Saturday, September 22, 2012

SOALAN PERCUBAAN SPM PRINSIP PERAKAUNAN 2012

Salam kasih sayang...

Alhamdulillah dah selesai kan peperiksaan percubaan SPM semua negeri... sekarang adalah masa untuk menjawab soalan-soalan percubaan setiap negeri... nasihat cgu buat lah soalan2 semua ni satu per satu... jangan sampai tertinggal... cgu yakin sangat kalau dapat jawab semua soalan trial pasti keputusan cemerlang yang kita akan dapat ... Pasti A+... nak kan?

kalau nak soalan-soalan trial akaun 2012 boleh dapatkan di laman web rakan alam maya cgu...

 BLOG CIKGU NARZUKI


mata pelajaran add maths pun ada kalau nak ... g blog ni...


n banyak blog cikgu2 lain yang boleh kita search dalam internet ni... google je la...

moga usaha kita kali ni berjaya kan... dapat buktikan kepada diri kita sendiri yang aku boleh berjaya dengan cemerlang... amin...


Tuesday, August 21, 2012

Teknik Menjawab SPM...

Salam Aidilfitri ... Salam Kasih Sayang...

Hari ni hari raya yang ketiga... alhamdulillah cgu masih diberi peluang bernafas di muka bumi ini... hari ni tak g beraya pun... hubby cgu dah mula bekerja... kat rumah kemas2 n masak dgn anak2... selain berinternet.. hehe... 

cgu tak kongsikan lagi apa aktiviti yang cgu jalankan di minggu akhir ramadhan yang lepas... mmg tak sempat nak upload... macam2 perkara yang nak dibuat... ni pun ada gak keje tapi bila dah cuti mmg tak nak buat keje2 sekolah dah skang ni... rasa nak buat jadual baru kehidupan di hari cuti... ;)

Sekolah cgu dah selesai trial SPM 2012... 1 Ogos hingga 15 Ogos 2012 yang lepas... alhamdulillah menanda pun dah siap... biasa la ada yang meningkat dan ada yang menurun... tetapi kebanyakannya dah meningkat... nanti cgu upload soalan2 SBP di blog cgu ni... jd blh la buat... mana tau ada yang mengena semasa SPM sebenar nanti kan...

10 Ogos 2012... cgu dijemput untuk berkongsi ilmu dengan guru dan pelajar2 akaun di SMK (P) Sri Aman. cgu terpaksa mula lewat sebab sesat. GPS tak de... rasa tak blh hidup tanpa GPS lak sekarang ni... apapun alhamdulillah cgu bersyukur akhirnya dapat gak cgu kongsikan apa yang cgu ada bersama dengan mereka... cgu yakin pelajar perempuan ni kl berusaha sungguh2 pasti blh berjaya dengan cemerlang...

selalu mengajar semua pelajar lelaki... kali ni dengan semua pelajar perempuan pula... ada beza? hehe...

esok nya lak ... 11 Ogos 2012... cgu dijemput oleh PIBG SMA Al Amin Gombak... ke UIA pula... buat kali kedua cgu memasuki UIA. best... sempat menunaikan solat zohor di Masjid UIA... seronok nya... rasa aman dan tenang. ramai nya umat Muhammad saw berada di dalam masjid di akhir2 ramadhan... termasuklah pelajar SMA Al Amin yang berada di Masjid UIA selama beberapa hari. qiamullail... baca al quran... alhamdulillah...

berkongsi dengan mereka adalah satu kepuasan buat cgu... dapat berkongsi dengan pelajar2 yang mempunyai akhlak dan budi pekerti yang tinggi... ada pelajar yang khatam al quran lebih daripada 5 kali setahun... cgu kagum. sebab diri cgu sendiri tak dapat nak buat cam tu lagi... insyaallah... mereka memberi satu semangat baru buat cgu... sebab tu cgu lebih suka untuk berkongsi... apa yang cgu ada, mgkn mereka tiada tetapi apa yang mereka ada mungkin cgu tiada... tqvm... ;)

di Mini Auditorium, UIA... 

kenangan2 terindah sepanjang ramadhan kali ni memang tersemat di dalam hati... alhamdulillah... ya Allah, terima kasih atas segala setiap kurniaanMu, peluang yang diberi... berilah kejayaan kepada kami semua dunia dan akhirat... amin...







