Tuesday, November 9, 2010

1Blog 1Panitia...

Salam Kasih Sayang,

alhamdulillah akhirnya berjaya gak mengadakan Bengkel Membina Blog bagi setiap panitia. Terima kasih kepada puan masariah selaku penyelaras program, cikgu jep tenaga pengajar.. cgu hanya membantu sebagai fasilitator tunjuk mana yang cgu tau je.. seronok sangat dapat membantu semua rakan2 dalam membina blog.. macam2 ragam... tapi satu perkara mengajar orang yang sebaya dan lebih tua dan guru pulak tu memang mudah.. dengar kata.. walaupun banyak karenah.. hehehe... inovasi terkini daripada guru2 SAS ke arah pengajaran dan pembelajaran ICT, Sekolah Berprestasi Tinggi..

selama ni ramai yang tanya cgu untuk subjek selain akaun ada tak... nah... tahun 2011 tidak menjadi masalah lagi kerana semua pelajar dapat mempelajari dan mendapatkan ilmu yang hendak dipelajari di blog panitia SAS.

cgu akan senaraikan semua blog rakan2 cgu untuk semua pembaca blog cgu.. (semua mata pelajaran yang di ajar di sekolah cgu).. sekarang ni memang blog yang dibina masih dalam proses pembinaan.. akan diupdate sentiasa.. tahun depan 2011 pasti akan siap sepenuhnya..

jom singgah dan rajin2 klik blog2 dibawah...
  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Pendidikan Islam
  4. Sejarah
  5. Geografi
  6. Matematik
  7. Matematik Tambahan
  8. Kimia
  9. Fizik
  10. Biologi
  11. Prinsip Perakaunan (blog official cgu di sekolah) - akademik sahaja.. ;)
  12. Pendidikan Seni
  13. Kaunseling
  14. Bahasa antarabangsa
  15. Kemahiran Hidup 
15 blog semuanya... memang masih dalam pembinaan tapi tunggu maklumat seterusnya.. perkongsian ilmu daripada guru2 SAS dengan semua guru dan pelajar di Malaysia dan antarabangsa... ;)

No comments:

Post a Comment

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023