Skip to main content

TIPS PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2010



Salam Kasih Sayang,

Dah selesai dua paper / 1 subjek hari ni.. ermm.. alhamdulillah..

Ramai yang sms.. email.. call cgu tanya tips akaun ada tak utk SPM ni.. cgu memang tak tau soalan apa keluar pada tahun ini.. tetapi apa yang boleh dibuat untuk persediaan cgu boleh kongsi dengan semua pelajar...

Kertas 1 :
Nasihat cgu .. kuasai setiap teori dalam setiap topik dengan baik.. konsep dan prinsip faham dengan jelas. semua bab Tingkatan 4 dan 5.. baca dan faham dengan jelas dan tepat..

Kertas 2 :
Kalau nak dapat A+ ... kuasai keseluruhan topik dgn baik.. sebab kita tak tahu apa soalan yang akan keluar.. apa jua soalan yg keluar kita dapat jawab dgn baik jika kita kuasai dengan baik...
cuma di sini cikgu nak kongsi berdasarkan kepada soalan percubaan yang cgu terima sebanyak 18 set.. apa yg blh disimpulkan adalah seperti berikut :

Analisis tajuk yang keluar dalam trial SPM 2010 adalah seperti berikut : Download la kalau nak tgk.. Klik di sini
  1. Soalan 1 : Dokumen sumber ; kuasai dengan baik perniagaan yang baru memulakan perniagaan atau dah lama jalankan perniagaan.
  2. Soalan 2 hg 6 : Kuasai anchor Item (RTL, kawalan, kelab, perkongsian n ak penamat).. belajar semua bab semasa belajar.. kuasai kelima2 bab dgn baik.. sebab LCCI suka soalan yg mencabar.. kelima2 bab ada perkaitan dengan Akaun Kawalan, Rekod Tak Lengkap dan Akaun Penamat...
  3. Ikutkan analisis trial bab yg banyak keluar Rekod Tak Lengkap, Perkongsian, Belanjawan Tunai, Tafsiran Penyata Kewangan, Kelab dan Persatuan, Akaun Pengeluaran. (paling banyak Perkongsian.. so belajar perkongsian sampai pandai)
  4. Bab persamaan perakaunan, pelarasan, buku tunai runcit, syarikat berhad, penyata penyesuaian bank, TPM dan pelarasan juga mesti dikuasai dengan baik.
Kalau tahun lepas yg tepat ialah Putrajaya (negeri cgu ni.. ;) .. apapun kebetulan).. tapi tahun ni yg menjadi ukuran cikgu ialah negeri Selangor dan KL..... banyak2 soalan cgu buat.. neg selangor pelik skit.. ;) agaknye kot.

apapun kalau pelajar dapat jawab semua soalan trial SPM 2010 .. 18 set .. cgu yakin pelajar semua dapat menjawab dengan baik semasa menduduki peperiksaan prinsipperakaunan.. ;).. dan keputusan SPM Prinsip Perakaunan mesti A+... Amin... Good Luck !!!






Comments

  1. salam ckg sila..

    sy nur arina dari smk taman nusajaya..
    sy nk ucap trimas byk ats tip2 spm 2010 n nota2 pA ckg..
    harap sy dpt A+ utk pA spm tahun nih..
    Amin.. :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum, cikgu....
    cikgu ada x nota untuk pelarasan??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL DAN BELANJA

PENGERTIAN DAN PENGELASAN

ASET
Harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.Terbahagi kepada dua iaitu;1. Aset Bukan Semasa (Aset Tetap)
Digunakan untuk menjalankan perniagaan dan bukan untuk tujuan jualan semula.Aset yang tahan lama dan kekal untuk beberapa tempoh perniagaan.Contoh; Mesin, Kenderaan (Kereta, Van, Motorsikal, Bas), Premis, Lekapan dan Lengkapan / Kelengkapan, Perabot (almari, kerusi, meja) dan Alatan Pejabat (komputer, mesin taip, mesin kira, mesin fotostat).
2. Aset Semasa
Harta yang senang berubah bentuk dan nilai dalam satu tempoh perakaunan.Aset yang boleh bertukar menjadi wang tunai dalam tempoh yang cepat atau digunakan dalam satu tempoh perakaunan.Contoh; SPBT - Stok akhir, Penghutang, Bank, Tunai, Hasil belum terima, Belanja Terdahulu.
LIABILITI
Tanggungan hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan dengan wang tunai, barang atau perkhidmatan.Terbahagi kepada dua iaitu; 1. Liabiliti B…

