1.       Bermaksud menganalisa Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.
2.       Bertujuan untuk mengukur prestasi dan kedudukan kewangan perniagaan antara tempoh perakaunan atau antara perniagaan yang sama jenis.
3.       Dapat merancang dan mengawal aktiviti yang dijalankan.
4.       Pihak pengurusan dapat mengetahui;
- Kadar      keuntungan atas jualan.
- Kadar pulangan      atas modal yang etlah dilaburkan.
- Kedudukan aset      berbanding liabiliti yang perlu dilangsaikan.
- Kecekapan      pengurusan dalam mengendalikan perniagaan.
5.       Pihak pemiutang / pemberi pinjaman dapat ;
a.       Mengetahui kemampuan perniagaan menjelaskan hutang atau pinjamannya.   
b.       Membantu membuat keputusan untuk memberi kredit atau pinjaman.
6.       Pihak pelabur / bakal pelabur dapat ;
a.       Membuat keputusan melabur.
b.       Menambah pelaburan atau menjual pelaburan.   
c.       Mengetahui kedudukan sesebuah perniagaan sama ada kukuh atau sebaliknya.
d.       Mengetahui kadar pulangan atas setiap ringgit yang dilaburkan.
ANALISIS NISBAH
Ø  Proses mengira dan mentafsir nisbah-nisbah yang telah dikenal pasti untuk mendapatkan petunjuk berkenaan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan.
Ø  Menilai kaitan antara satu angka perakaunan dengan satu angka perakaunan yang lain.
1.       Nisbah Untung
Menunjukkan kadar untung /pulangan yang diperoleh.
a.       Peratus Untung Kasar atas 
-          Mengira peratus penambahan kepada kos jualan dalam menentukan harga jualan.
-          Dinyatakan dalam bentuk peratus.
-          Tokokan      =          Untung Kasar    x   100
                                     
b.      Peratus Untung Kasar atas Jualan (Margin Untung Kasar)
-          Mengukur untung kasar yang diperoleh daripada setiap ringgit jualan.
-          Mengukur keuntungan daripada jualan barang sebelum mengambil kira lain-lain belanja.
-          Peratus untung kasar kepada jualan bersih.
-          Dinyatakan dalam bentuk peratus; nilai yang tinggi lebih bagus.
-          Margin Untung Kasar           =          Untung Kasar    x   100
                                                                Jualan
c.       Peratus Untung Bersih atas Jualan (Margin Untung Bersih)
-          Mengukur untung bersih yang diperoleh daripada setiap ringgit jualan.
-          Mengukur keuntungan keseluruhan perniagaan.
-          Peratus untung bersih kepada jualan bersih.
-          Dinyatakan dalam bentuk peratus; nilai yang tinggi lebih bagus
-          Margin Untung Bersih           =          Untung Bersih   x   100
                                                                Jualan
d.      Pulangan atas Modal (Pulangan atas Pelaburan)
-          Mengukur kadar pulangan atas setiap ringgit modal yang dilaburkan.
-          Mengukur pulangan pada pelaburan modal untuk satu tempoh tertentu.
-          Dinyatakan dalam bentuk peratus; nilai yang tinggi lebih bagus (perniagaan berupaya menguruskan modal dengan lebih cekap).
-          Pulangan atas Modal            =          Untung Bersih   x   100
                                                                 Modal
2.       Nisbah Kecairan
Mengukur kemampuan perniagaan dalam membiayai tuntutan hutang jangka pendek dan menyediakan tunai apabila diperlukan.
a.       Nisbah Semasa
-          Membandingkan aset semasa dengan liabiliti semasa.
-          Mengukur kemampuan firma menjelaskan hutang jangka pendek (liabiiti semasa)
-          Dinyatakan dalam bentuk pecahan atau nisbah; lebih dari 1 bagus (bermakna pemiutang bagi menilai kemampuan bayar balik hutang sesebuah perniagaan).
-          Nisbah Semasa       =          Aset Semasa
                                                Liabiliti Semasa
3.       Nisbah Kecekapan
Menunjukkan kecekapan pihak pengurusan dari segi pengurusan stok.
a.       Kadar Pusing Ganti Stok
-          Mengukur kecekapan pihak pengurusan mengendalikan stok iaitu berapa kali stok digantikan setelah habis dijual dalam sesuatu tempoh.
-          Kiraan kali, bulan dan hari; nilai yang tinggi lebih bagus (apabila pusing ganti stok tinggi, tempoh simpanan stok berkurang dan sebaliknya).
-          Jika stok awal tiada, maka stok akhir menjadi stok purata.
-          Stok Purata             =          Stok Awal + Stok Akhir
                                                                 2
-          Kadar Pusing Ganti Stok      =          
            (bilangan kali)                            Stok Purata
-          Kadar Pusing Ganti Stok                                       365
            (hari)                             =          ------------------------------------------
                                                            Bilangan kali Pusing Ganti Stok
 
