Showing posts with label SPM 2010. Show all posts
Showing posts with label SPM 2010. Show all posts

Sunday, March 24, 2013

Sijil LCCI : SPM Principles of Accounting Double Certification

SIJIL LCCI SPM 2013
assalamualaikum dan salam sejahtera...

Baru je beberapa hari yang lepas keputusan SPM 2012 sudah diumumkan. Lega rasanya penantian dah berakhir kan.
kepada yang mendapat keputusan seperti yang diimpikan tahniah cgu ucapkan atas pencapaian cemerlang peribadi.. dan kepada yang tidak mendapat keputusan seperti yang diingini, teruskan perjuangan, perjalanan masih jauh. percaya dan yakin rezeki Allah akan bagi jika Dia nak bagi. mungkin bukan sekarang tetapi mungkin esok, lusa atau akan datang. yang penting sabar. :)

SIJIL LCCI ... khas untuk calon SPM 2012 yang mengambil Prinsip Perakaunan sahaja. lihat dalam slip mesti ada tertera di bawah slip LCCI : ??? ... keputusan sama ada 1,2,3,4,5,6... jika ada kod tertera maknanya layak lah tu dapat Sijil LCCI. 

cgu ingatkan Sijil LCCI ni kena mohon ... jadi buat anak2 didik cgu.. mohon sendiri Sijil LCCI ni ye. cgu takut tak berkesempatan untuk uruskan memandangkan ada tugasan2 lain yang perlu cgu buat. 

tahun ni lebih dimudahkan... boleh mohon secara online ... 

dan paling best, buat mereka yang terlepas untuk mohon Sijil LCCI pada tahun2 sebelumnya (khas untuk SPM 2008 - 2011) , boleh juga membuat permohonan tetapi ada beza sikit dengan fi permohonan... apapun boleh gak mohon dan dapat sijil. ramai yang tanya cgu sebelum ni kan. jadi apa lagi yang tertinggal nak Sijil LCCI, ini lah peluang nya...
isi borang ini untuk mereka yang baru nak mohon... 

*********************************************************************************************
Caranya tolong baca satu per satu.


Calon hendaklah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan peperiksaan SPM diumumkan.

Permohonan Sijil LCCI hendaklah dibuat dengan menggunakan Level 2 Book-keeping and Accounts Certificate Application Form yang boleh didapati di pejabat LCCI Malaysia, pusat latihan yang dilantik oleh LCCI atau portal www.lcciasia.com. 

Permohonan dialamatkan terus kepada pusat latihan yang dilantik oleh LCCI International Qualifications atau dimohon terus kepada pejabat LCCI di alamat: LCCI international Qualifications (Malaysia)Sdn Bhd, Level 1, Tower 2A, Avenue 5, Bangsar South, No. 8, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur.

Senarai PUSAT LATIHAN YANG DILANTIK oleh LCCI. Lihat di sini.

Permohonan hendaklah disertakan dengan satu salinan slip keputusan SPM yang memaparkan kod kelayakan Sijil LCCI dan satu salinan kad pengenalan yang disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.

Kadar bayaran bagi permohonan Sijil LCCI ialah RM25.00. Bayaran hanya boleh dibuat dengan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf ditulis atas nama LCCI INTERNATIONAL QUALIFICATIONS (MALAYSIA) SDN BHD. Wang tunai atau cek persendirian tidak diterima.

************************************************************************************************************
apa yang penting untuk mohon ialah download borang. Isikan dan hantar beserta slip keputusan, ic dan wang pos RM25.00... mudah je kan..
dah dapat mohon je la... kalau cgu, cgu akan ambil peluang ni... sesuatu peluang yang diberi tu pasti ada hikmahnya... mana tau boleh digunakan suatu masa nanti kan... :)


Tarikh tutup : 
31 Oktober 2013 (sebelum 5 petang)



Wednesday, March 30, 2011

PERMOHONAN SIJIL LCCI SPM 2010


Salam Kasih Sayang dan Salam 1Malaysia,

Tahniah cikgu ucapkan kepada semua pelajar SPM 2010 yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Seperti tahun2 sebelumnya, bagi pelajar2 yang mengambil Prinsip Perakaunan boleh lah memohon SIJIL LCCI sepertimana keputusan yang tertera dalam slip keputusan yang diterima.

PROSEDUR PERMOHONAN SIJIL LCCI BAGI CALON SPM 2010

Permohonan boleh dibuat melalui sekolah masing-masing mulai 1 April 2011 hingga 30 April 2011. Pihak sekolah dikehendaki menghantar borang permohonan Sijil LCCI sebelum atau pada 30 APRIL 2011. Calon boleh mendapatkan Sijil LCCI di sekolah masing2 nulai SEPTEMBER 2011.

Sekiranya permohonan dibuat selepas 30 April 2011 (1 Mei - 30 Oktober), calon boleh memohon terus dengan menghantar borang atau pos kepada pejabat LCCI. Sijil boleh diperoleh di sekolah masing2 mulai JANUARI 2012.

Jadi sesiapa yang tak dapat lagi borang permohonan boleh download borang di sini.
Download bersama Peraturan Pentadbiran Permohonan Sijil LCCI.



Boleh juga dapatkan terus daripada Cikgu Narzuki Online. Terima kasih cikgu...