Tugasan Kerja Kursus Tingkatan 4 SPM 2011

Tugasan KerjaKursus Tingkatan 4 - 2014 Terbaru!!! klik di hyperlink

***************************************************************************

salam 1Malaysia,

alhamdulillah cgu masih diberi peluang untuk meneruskan tanggungjawab yg diberi olehNya...
tinggal beberapa hari je lagi kerja kursus perlu dihantar oleh semua pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM.... tenang kan fikiran untuk dapatkan hasil yang baik...

ramai yang minta cgu contoh kerja kursus... kali ni cgu akan upload CONTOH KERJA KURSUS TINGKATAN 4.... harapan cgu cuma satu agar contoh ini dijadikan sebagai panduan dan rujukan semata2... tidak boleh ditiru oleh mana2 pelajar mahupun guru atau sesiapa sahaja...

terima kasih kepada adik cgu "aliaa" yg turut memberi sumbangan dalam penghasilan contoh kerja kursus ini... :)

CONTOH KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010... setiap pelajar mesti ada ketiga-ketiga elemen..

Elemen 1 (pengenalan perniagaan)Elemen 2 (urusniaga, dokumen, buku catatan pertama, lejar, imbangan d…

LEJAR

Buku akaun yang digunakan untuk merekodkan urus niaga perniagaan.
Akaun berbentuk T.

Lajur tarikh - Mencatat tarikh urus niagaLajur butir – mencatat nama akaun Lajur folio – mencatat nombor rujukan Buku Catatan Pertama (mengesan catatan dalam akaun)Lajur jumlah – mencatat nilai wang sesuatu urus niaga
Cara merekod urus niaga adalah berasaskan prinsip catatan bergu.Akaun terbahagi dua iaitu;Akaun Perorangan – penghutang, pemiutang, ambilan dan modalAkaun Bukan Perorangan – akaun nyata (akaun aset) dan akaun nominal (akaun hasil dan belanja).
Mengimbang dan Menutup Akaun
Untuk mengetahui baki setiap akaun di akhir suatu tempoh.Mengimbang akaun – mencari perbezaan di antara jumlah debit dan jumlah kredit dalam akaun.Menutup akaun hasil dan belanja dengan memindahkannya ke Akaun Perdagangan atau Akaun Untung Rugi.Tujuan menutup akaun untuk ;memulakan akaun hasil dan belanja dengan baki sifar pada suatu tempoh perakaunan.mengemaskini Akaun Modal; hasil menambahkan ekuiti…

TUGASAN TERKINI : KERJA KURSUS PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4 SPM 2012

Salam kasih sayang,
baru je cgu balik daripada bank islam... menyelesaikan urusan projek khas... alhamdulillah... sebelum pergi ke  bank cgu dah semak di laman web lpm tapi tak de lagi... sampai je tgk dah ada info terbaru... maknanya kerja kursus tingkatan 4 prinsip perakaunan tetap akan dilaksanakan... cgu menurut perintah... yang penting anak2 didik cgu mesti buat... dgr arahan cgu... hehe...
blh dapatkan soalan tugasan dan panduan serta pelaksanaan tugasan di bawah ini :
Soalan (wajib di print oleh semua pelajar)
Panduan dan Pelaksanaan (nak print boleh tak nak print pun boleh... ;) )
Selamat mencuba dan melaksanakan tugasan yang diberi dengan penuh tanggungjawab, jujur dan amanah... ;)

PENUTUPAN AKAUN DAN PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN MILIKAN TUNGGAL

PERAKAUNAN ASAS TUNAI VS PERAKAUNAN ASAS AKRUANPerakaunan Asas TunaiPerakaunan Asas AkruanUntung dikira dengan mencari perbezaan antara tunai yang diterima sebagai hasil dan tunai yang dibayar sebagai belanja bagi suatu tempoh perakaunan.Untung dikira dengan membuat pemadanan hasil bagi tempoh perakaunan tertentu kepada belanja yang terlibat.Perniagaan kecil-kecilan dan perniagaan perkhidmatanFirma besar (urus niaga secara kredit)Hasil Diterima – Belanja Dibayar = UntungHasil sepatutnya – Belanja terlibat = UntungPELARASAN PADA TARIKH IMBANGAN1.Belanja Terakru (belanja belum bayar)§Belanja yang dilakukan dalam tempoh perakaunan semasa tetapi belum dijelaskan dalam tempoh tersebut.2.Belanja Terdahulu§Perbelanjaan bagi tempoh perakaunan yang akan datang tetapi dijelaskan pembayarannya dalam tempoh perakaunan semasa.3.Hasil Terakru (hasil belum terima)Hasil yang diperolehi bagi sesuatu tempoh tetapi hasil tersebut belum diterima.4.Hasil Terdahulu