Thursday, September 3, 2020

Harian Metro: Mahu gaji tinggi? pelajar Bumiputera wajar pilih akauntan. 1 September 2020.

Assalamualaikum ... 

Belajar la rajin-rajin ... ada kebenarannya anak-anak ...

https://www.facebook.com/211591442051/posts/10158936968002052/?sfnsn=mo&extid=SvVdclPZklae64A0

Noor Atiqah Sulaiman
am@hmetro.com.my


PENYERTAAN pelajar Bumiputera dalam sektor pekerjaan berkemahiran dan berpendapatan tinggi seperti akauntan profesional dilihat masih rendah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, perakaunan adalah satu bidang utama yang kurang diberi perhatian di negara ini.

"Atas sebab itu sektor awam dan swasta perlu bekerjasama bagi memastikan permintaan yang didorong oleh pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh dan stabil dapat dipenuhi.

"Inisiatif ini sejajar dengan usaha kerajaan untuk memupuk dan mengembangkan bakat baru untuk memacu Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi dan juga meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor pekerjaan berpendapaan tinggi," katanya dalam ucapan ketika Majlis Memperbaharui Memorandum Persefahaman (MOU) Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) dengan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) di Putrajaya tadi.

Mohd Redzuan menyaksikan majlis menandatangani MOU itu menerusi platform maya memandangkan Covid-19 di negara ini masih belum ditangani sepenuhnya.

Tambah Mohd Redzuan, jalinan kerjasama itu sangat penting dalam mempersiapkan pelajar untuk membina kerjaya cemerlang di bidang perakaunan dan kewangan seterusnya membantu membuka jalan ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi sejajar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (SPV2030).

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Mohd Ariff Ithnin berkata, perakaunan adalah salah satu bidang yang menjadi tumpuan pihaknya membabitkan pelaburan besar sejak 2012.

"Jalinan kerjasama dengan ACCA selama ini menyaksikan pelbagai usaha yang kami jayakan bersama untuk meningkatkan bilangan akauntan profesional Bumiputera di Malaysia.

"Sejajar peredaran masa, kami menyedari bahawa ramai pelajar Malaysia yang memiliki potensi di bidang akademik tetapi mereka menghadapi kesukaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi disebabkan oleh pelbagai faktor terutamanya kekangan kewangan.

"Pembiayaan pendidikan seperti ini dilihat sebagai agen perubahan yang mampu memberikan peluang pendidikan yang dapat membantu mewujudkan masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang,"katanya.

Mengenai pembaharuan MOU itu, ia adalah kesinambungan daripada kerjasama sejak tiga tahun lalu bertujuan untuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan keberkesanan bakat Bumiputera di Malaysia melalui program pensijilan perakaunan profesional.

Di bawah kerjasama sebelum ini, seramai 1,639 pelajar menerima tajaan untuk mengikuti kelayakan ACCA dan program berkenaan membuahkan hasil membanggakan dan sudah memenangi 37 Hadiah Dunia ACCA dan 11 pemenang Hadiah No1 Dunia ACCA.

Pembaharuan perjanjian ini menyaksikan 1,000 lagi pelajar akan ditaja untuk memenuhi impian mereka menjadi akauntan profesional pada masa akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2020 @ 6:09 PM






Sunday, August 16, 2020

Perkongsian Modul Asas Akaun CS 2020

Salam semua ... 

Cikgu kongsikan bahan untuk yang belajar Prinsip Perakaunan tak kisah lah calon SPM 2020 atau SPM 2021 ... boleh guna modul ini untuk pemahaman konsep asas dalam Prinsip Perakaunan terutama menyediakan Penyata Kewangan. 

Modul Asas Akaun CS 2020

Selamat Mencuba ya.

Oh ya! Jangan lupa subscribe dan like youtube cikgu ... 

https://www.youtube.com/watch?v=e_V7DsHgNDA

terima kasih ...

Thursday, July 2, 2020

Jom Subscribe Channel Youtube cikgu ...

Assalamualaikum semua...

Nak faham lebih lanjut... 
selalu sangat tanya pasal baki b/b (baki awal) dan baki h/b (baki akhir) kan? 
Tengok dulu video di bawah ni... cuba fahamkan ya...