Thursday, December 9, 2010

SPM Prinsip Perakaunan 2010

Salam Kasih Sayang,

Ya Allah Ya Rasulullullah... 
aku mohon kepadaMu agar Kau lembutkan dan tenangkan hati pemeriksa-pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak2 didik ku...

ehsan, zakwan, salleh, irfan, ainul, taufik, faridzuan, iqbal, faeeq, firdaus m.nor, yazid, rafid, amir aiman, hafiz, fuad, zulhaqim, wafie, azri, firdaus maswan, alim, muzakkir, syed, hariz, afiz, hazim, nabil, farhan, fazzmal, lokman, izzudin, ahmad  nor izudin, 
muzammil, amirul amin, ai'zuddin, hakim, raqib, anuar, zamri, zulhelmi, azzam, amirul haziq, umair, aizat,hannan, azfar, ahmad, ikram, farid, azri aizat, syahir, haziq, edika, azim, iqmal, asil, hairil, akif, azhan, syafiq aiman, 
ezmir syafiq, maisarah,amira, seha, aizat, ravi, hamzah, amir, rizwan, faisal dan hakim...
mendapat keputusan yang cemerlang dalam Prinsip Perakaunan A+...
Amin.


alhamdulillah .... selesai dah tahun ni.. tahun depan dengan strategi yang baru.. Boleh tahan juga soalan tahun ni..
KERTAS 1 : "senang sangat".. ramai yang berpendapat sedemikian.. cgu sendiri kategori kan soalan memang senang.. aras 1.. mudahan ramai pelajar yang dapat menjawab dengan betul dan tepat.
KERTAS 2 :
  1. SOALAN 1 : Ada student cgu yang kata soalan mencabar. ermm.. soalan yg dah tak akan keluar lagi mulai tahun depan.. bentuk soalan perniagaan yang dah lama menjalankan perniagaan... dokumen yang sukar dikeluarkan.. Dokumen 5. (Nota Debit : caj pengangkutan dikenakan atas belian) .. jawapan : Rekod di dalam Jurnal Am... dt: Angkutan masuk dan kt: Yatee Batik Enterprise. Dokumen2 sukar dibincangkan semasa Bengkel Cemerlang Dokumen di Bilik Persada Matematik Tambahan.. ;)
  2. SOALAN 2 : Rekod Tak Lengkap : Milikan Tunggal - Kaedah Analisis... 'direct question'.. ok. nak kata butiran mengelirukan.. tak juga.. ;)... bab yang selalu cgu beri penekanan.. semoga semua anak didik cgu dapat buat dengan baik..
  3. SOALAN 3 : Pelarasan - Hutang lapuk dihapuskan tu sama maksudnya dgn hutang lapuk.. senang.. faham BADLEH dapat buat dengan baik.. ;)
  4. SOALAN 4 : Buku Tunai Runcit - soalan yang cgu target dari tahun 2004.. akhirnya keluar tahun ni.. belajar semasa tingkatan 4... berulang kali juga cgu terangkan di dalam kelas... soalan peperiksaan pertengahan tahun 2010. malam akhir tu pun cgu dah pesan tengok semula soalan2 semua peperiksaan... soalan memang senang sangat.. ;)
  5. SOALAN 5 : SYARIKAT BERHAD - keluar lagi tahun ni... ok sangat2.. malam akhir tu memang dibincangkan semula.. direct question... bentuk soalan yang selalu dibuat... ;)
  6. SOALAN 6 : Tafsiran Penyata Kewangan - formula mesti diingat dengan baik... ingat formula memang soalan ni jadi senang sangat.. sebab direct... tak de yang perlu fikir lama2.. tinggal cari jawapan sepertimana dalam formula.. cgu rasa ramai yang pilih soalan ini.. ;)
bagi cgu.. soalan tahun ni lebih mudah berbanding soalan sebelumnya.. sebab dalam koleksi soalan trial SPM 2010 lengkap semua bab yang keluar tahun ni ada dalam koleksi tersebut.. cgu dah pesan dalam post sebelum ini..

( "TIPS PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2010.... 
apapun kalau pelajar dapat jawab semua soalan trial SPM 2010 .. 18 set .. cgu yakin pelajar semua dapat menjawab dengan baik semasa menduduki peperiksaan prinsipperakaunan.. ;).. dan keputusan SPM Prinsip Perakaunan mesti A+... Amin... Good Luck !!!)

sapa ingat dan ikut cakap cgu mesti dia boleh jawab dengan baik kan... ;) .. lepas ni kalau cgu cakap je mesti dengar ye... ;) dan terima dengan hati yang terbuka... ;)

SPM pun dah berakhir kan untuk semua 5B dan 5C... harap dapat bagi kerjasama dengan cgu.. beri testimonial dengan segala ilmu yang dah cgu beri kepada semua.. amalkan sentiasa dengan keyakinan yang tinggi... 
hari ni cgu rasa sungguh bahagia, gembira dan tenang bila dapat menunaikan solat dhuha, taubat dan hajat bersama dengan semua pelajar akaun di surau sebelum peperiksaan bermula.. terima kasih kepada semua.. esp.. fazzmal dan ainul yang mengetuai majlis tadi.. ini lah bakal2 pemimpin masa hadapan.. ;)
 ingat cgu... 
i love u all... 

BYE SAS! 020104-040224