Friday, April 15, 2011

Cikgu, macamana nak buat pelarasan?


Salam Kasih Sayang dan Salam 1Malaysia,


"OPS!! SEBELUM BACA SAMPAI HABIS... JADI FOLLOWER CIKGU DULU YE" ... TQ

Beberapa hari ni mmg agak sibuk dengan kerja2 yg tiada kesudahan.. ;)
Alhamdulillah, tugasan 2 tetap dapat diteruskan walaupun dalam keadaan yg sibuk.. tahniah buat semua anak2 didik cgu yg dapat membahagikan masa dalam penyediaan kerja kursus dan program2 sekolah (the next sciencetist, karnival kerjaya .. dll)

Tarikh akhir gugur Prinsip Perakaunan SPM 2011 pun dah berakhir hari ini..
kepada Akmal, Hazwan, Fitri, Zaweer, Nazmi, Munqeez, Iddin, Afi', Ailwan, Azrin dan Aziq.. doa cikgu semoga keputusan kalian memang memberikan satu impak yang baik dalam diri sendiri.. teruskan perjuangan.. SPM 9A+..

Banyak komen dan pertanyaan yang diajukan kepada cikgu berkenaan dengan pelarasan. Kalau diikutkan dalam jadual kerja.. memang minggu ni pelajar dah kena buat pelarasan berdasarkan kepada soalan yang diberi.. kali ini cikgu akan ajar macamana nak buat pelarasan.. Sebelum tu .. set minda "pelarasan senang dan mudah macam petik jari je.." ... seperti yang dijanjikan kepada anak2 didik cgu.. mlm ni cgu akan bincangkan berkenaan dengan pelarasan.. semak jawapan masing2... jawapan Fadrul, Luqman Wafiy dan Hakim M boleh dijadikan rujukan...

PELARASAN
masa menyediakan pelarasan cikgu harap semua pelajar menyediakan sendiri.. cuba buat ikut kefahaman sendiri.. ini adalah ulangkaji.. pandai buat pelarasan, faham pelarasan semua itu adalah markah.. jadi faham kan betul-betul.. ;).. kita dah bincang dalam kelas kan.. cuma ada beberapa perkara yang cikgu nak u all  ubah... 

cikgu nak semua pelajar sediakan sehelai test pad, sehelai jurnal (JA2) dan 3 helai lejar (ikut penambahan lejar yg baru wujud.. yg lama kekalkan no rujukan) untuk memudahkan penyediaan bagi pelarasan yang dikehendaki soalan.

1. Stok Akhir : stok akhir dinilai dengan mengambil nilai terendah antara harga kos dan harga pasaran 
(ikut konsep TAKAP : terendah antara kos dan pasaran).. jadi jawapan mesti ambil amaun yang terendah iaitu RM46,800. Amaun ini akan dipindahkan ke dalam Penyata Pendapatan (Kos Barang untuk dijual tolak Stok akhir) dan Kunci Kira-kira (Aset Semasa). Tidak perlu direkod ke dalam Jurnal Am ataupun lejar.

2. Susut nilai : susut nilai akan menjatuhkan/mengurangkan nilai aset bukan semasa. Apabila berlaku susut nilai dua perkara yg perlu direkodkan iaitu Belanja Susut Nilai (Susut Nilai) dan Susut Nilai Terkumpul.

Jadi apabila berlaku susut nilai; di dalam Jurnal Am akan direkodkan seperti berikut;-
Dt   Susut Nilai ABS, Kt   Susut Nilai Terkumpul ABS.

Ada 3 kaedah iaitu penilaian semula, kaedah garis lurus dan kaedah baki berkurangan.

cara pengiraan mengikut formula yg diberi iaitu :-

a)   Kaedah Garis Lurus = % x Kos ABS x Tempoh
b)   Kaedah Baki Berkurangan =   % x (Kos ABS - SNTlama) x Tempoh
c)   Penilaian Semula = lama - baru 

soalan kerja kursus, seperti yg telah kita bincang di dalam kelas... jawapan adalah seperti berikut;

cari dulu kadar susut nilai... ada dua ABS iaitu kenderaan dan lengkapan

Bagaimana dapat kadar susut nilai.. boleh buat kaedah matematik ataupun cuba-cuba.. cikgu guna kaedah cuba-cuba tu yg dapat 20% dan 10%.

