Friday, February 12, 2010

HOMEWORK CHINESE NEW YEAR

Salam...

Alhamdulillah cgu sempat nak upload kerja rumah hari ini. Terima kasih kepada cikgu Muzakir kerana dapat menyediakan soalan untuk pelajar semua.

tingkatan 5B dan 5C

di dalam kelas tadi cgu ada memberikan soalan Penyata Kewangan Perkongsian. rasanya ada dua soalan. jadi hw untuk u all TBC ni ..
1. siapkan soalan penyata kewangan perkongsian. ada 2 soalan. buat kedua2 soalan. soalan 6 dan 7.

2. download soalan ini. KLIK KR

tingkatan 4B dan 4C

1. download soalan ini dan jawab soalan tersebut seperti arahan yang diberi. KLIK KR


2. siapkan latihan bagi bab carta akaun, akaun kontra dan inventori.

sebarang masalah boleh hubungi cgu melalui email atau facebook atau sms sahaja.

Pelajar tingkatan 5, cuba fahamkan dengan betul dan tepat konsep dalam perakaunan... jangan buang masa semasa cuti ni...

Sunday, January 17, 2010

e-Nota Terkini !!!

Salam...

alhamdulillah cgu dah selamat tempuhi satu ujian daripadaNya... berkat doa kalian... rasanya baru 4 hari berlalu... hari ini cgu rasa sihat... semput pun dah tak de... pengalaman masuk icu memang tak dapat cgu lupakan... kenangan terindah? erm... hanya tuhan yang tahu...

sebelum masuk wad hari tu cgu dah siap kan satu e-nota lengkap untuk rujukan pelajar yg ambil prinsip perakaunan khususnya pelajar2 alam shah putrajaya... eNota ni ditulis sepanjang cgu berada di hospital sehingga kini...

eNota ditulis berdasarkan sepanjang pengalaman cgu mengajar untuk memudahkan pelajar2 yang belajar dengan cgu supaya mudah memahami prinsip perakaunan...

cgu percaya dengan satu perkara... dengan usaha yang gigih pelajar pasti cemerlang.. sekarang target kita bukan A lagi tapi A+... jadi untuk mendapatkan A+ kita kena tahu bagaimana untuk mendapatkannya... teknik untuk mendapatkannya bukan lah susah dan tak mustahil semua pelajar boleh mendapatkannya dengan satu niat "ikhlas dan bersungguh2 untuk belajar prinsip perakaunan"

ada pelajar yang tanya cgu, "boleh tak saya dapat A+ sedangkan tingkatan 4 sy tak belajar akaun tetapi tingkatan 5 cgu saya wajibkan untuk ambil akaun"... jawapannya... pasti boleh!!.. dapatkan teknik yang betul... semua ni terbukti...

eNota dibahagikan kepada 3 bahagian utama mengikut sukatan pelajaran... berdasarkan kertas 3756/2... sesiapa berminat boleh membuat tempahan...

tuliskan
NAMA
EMAIL
SEKOLAH
BILANGAN UNIT
dan hantar ke email cgu enotaakaun@gmail.com.

Pembayaran sebanyak RM10 bagi setiap eNota untuk kos pengurusan dan pentadbiran sepanjang menyediakan eNota... harap maklum.

Nota yang berada di dalam blog ini masih boleh di download oleh sesiapa pun... ingat jangan salah gunakan nota2 tersebut... yang penting ilmu dapat disampaikan dengan baik... kl tak faham juga... boleh belajar secara online dengan cgu...

Saturday, January 16, 2010

Pengalaman Baru!

Salam..
Alhamdulillah akhirnya semua selamat.. 15 januari 2010.. Permulaan thn baru dh alami satu pengalaman baru yg mgkn x dpt dilupakn. Yg ptg skrg cgu dh selamat. Tqvm buat semua rakan2 yg memberi sokongan dan doakn keselamatan cgu. Rasa serik mmg ada. Mudahan ini yg terakhir. Sgla kesakitan selama ini terjawab. Lepas ni akan lbh berhati2..
Kpd dr azmi terima kasih atas nasihat dan sokongan yg diberi.
Terkejut bl dpt tau cgu dimasukkn ke icu. Serangan asma. Mmg x sedar apa2. Pengalaman baru. Nk salahkn pihak hospital... Semuanya dh berlalu moga apa yg terjadi pd cgu x kn berlaku pd org lain..