Saturday, August 18, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... 2012

Salam kasih sayang... 

Alhamdulillah... hari ni hari terakhir kita semua umat Muhammad berpuasa. Sekejap rasanya kan. Esok dah hari raya... 

Kesempatan ni cgu ucapkan kepada semua peminat setia blog cgu dengan ucapan ...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN


Ampun maaf dipinta atas segala-galanya... mudah2an selepas ini kita lebih diberkati dan dirahmati oleh Nya...
 
 


 

Saturday, August 4, 2012

Jadual Waktu SPM 2012

Salam kasih sayang...

alhamdulillah hari ni dah 15 hari berpuasa. sekejap masa berlalu. cgu bersyukur setakat ni masih lagi diberi peluang untuk menjalani ibadah ni.. bersama dengan suami dan anak2 tercinta... 

Sepanjang dua minggu lepas banyaknya aktiviti yang dah cgu buat... cuma tak sempat je nak post dlm blog ni... tu la kekadang tu macam2 nak tulis tapi ada je kekangan yang menyebabkan terbantut untuk update blog ni... ;)

Sambil tunggu hubby cgu balik... baik cgu update blog ni... 
banyak yg nak share ni...

Bengkel Teknik Menjawab di KISAS ... 28 Julai 2012

 alhamdulillah Allah izinkan cgu berkongsi dengan pelajar2 KISAS... sebuah sekolah yang menjadi idaman cgu satu ketika dulu... walaupun tak dapat nk belajar di situ akhirnya Allah beri juga peluang untuk cgu berbakti kepada KISAS... mudahan apa yang dikongsikan boleh diterima dan meningkatkan prestasi masing2... apapun pelajar KISAS memang best... setenang2nya hati ni sepanjang perkongsian... sejuk dan nyaman sekali... Doa cgu moga u all berjaya dapat akaun A+ SPM 2012...





Ops! lupa lak pasal Jadual Waktu SPM 2012... dah keluar rupanya jadual periksa yang sebenar.. sebelum ni bila cgu check masih lagi draf... malam ni bila check dah ada rupanya...

boleh la kalau nak download... klik je Jadual waktu ni... 


Bila tengok jadual ni ... sian anak2 murid cgu... sebelum akaun ada paper biologi... maknanya kita terpaksa pulun sebelum tu... cgu yakin anak2 didik cgu boleh lakukannya... lepas trial ni kita all out habis2an... ;)

28 Disember 2012 [Rabu]
Kertas 1 : 11.15 pg - 12.30 tgh
Kertas 2 : 2.00 - 4.30 petang


sampai sini dulu la... nak tdo kan anak cgu dulu... <3 p="p">





Saturday, July 21, 2012

Ramadhan 1433

Salam Kasih Sayang...

Rasulullah saw bersabda :
"Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang lalu telah diampuni (oleh Allah)."
- Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahih al-Buhari, Kitab al-Iman no. 38 -

Hari ini hari pertama kita semua umat Muhammad saw menunaikan kewajiban berpuasa di bulan Ramadhan... Alhamdulillah cgu dapat melaksanakan nya setakat ni dengan jayanya... ;)
Harapan cgu tahun ni dapat menjadi lebih cemerlang sebagai umat Muhammad saw... buat anak-anak mama Hariss Hakim dan Hamiza Husna... moga puasa tahun ni dapat PENUH 100%... A+... 

Buat semua pembaca setia blog cgu... 
Selamat Berpuasa... moga tahun ni menggunakan masa yang ada peluang yang diberi dengan perkara2 kebaikan... jaga tingkah laku, jaga percakapan, jaga pandangan, jaga pemikiran, jaga pendengaran, dan jaga semuanya... moga tahun ni adalah tahun terbaik daripada tahun sebelumnya... 
makan kurma sentiasa... sedap... :)

moga ianya boleh dijadikan amalan seterusnya...

cgu ambil kata2 mentor cgu...
Hidup perlu ada MISI (Apa yang nak dicapai) & VISI (Kenapa mahu mencapainya)! Kerana tidak Tuhan jadikan manusia itu sia-sia melainkan kita yang mensia-siakannya! Mudah-mudahan berpuasanya kita bukan setakat menahan lapar dan dahaga tetapi menahan diri, menahan apa yang kita fikir, rasa, cakap, dengar, lihat dan buat apa sahaja yang mengurangkan pahala dan keberkatan puasa kita! Hidup pasti mati dan mati pasti ditanya dan diberi penentuan tentang setiap apa yang kita buat hari ini! Ingatan utk diriku yg selalu lupa! Ya Allah, Kau jadikanlah kami semua ini mendapat keampunan, rahmat dan kasih sayangMu Ya Rabbi! -AzizanOsman-