Kenderaan (garis lurus).. Kos RM40000. Kdr 20%. kiraan untuk tempoh sebulan. Semak jawapan mesti dapat RM666.66 kita bundarkan kepada RM667. (20% x RM40000 x 1/12)
Dt. Susut Nilai Kenderaan (LA34) rm667, 
Kt. Susut Nilai Terkumpul Kenderaan (LA10) rm667
(...............................)
kmdn pindahkan ke lejar...

Lengkapan (baki berkurangan).. Kos RM15,000 + RM720.. Kadar 10% kiraan untuk tempoh sebulan. Semak jawapan mesti dapat RM107.25 kita bundarkan kepada RM107. (10% x RM15000-2850 x 1/12) + (10% x RM720 - 0 x 1/12)..
Dt. Susut Nilai Lengkapan (LA35) rm107, 
Kt. Susut Nilai Terkumpul Lengkapan (LA11) rm107
(...............................)
kmdn pindahkan ke lejar


3. Peruntukan hutang ragu (PHR)... cgu nak minta maaf terbagi ajaran sesat la pulak.. ikut yg terkini.. kiraan untuk PHR ialah % x Penghutang bersih sahaja. tak perlu kalikan dengan tempoh sebulan.. tu yg cgu dok fikir lama ikutkan PHR atas penghutang je mana ada ikut tempoh2 ni kan.. alhamdulillah terjawab semua kemusykilan tersebut.. jadi betulkan semua jawapan u all kepada kiraan %xpenghutang bersih je.

Jadi buat akaun kawalan penghutang terus atau tambahkan baki akhir yang ada dalam lejar jualan... jawapan RM17,500... Kadar u all tentukan sendiri nak berapa dan darab dengan nilai penghutang bersih... 

Lihat perbezaan antara rm370 (imbangan duga) dan amaun baru yg diperolehi.

jika meningkat maksudnya pertambahan PHR.. ini adalah belanja.. 
Dt   Pertambahan PHR   LA36   XXX ----- nilai beza atra 370 dgn amaun yg dikira
Kt   PHR           LA9 XXX ----- nilai beza atra 370 dgn amaun yg dikira
(......................)
kmdn poskan ke lejar

ATAU

jika menurun maksudnya pengurangan PHR.. ini adalah hasil..

Dt   PHR   LA96   XXX ----- nilai beza atra 370 dgn amaun yg dikira
Kt   Pengurangan PHR           LA36 XXX ----- nilai beza atra 370 dgn amaun yg dikira
(......................)
kmdn poskan ke lejar


4. Belanja Terakru : belanja yang sepatutnya dibayar tetapi tak bayar lagi. belanja terakru ialah liabiliti semasa. jadi dalam jurnal am mesti  ...

Dt    Belanja XXX
Kt   Belanja Terakru XXX
(................................)
kmdn poskan ke lejar

baca soalan betul2 bagi butiran gaji dan faedah atas pinjaman... 

contoh gaji yang sepatutnya dibayar kepada pekerja ialah minimum RM1200, sedangkan dalam buku tunai amaun gaji yang telah dibayar kepada pekerja ialah RM1000.. memang jelas berlaku satu keadaan yang mana perniagaan tidak membayar gaji pekerja dengan cukup. 

kalau baca komen cgu n post yg sebelum ini cikgu ada bagitau kaitan dengan butiran (h).. cgu setuju yg butiran ini untuk penyediaan belanjawan tunai cuma cgu membuat satu ukuran sendiri yg mana ianya boleh dijadikan garis panduan untuk meningkatkan amaun gaji yang telah dibayar setakat rm1000 tu... cgu harap pelajar2 jelas dengan penjelasan ini.

Lagi satu belanja cari sendiri...