Sebelum tu ...
Bila dah buka video ni ... Subscribe dulu ya... 

Bila dah tengok tu... nak tau lagi pasal lain2... 
subscribe tau... tekan loceng tu... (nanti tak de la terlepas dengan video2 cikgu yang baru)
inshaallah nanti cikgu akan kongsikan lagi video2 ringkas je ... 
asalkan faham...  

Jumpa lagi ...

Pembukaan Sekolah lagi ...

Friday, November 8, 2019

Alfatihah... Rindu yang tak terucap.


81118-81119 (12 bulan)

Al fatihah ... buat mak... 
moga mak ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan syurga buat mak... sepinya mak hidup adik tanpa mak... genap setahun mak pergi tinggalkan adik... 
sesepinya blog ini mak... 

Mengingati kejadian yang berlaku pada hari ini pada tahun lepas. Adik kuat mak.. sepanjang di hospital menjaga mak sentiasa adik kuat. Adik syukur doa adik makbul untuk ada di sisi mak masa mak pergi. Mandikan mak... wudukkan mak... kafankan mak... adik syukur sangat... mmg adik selalu tak dapat balik tengok mak atau jaga mak... tapi itu lah doa adik selalu moga Allah makbulkan dan Allah makbulkan... adik syukur sgt dgn peluang ini... 

Mak je yang tau dan faham kenapa adik macam ni kan. Niat adik dan haris tak tercapai. Semuanya dh dirancang olehNya dgn baik.. lepas mak xde adik selalu demam hingga hari ini... adik selalu kumpul kekuatan sbb hariss hakim dan husna masih ada dgn adik. Mereka sgt faham bila adik ingat mak. Adik perlu teruskan kehidupan kan... setahun dh... inshaallah lepas ni adik lebih kuat untuk harungi dugaan dan cabaran seterusnya.

Adik ingat apa yang mak pesan kat adik setiap kali bila adik balik... countdown 100 days ... adik nampak semua petanda tu... adik percaya dgn apa yg mak dah kata... 2 hari sebelum mak pergi ... mak call adik pun sentiasa adik ingat smpi sekarang... hari terakhir tidur dgn mak pun adik ingat smpi sekarang (countdown 96) ... jemaah bersama mak yg terakhir pun adik ingat (countdown 50)... hari terakhir jumpa mak je yg kita x selfie kan... selalu adik selfie... masa ni rupanya countdown 14... dan semuanya... terima kasih mak sebab melahirkan adik dan mengajar adik tentang erti kesabaran dan ketabahan dalam kehidupan.

Moga dgn kekuatan ini adik boleh terus berkarya di alam maya seperti dulu mak... kerana adik yakin, mak selalu ada dengan adik... doa2 mak untuk adik moga2 Allah makbulkan juga. 

Kenangan berkomunikasi dgn mak ... semua ada mak... 😌

Terima kasih atas segalanya Mak... Moga mak tenang di sana... 




Friday, March 8, 2019

PERMOHONAN SIJIL LCCI BAGI CALON SPM 2018

Assalamualaikum ... 

Tinggal 6 hari je lagi Keputusan SPM 2018 akan diumumkan ... Pastinya buat calon SPM 2018 berdebar2 dah sekarang kan ... bukan setakat calon malah guru2 yang mengajar, ibu bapa turut merasa debarannya ... apa jua keputusan yang bakal diterima nak tak nak kena terima juga dengan hati terbuka kan ... terima ini lah rezeki kita ...

Buat calon SPM 2018 yang mengambil Prinsip Perakaunan, nanti lihat pada slip keputusan ya... jika layak untuk mohon Sijil LCCI ... boleh lah mohon secara online mulai tahun ini ... 

Cikgu baru terima email daripada pihak Pearson yang mengatakan ada perubahan dalam Sijil LCCI mulai tahun 2018. 

*****************

Tuan/Puan,

PERUBAHAN PADA SIJIL DAN PROSES PERMOHONAN PENSIJILAN BERKEMBAR SPM-LCCI 2018/2019

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Pihak Pearson Malaysia ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak tuan/puan yang sentiasa membantu para pelajar lepasan SPM dalam permohonan Pensijilan Berkembar SPM-LCCI.

