Monday, November 30, 2009

Ramalan Prinsip Perakaunan 2009

Salam...

Peperiksaan Prinsip Perakaunan SPM 2009
Tarikh : 01 Disember 2009
Kertas 1 : 8.00 - 9.15
Kertas 2 : 10.00 - 12.30
Good Luck to all my students...
"aidil haikal, eshadiq, abdul rahman, irfan rosli, afiq, farhan, zhahir, hakimi, fadzli, shahir, nik, wan faiz, syed, amir asyraf, fahim, nabil, amin, azeem, safuan, adam, nawawi, azman, muzakir, haziq, zuhdi, irfan razak, khalil, amini, azlan, arif, izman, akma, khairuddin, muzammil, hadri, firdaus, taufik dan raja faris".
"shah ridzuan, azzharfan, tijah, mimi, amal, din, amir, faisal, tirmidzi, lutfi, loqman, irfan, hariz, syahirah, illya, safwan, syafiq, husna, fika, azrin, mira..... dan semua yang pernah cgu ajar secara langsung dan tidak langsung"..
Buat yang terbaik untuk pencapaian diri sendiri.... doa cgu kalian semua berjaya dengan cemerlang... gunakan segala apa yang telah diperolehi dengan bijak... insyaallah....
Beberapa hari ni ramai yang sms n call cgu tanya berkenaan dengan soalan ramalan...
cgu pun tak tau apa yg keluar... dan cgu sendiri sebenar nya tak suka juga dengan ramalan...
apa yang boleh cgu bagitau cgu akan sampaikan di sini sebagai persediaan akhir... semoga ianya membantu dalam membuat ulangkaji akhir sebelum memasuki dewan peperiksaan esok hari....
1. Mesti jawab soalan 1 dokumen... jgn lupa imbangan duga tolong jumlahkan.... walaupun tak imbang tak mengapa... imbang tak penting... yang penting pindahan betul dan tepat... Pandai Dokumen Lulus Akaun...
2. Tumpuan dan kuasai anchor item. Soalan 2 dan Soalan 3
  • Kelab dan persatuan... mesti pandai buat akaun yuran.
  • akaun kawalan ...
  • akaun penamat ... akaun perdagangan n akaun untung rugi
  • perkongsian dan pembubaran ... kuasai semua bahagian (Akaun semasa, akaun modal, ak pengasingan untung rugi)
  • Rekod tak lengkap.

*** untuk soalan anchor ni macam2 blh berlaku... bersedia... pandai konsep insyaallah boleh buat yang terbaik... cuba kuasai... masih belum terlambat... dan jangan lupa... anchor item ni lah markah yang paling banyak iaitu 30 markah... jalan kerja mesti tunjuk untuk membantu mendapatkan markah... tak de jalan kerja tak de la markah .... :(

jadi buat persediaan yang terbaik... nak sijil LCCI jawab dengan baik... jangan tak jawab... tak jawab tiada markah tiada sijil....

3. Lain-lain bab...
  • TPM ... cuba buat lakaran graf untuk TPM
  • Penyata Penyesuaian Bank... jgn lupa kuasai semua kaedah
  • Tafsiran Penyata Kewangan.... ingat semua formula... kalau tak tau nak buat sekalipun... tulis formula tetap ada markah...
  • Buku tunai runcit... ingat format... jangan lupa kolum analisis bayaran
  • Akaun Pengeluaran... ingat format
  • Pelarasan ... akaun belanja susut nilai, akaun peruntukan susut nilai, akaun belanja, akaun hasil....

Harapan kalian semua pelajar Satu Malaysia yang mengambil Prinsip Perakaunan dapat jawab dengan cemerlang... kalau tak ingat, blank atau apa sekali pun... ingat semula wajah guru2 yang pernah mengajar akaun... insyaallah... ianya akan dapat membantu... kerana tiada seorang guru pun yang akan doakan kegagalan... semua guru nak kan kejayaan anak didik nya...

doa lah bersama2 moga soalan tahun ini mudah difahami.... agar kita semua dapat menjawabnya dengan mudah... dan tidak lupa juga skema pemarkahan pun moga longgar... amin

"1 Akaun 1 Malaysia"

1 comment:

  1. Assalamualaikum cikgu..

    saya salah seorang calon SPM 2009,saya ingin bertanya kpd cikgu mengenai salah satu soalan SPM 2009 iaitu soalan 4 mengenai Titik Pulang Modal.Soalan saya,adakah kos mesin merupakan sebahagian daripada kos tetap?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...