Showing posts with label spm 2011. Show all posts
Showing posts with label spm 2011. Show all posts

Sunday, March 24, 2013

Sijil LCCI : SPM Principles of Accounting Double Certification

SIJIL LCCI SPM 2013
assalamualaikum dan salam sejahtera...

Baru je beberapa hari yang lepas keputusan SPM 2012 sudah diumumkan. Lega rasanya penantian dah berakhir kan.
kepada yang mendapat keputusan seperti yang diimpikan tahniah cgu ucapkan atas pencapaian cemerlang peribadi.. dan kepada yang tidak mendapat keputusan seperti yang diingini, teruskan perjuangan, perjalanan masih jauh. percaya dan yakin rezeki Allah akan bagi jika Dia nak bagi. mungkin bukan sekarang tetapi mungkin esok, lusa atau akan datang. yang penting sabar. :)

SIJIL LCCI ... khas untuk calon SPM 2012 yang mengambil Prinsip Perakaunan sahaja. lihat dalam slip mesti ada tertera di bawah slip LCCI : ??? ... keputusan sama ada 1,2,3,4,5,6... jika ada kod tertera maknanya layak lah tu dapat Sijil LCCI. 

cgu ingatkan Sijil LCCI ni kena mohon ... jadi buat anak2 didik cgu.. mohon sendiri Sijil LCCI ni ye. cgu takut tak berkesempatan untuk uruskan memandangkan ada tugasan2 lain yang perlu cgu buat. 

tahun ni lebih dimudahkan... boleh mohon secara online ... 

dan paling best, buat mereka yang terlepas untuk mohon Sijil LCCI pada tahun2 sebelumnya (khas untuk SPM 2008 - 2011) , boleh juga membuat permohonan tetapi ada beza sikit dengan fi permohonan... apapun boleh gak mohon dan dapat sijil. ramai yang tanya cgu sebelum ni kan. jadi apa lagi yang tertinggal nak Sijil LCCI, ini lah peluang nya...
isi borang ini untuk mereka yang baru nak mohon... 

*********************************************************************************************
Caranya tolong baca satu per satu.


Calon hendaklah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan peperiksaan SPM diumumkan.

Permohonan Sijil LCCI hendaklah dibuat dengan menggunakan Level 2 Book-keeping and Accounts Certificate Application Form yang boleh didapati di pejabat LCCI Malaysia, pusat latihan yang dilantik oleh LCCI atau portal www.lcciasia.com. 

Permohonan dialamatkan terus kepada pusat latihan yang dilantik oleh LCCI International Qualifications atau dimohon terus kepada pejabat LCCI di alamat: LCCI international Qualifications (Malaysia)Sdn Bhd, Level 1, Tower 2A, Avenue 5, Bangsar South, No. 8, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur.

Senarai PUSAT LATIHAN YANG DILANTIK oleh LCCI. Lihat di sini.

Permohonan hendaklah disertakan dengan satu salinan slip keputusan SPM yang memaparkan kod kelayakan Sijil LCCI dan satu salinan kad pengenalan yang disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.

Kadar bayaran bagi permohonan Sijil LCCI ialah RM25.00. Bayaran hanya boleh dibuat dengan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf ditulis atas nama LCCI INTERNATIONAL QUALIFICATIONS (MALAYSIA) SDN BHD. Wang tunai atau cek persendirian tidak diterima.

************************************************************************************************************
apa yang penting untuk mohon ialah download borang. Isikan dan hantar beserta slip keputusan, ic dan wang pos RM25.00... mudah je kan..
dah dapat mohon je la... kalau cgu, cgu akan ambil peluang ni... sesuatu peluang yang diberi tu pasti ada hikmahnya... mana tau boleh digunakan suatu masa nanti kan... :)


Tarikh tutup : 
31 Oktober 2013 (sebelum 5 petang)



Thursday, March 15, 2012

21 MAC 2012 ... Pengumuman Keputusan SPM 2011

Salam Kasih Sayang...

Pejam celik sekejap nya masa berlalu... lagi beberapa hari je SPM 2011 akan diumumkan... Doa cgu moga tahun ni memihak kepada kita... semua cemerlang 10A+ ... 

bila tengok gambar2 terjumpa lak gambar di hari peperiksaan akaun 2011... persediaan terakhir di Surau SAS... cgu bangga dengan semua anak didik cgu... mengajar kalian adalah satu yang sangat berharga... 
cgu sayang semua... 

 tq Azzam... sentiasa memberi sokongan positif kpd cgu dan SAS... ;)

 seronok tengok gelagat masing2... 

di akhir2... sebelum menunaikan solat hajat bersama2...

Ya Allah Ya Rasulullah... aku mohon kepada Mu, berilah kejayaan cemerlang SPM 10A+ kepada semua anak2 didik ku... amin...

Ops! Bila dah dapat result nanti jumpa cgu ye... bgtau berita gembira masing2... 



Wednesday, April 6, 2011

TUGASAN 2 : TINGKATAN 5 SPM 2011



Salam 1Malaysia,

Lima hari telah berlalu dalam penyediaan kerja kursus SPM Tugasan 2 Tingkatan 5. Dalam beberapa hari ini cgu banyak mendengar beberapa perkara mengenai pekeliling yang menyatakan kertas 3 tidak wajib. Namun demikian, pekeliling tersebut masih lagi cgu tidak terima sehingga ke hari ini. Jadi cgu dan beberapa rakan guru terus membuat keputusan yang sama meneruskan apa yang tertulis di dalam soalan tugasan yang diberi oleh LPM baru-baru ini.

BYE SAS! 020104-040224