Friday, October 10, 2008

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB PRINSIP PERAKAUNAN

Assalamualaikum....

Tidak terlambat untuk cikgu ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN...

Pada tarikh 9 Oktober 2008, satu seminar teknik menjawab soalan Prinsip Perakaunan telah diadakan di Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya anjuran JPWPP. Seminar ini telah disampaikan oleh cikgu Kamarudin. (Pengalaman 29 tahun)...

Antara kandungan yang dibincangkan dan cikgu rasa ianya perlu dikongsi oleh semua pihak yang memerlukannya ialah...

Kertas 1 - 40 soalan

Aras rendah 24 soalan

Aras sederhana 12 soalan

Aras tinggi 4 soalan


Topik/ bentuk soalan

1. Konsep / prinsip perakaunan

a. Bentuk penyataan

b. Bentuk lejar – rekod dt/kt, rekodkan akaun, butiran

c. Penyata pendapatan – butiran /contoh

d. Kunci kira-kira – butiran / contoh

2. Dokumen perniagaan

a. Butiran – tarikh / siapa hantar

b. Fungsi/kegunaan

c. Syarat – bayaran, k&k dik (kesilapan dan ketinggalan dikecualikan)

3. Pengiraan – hitung untung kasar, kos jualan, belanja terdahulu/terakru

4. Analisis

a. Ketepatan catatan di lejar, penyata pendapatan

b. Sebab perbezaan

c. Pembetulan kesilapan

d. Penggunaan/fungsi buku catatan pertama

e. Maksud diskaun niaga.



Pembahagian tajuk SPM / LCCI


Kertas 1

Bahagian A

- 2 bentuk SPM

- 2 bentuk LCCI


Bahagian B

2 soalan bentuk SPM – pilih 1


Tajuk anchor LCCI merekod;

1. Akaun kawalan – penghutang/pemiutang

2. Perkongsian – rekod/pembubaran

3. Akaun kelab dan persatuan

4. Rekod tak lengkap

5. Rekod pelarasan lejar

a. Pelupusan aset, peruntukan susut nilai

b. Peruntukan hutang ragu

c. Pembetulan kesilapan

d. Hasil dan belanja terakru dan terdahulu


**tajuk ini pasti 2 soalan dalam bahagian A


Tajuk popular (SPM) merekod kertas2

1. Dokumen *

2. Penyata pendapatan / 3k

3. Penyata Penyesuaian Bank

4. Belanjawan tunai *

5. Titik pulang modal

6. Pengeluaran *

7. Analisis/Taksiran: PP dan 3K *

8. Persamaan perakaunan *

9. Syarikat Berhad


2 soalan bahagian A / 1 soalan bahagian B


Ramalan Kertas 2 2008

1. Rekod dokumen – 50 minit

2. PP / 3K milikan tunggal – 30 minit

3. Pembubaran perkongsian – 20 minit

4. Rekod tak lengkap – kaedah analsis – 20 minit

5. Penyata penyesuaian bank – 20 minit

6. Titik Pulang Modal - 20 minit


Di harap maklumat ini dapat dikongsi kepada semua yang perlukannya. Apa pun yang kita mahukan kita kena mulakan dengan usaha yang gigih.. Tanpa usaha impian tidak akan jadi kenyataan... Dimana ada kemahuan Disitu ada jalan...

5 comments:

  1. Cikgu, betulkah ramalan ni??Sebab saya takut saya tak boleh pass dengan baik...akaun saya lemah...
    cikgu ada tips untuk score dalam akaun??

    ReplyDelete
  2. mysgirl91, ramalan tetap ramalan... yg ptg kita cuba semua.. usaha lebih.. tips nk lulus senang,fahamkan betul2 soalan dokumen dan penyata kewangan.. bykkan latihan..

    ReplyDelete
  3. em askum cikgu sila....
    em saye x la pandai sgt dlm p.a ni cume takat lulus jer...
    sye still x bpe paham asas dye la...
    ley bg pendapat x??
    walaupun sye x bpe score tp sye still interest with this subject...
    saye baru form4...ley bg pendapat yg care2 yg sesuai x cikgu??
    plz...

    ReplyDelete
  4. CIKGU... ramalan utk 2009 x de ke??

    ReplyDelete
  5. cikgu..saya belajar P.A ni tapi saya x faham-faham lagi macam mane nak buat soalan-soalan ni..terutama sekali soalan no1..saya tak boleh buat lagi..dahlan nak exam lagi 2 minggu dari sekarang..mcam mne saya nak buat cikgu??boleh bagi tunjuk ajar atau tips tak kepada sya??saya buntu..

    ReplyDelete

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023