Wednesday, January 13, 2010

HOT!!! Modul Prinsip Perakaunan

Salam...

Modul Prinsip Perakaunan boleh dapatkan di website cgu narzuki untuk rujukan semua guru dan pelajar yang mengambil prinsip perakaunan tahun ini...

Klik Sini

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah 1431


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Salam Maal Hijrah,

rasanya cepat sungguh masa berlalu... dah setahun berlalu... macam2 dugaan dan cabaran yang telah dilalui... sempena menyambut maal hijrah kali ni cgu nak kongsi sesuatu yang cgu dapat daripada kawan cgu... nasihat yang boleh dijadikan panduan.. bukan mudah untuk mencari seorang sahabat, teman atau pun kawan...

Nasihat al-Qamah:

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

PERTAMA, Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

KEDUA, Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuan mu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada diri mu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

KETIGA, Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuan mu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

KEEMPAT, Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa diri mu, dia suka membantu dan meringankan mu serta menghiburkan mu.

KELIMA, Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentingan mu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan
dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"sampaikan! lah walau satu ayat" al hadis LAA HAULAWALA QUWWATAILLA

Wednesday, December 2, 2009

Soalan Sebenar Prinsip Perakaunan SPM 2009

salam...



seharian cgu cuba melihat semula soalan tahun ini... alhamdulilla semuanya dah berakhir... sekarang masa untuk bertawakkal... doa banyak2...



komen cgu... soalan tahun ni memang dah diduga... kl ikutkan soalan percubaan banyak membantu bagi persediaan SPM 2009... target mengena ... negeri Putrajaya... bila tengok semula memang tajuk bab yang sama... cuma bentuk soalan yang berbeza...



soalan 1 : dokumen dah lama menjalankan perniagaan... soalan yang paling mudah... banyak latihan pasti dapat jawab dengan baik... imbang tak imbang belakang cerita... yang penting buat sampai imbangan duga...



soalan 2 : penyata kewangan milikan tunggal... memang dah diduga... ramai yang kata susah... seperti mana yang cgu dh bgtau... jangan terkejut dengan perubahan soalan... apa yg diminta adalah sama... yang dikatakan soalan ini susah sebenarnya hanyalah butiran yang digunakan... sekiranya kita faham butiran tersebut ianya tidak menjadi masalah... cgu yakin u all dapat menyelongkar markah daripada soalan ini... jangan putus asa... teruskan tawakkal...



soalan 3 : pembubaran perkongsian... rasanya ramai pelajar seronok bab ni keluar... esp my students... memang nak sangat keluar...



soalan 4 : titik pulang modal... lakaran graf seperti yang dijangka... trial terengganu... soalan yang biasa...


soalan 5 : penyata penyesuaian bank... ok gak... tp mgkin ramai pelajar yg suka bukan bentuk ayat... so dikatakan juga soalan ini sukar kerana bentuk ayat... tp bl cgu tengok semula ini lah soalan yang paling mudah... jawapan dah ada cuma kita kena selongkar sehingga dapat jawapan yang sama...



soalan 6 : pelarasan susut nilai... soalan mudah... cuma agak leceh skit kl nk jawab coz ada 2 jenis kenderaan... kena berhati2...

harapan cgu moga semua berdoa banyak2 supaya usaha yang kita dah buat selama dua tahun belajar mata pelajaran ini berbaloi dengan pencapaian yang cemerlang... amin

Monday, November 30, 2009

Ramalan Prinsip Perakaunan 2009

Salam...