5. Belanja Terdahulu : Belanja yang sepatutnya tidak dibayar lagi tetapi telah dibayar. jadi bel terdahulu ialah aset semasa. dalam jurnal am
Dt   Belanja Terdahulu XXX
Kt   Belanja XXX
(...................)
kmdn poskan ke lejar

cgu nk cadangkan kalau boleh jgn ambil butiran yg sama dengan belanja terakru.. ambil yg lain contohnya pengiklanan, promosi, insurans dan belanja am.

6. Hasil Terakru : hasil yang sepatutnya dah diterima tetapi tidak diterima lagi. hasil terakru ialah aset semasa. jadi catatan dalam jurnal am
Dt   Hasil terakru XXX
Kt   Hasil XXX
( ................)
kmdn poskan ke lejar

tengok butiran dalam buku tunai sebelah debit... ada dua butiran yg boleh dijadikan jawapan sama ada sewa ruang niaga atau komisen... pilih la mana satu asalkan ianya jadi hasil terakru..

7. Pembetulan kesilapan: kesilapan2 yg mungkin berlaku pada akhir tempoh perakaunan selesai.. baru sedar ada beberapa perkara yg tertinggal.

bagi dua keadaan iaitu ketinggalan catatan dan kesilapan prinsip...

yg pasti bg bahagian ini cgu nak semua pelajar cgu buat pembetulan bagi kadar bayaran seperti yg telah dibincangkan di dalam kelas.. yg ni cgu wajibkan... yg lagi satu tak kisah apa2 pun yg u all nk buat janji tak lari konsep... ;)


Ni je dulu berkenaan dengan pelarasan... ingat isnin ni cgu nak tengok mesti dah siap hingga ke penyata kewangan..., cuba buat yg terbaik.. pengorbanan yg kita buat hari ini akan menghasilkan keputusan yg sangat baik untuk masa akan datang.. percaya lah... 
Law of Believe "whatever u believe, it becomes ur truth"


i Love Account!!!
i Love U!!!









43 comments:

  1. Assalamualaikum cikgu, saye nak tanye. Stok awal amik dari imbangan duga ke ?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum cikgu, saye nak tanye. Stok awal amik dari imbangan duga kan ?

    ReplyDelete
  3. mira : yup.. stok awal ambil drpd imbangan duga..

    ReplyDelete
  4. salam..cikgu sila
    kadar bayaran'kesilapan prinsip atau ketinggalan catatan?

    ReplyDelete
  5. s/nilai kenderaan ambik RM 666.67 ke RM 667 ??

    ReplyDelete
  6. LENGKAPAN:
    kos RM 15 000 + RM 720..
    RM 720 asal dari mana?

    ReplyDelete
  7. cikguzai : pandangan sy ialah ketinggalan catatan. ;)

    syuhada : ambil je rm667... lengkapan 720 tu ialah daripada JA1 modal tambahan 1/1/11...

    ReplyDelete
  8. salam..
    1)bagaimana nak ttp lejar selepas pelarasan? adakah hanya dengan baki h/b dan b/b? perlukah pindah ke ak u/r?

    2)sekiranya tutup lejar dgn baki h/b dan b/b, bermakna dlm imbangan duga terselars kita ada item belanja terakru dan terdahulu..

    minta pandangan cikgu sila..tq..

    ReplyDelete
  9. a'skum cikgu, untuk mengira tempoh kutipan dan pembayaran hutang, bagaimanakah kita mendapat jualan kredit dan belian kredit?

    ReplyDelete
  10. Harap cikgu dapat memberi panduan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum cikgu,

    first, sy nak ucp trime ksh dkt cikgu sbb sy berjaya melaksanakan tugasan2 sampai imbgan 2 slepas mengikut steps yg cikgu ajar.

    second, sy berhrap agr cikguu truss mmberi guide dlam blog inni krana ianya mnjadi satu-satunyaa sumber rujukan sy.

    trime ksh :)

    ReplyDelete
  12. salam cegu ~
    cemana nk buat pasal cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa dan jangka panjang perniagaan ?

