Thursday, May 17, 2012

Hari Guru...Hadiah?.. Kenaikan Pangkat?

Salam Kasih Sayang...

Alhamdulillah... hari ni seperti tahun sebelumnya... hari guru disambut dengan ala kadar je... banyak ucapan yang diterima daripada anak murid... bekas2 anak murid... rakan2 dan sedara mara... terima kasih cgu ucapkan di atas semua ucapan yang disampaikan... Hadiah? ada gak dapat... tak sebanyak cgu sekolah rendah rasanya... lebih banyak dapat... biasa la... bila semakin besar hadiah semakin kurang... bagi cgu sekadar ucapan dah memadai... 

pagi2 anak mama sorang ni dah call ... sapa lagi kl bukan Mozack... ingat mama sorang ni kan... <3 ... terima kasih... moga ank mama sorang ni berjaya capai apa yang diimpikan... selalu doa dapat bw mama g Spain... ;)

Ucapan Menteri Pelajaran berkenaan dengan kenaikan pangkat... hati berbunga2 pada awalnya... mungkin nama ada dalam senarai... bila semak... ni jawapannya...


nak kata sedih... memang sedih tapi bila fikirkan semula ... lagipun cgu ada cuti tanpa gaji 4 bulan tahun 2007... masih lambat lagi nak dapat... terperasan la pulak dapat sama dengan geng2 yang sama ... hehe... 
masih bukan rezeki...Allah akan beri jika Dia nak beri kepada kita... apapun cgu bersyukur dengan apa yang cgu ada sekarang ni... Positifkan diri semula... Alhamdulillah... Allah masih sayangkan cgu... menyedarkan cgu... mengingatkan cgu ....
1. salah kan diri sendiri dengan apa yang berlaku...
2. terima dan redha dengan apa jua yang kita terima...
3. memaafkan... 

cikgu Sayang semua............. 

secara peribadi... cgu menyusun sepuluh jari atas segala salah silap... yang terlebih terkurang harap dihalalkan... cgu memaafkan semua salah silap sesiapa sahaja terhadap cgu... menghalalkan setiap ilmu yang diberi kepada semua yang belajar dengan cgu... ;)

--------------------------------------------------------------------------------------------

(flash back)
sebelum cgu sedar... 
bising2 gak bersama2 rakan2 sekolah yang tak dapat... terasa ditindas... terasa dianiaya... terasa dipermainkan... terasa segalanya... bila dapat tau borang yang tidak dihantar ke bahagian yang sepatutnya... ni yg menyebabkan cgu terfikir... semuanya berpunca dari unit bahagian... kl bahagian kukuh dan teguh... ada toleransi ... ada tanggungjawab... ada sifat kemanusiaan... ada sifat kasih sayang... positif...semua orang buat kerja apa yang sepatutnya buat...  pasti semua orang dapat apa yang sepatutnya dapat... sebab tu bl jadi macam ni... semua menuding jari kepada sana dan sini... 

Guru ni satu profesion yang sangat mulia... tetapi apa yg dapat cgu lihat masa kini... semuanya terbalik... cgu 2 senang2 dihina... cgu2 dicaci... cgu2 dihentam... cgu2 dimaki hamun... dan cgu ... cgu... cgu... setakat nak cari pelajar yang kurang ajar dengan cgu2... ramai sangat... hari2 boleh jumpa... 
pelajar buat kes ... cgu2 juga dipersalahkan... semua pegawai akan turun... menyalahkan sana dan sini... kekadang cgu terfikir kenapa tak boleh berbicara dengan baik... berbincang secara baik... cgu2 ni bukan binatang... bukan nya tak de hati dan perasaan ... kenapa mesti nak menuding jari... banyak perkara berlaku depan mata cgu... belum lagi kes ibu bapa....

fikir kan sekolah memang tak selesai... dalam kepala sentiasa fikirkan hal2 anak murid... esok nak ajar apa... nak sediakan bahan... belum lagi bahan yang diberi dibuang pelajar depan mata dalam tong sampah... dan macam2... dalam kepala sentiasa fikirkan macam mana nak dapatkan keputusan terbaik A/A+ untuk anak2 muridnya... sanggup berkorban apa saja untuk capai apa yang diimpikan oleh anak2 muridnya... belum lagi program2 sekolah... ad hoc2 untuk program2 tertentu... tetap ada masa untuk melayan karenah anak2 murid yang perlukan bantuan... tidur di sekolah... balik lewat malam... 3am, 4am dan 5am... terus pergi sekolah semula...kelas malam... kelas tambahan... kelas... kelas... dan kelas... sabtu ahad di sekolah... apa lagi yang nak dituding jari kat sini... 
apa lagi yang nk dinilai... 

cgu doakan semoga insan yang sepatutnya menjalankan tanggungjawab akan melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan baik... tiada manusia yang buat salah cuma kita yang kena sentiasa menerima setiap teguran yang membina daripada pihak2 tertentu...

---------------------------------------------------------------------------------------------

ya Allah... Kau tunjukkan lah pada kami... sekiranya masih ada lagi kekurangan yang ada dalam institusi pendidikan maka Kau tunjukkanlah jalan yang sepatutnya kami lakukan untuk melahirkan anak bangsa yang patuh dengan agama, bangsa dan negara... 


Permulaan Sesi Akademik 2022/2023