Friday, September 19, 2008

SIJIL LCCI LEVEL 2 BOOK-KEEPING AND ACCOUNTS

Salam,

Dua hari yang lepas cgu dpt satu pekeliling berkenaan Sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts.

Butiran adalah seperti berikut;

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/2008
SIJIL LONDON CHAMBERS OF COMMERCE AND INDUSTRY (LCCI) BAGI CALON PRINSIP PERAKAUNAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Penganugerahan sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts ini bukanlah wajib kepada semua calon yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan SPM tetapi sebagai nilai tambah atau value added kepada sijil SPM yang akan dianugerahkan.

Calon yang layak memiliki sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts ;
1. Calon yang mencapai sekurang-kurangnya gred 6C bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan SPM.

2. Calon yang mencapai gred 6C ke atas bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris 1119 layak dianugerahkan sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts terbuka. Calon yang mencapai gred 7C ke bawah bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris 1119 layak dianugerahkan sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts dengan pernyataan Bahasa Melayu diterakan pada sijil berkenaan.

Surat Pekeliling Ikhtisas ini juga bertujuan untuk memaklumkan mengenai bayaran sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts bagi calon Prinsip Perakaunan SPM seperti ketetapan berikut;

a) Calon Prinsip Perakaunan SPM yang tidak berhasrat memiliki sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts tidak dikenakan sebarang bayaran selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/2007: Garis Panduan Pengoperasian Dasar Pemansuhan Yuran Peperiksaan Awam.

b) Calon Prinsip Perakaunan SPM yang berhasrat memiliki sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM25.00 (Ringgit Dua Puluh Lima sahaja).

c) Calon yang berhasrat boleh membuat bayaran tersebut kepada pihak sekolah masing-masing hanya dalam masa sebulan selepas keputusan peperiksaan SPM tahun semasa diumumkan. Pihak Lembaga Peperiksaan akan mengedarkan sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts kepada pihak sekolah.

Mana2 yang dah terima dan baca pekeliling ni boleh kita bincangkan... masih tidak jelas.... tq

14 comments:

  1. Cg Sila, merujuk surat yang diterima, ada tak dinyatakan bila ianya MULA dikuatkuasakan SPM 2008 atau SPM2009.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Cg Narzuki, dalam pekeliling tak de dinyatakan tahun SPM bila. Sy rasa mulai tahun ini...

    ReplyDelete
  3. Jika SPM2008 dimulakan, maka lebih ramai pelajar berpeluang dapat sijil LCCI.

    Jika 6C sudah dapat Sijil LCCI, kemungkunan gred markah SPM 2008 nanti akan lebih tinggi berbanding tahun2 lepas.

    ReplyDelete
  4. salam,
    ni hafiz 5 maju 2005. seronoknya bdk2 yg ambil akaun sekarang. dulu kitorang x da pun sijil2 seperti pekeliling. memang membantu... by the way good luck to all student yg ambil spm akaun this year. hope result dpt cemerlang.. good luck...

    ReplyDelete
  5. Memanglah bagus sbb dpt sijil LCCI nie..tapi masalahnya pelajar tak tau mana nak hantar borang permohonan tu..sbb bila saya hantar dkt pejabat sekolah,kerani kata kena hantar sendiri pada pengarah peperiksaan...rumit betul..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.
    Saya nak tanya tentang penganugerahan sijil LCCI kepada pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan. Mnegapa pelajar yang dapat B3-C6 tidak tercetak pernyataan LCCI Level 2 dalam slip SPM?

    ReplyDelete
  7. hai,i nak tanya,i dah ambil SPM result last years,this mean now im studying Form 6.Mine prinsip perakaunan dapat A,i nak tanya can i get the sijil LCCI tak?kerana masa i take the SPM exam is 2 years ago...sekarang boleh saya mohon sijil LCCI ini tak?

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum..
    cg,bila boleh dpt sijil lcci ini?
    sy sungguh berpuas hati apabila bc blog cg..
    kerana selama ini sy kurang yakin..
    sebab kwn2 sy kate dkt sy yg sijil ini hanya boleh dmohon bg pelajar yg dpt A dan B shj dlm akaun..
    sdgkn sy da mohon..
    sy dpt 6c shje..
    syukur cg..
    sy boleh memohon sijil ini..

    ReplyDelete
  9. cegu..sy student lepasn spm..Alhamdulillah sy layak utk mohon sijil lcci.sy sudah anta pmohonan sijil tersebut dan sy ingin tahu, ble sy boleh menuntut sijil tersebut di sekolah?
    arap..cegu jawb soalan sy..

    ReplyDelete
  10. LCCI akan hantar ke sekolah sekiranya permohonan dibuat melalui sekolah... jika mohon sendiri, LCCI akan pos kan ke alamat yg diberi...

    sijil LCCI layak kepada mereka yg menduduki SPM 2008... tahun sebelumnya tidak boleh memohon.. untuk mendapatkan sijil ini, syarat keputusan LCCI akan tertera di keputusan SPM iaitu antara 1 hingga 6... sekiranya tiada apa2 bermakna pelajar tidak layak untuk mendapatkan sijil LCCI...

    harap maklum

    ReplyDelete
  11. maknanya saya tidak semestinya perlu manghantar borang tu ke sekolah? tp mcm mne dengan tndtangan/cap sekolah?

    ReplyDelete
  12. hai cikgu,
    sy menduduki SPM 2008. Prinsip akaun sy dpt 3B dan LCCI dpt 6... sy dh hantar borang permohonan sijil LCCI dgn penbayaran sbnyak RM 25.00.... Tp sampai skrg, sy belum dpt sijil LCCI... Adakah sy perlu membuat permohonan semula??

    ReplyDelete
  13. kalau ambil spm tahun 2009, tapi tahaun 2011 baru nak mohon lcci boleh ke? tolong jawab :)

    ReplyDelete
  14. iein ismail,

    soalan ni mmg di luar tugasan cgu. ni kena tanya LCCI sendiri. kalau diterima boleh lah dapat.. cuba dulu.. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...