    ReplyDelete
  13. salam,
    1.knp kadar bayaran jd ketinggalan catatan?sy xfhm
    2.kalau kipas angin tu sy jd kn sbgai kesilapan prinsip bln x?sy rasa 2 lekapan bkn nye lengkapan

    ReplyDelete
  14. askum.. lejar kadar bayaran terakru dgn lejar kadar bayaran kena gabung kn ka???

    ReplyDelete
  15. salam cgu...nk cri susut nilai 2 klau nk kira kaedah matematik mcm mna??

    ReplyDelete
  16. pandangan cgu..

    1)lejar blh ditutup dengan baki h/b dan baki b/b..
    sbb lepas tu kita nak pindahkan ke imbangan duga..

    2) betul la tu..

    sofea : jualan kredit tu dpt daripada jurnal jualan manakala belian kredit daripada jurnal belian

    tat : tq... ;)

    izzati : cgu akn buat post yg terbaru berkaitan dengan tu.. tgu sat ye..

    1) kdr byaran ketinggalan catatan disebabkan sepatutnya kadar bayaran terakru tersebut telah dijelaskan tetapi dalam lejar soalan dibuat dalam akaun yg berlainan.

    2) boleh... kesilapan prinsip daripada lengkapan kepada lekapan.. ;)

    syazril adha : utk pibdahan ke lejar jgn gabungkan sebab ruangan folio menunjukkan rujukan LA yg berbeza.. jadikan sebagai pembetulan kesilapan.. cgu ada nyatakan di atas sebab kenapa...

    susut nilai mmg dikira berdasarkan foemula (bg cgu itu dah dikira macam kaedah matematik la)...
    kaedah atas kos = % x Kos
    kaedah baki berkurangan = % X (KOS - SNT lama)

    ReplyDelete
  17. salam cikgu,saya ada masalah dlm projek ini dan saya hanya ada 2 minggu utk siapkan projek ini.pelarasan ada ketinggalan catatan dan kesilapan prinsip so dlm lejar kena buat silap ke?
    kindly waiting 4 ur comment.....!

    ReplyDelete
  18. bila ada pelarasan maksudnya kita kena buat catatan dalam jurnal am . lepas tu pos ke lejar.. seterusnya sediakan imbangan duga terlaras ... ;)

    ReplyDelete
  19. ckg
    kn nk bt plarasan tu kn..
    yg kslapan yg nk ltk dlm jurnal am plarasn tu..agk2 ckg nk ltk ap selain ambilan dn angktan kluar??

    ReplyDelete
  20. cikgu, bukan sepetutnya belanja terakru ada dua item ke ?? saya tak faham sangat la..

    ReplyDelete
  21. cikgu, bukan sepatutnya belanja terakru ada dua item ke ?? apa dua item tu ?? saya tak faham sgt...

    ReplyDelete
  22. cikgu, saya dah buat sampai hasil terakru... tapi untuk pembetulan kesilapan tu macam mana .... saya tak berapa faham...

    ReplyDelete
  23. CIKGU STOK AKHIR NY DR MNE....X PHM R

    ReplyDelete
  24. cikgu sye nk mntx tlg cikgu tnjukkan imbgn duga yg dah terlaras boleh cikgu..sye x faham la nk buat cmne...

    ReplyDelete
  25. utk buat pelarasan.. ikut sepertimana kehendak soalan...

    nabilah... belanja terakru mesti ada 2.. yg lain tu satu je..
    pembetulan kesilapan... rujuk buku teks utk mudahkan nak buat...
    kl nk buat ambilan ke.. modal tambahan ke... tak menjadi kesalahan.. yg penting tak lari konsep dan prinsip.

    fahmi,
    stok akhir daripada soalan kan ada... baca soalan betul2.. cgu dah bg jawapan dlm post cgu ni..

    yana,
    imbangan duga terlaras utk setiap pelajar adalah berlainan... jwpn cgu pun tak blh sama dengan jawapan yana.. cb yana semak betul catatan yg dibuat... ;)

    ReplyDelete
  26. ckg mcm mne nk buat cacatan pelarasan dlam jurnal dan lejar...?

