Duga mudah dan cepat dikesan.

c. Dapat menentukan ketepatan dan kesahihan catatan di dalam lejar.

d. Penipuan atau pemalsuan dapat dikesan dan dicegah.

2. AKAUN KAWALAN PENGHUTANG

· Akaun Belum Terima / Akaun Kawalan Lejar Jualan / Akaun Pelbagai Penghutang

· Menunjukkan jumlah penghutang yang terdapat di dalam Lejar Jualan bagi satu tempoh tertentu.

· Format Akaun Kawalan Penghutang

(Tambah Hutang) aset tambah (Kurang Hutang) aset kurang

Akaun Kawalan Penghutang

Baki b/b

Jualan (kredit)

Bank (cek tak layan)

Diskaun diberi (dibatalkan)

Faedah

Angkutan keluar

Baki h/b

XX

XX

XX

XX

XX

XX

XX

Baki b/b (kredit)

Bank (Penerimaan)

Diskaun diberi

Pulangan Jualan

Hutang Lapuk

Kontra (Pindahan ke Lejar Belian)

Kontra (Pindahan dari Lejar Belian)

Baki h/b

XX

XX

XX

XX

XX

(a)

(b)

XX


XXX


XXX

Baki b/b

XX

Baki b/b (kredit)

XX

NOTA!!! Hutang lapuk terpulih tidak direkod dalam Akaun Kawalan Penghutang dan perlu ditolak daripada jumlah penerimaan tunai daripada penghutang.

Sumber Rujukan;

a. Jurnal Am - Baki b/b, diskaun diberi (dibatalkan), faedah, hutang lapuk, angkutan keluar dan kontra/pindahan.

b. Jurnal Jualan - Jualan (kredit).

c. Jurnal Pulangan Jualan - pulangan jualan.

d. Buku Tunai - bank (cek tak laku), bank (penerimaan), dan diskaun diberi.

3. AKAUN KAWALAN PEMIUTANG

· Akaun Belum Bayar / Akaun Kawalan Lejar Belian / Akaun Pelbagai Pemiutang

· Menunjukkan jumlah pemiutang yang terdapat di dalam Lejar Belian bagi satu tempoh tertentu.

· Format Akaun Kawalan Pemiutang

(Kurang Hutang) liabiliti kurang (Tambah Hutang) liabiliti tambah

Akaun Kawalan Pemiutang

Baki b/b (debit)

Bank (Pembayaran)

Diskaun di Terima

Pulangan Belian

Kontra (Pindahan dari Lejar Jualan)

Kontra (Pindahan ke Lejar Jualan)

Baki h/b

XX

XX

XX

XX

(a)

(b)

XX

Baki b/b

Belian (kredit)

Faedah

Angkutan masuk

Baki h/b

XX

XX

XX

XX

XX


XXX


XXX

Baki b/b (debit)

XX

Baki b/b

XX

Sumber Rujukan;

a. Jurnal Am - baki b/b, kontra, faedah, kontra/pindahan dan angkutan masuk.

b. Jurnal Belian - belian (kredit).

c. Jurnal Pulangan Belian - pulangan belian.

d. Buku Tunai - bank (pembayaran), dan diskaun diterima.

Nota :

* Kedua-dua Pindahan (a) dan (b) mesti disebelah yang mengurangkan.

* Hanya jualan kredit barang niaga dan belian kredit sahaja direkodkan. Jualan

tunai dan belian tunai hendaklah diabaikan.

* Butiran mestilah nama akaun.

4. CATATAN KONTRA

· Berlaku apabila sesebuah perniagaan menjual secara kredit dan juga membeli secara kredit daripada pihak yang sama.

· Peniaga adalah penghutang dan pemiutang kepada perniagaan pada masa yang sama.

· Hutang di antara penghutang dengan pemiutang diselaraskan pembayarannya melalui catatan kontra.

· Dengan cara memindahkan baki akaun yang mempunyai baki yang lebih kecil ke akaun yang mempunyai baki yang lebih besar.

