Sunday, November 28, 2010

132,707 ... TERIMA KASIH SEMUA ...

Salam Kasih Sayang,

 Hari ni cgu menggunakan "Housemaid Management Service" untuk membersihkan rumah cgu.. alhamdulillah semua nya dah kemas seperti sedia kala.. Hati pun gembira... rasa bahagia.. boleh la buat kerja yang tertangguh dengan tenang... sebab sedap mata memandang senang nak berfikir..(tu falsafah cgu..hehehe).. Sesapa berminat nak guna perkhidmatan ni blh je.. Call je Izwan (0122596759) atau Siti (0122439789)...area putrajaya... ;)

Buat pertama kalinya, hari ni cgu menatap komputer setelah sekian lama tengok sekejap2.. (maklumlah hati senang rumah cantik).. ;)... hari ni cgu ada masa untuk melihat segala apa yang cgu upload selama ini membantu atau tidak kepada semua yang memerlukannya.

WOW!!! Satu kejutan juga... setakat ni detik ini 132,707 yg dah download bahan2 cgu .. bagi cgu dah cukup ramai tu.. sebab students akaun cgu je tak sampai 500 lagi.. tu nak ucap kan terima kasih kepada semua atas sokongan yang diberikan selama ni.. daripada  cikgusila.blogspot.com hinggalah www.cikgusila.com .... rasa terpegun dan terharu dengan sambutan yang diberikan... cgu akui kerja2 yg cgu buat ni adalah atas sukarela dan kerana minat yang mendalam dalam dunia pendidikan dan IT.. bak kata pepatah sambil menyelam minum air.. Matlamat cgu membina blog tercapai.. Lepas ni teruskan sokongan ye.. dalam kepala ni dah macam2 nak buat... hehe..

Cgu juga mohon maaf sekiranya sepanjang cikgusila.blogspot.com, cgu tak dapat memberikan kepuasan sepenuhnya kepada pelajar2 dan rakan2 guru yang perlukan bahan atau skema atau apa2 la yang tak dapat cgu upload.. cgu akui bebanan kerja di sekolah cgu memang tinggi.. buat2 ni semua pun masa kat rumah bosan2 di rumah..


Hadiah cgu buat semua... ;)


Teddy Bear I Love You

No comments:

Post a Comment

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023