    ReplyDelete
  27. cikgu, saya x faham macam mana nak buat pembetulan kesilapan dan kesilapan prinsip, boleh jelaskan x?

    ReplyDelete
  28. Hi cikgu, sye nak tnya ckg adakah pembtulan kesilapan tu perlu ambil kira dlm i/d terlaras ?

    ReplyDelete
  29. cikgu,cmne cikgu dpt kadar susut nilai utk kenderaan and lengkapan tuh??cikgu kire cmne??

    and utk ketingglan catatan tu buat 2 akaun (akaun kdr byrn and akaun byrn balik pinjaman) or buat satu je??(akaun kdr byrn/akaun byrn balik pinjaman)

    ReplyDelete
  30. cikgu dalam belanjawan tunai item jualan and belian nak amik drpd mana??yang beli lori ang gaji tuh kita bagi harga sendiri or ambil harga kat item kenderaan??

    ReplyDelete
  31. Salam,cgu...bkn ke susut nilai kenderaan tu 15% setahun...?

    ReplyDelete
  32. cikgu, bolehkah saya tanya tentang perlukah kita buat ak untung rugi? @@
    krn sample yg cgu sekolah saya bagi ada catatan utg rugi dalam jurnal dan lejar. .

    ReplyDelete
  33. cikgu,asal saya nya penyata pndptn dptrugi..pastu kunci kira2 tak imbang..

    ReplyDelete
  34. Askum cg,

    saya nak tnya, adakah pinjaman 4% n 6% itu termasuk dalam liabiliti bukan semasa?

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum cikgu..!!..maaf jika menganggu...tetapi sy juga seperti seorang cikgu minat akan subjek account tp sy x amek PRINSIP AKAUN sy adalah pelajar sekolah VOKASIONAL yg amek PERAKAUNAN PERNIAGAAN..dye hampir same dgn SBJEK PA..soalan nye berbunyi...

    pada 1 Julai2002 SUNNY ENTERPRISE telah membeli sebuah VAN yang berharga RM48 000 dgn cek.Peniaga telah menetapkan untuk menyusutnilai semua aset tetapnya sebanyak 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan..Pada 31 Disember 2003, SUNNNY bercadang untuk menjual van tersebutdgn hargaRM40 000..

    ANDA DIKEHENDAKI menyediakan..
    a)akaun van bg dua tahun berturut
    b)AK.peruntukan susut nilai bg dua tahun berturut
    c)Ak.blanje susut nilai van bg tahun brahir 31 disember 2002 dan 2003
    d)Ak untung rugi bg tahun brakhir 31 disember 2003..

    sy harap cikgu dpt tlg..
    terima kasih..

    ReplyDelete
  36. cikgu boleh buat penerangan dekat youtube tak? saya kalau tulis-tulis ni tak faham la.. :(

    ReplyDelete
  37. salam cikgu , soalan saya macam ni : kat imbangan duga diberi alat tulis RM 420 pastu ada maklumat tambahan mengatakan alat tulis yang belum digunakan dinilaikan pada RM 110 . kena buat apa eh ? soalan ni suruh buat penyata pendapatan dgn kunci kira2 . tq

    ReplyDelete
  38. salam cikgu boleh saya tanya tentang cara nak cari stok akhir kerja kursus akaun ,sbab dalam soalan ade peratus

    ReplyDelete
  39. cikgu macm mana nak cari stok akhir sbb dalam soaln hanya bagi peratus

    ReplyDelete
  40. salam cikgu boleh saya tanya tentang cara nak cari stok akhir kerja kursus akaun ,sbab dalam soalan ade peratus

    ReplyDelete
  41. cikgu, saya nak tanya..macam mana nak dapat penghutang bersih? kena tambah semua penghutang ke?

    ReplyDelete
  42. Salam cikgu. Untuk penyata pendapatan bagi stok, kita perlu guna harga kos atau harga pasaran.
    Terima kasih

    ReplyDelete
  43. CIKGU MACAM MANA NAK CARI STOK AKHIR

    ReplyDelete

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023