· Hanya satu amaun sahaja yang wujud dan perlu dibayar atau diterima oleh perniagaan.

· Terdapat 2 jenis Catatan Kontra :

i) Dari Lejar Jualan ke Lejar Belian.

- debit Akaun Pemiutang dan kredit Akaun Penghutang

ii) Dari Lejar Belian ke Lejar Jualan.

- debit Akaun Pemiutang dan kredit Akaun Penghutang

5. BAKI KREDIT (AKAUN KAWALAN PENGHUTANG)

· Penghutang terlebih bayar kepada perniagaan.

· Penghutang memulangkan barang (pulangan jualan) selepas akaunnya dijelaskan.

· Pemberian elaun kepada penghutang atau potongan harga selepas akaunnya dijelaskan.

7. BAKI DEBIT (AKAUN KAWALAN PEMIUTANG)

  • Perniagaan terlebih bayar kepada pemiutang.
  • Peniaga memulangkan barang (pulangan belian) selepas akaunnya dijelaskan.
  • Pemiutang memberi elaun atau potongan harga ke atas barang yang dibeli dan telah dibayar.

Comments

  1. nak amik peksa jabatan gomen, kena belajar balik akaun kawalan ni.

    otak pon dah berkarat dan beku, nasib ade blog ni boleh recall balik.

    ReplyDelete
  2. Bad apakah akaun kawalan lejar belian/jualan?

    ReplyDelete
  3. apa lah format 2010 da tukar ,
    kne balaja akaun kawalan
    form 4 .
    dokumen ta masuk
    :p

    ReplyDelete
  4. ermmmm.....ada isi2 dlm blog ny kurang jelas.
    tlg kemukakn isi2 yg lengkap..

    ReplyDelete
  5. this post is very usefull thx!

    ReplyDelete
  6. cgu kalo diskaun dbri n dterima dlm ak kwalan xpyh rkod ke dlm ak prdgangn...

    ReplyDelete
  7. angkutan keluar kena masuk gak ek? bkn angkutan je? sbb lec kami kata angkutan sahaja ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu kata kena nyatakan angkutan masuk /keluar ( 2010 ) tak tahulah kalau format dah tukar *saje menyelit

      Delete
  8. ckgu..sy nie kurang ckit lw akaun kwaln nie..urmm..cmnew nk ingt f0rmat nie dgn mdah?

    ReplyDelete
  9. Thanks. Sangat membantu :)

    ReplyDelete
  10. Cikgu , kalau jualan tunai dan belian tunai nak kena rekod ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. X perlu, coz ini akaun pnghutang dn akaun pemiutang, hnya jualan dn belian scara hutang drekodkn, jualan dn belian tunai brlaku scara tunai dn bkn nya hutang.

      Delete
  11. Ada tak formula bagi akaun kawalan supaya dapat dingati dgn mudah?

    ReplyDelete
  12. Cikgu ada tak formula utk ingat sebab nak Ingat Dengan
    senang

    ReplyDelete
  13. Cikgu kalau non fol kat jurnal jualan bgi pemiutang kena tulis berdasarkan apa. Nom fol ditulis berdasarkan nom lejer ke cikgu ? Mohon pencerahan

    ReplyDelete
  14. NOTA INI PALSU.

    ReplyDelete
  15. Cikgu, untuk catatan kontra di akaun kawalan,bolehkah saya tulis "pindahan" sahaja? atau mesti tulis "kontra"? Terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL DAN BELANJA

