Wednesday, April 6, 2011

TUGASAN 2 : TINGKATAN 5 SPM 2011



Salam 1Malaysia,

Lima hari telah berlalu dalam penyediaan kerja kursus SPM Tugasan 2 Tingkatan 5. Dalam beberapa hari ini cgu banyak mendengar beberapa perkara mengenai pekeliling yang menyatakan kertas 3 tidak wajib. Namun demikian, pekeliling tersebut masih lagi cgu tidak terima sehingga ke hari ini. Jadi cgu dan beberapa rakan guru terus membuat keputusan yang sama meneruskan apa yang tertulis di dalam soalan tugasan yang diberi oleh LPM baru-baru ini.



Makluman kepada Calon
1. Calon WAJIB melaksana dan menyelesaikan tugasan projek Prinsip Perakaunan 3756/3 secara individu. 

Boleh download tugasan 2 di sini :


(cgu cadangkan pelajar download dan cuba baca dan fahamkan kriteria untuk mendapatkan markah A)

Berdasarkan catatan dalam Jurnal dan Buku Tunai anda dikehendaki menyediakan :

  1. Pengenalan Perniagaan (buat seperti kerja kursus tingkatan 4. Baca soalan dengan teliti latar belakang perniagaan. Menjual Perabot, mula pada 1 januari 2009 dengan modal RM60,000)
  2. Profil Perniagaan (buat seperti dalam panduan jadual yg diberi)
  3. Catatan dalam lejar : merujuk kepada jurnal dan buku tunai yang diberi. 
  4. Imbangan duga : pindahkan baki2 akhir daripada lejar ke imbangan duga. Jawapan mesti seimbang. RM331,106.
  5. Senarai pelarasan pada tarikh imbangan : rujuk maklumat 3 dalam soalan
  6. Catatan pelarasan dalam jurnal dan lejar : (ulangi langkah yang sama (3), ikut konsep yang sama pindahkan jurnal ke dalam lejar)
  7. Akaun Kawalan : sediakan akaun kawalan penghutang dan akaun kawalan pemiutang (maklumat semua ada dalam jurnal dan buku tunai yang diberi)
  8. Imbangan Duga Terlaras :  ambilkira semua lejar yang ada pelarasan di langkah 5,6,7.
  9. Penyata Pendapatan (berdasarkan ID terlaras)
  10. Kunci Kira-kira (berdasarkan ID terlaras)
  11. Pengiraan Nisbah (nisbah keberuntungan, kecairan dan kecekapan) : hitung semua nisbah yang dipelajari ; keberuntungan (4), kecairan (3), kecekapan (3)
  12. Tafsiran nisbah (buat tafsiran bagi setiap jawapan yang diperolehi dalam menghitung nisbah)
  13. Belanjawan tunai untuk empat tahun
  14. Mengemukakan cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa dan jangka panjang perniagaan. (bagi 3 atau lebih cadangan utk tingkatkan prestasi semasa dan jangka panjang)
  15. Rumusan (buat rumusan daripada jawapan yang kita dapat)

PELARASAN
Senarai pelarasan pada tarikh imbangan : rujuk maklumat 3 dalam soalan

  1. Stok akhir : ikut TAKAP (Terendah antara Kos dan Pasaran)
  2. Susut nilai kenderaan ikut kaedah garis lurus & susut nilai lengkapan ikut kaedah baki berkurangan (kiraan untuk sebulan. kalau dapat nilai sen, bundarkan)
  3. Peruntukan hutang ragu diselaraskan atas penghutang bersih. kadar yang bersesuaian. (kiraan untuk sebulan. kalau dapat nilai sen, bundarkan)
  4. Dua item belanja terakru. (gaji, faedah atas pinjaman dll)
  5. Satu item belanja terdahulu. (insurans, promosi dll)
  6. Satu item hasil terakru. (komisen, sewa ruang niaga... )
  7. Pembetulan kesilapan ; satu ketinggalan catatan (binalah apa2 contoh asalkan memberi maksud ketinggalan catatan)... kata kunci "... tidak direkod dalam mana2 buku"
  8. Pembetulan kesilapan ; kesilapan prinsip (binalah apa2 contoh asalkan memberi maksud kesilapan prinsip)
  9. Kiraan gaji adalah akan dinaikkan berdasarkan wilayah/kawasan; (bandar 20%, luar bandar 15% dan pedalaman 10%)
Nasihat cgu kepada semua, cuba buat kerja kursus ini dengan penuh penghayatan mendalami dan menguasai ilmu perakaunan dengan baik dan tepat. cgu percaya sapa yang buat sendiri dapat membantu dalam menjawab soalan SPM yang akan diduduki pada hujung tahun ini. Kerja Kursus ini membantu pelajar mengulangkaji silibus tingkatan 4 dan 5. Ambil peluang ini dengan positif.  Yakin Boleh! Pasti Boleh!

