Thursday, May 17, 2012

Hari Guru...Hadiah?.. Kenaikan Pangkat?

Salam Kasih Sayang...

Alhamdulillah... hari ni seperti tahun sebelumnya... hari guru disambut dengan ala kadar je... banyak ucapan yang diterima daripada anak murid... bekas2 anak murid... rakan2 dan sedara mara... terima kasih cgu ucapkan di atas semua ucapan yang disampaikan... Hadiah? ada gak dapat... tak sebanyak cgu sekolah rendah rasanya... lebih banyak dapat... biasa la... bila semakin besar hadiah semakin kurang... bagi cgu sekadar ucapan dah memadai... 

pagi2 anak mama sorang ni dah call ... sapa lagi kl bukan Mozack... ingat mama sorang ni kan... <3 ... terima kasih... moga ank mama sorang ni berjaya capai apa yang diimpikan... selalu doa dapat bw mama g Spain... ;)

Ucapan Menteri Pelajaran berkenaan dengan kenaikan pangkat... hati berbunga2 pada awalnya... mungkin nama ada dalam senarai... bila semak... ni jawapannya...


nak kata sedih... memang sedih tapi bila fikirkan semula ... lagipun cgu ada cuti tanpa gaji 4 bulan tahun 2007... masih lambat lagi nak dapat... terperasan la pulak dapat sama dengan geng2 yang sama ... hehe... 
masih bukan rezeki...Allah akan beri jika Dia nak beri kepada kita... apapun cgu bersyukur dengan apa yang cgu ada sekarang ni... Positifkan diri semula... Alhamdulillah... Allah masih sayangkan cgu... menyedarkan cgu... mengingatkan cgu ....
1. salah kan diri sendiri dengan apa yang berlaku...
2. terima dan redha dengan apa jua yang kita terima...
3. memaafkan... 

cikgu Sayang semua............. 

secara peribadi... cgu menyusun sepuluh jari atas segala salah silap... yang terlebih terkurang harap dihalalkan... cgu memaafkan semua salah silap sesiapa sahaja terhadap cgu... menghalalkan setiap ilmu yang diberi kepada semua yang belajar dengan cgu... ;)

--------------------------------------------------------------------------------------------

(flash back)
sebelum cgu sedar... 
bising2 gak bersama2 rakan2 sekolah yang tak dapat... terasa ditindas... terasa dianiaya... terasa dipermainkan... terasa segalanya... bila dapat tau borang yang tidak dihantar ke bahagian yang sepatutnya... ni yg menyebabkan cgu terfikir... semuanya berpunca dari unit bahagian... kl bahagian kukuh dan teguh... ada toleransi ... ada tanggungjawab... ada sifat kemanusiaan... ada sifat kasih sayang... positif...semua orang buat kerja apa yang sepatutnya buat...  pasti semua orang dapat apa yang sepatutnya dapat... sebab tu bl jadi macam ni... semua menuding jari kepada sana dan sini... 

Guru ni satu profesion yang sangat mulia... tetapi apa yg dapat cgu lihat masa kini... semuanya terbalik... cgu 2 senang2 dihina... cgu2 dicaci... cgu2 dihentam... cgu2 dimaki hamun... dan cgu ... cgu... cgu... setakat nak cari pelajar yang kurang ajar dengan cgu2... ramai sangat... hari2 boleh jumpa... 
pelajar buat kes ... cgu2 juga dipersalahkan... semua pegawai akan turun... menyalahkan sana dan sini... kekadang cgu terfikir kenapa tak boleh berbicara dengan baik... berbincang secara baik... cgu2 ni bukan binatang... bukan nya tak de hati dan perasaan ... kenapa mesti nak menuding jari... banyak perkara berlaku depan mata cgu... belum lagi kes ibu bapa....

