Friday, April 22, 2011

LANGKAH SETERUSNYA ... TUGASAN 2


"KALAU NAK BACA SAMPAI HABIS.. JADI FOLLOWER www.cikgusila.com DULU YE... tq"

Salam Kasih Sayang dan Salam 1Malaysia

sekarang ni cgu masih di sekolah... tuan rumah "Festival Wind Orchestra SBP ke 13... berkampung sat... macam2... tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik...

Sebelum ni cgu dah bincangkan berkaitan dengan pelarasan... kali ini cgu nak bincangkan berkaitan dengan tafsiran + belanjawan tunai..

Selepas buat pelarasan, langkah seterusnya menyediakan imbangan duga terlaras.. pastikan imbang. bila imbang baru lah boleh sediakan penyata pendapatan dan kunci kira-kira...

BAGAIMANA NAK SEDIAKAN PENYATA KEWANGAN (PENYATA PENDAPATAN DAN KUNCI KIRA-KIRA)?





Dalam imbangan duga terselaras, tentukan setiap butiran yang ada klasifikasi akaun yang mana antara belanja, aset, liabiliti, ekuiti pemilik atau hasil...akaun kontra pun tentukan sekali...

Lihat bahagian DEBIT imbangan duga terlaras... bahagian dt memberi maksud semua butiran yang menambahkan belanja dan aset, mengurangkan liabiliti, ekuiti dan hasil.

Kemudian lihat pula bahagian KREDIT imbangan duga terlaras.. bahagian kredit memberi maksud semua butiran yang mengurangkan belanja dan aset, menambahkan liabiliti, ekuiti dan hasil.

jika HASIL dan BELANJA; butiran ini akan dipindahkan ke PENYATA PENDAPATAN..
manakala LIABILITI, EKUITI dan ASET akan dipindahkan ke KUNCI KIRA-KIRA... kunci kira-kira mesti tunjukkan Modal Kerja..

Selepas sediakan Penyata Kewangan, apa yang perlu dibuat ialah sediakan Analisis Nisbah.
untuk sediakan analisis ni.. pelajar mesti rujuk Penyata Kewangan masing2... Bab analisis ni memang mudah.. yg penting faham penyata kewangan dan ingat formula setiap nisbah..

ada 3 nisbah yang perlu dibuat (rujuk buku teks m/s 535) :-

i) NISBAH KEBERUNTUNGAN ...  untuk mengukur kemampuan sesebuah firma dalam usaha memperoleh keuntungan... jawapan mesti dalam bentuk %.. unit % mesti ditulis.

ii) NISBAH KECAIRAN... untuk mengukur keupayaan perniagaan membuat pelbagai jenis pembayaran kepada pihak lain seperti pemiutang dan pihak luar...
jawapan mesti dalam bentuk nisbah..

1. Nisbah Semasa
2. Nisbah Ujian Asid
3. Nisbah Ujian Mampu

iii) NISBAH KECEKAPAN .. untuk mengukur kecekapan pihak firma mengurus stok serta keupayaan mengutip dan membayar hutang.

1. Kadar Pusing Ganti Stok
2. Tempoh Kutipan Hutang
3. Tempoh Pembayaran Hutang


seterusnya ... BELANJAWAN TUNAI...


bagi menyediakan belanjawan tunai, pelajar perlu buat sendiri berdasarkan kepada beberapa perkara yg dinyatakan dalam soalan dan buku tunai.. boleh bermula 2011, 2012, 2013, 2014 atau 2012, 2013,2014,2015... yang penting 4 tahun... 
semua butiran dan amaun pelajar hendaklah tentukan sendiri... tak kisah.. cuba buat ikut anggaran sendiri.. cgu cadangkan buat dulu maklumat sendiri maksudnya pelajar buat senarai apa yg hendak dianggarkan... (buat macam senarai pelarasan.. ;)...)


cadangan butiran pembayaran...
  • belian
  • pembayaran kepada pemiutang
  • insurans
  • kadar bayaran
  • promosi
  • pengiklanan
  • belanja am
  • derma
  • upah pembantu kedai
  • gaji
  • belanja penyelenggaraan komputer
  • lori/ansuran lori


cadangan butiran penerimaan...
  • jualan
  • penerimaan daripada penghutang
  • sewa ruang niaga
  • komisen 

    37 comments:

    1. thanks alot for the information teacher..u help me alot

      ReplyDelete
    2. salam cikgu..
      saya nak tanya, pinjaman 4% di liabiliti semasa atau liabiliti bukan semasa?

      satu lagi.. deposit sewa di liabiliti semasa ke?

      saya confused. harap cikgu dapat membantu, terima kasih :)

      ReplyDelete
    3. salam...cik kina...pinjaman 4% tu liabiliti semasa sbb dye jngka pendek...btol x cikgu?...mmm....cikgu dlm lejer pelarasan mesti buat bhagian folio ke???

      ReplyDelete
    4. Salam ckgu sila. sy dah buat pnyata pndptn dn kunci kira2 tp x seimbang. ap mslhnye agknye ye ckgu? hrp ckgu dpt bntu sy. terima ksih.

      ReplyDelete
    5. cik kina : betul la jawapan zulia tu..

      pinjaman 4% : liabiliti semasa
      deposit sewa : liabiliti semasa

      zulia - yg terbaik kena buat :)

      hahazirah - sebelum buat penyata pendapatan dan kunci kira-kira, pastikan imbangan duga terlaras mesti seimbang..

      kemudian tentukan ASET, LIABLITI, EKUITI, HASIL dan BELANJA.

      kl hasil dan belanja : Penyata Pendapatan

      kl liabiliti, ekuiti dan aset : kunci kira-kira..

      semak satu per satu ye

      ReplyDelete
    6. salam cikgu,
      mcm manew nk buat belajawan tunai
      eik???