I LOVE ACCOUNT
I LOVE U

56 comments:

  1. cgu cadangkan minggu ini 04 hingga 08.. semua pelajar mesti dah siap lejar dan imbangan duga..

    Caranya mudah...

    fahamkan dengan betul. prinsip catatan bergu terpakai dalam pengeposan ke lejar.. soalan dah bagi rujukan di bahagian folio.. jadi ikut je rujukan yang diberi ikut susunan..

    Lejar Am ada 33 akaun
    Lejar Belian ada 3 akaun
    Lejar Jualan ada 3 akaun

    Imbangan duga akan tersenarai 41 nama akaun dan seimbang dengan nilai 331106...

    Buat sampai dapat sambil tu fahamkan dengan baik.. ;)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum
    cikgu saya nk tanye macam mana nak baud belanjawan tunai utk 4 tahun sbb di skolah hanya belajar sampai 4bulan???

    ReplyDelete
  3. cikgu tgsn 2 tu ape...de soalan laen ke...

    ReplyDelete
  4. cikgu tgsn 2 tu pe...de kertas yg laen ke

    ReplyDelete
  5. cikgu kenapa tugasan 2 tidk bole klik??
    kalau saya klick dia pergi ke google account??

    ReplyDelete
  6. CIKGU,MESTI NAK BERAPA URUS NIAGA DLM EMPAT TAHUN?

    ReplyDelete
  7. cikgu saya xpandai la nak sambung akaun orang... boleh ajar x cikgu mcm mna nak buat lajer
    pening saya di buatnya

    ReplyDelete
  8. ckgu..cmner nak download tugasan 2 nie..?

    ReplyDelete
  9. cikgu, 'senarai pelarasan pada tarikh imbangan' dalam maklumat cikgu, itu ke merujuk muka surat 3??

    ReplyDelete
  10. salam ckgu cmne nk uat snarai plrasn pada tarikh imbangan...tlong ajrkn saya

    ReplyDelete
  11. trime kasih cikgu......puas saye carik jawapan yg sbnr.....akhirnye sye imbang........doakan sye dpt buat yg t'baek .......thanks cikgu..

    ReplyDelete
  12. anak en nasir : belanjawan tunai blh dibuat untuk ikut tahun atau bulan. dlm tugasan ini, ikut sepertimana yg cgu sekolah masing2 arahkan..

    mohd fahmi : tugasan 2 ialah projek prinsip perakaunan yg perlu diselesaikan oleh semua pelajar bagi SPM 2011.

    tugasan 2 ni mmg tak boleh di download.. hanya blh download soalannya sahaja.. ;)

    senarai pelarasan mmg merujuk kepada maklumat di m/s 3 dlm kertas soalan

    cweet_0910 : blh baca post terbaru cgu.. ;)

    sakudoaiki : all the best.. ;)

    ReplyDelete
  13. urghh bz nan bnde laen , smpai miss akaun nye claz !tatau pape nyh . hotak krem !

    ReplyDelete
  14. cikgu,imbangan duga saya dapat 330826.and adfa 37 document je.apa yg kurang ckgu?and.apa beza imbgn duga dgn imbangan duga terlaras?

    ReplyDelete
  15. khecikazroy : bz mcmn sekalipun kertas 3 akaun jgn diabaikan.. ;)

    afifa : ID 331106.. imbangn duga semua baki2 akhir yg berlaku dalam tempoh perakaunan. imbangan duga terlaras dibuat semula kerana ada beberapa item pelarasan yg perlu diambil kira sebelum penyata kewangan dibuat.. ;)

    ReplyDelete
  16. aslkum...ckgu cmna nie..da puas sy buat..xjg pndai seimbang..ayoo..

    ReplyDelete
  17. cigu..puas da sy cba ni..tp xseimbang gak..pa mslah ni...

    ReplyDelete
  18. semak betul2.. kl tak seimbang mesti ada satu atau lebih urus niaga yg tak ikut sistem catatan bergu..