fikir kan sekolah memang tak selesai... dalam kepala sentiasa fikirkan hal2 anak murid... esok nak ajar apa... nak sediakan bahan... belum lagi bahan yang diberi dibuang pelajar depan mata dalam tong sampah... dan macam2... dalam kepala sentiasa fikirkan macam mana nak dapatkan keputusan terbaik A/A+ untuk anak2 muridnya... sanggup berkorban apa saja untuk capai apa yang diimpikan oleh anak2 muridnya... belum lagi program2 sekolah... ad hoc2 untuk program2 tertentu... tetap ada masa untuk melayan karenah anak2 murid yang perlukan bantuan... tidur di sekolah... balik lewat malam... 3am, 4am dan 5am... terus pergi sekolah semula...kelas malam... kelas tambahan... kelas... kelas... dan kelas... sabtu ahad di sekolah... apa lagi yang nak dituding jari kat sini... 
apa lagi yang nk dinilai... 

cgu doakan semoga insan yang sepatutnya menjalankan tanggungjawab akan melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan baik... tiada manusia yang buat salah cuma kita yang kena sentiasa menerima setiap teguran yang membina daripada pihak2 tertentu...

---------------------------------------------------------------------------------------------

ya Allah... Kau tunjukkan lah pada kami... sekiranya masih ada lagi kekurangan yang ada dalam institusi pendidikan maka Kau tunjukkanlah jalan yang sepatutnya kami lakukan untuk melahirkan anak bangsa yang patuh dengan agama, bangsa dan negara... 


Monday, May 14, 2012

Selamat Pengantin Baru ... Shameera & Naim

Salam Kasih Sayang...

Alhamdulillah ... selesai dah satu projek untuk tahun ni 2012... rasa sekejap sangat masa berlalu... pejam celik dah bulan Mei... macam2 dah berlaku... apapun cgu rasa bersyukur akhirnya semuanya yang dirancang berakhir dengan jayanya... kepada makcik sedara ku Cik Mah & Pakcik Tapa, tahniah dah dapat menantu yang pertama... dan buat pengantin nya... shameera dan naim, selamat pengantin baru... semoga bahagia dan gembira dunia dan akhirat... ;)

Ila dan Naim... shameera ni sepupu hubby... kira rapat la juga dengan kami sekeluarga... cgu pun dah anggap macam adik sendiri... :)

cgu bersama dengan keluarga mertua... bahagianya rasa dapat kumpul semuanya... sorang je tak de... adik ipar yang bongsu... adik ipar sorang lagi pun xde... hubby yang amb gambar... 

Terima kasih tak terhingga buat cik mah dan pakcik tapa kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada cgu untuk buat barang2 hantaran perkahwinan... wow! dah lama gak tak buat sebenarnya... tapi tak pe la... belum cuba belum tau kan... kira pakai redah je la ni... buat hubby tercinta... terima kasih atas sokongan yang tak terhingga sepanjang menyiapkan barang hantaran ni... tak tidur malam tu... 

sirih junjung... ni buat bersama2 dengan kak nor... sepupu hubby gak... 

al quran & sejadah... cgu sekali kan je...

 
 baju / blazer / seluar bersama tali leher

 cincin untuk lelaki

 buah-buahan.... ada lg yg terbaru... cari gambar tak jumpa lak...

 coklat ferrero... 

 kasut dan tali pinggang...

 bekas untuk kek dan kuih... yg ni mak mertua cgu buat... mmg sedap... kek buah dan kuih apple... tak pernah lagi cgu jumpa di pasaran sesedap kuih mak mertua cgu... satu lagi cgu letak pulut kacau aka wagik... sedap sangat... yg ni mak pengantin n tok yg buat...

 di hari majlis pernikahan....

 bila letak semua satu tempat ... cgu rasa puas sangat... berjaya juga cgu bantu makcik cgu... dia cakap LULUS... pakcik pun gembira... biar orang lain nk kata apa... yang penting cgu rasa sedap memandang... cantik... cgu dah dapat kepuasannya...

next projek hantaran.... anak sedara yang akan nikah hujung bulan Jun ni.... cgu rajin... cgu akan upload dalam blog ni ye... 
Sayang semuanya...



Sayang anak2 mama...

Salam Kasih Sayang...