      ReplyDelete
    7. PENGIRAAN TEMPOH KUTIPAN HUTANG:

      mcm mana nak cari jualan kredit.

      ReplyDelete
    8. pengiraan TEMPOH KUTIPAN HUTANG:

      macam mana nak cari jualan kredit?

      ReplyDelete
    9. boleh x saya buat pengiraan & tafsiran nisbah dalam satu page mcm buku teks m/s 535

      ReplyDelete
    10. salam..kalau imbangan duga lepas pelarasan dah seimbang kunci kira2 pulak x seimbang mcm mana ya?

      ReplyDelete
    11. mcmmana nk buat akaun kawalan penghtg & pemiutang??

      ReplyDelete
    12. slm... mcm mna nk bg imbangan duga saya imbang..

      ReplyDelete
    13. tafsiran nisbah nk buat mcm mne?

      ReplyDelete
    14. dh buat senarai utk belanjawan tunai skrg k0nfius nk buat mcm manew pulak belanjawan tunai???nk tgk dkt BT ke penyata pendapat????

      ReplyDelete
    15. cikgu,deposit sewa bukan hasil ke?

      ReplyDelete
    16. cikgu,deposit sewa bukan hasil ke?

      ReplyDelete
    17. cikgu .. nk buat rumusan tu camne pulak ye ? penim nk pkr sal rumusan tu .. buleh ckgu tulum ..

      ReplyDelete
    18. cekgu .. mcm mner nak wat belanjwan tunai dan cadangan untuk meningkatkn prestasi perniagaan ... belanjawan tunai tuh agak mengelirukan la ..

      ReplyDelete
    19. belanjawan tunai disediakan dgn merujuk butiran yang ada dalam buku tunai. tapi takde la semua kita kena ambil.. pilih beberapa sahaja...

      kl imbangan duga tak seimbang, semak semula lejar yg kita buat.. mgkn ada yg betul dicatatkan..

      jualan kredit = jualan - pulangan jualan

      belian kredit = belian - pulangan belian

      tafsiran nisbah plg mudah nak buat dgn mnerujuk buku teks ms 535... blh buat sprt mana dlm buku teks.. kira dah menjawab seperti kehendak soalan tugasan.. apapun nasihat cgu tanya guru sekolah masing2..

      ReplyDelete
    20. asalamualaikum...nilai blnjawan yg baki awl tu nak amek kat mna ea cgu...tolong sya cgu....sya bingung ni

      ReplyDelete
    21. salam cikgu....camner nak cari penerimaan daripada penghutang dan pembayaran kepada pemiutang?

      ReplyDelete
    22. cikgusila
      sy kurang memahami la
      cara2 na kira akaun

      ReplyDelete
    23. semua pengiraan perlu dlm setahun kan
      sy masih blur la??

      ReplyDelete
    24. baki belanjawan tunai ambil je nilai tunai + bank..

      penerimaan dan pembayaran tu blh dapatkan daripada buku tunai..

      kumiko nintama,
      soalan tak berapa jelas.. tak tau cgu nak jawab.. tp kl sebab projek f5 tu baca satu per satu dlm blog ni .. insyaallah ianya membantu.. ;)

      ReplyDelete
    25. cikgu, belanjawan tunai utk pmbyrn dan penerimaan mmg kena ikut buku tunai shja ke cikgu?

      kalau cnhmyer, gaji ada pelarasan...eg. gaji terakru..
      nak ikut buku tunai ke atau yang dkt imbangan duga terselaras?

      ReplyDelete
    26. anis, baca post utk buat belanjawan.

      nak mudah rujuk buku tunai

      ReplyDelete
    27. kalau stok..die aset semase ke?
      and ape beza stok awl,stok akhir and stok?

      ReplyDelete
    28. hi,i just want to know that nisbah kecekapan,tempoh kutipan hutang,penghutang take only the penghutang nilai or take the nilai mines wif peruntukan hutang ragu?

      ReplyDelete
    29. cikgu sila . yg nisbah keberuntungan tuh , modal awal dia brape ? rm60 000 atau rm30 200 ?

      ReplyDelete
    30. salam cgu , kalau penghutang n pemiutang tak letak dlm belanjawan boleh tak ? sbb jualan n belian dah byr sume kan

      ReplyDelete
    31. cikgu,jualan kat belanjawan tunai nak amik dari mane?or reka sendiri je?

      ReplyDelete
    32. bagaimana buat belanjawan tunai??? semua penerimaan dan pembayaran kreatif sendiri???adakah baki b/b 2011 ialah RM30200???boleh bagi sedikit contoh kaitan dengan belanjawan tunai

      ReplyDelete
    33. bagaimana buat belanjawan tunai??? semua penerimaan dan pembayaran kreatif sendiri???adakah baki b/b 2011 ialah RM30200???boleh bagi sedikit contoh kaitan dengan belanjawan tunai

      ReplyDelete
    34. As'salam cikgu,baki awal di belanjawan tunai ambil dari penyata pendapatan~~

      ReplyDelete
    35. salam cikgu..deposit sewa bukan dikelas kn sbg aset semasa ke?nape liabiliti semasa

      ReplyDelete
    36. Nisbah cikgu tlong beri formula nisbah boleh?

      ReplyDelete
    37. salam cikgu.. kalau kite terlebih rekod susutnilai melebihi nilai kos dia..nak buat pelarasan macamane ek?tq

      ReplyDelete

    Permulaan Sesi Akademik 2022/2023