Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah 1431


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Salam Maal Hijrah,

rasanya cepat sungguh masa berlalu... dah setahun berlalu... macam2 dugaan dan cabaran yang telah dilalui... sempena menyambut maal hijrah kali ni cgu nak kongsi sesuatu yang cgu dapat daripada kawan cgu... nasihat yang boleh dijadikan panduan.. bukan mudah untuk mencari seorang sahabat, teman atau pun kawan...

Nasihat al-Qamah:

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

PERTAMA, Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

KEDUA, Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuan mu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada diri mu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

KETIGA, Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuan mu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

KEEMPAT, Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa diri mu, dia suka membantu dan meringankan mu serta menghiburkan mu.

KELIMA, Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentingan mu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan
dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"sampaikan! lah walau satu ayat" al hadis LAA HAULAWALA QUWWATAILLA

Wednesday, December 2, 2009

Soalan Sebenar Prinsip Perakaunan SPM 2009

salam...



seharian cgu cuba melihat semula soalan tahun ini... alhamdulilla semuanya dah berakhir... sekarang masa untuk bertawakkal... doa banyak2...



komen cgu... soalan tahun ni memang dah diduga... kl ikutkan soalan percubaan banyak membantu bagi persediaan SPM 2009... target mengena ... negeri Putrajaya... bila tengok semula memang tajuk bab yang sama... cuma bentuk soalan yang berbeza...



soalan 1 : dokumen dah lama menjalankan perniagaan... soalan yang paling mudah... banyak latihan pasti dapat jawab dengan baik... imbang tak imbang belakang cerita... yang penting buat sampai imbangan duga...



soalan 2 : penyata kewangan milikan tunggal... memang dah diduga... ramai yang kata susah... seperti mana yang cgu dh bgtau... jangan terkejut dengan perubahan soalan... apa yg diminta adalah sama... yang dikatakan soalan ini susah sebenarnya hanyalah butiran yang digunakan... sekiranya kita faham butiran tersebut ianya tidak menjadi masalah... cgu yakin u all dapat menyelongkar markah daripada soalan ini... jangan putus asa... teruskan tawakkal...



soalan 3 : pembubaran perkongsian... rasanya ramai pelajar seronok bab ni keluar... esp my students... memang nak sangat keluar...



soalan 4 : titik pulang modal... lakaran graf seperti yang dijangka... trial terengganu... soalan yang biasa...


soalan 5 : penyata penyesuaian bank... ok gak... tp mgkin ramai pelajar yg suka bukan bentuk ayat... so dikatakan juga soalan ini sukar kerana bentuk ayat... tp bl cgu tengok semula ini lah soalan yang paling mudah... jawapan dah ada cuma kita kena selongkar sehingga dapat jawapan yang sama...



soalan 6 : pelarasan susut nilai... soalan mudah... cuma agak leceh skit kl nk jawab coz ada 2 jenis kenderaan... kena berhati2...

harapan cgu moga semua berdoa banyak2 supaya usaha yang kita dah buat selama dua tahun belajar mata pelajaran ini berbaloi dengan pencapaian yang cemerlang... amin

Monday, November 30, 2009

Ramalan Prinsip Perakaunan 2009

Salam...

Peperiksaan Prinsip Perakaunan SPM 2009
Tarikh : 01 Disember 2009
Kertas 1 : 8.00 - 9.15
Kertas 2 : 10.00 - 12.30
Good Luck to all my students...
"aidil haikal, eshadiq, abdul rahman, irfan rosli, afiq, farhan, zhahir, hakimi, fadzli, shahir, nik, wan faiz, syed, amir asyraf, fahim, nabil, amin, azeem, safuan, adam, nawawi, azman, muzakir, haziq, zuhdi, irfan razak, khalil, amini, azlan, arif, izman, akma, khairuddin, muzammil, hadri, firdaus, taufik dan raja faris".
"shah ridzuan, azzharfan, tijah, mimi, amal, din, amir, faisal, tirmidzi, lutfi, loqman, irfan, hariz, syahirah, illya, safwan, syafiq, husna, fika, azrin, mira..... dan semua yang pernah cgu ajar secara langsung dan tidak langsung"..
Buat yang terbaik untuk pencapaian diri sendiri.... doa cgu kalian semua berjaya dengan cemerlang... gunakan segala apa yang telah diperolehi dengan bijak... insyaallah....
Beberapa hari ni ramai yang sms n call cgu tanya berkenaan dengan soalan ramalan...
cgu pun tak tau apa yg keluar... dan cgu sendiri sebenar nya tak suka juga dengan ramalan...
apa yang boleh cgu bagitau cgu akan sampaikan di sini sebagai persediaan akhir... semoga ianya membantu dalam membuat ulangkaji akhir sebelum memasuki dewan peperiksaan esok hari....
1. Mesti jawab soalan 1 dokumen... jgn lupa imbangan duga tolong jumlahkan.... walaupun tak imbang tak mengapa... imbang tak penting... yang penting pindahan betul dan tepat... Pandai Dokumen Lulus Akaun...
2. Tumpuan dan kuasai anchor item. Soalan 2 dan Soalan 3
  • Kelab dan persatuan... mesti pandai buat akaun yuran.
  • akaun kawalan ...
  • akaun penamat ... akaun perdagangan n akaun untung rugi
  • perkongsian dan pembubaran ... kuasai semua bahagian (Akaun semasa, akaun modal, ak pengasingan untung rugi)
  • Rekod tak lengkap.