Wednesday, July 4, 2012

Sambutan Isra' dan Mikraj SAS 2012

Salam kasih sayang...

hari ni sambutan isra' mikraj di sekolah... alhamdulillah Allah memberi peluang kepada cgu untuk menimba ilmu daripada Imam Muda kedua Ustaz Hassan Adli. Betul apa yang ustaz kongsikan tadi. memang Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengasihani. Satu perkara benar2 berlaku dalam hidup cgu hari ini... 

Menitis air mata bila bercerita dengan hubby tadi... sambil menulis di blog ni pun sebak terasa. Selama ni ramai rakan2 guru bgtau dan dengar cerita orang sana sini. ikutkan hari ni sepatutnya cgu ke sekolah anak cgu untuk Karnival Prasekolah Peringkat WP Putrajaya. Husna masuk pertandingan mengeja bahasa inggeris. tetapi disebabkan sekolah cgu ada juga program kelas tambahan jadi cgu tak pergi sekolah husna. dalam hati memikirkan anak2 didik yang tak siap lagi kerja kursus. dah bulan julai tapi masih tak murnikan lagi... balik sekolah terus g ambil husna di sekolah. tapi masih tak keluar lagi masih di dewan. cgu terus ke dewan. sampai dewan tercari2 anak cgu... nmpk wajahnya sangat gembira... "mama, husna johan"... terkedu cgu... hanya tuhan yang tahu perasaan cgu waktu tu. jumpa cgu norhizan... "sian anak ko, naik pentas ambil hadiah sorang2 je tadi"... tersentuh gak... masuk dewan memang ramai ibu bapa yang datang... jumpa teacher husna pun dia cakap... "oooo ini lah mama husna... tak kenal" n bla bla bla.... waaaaaa

bila kita jaga anak orang dengan baik insyaallah Allah akan jaga anak kita juga dengan baik. mengajar cgu kepada satu perkara. Berserah kepadaNya sentiasa. moga anak2 mama hakim dan husna faham apa yang mama buat... 

ceramah ustaz hassan adli memang menyedarkan dan memotivasikan diri cgu untuk terus positif dalam apa jua yang dilakukan. terima kasih ustaz... apa yang ustaz kongsikan berkaitan dengan peristiwa isra' dan mikraj... nampak bersahaja dan sangat menyeronokkan... aura yang sangat cantik...

  • anak dilahirkan bersih. ibu bapa yang mencorakkan hidup anak.
  • berkawan dengan orang yang baik, baik lah kita... kalau sebaliknya.... maka sebaliknya lah...
  • solat tiang agama.... solat yang pertama akan dihitung... dan tak perlukan modal untuk melakukannya.
  • apa yang kita cakap, apa yang kita makan, apa yang kita fikirkan akan membentuk diri kita.... dan mencerminkan kematian kita.
terima kasih ustaz... moga rusilawati moin menjadi muslimah yang baik dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu dan guru, diberi kekuatan fizikal, mental dan emosi dalam setiap dugaan yang diberi, sentiasa positif dan sentiasa diberkati... amin....






Sunday, July 1, 2012

01 Julai 2012 : Kelas Konsep Asas Akaun

Salam kasih sayang...

baru je selesai makan tengahari bersama anak2... alhamdulillah... selesai program hari ni.. cgu buat kelas konsep akaun hari ni... semua stud tuisyen cgu datang kecuali 2 orang arham dan nazmi... 
aura yang sangat cantik... seronok sepanjang melaksanakan kelas tadi... 



doa cgu semoga kalian semua memahami dan jelas selepas ni dalam menjawab soalan2 yang dikemukakan dalam prinsip perakaunan... 
cgu dah kongsikan ada 3 perkara yang mesti pelajar pandai untuk mendapatkan akaun A+ iaitu... 
  • konsep
  • formula / format
  • teknik menjawab
 




cgu sangat percaya bila pelajar kuasai ketiga2 dalam mempelajari akaun pasti SPM A+.











BYE SAS! 020104-040224