Pihak kami ingin memaklumkan terdapat beberapa perubahan pada pensijilan SPM-LCCI bermula bagi pelajar lepasan SPM 2018. Perubahan-perubahan ini adalah hasil daripada perbincangan bersama pihak Lembaga Peperiksaan dan melibatkan sijil dan proses permohonan sijil itu sendiri.

Perubahan-perubahan tersebut adalah seperti yang berikut:

i) Nama Sijil


Mulai untuk tempoh permohonan bagi pelajar lepasan SPM 2018, nama pensijilan LCCI diubah kepada Pearson LCCI Level 2 Certificate in Book-keeping and Accounts (assessed in Bahasa Melayu).

ii) Kelayakkan Memohon


Kelayakan pelajar untuk memohon dinyatakan di bahagian bawah slip keputusan SPM, dalam bentuk gred keputusan LCCI. Hanya pelajar yang mempunyai gred keputusan LCCI ini sahaja yang dibenarkan untuk memohon pensijilan ini.

iii)  Cara Memohon


Mulai tempoh permohonan bagi pelajar lepasan SPM 2018, semua permohonan perlu dibuat melalui permohonan atas talian (Online Application) sahaja. Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang www.lcciasia.com. Permohonan secara manual atau melalui pos tidak lagi diterima.

Pelajar yang memohon perlu memuat naik salinan kad pengenalan dan salinan slip keputusan SPM sebelum memulakan permohonan. Pembayaran perlu dibuat melalui perbankan atas talian (online banking) sejurus selepas mengisi maklumat permohonan di laman berkenaan. Hanya permohonan yang lengkap berserta pembayaran sahaja yang akan diproses.

iv) Tempoh Permohonan


Tempoh permohonan bagi pelajar lepasan SPM 2018 akan dibuka pada 14 Mac 2019 sehingga 31 Oktober 2019. Permohonan yang dibuat dalam tempoh 14 Mac 2019 sehingga 30 April 2019 akan diproses sebagai kumpulan pertama dan sijil-sijil akan mula diedarkan ke sekolah masing-masing bermula dari bulan Disember 2019. Permohonan yang dibuat dalam tempoh 1 Mei 2019 sehingga 31 Oktober 2019 pula akan diproses sebagai kumpulan kedua dan sijil-sijil akan mula diedarkan ke sekolah masing-masing bermula dari bulan Febuari 2020.





v) Yuran Pemprosesan


Yuran pemprosesan bagi pensijilan SPM-LCCI bermula bagi tempoh permohonan tahun 2019, termasuk caj bagi perkhidmatan permohonan atas talian, adalah seperti yang berikut:

RM 35.00 (Yuran Pemprosesan) + RM 2.25 (Caj E-Service) = RM 37.25

Sekali lagi kami ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan dari pihak kami diatas sokongan yang telah diberikan oleh pihak tuan/puan selama ini. Diharapkan maklumat mengenai perubahan-perubahan pada pensijilan ini dapat disampaikan kepada pihak-pihak yang berkenaan bagi memudahkan urusan permohonan pelajar bagi mendapatkan pensijilan ini.

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai pengumuman ini, sila hubungi pihak Pearson Malaysia di talian 03-2289 7000 atau terus kepada saya di talian 012-6927469. Tuan/Puan juga boleh menghubungi saya melalui emel di hisyam.suhaimi@pearson.com atau melalui Pn. Norfaiza di noorfaiza.mohdsafawi@pearson.com. 

Sekian, terima kasih.


Saturday, February 16, 2019

Bila ada yang tanya?

Assalamualaikum ...

Bila ada yang tanya cikgu .... kenapa cikgu tak update blog?
kenapa cikgu tak .... kenapa cikgu tak .... hihi

bila hati terdetik bila ada yang tanya cikgu macamana nak jawab soalan ni? 
Buku Teks Modul Rekod Tak Lengkap ... En Edward ... No. 5. 
harap membantu ya ..





BYE SAS! 020104-040224