*** untuk soalan anchor ni macam2 blh berlaku... bersedia... pandai konsep insyaallah boleh buat yang terbaik... cuba kuasai... masih belum terlambat... dan jangan lupa... anchor item ni lah markah yang paling banyak iaitu 30 markah... jalan kerja mesti tunjuk untuk membantu mendapatkan markah... tak de jalan kerja tak de la markah .... :(

jadi buat persediaan yang terbaik... nak sijil LCCI jawab dengan baik... jangan tak jawab... tak jawab tiada markah tiada sijil....

3. Lain-lain bab...
  • TPM ... cuba buat lakaran graf untuk TPM
  • Penyata Penyesuaian Bank... jgn lupa kuasai semua kaedah
  • Tafsiran Penyata Kewangan.... ingat semua formula... kalau tak tau nak buat sekalipun... tulis formula tetap ada markah...
  • Buku tunai runcit... ingat format... jangan lupa kolum analisis bayaran
  • Akaun Pengeluaran... ingat format
  • Pelarasan ... akaun belanja susut nilai, akaun peruntukan susut nilai, akaun belanja, akaun hasil....

Harapan kalian semua pelajar Satu Malaysia yang mengambil Prinsip Perakaunan dapat jawab dengan cemerlang... kalau tak ingat, blank atau apa sekali pun... ingat semula wajah guru2 yang pernah mengajar akaun... insyaallah... ianya akan dapat membantu... kerana tiada seorang guru pun yang akan doakan kegagalan... semua guru nak kan kejayaan anak didik nya...

doa lah bersama2 moga soalan tahun ini mudah difahami.... agar kita semua dapat menjawabnya dengan mudah... dan tidak lupa juga skema pemarkahan pun moga longgar... amin

"1 Akaun 1 Malaysia"

Thursday, October 22, 2009

RENUNGAN BERSAMA

Salam... juz received ths email fr my fren.. subhanallah...

don't know whether it's just co-incidence or what?
but definitely something worth pondering...
something to thing about...

"THE FIRST EARTHQUAKE IN PADANG HAPPENED AT 17.16 HRS AND THE SECOND ONE AT 17.58 HRS."

"THE NEXT MORNING EARTHQUAKE AT JAMBI AT 8.52 HRS"

FIRST, GO AND CHECK THE TIME WITH OFFICIAL MEDIA REPORT. THIS IS FROM THE STAR… THEN CHECK THE SAME VERSE IN QURAN…

SURAH KE 17 -AL ISRAA : AYAT KE 16 ( 17.16 HRS )

Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.

SURAH KE 17 -AL ISRAA : AYAT KE 58 (17.58 HRS )

Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz).

SURAH KE 8 – AL ANFAAL : AYAT KE 52 (8.52 HRS )

Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhn Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya.

Thursday, October 15, 2009

Malam Bingkisan Memori

Salam...

