Wednesday, July 4, 2012

Sambutan Isra' dan Mikraj SAS 2012

Salam kasih sayang...

hari ni sambutan isra' mikraj di sekolah... alhamdulillah Allah memberi peluang kepada cgu untuk menimba ilmu daripada Imam Muda kedua Ustaz Hassan Adli. Betul apa yang ustaz kongsikan tadi. memang Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengasihani. Satu perkara benar2 berlaku dalam hidup cgu hari ini... 

Menitis air mata bila bercerita dengan hubby tadi... sambil menulis di blog ni pun sebak terasa. Selama ni ramai rakan2 guru bgtau dan dengar cerita orang sana sini. ikutkan hari ni sepatutnya cgu ke sekolah anak cgu untuk Karnival Prasekolah Peringkat WP Putrajaya. Husna masuk pertandingan mengeja bahasa inggeris. tetapi disebabkan sekolah cgu ada juga program kelas tambahan jadi cgu tak pergi sekolah husna. dalam hati memikirkan anak2 didik yang tak siap lagi kerja kursus. dah bulan julai tapi masih tak murnikan lagi... balik sekolah terus g ambil husna di sekolah. tapi masih tak keluar lagi masih di dewan. cgu terus ke dewan. sampai dewan tercari2 anak cgu... nmpk wajahnya sangat gembira... "mama, husna johan"... terkedu cgu... hanya tuhan yang tahu perasaan cgu waktu tu. jumpa cgu norhizan... "sian anak ko, naik pentas ambil hadiah sorang2 je tadi"... tersentuh gak... masuk dewan memang ramai ibu bapa yang datang... jumpa teacher husna pun dia cakap... "oooo ini lah mama husna... tak kenal" n bla bla bla.... waaaaaa

bila kita jaga anak orang dengan baik insyaallah Allah akan jaga anak kita juga dengan baik. mengajar cgu kepada satu perkara. Berserah kepadaNya sentiasa. moga anak2 mama hakim dan husna faham apa yang mama buat... 

ceramah ustaz hassan adli memang menyedarkan dan memotivasikan diri cgu untuk terus positif dalam apa jua yang dilakukan. terima kasih ustaz... apa yang ustaz kongsikan berkaitan dengan peristiwa isra' dan mikraj... nampak bersahaja dan sangat menyeronokkan... aura yang sangat cantik...

  • anak dilahirkan bersih. ibu bapa yang mencorakkan hidup anak.
  • berkawan dengan orang yang baik, baik lah kita... kalau sebaliknya.... maka sebaliknya lah...
  • solat tiang agama.... solat yang pertama akan dihitung... dan tak perlukan modal untuk melakukannya.
  • apa yang kita cakap, apa yang kita makan, apa yang kita fikirkan akan membentuk diri kita.... dan mencerminkan kematian kita.
terima kasih ustaz... moga rusilawati moin menjadi muslimah yang baik dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu dan guru, diberi kekuatan fizikal, mental dan emosi dalam setiap dugaan yang diberi, sentiasa positif dan sentiasa diberkati... amin....






Permulaan Sesi Akademik 2022/2023