    ReplyDelete
  19. Cikgu , Lejar Am sy ada 31 akaun, Lejar Belian ada 3 akaun, Lejar Jualan ada 3 akaun dan Imbangan duga sy ada 37 akaun dan tidak imbang. Boleh cikgu senaraikan akaun tersebut ?

    ReplyDelete
  20. cikgu,is there all form 5 projek the answer all same ??????

    ReplyDelete
  21. ckgu knpa imbgn duga terlars sy xseimbang....blh ckgu bg jwpn dye bpe...n nlai ang msuk brpe

    ReplyDelete
  22. ckgu imbangan duga terlras sy knapa xseimbg..blh ckgu bg bpe nlai seimbang dye..n bpe nlai angktan msuk

    ReplyDelete
  23. Cikgu , ID saya imbang tetapi hanya ada 37 akaun sahaja. Macam mana cikgu punya ID ada 41 akaun ?

    ReplyDelete
  24. selamat petang cgu...kat sekolah sy cikgu sy beritahu 37 lejar dan imbangan duga nye dpt 330826...mcm mane nie cgu... pelarasan pula aq tak tahu... tlg la cgu....

    ReplyDelete
  25. salam cikgu, nak tanyew, pelarasan bahagian belanja terakru yg faedah atas pinjaman 2 nak kirew camnew, then camnew nak postkan sumew 2 masuk akaun untung rugi n akaun perdagangan?

    ReplyDelete
  26. @Raiisya
    - yang 31 lejar am kau boleh dpt di jurnal am dan buku tunai.... 2 lagi ialah diskaun diterima dan diberi..... Yg imbangan duga pula 2 lagi ialah bank dan tunai..... Sebenarnya imbangan duga ialah 39 akauns saja sebab ada dua tiada baki b/b..... Pindah dan kira betul betul sebab saya mengambil 3 jam untuk balance krn cuai

    ReplyDelete
  27. cikgu , kt lejar bhagian column folio (bank , tunai , baki b/b dan baki h/b) kena catat apa . contohnya kt akaun modal , ada butiran lengkapan sblh kt , dan folio nya d catat LA5 . tp bank , tunai , baki b/b dan baki h/b sy xtahu nk catat apa...

    ReplyDelete
  28. RaiiSya : LA ada 33 (diskaun diberi dan diskaun diterima mesti buat.. ;)
    dan LB 3 akaun ... LJ pun 3 gak

    jawapan pelajar hanya sama setakat lejar ... imbangan duga ... pelarasan a hg b... yg lain2 tu tak sama smpilah ke belanjawan dan perancangan.. ;)

    cweet : nilai angkutan masuk sama je.. tiada perubahan.. 331106

    RaiiSya : imbangna duga terlaras ikut jawapan masing2.. ;) yg penting imbang jawapan kita... ;)

    tilaga : jawapan tu ambilkira catatan pembalikan iaitu kadar bayaran dan kadar bayaran terakru.. pandangan cgu ianya perlu dijadikan sebagai pelarasan.. apapun ikut cgu sekolah tilaga.. sebab cgu tilaga yg akan bg markah.. ;)

    budak_94 : faedah atas pinjaman boleh jd terakru.. cb kira satu2 faedah pinjaman msg2.. mmg ada terakru kat situ.. ;)

    ilya : pada ruangan folio kita akan catat dari mana kita dapat butiran tersebut. contoh butiran bank mesti dapat daripada buku tunai so pada ruangan folio kita tulis BT1.. ikut soalan.. ;)

    ReplyDelete
  29. selamat sejahtera cikgu.saya nak tahu jawapan imbangan duga yg dpt drpd lejar sama dgn imbangan duga yg cikgu sekolah bg ke? kindly pls answer me.

    ReplyDelete
  30. selamat sejahtera, semua jawapan imbangan duga setiap pelajar mesti sama tak kisah sekolah mana pun.. 331106...

    yang akan membezakan jawapan setiap pelajar satu Malaysia ialah pada pelarasan dan seterusnya... ;)

    ReplyDelete
  31. thank u for your comment teacher.1 more question,my skul teacher said the imbangan duga must get 330 826.then i ask her she tell kadar bayaran and kadar bayaran terakru gabung just y the answer get.but u tell cannot gabung have to asing.so can u explain me?thank u.