Hari ni keje seperti biasa... memandangkan minggu peperiksaan di sekolah... petang ni takde la cgu balik lambat... 2.30 pm terus balik rumah... macam biasa hubby cgu yang datang ambil di sekolah... ;)

dalam kereta terkejut bila tengok markah yg adik dapat... tak sangka 100%... BM dan BI... Matematik adik cakap 97% tapi kertas jawapan tak dapat lg... alhamdulilllah... mama memang yakin dengan setiap kelebihan anak2 mama... buat yg terbaik dan sentiasa positif dalam apa jua tindakan yang hendak dilakukan... adik memang kerap buat apa yg mama suruh... cuma adik ni ada satu sikap yang kalau dia nak dia akan nak dapatkan juga... ikut perangai sapa ye... mama kot... ;)... tak kisah lah ... asalkan Allah sentiasa lindungi anak2 mama daripada segala kejahatan... Mama selalu doakan anak2 mama cemerlang dalam semua aspek... ;)


keputusan abang lak tak dapat nak dinilai lagi... PBS... no more exam... apapun mama yakin anak mama sentiasa mengikut arahan daripada cgu2 yang mengajar... baik dan jaga tingkah laku... hormat guru sentiasa...








Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu...

Salam Kasih Sayang...


Hari Ibu disambut setiap tahun... tahun ni mmg terharu dengan persediaan anak2 mama... terkejut dengan pemberian hakim dan husna... macam berpakat dua beradik ni... apapun mama bersyukur ada anak2 seperti hakim dan husna... mama sayang hakim... mama sayang husna... n mama sayang daddy...


 kad abang yang buat... love tu adik yg bagi...

bila tanya adik dapat kat mana? adik beli kat book shop... pandainya anak mama... <3

Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu di atas segala pemberian yg telah Kau berikan kepada ku... moga Kau kuatkan semangat ku dalam mengharungi setiap ujian dan dugaan yang Kau berikan kepadaku dalam mendidik anak-anakku menjadi seorang hambaMu yang sentiasa mengingati diriMu... amin

Tak lupa juga buat kedua2 ibu tersayang ... 
Mak Ku ...Sitinah Mamom dan Ibu Mertua ku Badariah Abu Bakar... 
Ketahuilah... diri ini amat menyayangi kalian berdua... tanpamu siapa la aku... 
Ya Allah, berila kesihatan dan kesejahteraan yang baik kepada ibu2 ku sentiasa... 
Selamat Hari Ibu... ibu2ku... 






Thursday, April 26, 2012

Tetamu-tetamu hebat di SAS hari ni...

Salam Kasih Sayang...

Hari yang agak sibuk sangat hari ni... tetapi... sebenarnya memang dah selalu sibuk kat sekolah... mungkin disebabkan hari ni kehadiran Angkasawan Negara Mejar Dr Faiz Khaleed... sempena Minggu Sains dan Matematik... ramailah orang datang termasuklah jemputan kepada sekolah2 berdekatan di Putrajaya dan Selangor... Terpegun dengan sikapnya. memang baik dan nampak betapa bersihnya di wajahnya... cerdik pandai... moga adalah student cgu yang ambik aura kejayaan Dr Faiz ni... jadi inspirasi... belajar bersungguh2... mana tau ... ada angkasawan datangnya daripada SAS kan... 

Kenali lebih dekat  dengan Dr Faiz . Klik je... Mejar Dr Faiz Khaleed


tu yang pertama... kehadiran Dr Faiz... 
kedua... lawatan daripada Sekolah Kebangsaan Daerah Rembau... dapatlah mereka jumpa Dr Faiz sekali... seronok sangat... murid2 Darjah 6... blh jd sumber inspirasi... cgu, cgu eliza, cgu azmi dan cgu asmadira yang membawa rombongan lawatan ni... nak kata penat tak juga sbb dah buang negatif jauh2 sebelum sampai sekolah td... so far seronok gak melayan tetamu yang hadir... yg ptg ilmu penuh di jiwa... biar senang nk menjawab setiap persoalan... terima kasih kepada semua yg bekerjasama esp pn khoo, ust ramli, ustz nabilah, cgu norasitin, cgu liza, cgu helmi dan tak lupa en zainal atin... moga SAS terus maju... SAS... Good to Great!


selesai semua perkara di atas ... yang seterusnya...
ketiga...
Alhamdulillah... cgu dah selesaikan urusan penghantaran pos ekspress ke LCCI tadi... terima kasih kepada cgu eliza yang sentiasa memberikan sokongan dan bantuan... semuanya 21 orang pelajar yang mohon... ada lagi 30 orang yang tak mohon... [ramai kan]

yang tak mohon lagi tu cgu harap buat permohonan sendiri selepas 1 May hingga 30 Oktober 2012 ni ye... mohon lah... bersyukur yang u all semua layak dan blh mohon Sijil LCCI ni... mana tau di kemudian hari ada gunanya Sijil ni... 