Peperiksaan Prinsip Perakaunan SPM 2009
Tarikh : 01 Disember 2009
Kertas 1 : 8.00 - 9.15
Kertas 2 : 10.00 - 12.30
Good Luck to all my students...
"aidil haikal, eshadiq, abdul rahman, irfan rosli, afiq, farhan, zhahir, hakimi, fadzli, shahir, nik, wan faiz, syed, amir asyraf, fahim, nabil, amin, azeem, safuan, adam, nawawi, azman, muzakir, haziq, zuhdi, irfan razak, khalil, amini, azlan, arif, izman, akma, khairuddin, muzammil, hadri, firdaus, taufik dan raja faris".
"shah ridzuan, azzharfan, tijah, mimi, amal, din, amir, faisal, tirmidzi, lutfi, loqman, irfan, hariz, syahirah, illya, safwan, syafiq, husna, fika, azrin, mira..... dan semua yang pernah cgu ajar secara langsung dan tidak langsung"..
Buat yang terbaik untuk pencapaian diri sendiri.... doa cgu kalian semua berjaya dengan cemerlang... gunakan segala apa yang telah diperolehi dengan bijak... insyaallah....
Beberapa hari ni ramai yang sms n call cgu tanya berkenaan dengan soalan ramalan...
cgu pun tak tau apa yg keluar... dan cgu sendiri sebenar nya tak suka juga dengan ramalan...
apa yang boleh cgu bagitau cgu akan sampaikan di sini sebagai persediaan akhir... semoga ianya membantu dalam membuat ulangkaji akhir sebelum memasuki dewan peperiksaan esok hari....
1. Mesti jawab soalan 1 dokumen... jgn lupa imbangan duga tolong jumlahkan.... walaupun tak imbang tak mengapa... imbang tak penting... yang penting pindahan betul dan tepat... Pandai Dokumen Lulus Akaun...
2. Tumpuan dan kuasai anchor item. Soalan 2 dan Soalan 3
  • Kelab dan persatuan... mesti pandai buat akaun yuran.
  • akaun kawalan ...
  • akaun penamat ... akaun perdagangan n akaun untung rugi
  • perkongsian dan pembubaran ... kuasai semua bahagian (Akaun semasa, akaun modal, ak pengasingan untung rugi)
  • Rekod tak lengkap.

*** untuk soalan anchor ni macam2 blh berlaku... bersedia... pandai konsep insyaallah boleh buat yang terbaik... cuba kuasai... masih belum terlambat... dan jangan lupa... anchor item ni lah markah yang paling banyak iaitu 30 markah... jalan kerja mesti tunjuk untuk membantu mendapatkan markah... tak de jalan kerja tak de la markah .... :(

jadi buat persediaan yang terbaik... nak sijil LCCI jawab dengan baik... jangan tak jawab... tak jawab tiada markah tiada sijil....

3. Lain-lain bab...
  • TPM ... cuba buat lakaran graf untuk TPM
  • Penyata Penyesuaian Bank... jgn lupa kuasai semua kaedah
  • Tafsiran Penyata Kewangan.... ingat semua formula... kalau tak tau nak buat sekalipun... tulis formula tetap ada markah...
  • Buku tunai runcit... ingat format... jangan lupa kolum analisis bayaran
  • Akaun Pengeluaran... ingat format
  • Pelarasan ... akaun belanja susut nilai, akaun peruntukan susut nilai, akaun belanja, akaun hasil....

Harapan kalian semua pelajar Satu Malaysia yang mengambil Prinsip Perakaunan dapat jawab dengan cemerlang... kalau tak ingat, blank atau apa sekali pun... ingat semula wajah guru2 yang pernah mengajar akaun... insyaallah... ianya akan dapat membantu... kerana tiada seorang guru pun yang akan doakan kegagalan... semua guru nak kan kejayaan anak didik nya...

doa lah bersama2 moga soalan tahun ini mudah difahami.... agar kita semua dapat menjawabnya dengan mudah... dan tidak lupa juga skema pemarkahan pun moga longgar... amin

"1 Akaun 1 Malaysia"

BYE SAS! 020104-040224