    ReplyDelete
  32. pandangan cgu.. utk menyediakan lejar dan imbangan duga, pelajar dikehendaki ikut seperti dalam soalan yg diberi. jawapan mesti 331106..

    jk ID 330826 bermaksud pelajar telah membuat penukaran dan pembetulkan jwpn bagi kadar byaran..

    apapun ikut cgu sekolah msg2 kerana cgu sekolah adalah pentaksir sekolah.. cgu yg mengajar akan beri markah.. juz ikut je la.. ;)

    ReplyDelete
  33. cikgu..saya dah buad dah imbangan duga dapat macam jawapan ckgu 331106
    tp ckgu saya kata salah..330926..
    mcam mna ckgu???

    ReplyDelete
  34. ckgu kalau kiteorang skola kiteorang ckgu kata jawapan bukan 331106..
    macam mana>???

    ReplyDelete
  35. hello cikgu!saya nak tahu berapakah jumlah yang harus dimasukkan untuk stok bagi imbangan duga selepas pelarasan?46800?48600?atau 56500?tq!

    ReplyDelete
  36. salam cikgu?
    saya nak tanya,mcm mana nak buat akaun kawalan utk slps pelarasan? saya kurang faham.boleh cikgu terangkan? thank u

    ReplyDelete
  37. jwpn imbangan duga selepas pelarasan yg sebenar ialah 331106.. namun demikian, sekiranya cgu di sekolah masing2 tidak terima jawapan tersebut ikut sekolah masing2... sebab cgu sekolah yg akan tafsir bukannya cikguSila.. ;)

    baca post cgu.. jawapan dah ada utk sotk akhir.. 46800 .. stok awal 56500.

    akaun kawalan disediakan dengan merujuk ke semua buku catatan pertama yang ada kaitan dengan jualan dan belian kredit..

    ReplyDelete
  38. salam..
    cikgu,knapa trikh buat f0lio nie x strategik??
    dah la kami exam slma 3 week akhir bln 5 nie..
    kmi sume pning mcm mne nk s0lve kn scpt mgkin..

    ReplyDelete
  39. amy,

    yang ni kena tanya LPM.. cgu menerima arahan je.. hehehe

    ReplyDelete
  40. cikgu.nak macam mana buat ayat kesilapan prinsip??sudah rujuk buku teks,tapi maklumat yang bagi tak berapa faham..kena cikgu tolong..

    ReplyDelete
  41. cikgu,how to do the cadangan semasa and jangka panjang bagi perniagaan ? I cant get it . Can you please give us one or two exampla ? Its just my teacher ask us to give 6 cadangan for both ,, semasa and jangka panjang , help me please . Thank you

    ReplyDelete
  42. cikgu, macam mana nak buat rumusan?

    ReplyDelete
  43. cikgu , macam mana nak buat rumusan ye ? tahun nie dengan tahun lepas berbeze kan ?

    ReplyDelete
  44. cikgu...bleh x kalu tlg bg amount smua maklumat...nak cek....

    ReplyDelete
  45. cikgu boleh ajar care nk buat rumusan dan meningkatkan presta semasa da jangka panjang perniagaan?

    ReplyDelete
  46. askom ckgu bole bagi contoh tafsiran nisbah x?

    ReplyDelete
  47. Cikgu .. boleh tanya bahawa tempoh perakaunan ialah setahun / dua tahun? mula dari 2009-2011 ?

    ReplyDelete
  48. cikgu baki bank dengan tunai pakai yang mane ? dekat jurnal atau buku tunai ?
    saya tak paham

    ReplyDelete
  49. cikgu saya dah dapat 41 akaun tapi masih tak balance .. macam mane ye cikgu ?

    ReplyDelete
  50. thanks very much, Cikgu. ;)

    ReplyDelete
  51. cikgu, pinjman matang pd tarih2 t'tentu tu ape mksud dia?

    ReplyDelete
  52. boleh tnjukkan tak contoh cdngan utk folio??

    ReplyDelete
  53. TAK BALANCE. huwaaaa

    ReplyDelete
  54. hii.umm how to find the hasil terdahulu, hasil terakru , balanja dahulu and belanja terakru at imbangan duga?i'm going to do (senarai pelarasan pada tarikh imbangan) :)

    ReplyDelete
  55. cikgu, nape KKK saya tak balance. tpy imbangan duga terlaras saya da balance. then upah pembantu kedai tu masuk dalam PP tak?

    ReplyDelete
  56. macam mane nak wat rumusan ? cikgu ada contoh tak ??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Copyright 2013 Reserved to ILoveAkaun l Design by DayangDeno