Coretan hari ke empat berada di Hospital Putrajaya... tempat yang sama wad 2b,bed 3...
jam10 pagi cgu dapat roomate baru... lepas bersalin... baby girl... dh ada nama "arissa"... orang yg ketiga katil sebelah cgu ni bertukar ganti... ermmmm... kul 6ptg baby dh boleh keluar... kl tak best gak boleh main dengan baby... macam baby anna (kawan husna CIC).. :)

kehadiran dr azmi mmg dinant manala tau.. boleh balik... ermm tapi bukan boleh balik tambah hari lagi di wad ni ada la... huhuhu... its ok janji cgu boleh layan internet n "I dream of jeannie"... terhibur skit...



petang... aidil, muzakkir, amin, nik n zhahir bersama iza datang melawat... tq coz sudi melawat cgu di hospital ni... terharu gak dengan kehadiran kalian... bnyak gak perkara baru yg diketahui... esp Malam Bingkisan Memori... rupanya tukar nama... maklum la tak g sekolah jd byk benda tak tau.. dapat gk tengok gambar malam tu... memang dh dijangka... semua cantik2 n handsome... :)
Tahniah la kepada yg menang n menerima anugerah2...

ingat janji muzakkir "kalau sy dh kerja nanti saya bawa cgu g Spain"... wow!!!! betul ke ni.. terima kasih la muzakkir... harapan ingat ler cgu smpi bila2 ye... cgu ingat ni janji2 u all pd cgu.. ingat jgn tak buat latihan... buat la hingga muak pun tak per.. semua tu ada baiknya... kita tengok hasilnya nanti...

hari ni agak kurang selesa skit coz jarum tukar ke sebelah kanan lak... susah nak bergerak... masih keras... esk mesti ok...

Wednesday, October 14, 2009

Malam Selingkar Kasih 2009

Salam...

Coretan hari yang ke empat di Hospital Putrajaya (wad 2b, bed 3)... masih di tempat yang sama... roomate pun dah bertukar 2 kali... yang kedua ni pun dah balik... dok sorang mlm ni... huhu

hari ni Ilham sekeluarga datang melawat cikgu... alhamdulilla ilham dah beransur pulih... gembira n senang hati tengok ilham seperti dulu... dia pun tertanya2 kenapa cgu kat hospital... soalan yang cgu beri semua dia jawab dengan betul... amin... moga ilham pulih sepenuhnya... cgu yakin ilham mampu hadapi semua ni dengan tabah... kuatkan semangat...

rakan2 guru memang sibuk hari ni... faham... dah biasa setiap tahun macam ni... lagi tertekan bila nazir nak datang observe pulak tu... gud luck kak aini, kak nora, zefry n shahrizan untuk pemantauan esok... pasti berjaya... u all memang hebat...

call petang tadi... tanya khabar... nda pun call gak... tq atas ingatan ini... tak kisah pun kalau tak datang ... no heart feeling... apapun kita saling mengingati... :)

n malam ni yang paling sedih rasanya... tak dapat g dinner f5... dr pagi asyik dpt sms tanya samada cgu g atau tidak... sorry ... cgu masih di wad.. entah sampai bila... hingga saat ini masih lagi terasa kesakitan... dugaan yang terpaksa diharungi... hidup mesti diteruskan...

sedang menaip ni... doktor lak datang... ermmm... doktor kat sini so far semuanya ok... penjelasan yang memang boleh diterima dengan baik... :) cgu terpaksa memberitahu kesakitan yang masih wujud... mungkin kesan ubat or .... kita lihat lepas habis ubat ni... tungguuuuu.... hopefully ok... nanti dapat jumpa semua anak didikku...

pasti rakan2 guru n semua pelajar melaram malam ni... masa ni la nak tengok semua melaram... yg biasa pun pasti cantik n handsome mlm ni... meraikan pelajar2nya... tetapi sejauhmana pelajar2 menghargai gurunya??? satu persoalan... untuk cgu... memang cgu dah nampak anak2 didik cgu menghargai cgu... tqvm.. moga Allah memberi keberkatan kepada semua... "cgu SAYANG kamu"... harap2 dapat la tengok gambar2 masa dinner ni cepat... sapa2 upload la dlm fb ker... hopefully majlis ni berjalan dengan baik dan lancar... tahniah kepada semua yang berjaya dan menerima anugerah... esp Muzakir pelajar terbaik akademik kan... itu je la yg cgu tau... cgu memang yakin kamu memang boleh...

Soalan Trial Negeri2 2009

Salam...

atas permintaan di sini cikgu link kan untuk mendapatkan soalan-soalan percubaan Prinsip Perakaunan 2009. Ada lebih daripada 10 set. Sumbangan daripada rakan seperjuangan Cikgu Narzuki... harapan ianya dapat membantu semua yang memerlukannya... Semoga prestasi Prinsip Perakaunan tahun ini meningkat dengan cemerlang...

Soalan Trial Akaun 2009...
Klik di sini.

tqvm to Cgu Narzuki... may Allah bless You... Amin..

BYE SAS! 020104-040224