Sunday, March 24, 2013

Sijil LCCI : SPM Principles of Accounting Double Certification

SIJIL LCCI SPM 2013
assalamualaikum dan salam sejahtera...

Baru je beberapa hari yang lepas keputusan SPM 2012 sudah diumumkan. Lega rasanya penantian dah berakhir kan.
kepada yang mendapat keputusan seperti yang diimpikan tahniah cgu ucapkan atas pencapaian cemerlang peribadi.. dan kepada yang tidak mendapat keputusan seperti yang diingini, teruskan perjuangan, perjalanan masih jauh. percaya dan yakin rezeki Allah akan bagi jika Dia nak bagi. mungkin bukan sekarang tetapi mungkin esok, lusa atau akan datang. yang penting sabar. :)

SIJIL LCCI ... khas untuk calon SPM 2012 yang mengambil Prinsip Perakaunan sahaja. lihat dalam slip mesti ada tertera di bawah slip LCCI : ??? ... keputusan sama ada 1,2,3,4,5,6... jika ada kod tertera maknanya layak lah tu dapat Sijil LCCI. 

cgu ingatkan Sijil LCCI ni kena mohon ... jadi buat anak2 didik cgu.. mohon sendiri Sijil LCCI ni ye. cgu takut tak berkesempatan untuk uruskan memandangkan ada tugasan2 lain yang perlu cgu buat. 

tahun ni lebih dimudahkan... boleh mohon secara online ... 

dan paling best, buat mereka yang terlepas untuk mohon Sijil LCCI pada tahun2 sebelumnya (khas untuk SPM 2008 - 2011) , boleh juga membuat permohonan tetapi ada beza sikit dengan fi permohonan... apapun boleh gak mohon dan dapat sijil. ramai yang tanya cgu sebelum ni kan. jadi apa lagi yang tertinggal nak Sijil LCCI, ini lah peluang nya...
isi borang ini untuk mereka yang baru nak mohon... 

*********************************************************************************************
Caranya tolong baca satu per satu.


Calon hendaklah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan peperiksaan SPM diumumkan.

Permohonan Sijil LCCI hendaklah dibuat dengan menggunakan Level 2 Book-keeping and Accounts Certificate Application Form yang boleh didapati di pejabat LCCI Malaysia, pusat latihan yang dilantik oleh LCCI atau portal www.lcciasia.com. 

Permohonan dialamatkan terus kepada pusat latihan yang dilantik oleh LCCI International Qualifications atau dimohon terus kepada pejabat LCCI di alamat: LCCI international Qualifications (Malaysia)Sdn Bhd, Level 1, Tower 2A, Avenue 5, Bangsar South, No. 8, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur.

Senarai PUSAT LATIHAN YANG DILANTIK oleh LCCI. Lihat di sini.

Permohonan hendaklah disertakan dengan satu salinan slip keputusan SPM yang memaparkan kod kelayakan Sijil LCCI dan satu salinan kad pengenalan yang disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.

Kadar bayaran bagi permohonan Sijil LCCI ialah RM25.00. Bayaran hanya boleh dibuat dengan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf ditulis atas nama LCCI INTERNATIONAL QUALIFICATIONS (MALAYSIA) SDN BHD. Wang tunai atau cek persendirian tidak diterima.

************************************************************************************************************
apa yang penting untuk mohon ialah download borang. Isikan dan hantar beserta slip keputusan, ic dan wang pos RM25.00... mudah je kan..
dah dapat mohon je la... kalau cgu, cgu akan ambil peluang ni... sesuatu peluang yang diberi tu pasti ada hikmahnya... mana tau boleh digunakan suatu masa nanti kan... :)


Tarikh tutup : 
31 Oktober 2013 (sebelum 5 petang)



6 comments:

  1. assalamualaikum cikgu,sblum ni saya tak thu psal lcci bb kt sklh ckgu tk terang mngenai lcci..jdi saya nk mohon tp tarikh da tutup 30 okt 2013.
    jadi cmne skrg,bleh mhon agy tk?

    ReplyDelete
  2. asalamualaikum cikgu.saya nk tnya .sblum ni saya tak thu menahu ttng lcci,jdi klu saya nk mhon bleh tk tp tarikh tutup 30 okt 2013?

    ReplyDelete
  3. selamat sejahtera cikgu,
    sorry ,,nak tanya sikit..
    sebelum ini,sy pernah membuat permohonan untuk mendapat sijil ICCI,
    tapi masa sy pergi sekolah ambil sijil ICCI,
    pihak sekolah ckp tak ada nama sy.
    so,
    sy nak macam mana selesai masalah ini untuk mendapat sijil LCCI spm saya?

    ReplyDelete
  4. selamat sejahtera cikgu,
    sorry ,,nak tanya sikit..
    sebelum ini,sy pernah membuat permohonan untuk mendapat sijil ICCI,
    tapi masa sy pergi sekolah ambil sijil ICCI,
    pihak sekolah ckp tak ada nama sy.
    so,
    sy nak macam mana selesai masalah ini untuk mendapat sijil LCCI spm saya?

    ReplyDelete
  5. assalam.. cikgu saya nk tanya sikit.. spm saya tahun 2009, so saya terlepas untuk mengambil mohon sijil lcci ni.. jadi boleh lagi jika saya nk mohon?

    ReplyDelete
  6. assalam.. cikgu, nk tanye sikit.. spm sy tahun 2009, jadi boleh lagi ke sy nk mohon sijil lcci sekarang ni

    ReplyDelete

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023