PENGERTIAN DAN PENGELASAN

ASET
Harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.Terbahagi kepada dua iaitu;1. Aset Bukan Semasa (Aset Tetap)
Digunakan untuk menjalankan perniagaan dan bukan untuk tujuan jualan semula.Aset yang tahan lama dan kekal untuk beberapa tempoh perniagaan.Contoh; Mesin, Kenderaan (Kereta, Van, Motorsikal, Bas), Premis, Lekapan dan Lengkapan / Kelengkapan, Perabot (almari, kerusi, meja) dan Alatan Pejabat (komputer, mesin taip, mesin kira, mesin fotostat).
2. Aset Semasa
Harta yang senang berubah bentuk dan nilai dalam satu tempoh perakaunan.Aset yang boleh bertukar menjadi wang tunai dalam tempoh yang cepat atau digunakan dalam satu tempoh perakaunan.Contoh; SPBT - Stok akhir, Penghutang, Bank, Tunai, Hasil belum terima, Belanja Terdahulu.
LIABILITI
Tanggungan hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan dengan wang tunai, barang atau perkhidmatan.Terbahagi kepada dua iaitu; 1. Liabiliti B…

Tugasan Kerja Kursus Tingkatan 4 SPM 2011

Tugasan KerjaKursus Tingkatan 4 - 2014 Terbaru!!! klik di hyperlink

***************************************************************************

salam 1Malaysia,

alhamdulillah cgu masih diberi peluang untuk meneruskan tanggungjawab yg diberi olehNya...
tinggal beberapa hari je lagi kerja kursus perlu dihantar oleh semua pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM.... tenang kan fikiran untuk dapatkan hasil yang baik...

ramai yang minta cgu contoh kerja kursus... kali ni cgu akan upload CONTOH KERJA KURSUS TINGKATAN 4.... harapan cgu cuma satu agar contoh ini dijadikan sebagai panduan dan rujukan semata2... tidak boleh ditiru oleh mana2 pelajar mahupun guru atau sesiapa sahaja...

terima kasih kepada adik cgu "aliaa" yg turut memberi sumbangan dalam penghasilan contoh kerja kursus ini... :)

CONTOH KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010... setiap pelajar mesti ada ketiga-ketiga elemen..

Elemen 1 (pengenalan perniagaan)Elemen 2 (urusniaga, dokumen, buku catatan pertama, lejar, imbangan d…

LEJAR

Buku akaun yang digunakan untuk merekodkan urus niaga perniagaan.
Akaun berbentuk T.

Lajur tarikh - Mencatat tarikh urus niagaLajur butir – mencatat nama akaun Lajur folio – mencatat nombor rujukan Buku Catatan Pertama (mengesan catatan dalam akaun)Lajur jumlah – mencatat nilai wang sesuatu urus niaga
Cara merekod urus niaga adalah berasaskan prinsip catatan bergu.Akaun terbahagi dua iaitu;Akaun Perorangan – penghutang, pemiutang, ambilan dan modalAkaun Bukan Perorangan – akaun nyata (akaun aset) dan akaun nominal (akaun hasil dan belanja).
Mengimbang dan Menutup Akaun
Untuk mengetahui baki setiap akaun di akhir suatu tempoh.Mengimbang akaun – mencari perbezaan di antara jumlah debit dan jumlah kredit dalam akaun.Menutup akaun hasil dan belanja dengan memindahkannya ke Akaun Perdagangan atau Akaun Untung Rugi.Tujuan menutup akaun untuk ;memulakan akaun hasil dan belanja dengan baki sifar pada suatu tempoh perakaunan.mengemaskini Akaun Modal; hasil menambahkan ekuiti…

TUGASAN TERKINI : KERJA KURSUS PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4 SPM 2012

Salam kasih sayang,
baru je cgu balik daripada bank islam... menyelesaikan urusan projek khas... alhamdulillah... sebelum pergi ke  bank cgu dah semak di laman web lpm tapi tak de lagi... sampai je tgk dah ada info terbaru... maknanya kerja kursus tingkatan 4 prinsip perakaunan tetap akan dilaksanakan... cgu menurut perintah... yang penting anak2 didik cgu mesti buat... dgr arahan cgu... hehe...
blh dapatkan soalan tugasan dan panduan serta pelaksanaan tugasan di bawah ini :
Soalan (wajib di print oleh semua pelajar)
Panduan dan Pelaksanaan (nak print boleh tak nak print pun boleh... ;) )
Selamat mencuba dan melaksanakan tugasan yang diberi dengan penuh tanggungjawab, jujur dan amanah... ;)