8 orang 5B dan 13 orang 5C... lagi 30 orang mana...
sesiapa yg baru nak bagi borang cgu dah tak terima... lepas ni uruskan sendiri ye ... yang penting mohon... 





Wednesday, April 25, 2012

JOM DATANG HARI USAHAWAN MUDA SAS

Salam kasih sayang,

Alhamdulillah tahun ni 2012 SAS berjaya merancang untuk adakan Hari Usahawan Muda... tahun lepas tidak dapat dilaksanakan atas sebab beberapa faktor yang tak dapat dielakkan. lagi beberapa hari je lagi nk menjelang nya Hari Usahawan Muda ni... 

Bila ye?  
SABTU ni... 28 APRIL 2012 ... 
8.00 pagi hingga 4.30 petang...
tempat? mana lagi mesti lah di SAS Putrajaya...

Jom pakat ramai2 kita pergi ke SAS Sabtu ni... penuhi ruang yang ada tanda sokongan usahawan2 muda yang baru ... 
Banyak gerai jualan makanan, permainan dan macam2 lagi... menarik sangat...
Jom datang!!!

HARI USAHAWAN MUDA 2012








Saturday, April 7, 2012

BENGKEL GENGGAM PENYATA : SIRI 1 2012

Salam kasih sayang,


"ya allah! Kau berikanlah kejayaan kepada kami semua dalam mendidik anak2 kami dalam mempelajari ilmu perakaunan yang sebenar"

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga cgu melaksanakan program akademik seterusnya iaitu Bengkel Genggam Penyata Siri 1 2012. Dengan kerjasama semua pihak terutamanya pihak pengurusan sekolah, ketua bidang teknik dan vokasional, Pn Jamaliah Bahagian Akademik Teknik dan Vokasional PPWPP, rakan2 guru Prinsip Perakaunan Putrajaya... Kak Nor, Kak Midah, Kak Masturah, Kak Mas, Kak Laily, Fiza, Syella dan Pn Thalsiah... sentiasa di sisi cgu yang memberi dorongan dan semangat untuk terus cgu melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi dengan bersungguh-sungguh... cgu selalu ingat apa yang Prof Dr Muhaya cakap...

 "gembira melihat pelajar2 boleh berbincang di dalam kumpulan masing2 yang diberi secara random mengikut sekolah yang berbeza"

 "semoga kejayaan ini milik kami semua"


‎"Jika gaji kita RM 5000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM 20000, Allah SWT akan berikan beza RM 15000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.


Jika gaji kita RM 5000 tapi kita kerja malas macam gaji RM 2000, beza RM 3000 itu Allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya."



-Prof Dr Muhaya.


Sebab itulah semua mereka yang berjaya mempunyai tabiat "Give more" kan..

Firman Allah SWT dalam al-Quran pun ada mengatakan yang Allah sukakan umatnya bersungguh2 bila melakukan sesuatu pekerjaan yang baik. Wallahualam..

maka pilihla yang mana yg kita nak jadi.. Sesungguhnya pilihan terletak di tangan masing2.


mudah2an Allah mengizinkan cgu meneruskan niat suci ikhlas cgu untuk membantu anak didik cgu seterusnya. amin...

Harapan cgu agar semua pelajar yang hadir dapat mempelajari sesuatu pada bengkel ni. Cgu percaya Allah akan sentiasa mengiringi kita jika kita sentiasa ikhlas untuk mendengar ilmu yang disampaikan oleh seseorang guru.


 "buat rakan2 guru... terima kasih"

"seronok dapat bekerjasama dengan semua rakan guru dan pelajar2 yang terlibat tahun ni" 


 "sentiasa percaya setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya"


"kehadiran pelajar 80% amat membanggakan kami guru2 perakaunan... moga bengkel ini dapat diteruskan dengan memfokuskan topik2 yang berbeza"


CIKGU SAYANG KAMU SEMUA... amin





BYE SAS! 020104-040224