Saturday, April 7, 2012

BENGKEL GENGGAM PENYATA : SIRI 1 2012

Salam kasih sayang,


"ya allah! Kau berikanlah kejayaan kepada kami semua dalam mendidik anak2 kami dalam mempelajari ilmu perakaunan yang sebenar"

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga cgu melaksanakan program akademik seterusnya iaitu Bengkel Genggam Penyata Siri 1 2012. Dengan kerjasama semua pihak terutamanya pihak pengurusan sekolah, ketua bidang teknik dan vokasional, Pn Jamaliah Bahagian Akademik Teknik dan Vokasional PPWPP, rakan2 guru Prinsip Perakaunan Putrajaya... Kak Nor, Kak Midah, Kak Masturah, Kak Mas, Kak Laily, Fiza, Syella dan Pn Thalsiah... sentiasa di sisi cgu yang memberi dorongan dan semangat untuk terus cgu melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi dengan bersungguh-sungguh... cgu selalu ingat apa yang Prof Dr Muhaya cakap...

 "gembira melihat pelajar2 boleh berbincang di dalam kumpulan masing2 yang diberi secara random mengikut sekolah yang berbeza"

 "semoga kejayaan ini milik kami semua"


‎"Jika gaji kita RM 5000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM 20000, Allah SWT akan berikan beza RM 15000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.


Jika gaji kita RM 5000 tapi kita kerja malas macam gaji RM 2000, beza RM 3000 itu Allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya."



-Prof Dr Muhaya.


Sebab itulah semua mereka yang berjaya mempunyai tabiat "Give more" kan..

Firman Allah SWT dalam al-Quran pun ada mengatakan yang Allah sukakan umatnya bersungguh2 bila melakukan sesuatu pekerjaan yang baik. Wallahualam..

maka pilihla yang mana yg kita nak jadi.. Sesungguhnya pilihan terletak di tangan masing2.


mudah2an Allah mengizinkan cgu meneruskan niat suci ikhlas cgu untuk membantu anak didik cgu seterusnya. amin...

Harapan cgu agar semua pelajar yang hadir dapat mempelajari sesuatu pada bengkel ni. Cgu percaya Allah akan sentiasa mengiringi kita jika kita sentiasa ikhlas untuk mendengar ilmu yang disampaikan oleh seseorang guru.


 "buat rakan2 guru... terima kasih"

"seronok dapat bekerjasama dengan semua rakan guru dan pelajar2 yang terlibat tahun ni" 


 "sentiasa percaya setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya"


"kehadiran pelajar 80% amat membanggakan kami guru2 perakaunan... moga bengkel ini dapat diteruskan dengan memfokuskan topik2 yang berbeza"


CIKGU SAYANG KAMU SEMUA... amin





No comments:

Post a Comment

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023